Sabtu, Julai 29, 2017

Air ketuban bocor??

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsi pengalaman bersalinkan anak yang keempat pada September 2016 yang lalu.
Sepanjang proses mengandung, Allah uji kami dengan kandungan air ketuban yang sangat banyak, iaitu bacaan 30cm, dimana sepatutnya bacaan air ketuban mestilah dibawah 20cm sahaja.

Banyak sebab kenapa air ketuban boleh menjadi banyak. Air ketuban boleh menjadi banyak tanpa perlu sebab musabab! hehehe... Alhamdulillah, ujian itu mengajar kami sabar dan sentiasa redha dengan perjalanan indah yang Allah dah tulis untuk kami..

ok, berbalik kepada air ketuban yang bocor atau orang panggil "leaking".

dalam tempoh 24 jam sepatutnya terus ke hospital untuk dapatkan suntikan agar tiada jangkitan kuman akan dihadapi bayi nanti. Bila air ketuban dah leaking, maksudnya, pelindung bayi dah bocor, any kuman boleh masuk dan bahayakan nyawa bayi anda. please jangan main-main!

macam mana nak check atau periksa sama ada air ketuban yang leaking atau hanya cecair biasa dari faraj? ada dua cara, satu ke klinik, jumpa doktor dan cara kedua adalah DIY hehehe..

belajar sains tak dulu? pernah dengar kertas litmus? ok, kertas litmus yang kita pernah pegang adalah warna biru dan warna merah..tapi kertas litmus ni banyak warna ok. sangat comel, hihi

tq cik google!

pertama sekali kita perlukan kertas litmus berwarna merah, dan kedua adalah air ketuban mama.. hihi.....

kita perlu tahu, kertas litmus merah mesti bertukar jadi warna biru, barulah itu menunjukkan air yang leaking adalah air ketuban, sebab? mudah je, air ketuban adalah bersifat alkali. tak berbau, tak berwarna, tak berlendir pun. macam air paip lagaknya..hihi tapi kita tak pernah rasa la pulak, mungkin kene tanya adik kita..sebab beliau pernah tertelan air ketuban masa sambut baby..LOL


jadi, sambung kisah kita ya, bila kertas litmus mama dari warna merah bertukar warna biru, maka sahlah air yang leaking itu adalah air ketuban, dan please ke hospital untuk dapatkan nasihat dari yang lebih arif dan pakar, jangan main agak-agak aje. menyesal kemudian tak beguna kan mama?

kalau dah cukup bulan, bersedialah untuk melahirkan baby, tapi jika sekiranya belum cukup bulan.....maka, bersedialah mama dengan suntikan dexa.. ahahahaa.. wah! jahat bunyi gelak..maklumlah, dah kena, dan nasib baik kene sekali je, sebab within 12 hours baby dah lahir..syukurrrr ya Allah. cuma kene induce tu, takyah cakap la..sakitnya nikmat gitu..heee...

ok mama? get it? sampai sini sahajalah perkongsian saya pada hari ini. In shaa Allah bakal menyusul lagi nanti.

selamat semuanya ya!

Indahnya sabar

Assalamualaikum wbt...

Semalam adalah hari yang menyedihkan. terus rasa hilang mood nak mengajar..tapi sebab teringat dengan perkataan sabar..jadi, aku gagahkan diri untuk sabar...

Sabar bila orang bercakap kasar dengan kita,
mungkin mereka sudah terbiasa dengan cara kasar seperti itu,

Sabar bila... orang cuba mengandu domba..
dan kita pilih untuk bersemuka..bertanya...

Sabar bila... orang salah faham terhadap diri kita..
dan kita memilih untuk memaafkan dan tidak memburukkan keadaan..

Sabar itu lah keindahan...

apa yang aku belajar sejak 4 tahun ini,
Sabar itu membuahkan satu perasaan tenang..
Sabar itu menjadikan aku kuat semangat..
Sabar membezakan aku di waktu dulu dan sekarang...

mungkin bercakap tentang sabar ini, mudah
melakukan, melazimkan mungkin susah

andai di pupuk,
sabar itu ada dalam iman mu
sabar itu terhela dalam nafasmu,
sabar itu menjadi darah dalam badanmu..

jom bersabar, yakin apa yang terjadi adalah dugaan dan ujian Allah untuk kita jadi lebih baik dari ahri ke sehari.

salam sayang dari mama 4A hihihi...

ADAB MENEGUR

Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga t...