alamak, ni yang tak best ni. kepala asik teringat kanak kanak comel yang pernah aku jaga. sungguh, aku sayang budak berdua itu. ish. apa khabar ye?
teringat masa si adik dimasukkan ke wad, cirit birit rasanya. si kakak ada di nurseri, tiada siapa yang menjaganya, ayah pula sibuk bekerja mencari hasil yang halal. aku menawarkan diri tanpa dipinta. sungguh, tiada agenda lain selain mahu bertemu si riang dan si buat pasal itu.
sesampai di sana, kebetulan, pengasuh menghantar si kakak pulang. aku sudah dipesan. si kakak mungkin demam. bahaya. kerana dia punya epilepsi. iaitu sawan. aku goyah sebentar. aku tidak biasa menjaga kanak kanak di serang sawan. jadi, aku bergegas ke hospital di mana si adik dan ibu berada.
kurang beberapa jam. si kakak di tahan. demam. kesian. nasib baik tidak ada apa apa. semalaman kami berkampung di hospital. seronok, kebetulan aku membawa laptop. tidak lah bosan.
yang aku sedih, bila nurse di wad kanak kanak terlalu garang terhadap pesakit. bayangkan, budak tengah tidur, dikejutkan dengan kasar. komplen itu, komplen ini. sedih betul
aku harap bukan semua nurse atau jururawat kat dalam malaysia ni jenis macam ni. walaupun aku dah jumpe seorang macam tu. eh, termasuk yang membaca ini mungkin jadi ke dua dan seterusnya.
dah itu kerja kamu, buat lah, jangan lah komplen itu ini. rasanya gaji kamu pun setaraf dengan kerja kamu. jadi, berkerjalah sebaiknya.
psstt...aku rasa tak semua lah nurse macam ni, ade je yang baik. yang tak baik tu buang dalam loji tahi.haha. tahi lagi. adoi. malas nak berblog macam ni. selalu ada tahi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:) majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan ...
2 ulasan:
beselaa
nurse kan keje yang mencabar
dpt yg x sabar, mmg garang le jadinye
hoho
macam2 jenis manusia.
Ery fariha~ mencabar tak mencabar...kene bersabar dalam setiap situasi. hehe. baru lah profesional. =)
Catat Ulasan