Rabu, Jun 29, 2011

tips dating dengan baby!

assalamualaikum!
wah! lame tak update blog! ralit bermain dengan adam. layan karenah dia yang sungguh mencuuit hati tu! rasanya lepas ni boleh la say good bye pada facebook! hehehe...

oh ya, nak share sikit tips kalau mommy muda mudi ni nak keluar shopping dengan baby! only u and baby!

aku pernah beberapa kali keluar dengan adam. paling jauh pergi ke the mines! saat itu sedikit tercabar sebab tiket parking hilang! ya Allah..macam-macam hal!

sebelum korang keluar, pastikan baby dah kenyang, so bila dia masuk dalam kereta, duduk diam-diam dalam carseat tu..kompom tido sebab kereta bergerak. baby kan terbuai-buai gitu. kalo tak tido pun dia mesti diam. maknanye dia selesa lah tu! and..make sure baby betul2 selamat duduk dalam car seat! pastikan car seat dibelakang ye..bukan sebelah driver!

kemudian, dah sampai, check dulu baby. dia lapar ke (mana tahu dia lapar lagi kan!)...kalau ok, boleh terus proceed masuk shopping compleks! pastikan korang pakai baby carier atau sling. takkan nak pakai stroller kot? payah nampaknye nak handle. setakat ni, aku pakai sling, adam memang tido la..kalo tak tido pun mata dia memerhati persekitaran tempat tu. :)

kelebihan pakai baby gear ni, tangan korang free. senang nak bawak barang atau nak tolak troli (hamboi..kemain shopping ye?). senang nak bayar bila kat cashier nanti. siriyes!

dah shopping atau tengah-tengah shopping baby lapar, pegi la ke baby room yang disediakan. skang da banyak shopping complex sediakan baby room. dah cukup bagus tahap kesedaran sekarang betapa pentingnya susu ibu untuk bayi!

aku pernah susukan adam depan public. tapi sangat la bahaye sebab adam tak reti duduk diam. tangan nak selak itu..gentel ini.. adoi! last-last pergi baby room jugak! baby room alamanda paling best aku pernah pergi!

nampak cam remeh je kan. ade yang bace mebi akan kate aaaa...leceh lah! terpulang lah! walaupun production susu aku tak semeriah orang lain. aku tetap akan cuba yang terbaik untuk anak ku.. ya.. rezeki tu Allah tetapkan..Allah berikan. jadi, usahalah hingga ke titisan yang terakhir!

alangkah bestnya kalau dapat susukan adam hingga umur dia 2 tahun. dan double alangkah bestnya kalau aku ni suri rumah!

:)

Jumaat, Jun 24, 2011

mana mood saya hilang?

alahai..
tinggal lagi beberapa hari nak masuk kerja balik..

alahai..
susu oh susu..
jangan merundum
aku seru mu susu..

hoi..
ape la mengarut nih!

tamo stress!
nanti susu kurang..
mood naik kerja datang la..

-_-"

Isnin, Jun 20, 2011

nak dengar tak?

semalam ingatkan adam da tido. rupanya dia tido ayam je. kejap sangat. pening gak dok layan dia..mata muka dah mengantuk, tapi terjaga bila mama bangun dari tilam... alahai anak mama...

rupanya dia nak tidur meniarap. tanak tidur mengiring atau baring.. ape daaa~

jadi..dukung balik, bawak keluar dari bilik tidur. main la sama dengan adam..masa tu lampu dah padam awal-awal..sebab rumah panas sangat plus boleh jimat elektrik kan.. :)

papa amik dukung adam. tiba-tiba adam gelak. mengekek dia gelak. ape lagi mama pun dengan pantasnya capai henpon pastu terus rakam. dapat audio je. memandangkan papa mama masing-masing dalam keadaan mood tidur. hehehe...

layankan gelak adam ni..sampai meleleh leleh air liur dia kat lengan papa..:)

Selasa, Jun 14, 2011

bercuti lagi!

adam umur 2 bulan seminggu.

adam pergi bercuti.

ikot papa kerja.

tapi tak ganggu papa kan

sebab adam duduk dengan mama

duduk je diam-diam

waktu makan baru turun

ada aunties yang datang dukung, cium-cium adam

adam tidur je

esok nak ajak papa main pasir pantai

:)

Rabu, Jun 08, 2011

cimb octo "macam best"

tadi saje la dok belek-belek orang jual-jual baju kat blog, kat pesbuk kan. ade la terbeli selai. selai je. tu pun dia tengah promo.rm25 selai. rembat la.macam beli baju kat JJ yang rege rm5 tu ah! pastu bukak cimb clicks, baru sedar ade promo collects stamps, pastu nanti boleh reedeem macam-macam hadiah best kau! tadi aku berjaya main game dia..dapat la sekeping je stamp..:)

ingatkan senang nak kumpul stamps tu.. cet!!!
* kenapa octo air asia lak ni?*

jadi aku rasa nak tempah kat akwan la jahitkan octo felt untuk aku. ermmm..macam best jek kan! :)

Selasa, Jun 07, 2011

patient dah makan nasi tak?

semalam, aku kejutkan adik. selalu lepas balik dari hospital dia akan tertidur. kadang-kadang macam membaca buku, padahal mata rapat je tertutup! suruh dia solat magrib. kemudian aku tinggalkan dia, layan adam yang tak mahu tidur. nasib baik si kecit ni okay saja walaupun dia tak nak tidur.

 *kerja seorang doktor sangat memerlukan pengorbanan, aku bersyukur, kerjaya ku sebagai guru*

semalam juga, ada tetamu datang. seorang kakak pada ku. aku masak la nasi tomato. main tibai je masak. suami kate sedap. sampai nasi bahagian adik pun suami makan. sebab sedap sangat. (suami aku sengaja puji sebab dah dekat nak abes pantang 100 hari ke? ) -_-"

* ya, baru pantang 6o++ hari ye sayang, sabar!*

jadi, selepas solat, aku kejutkan adik lagi sekali. ajak makan. kalau kalau dia nak makan nasi aku masak nasi untuk dia. jadi aku pun kejutkan dia yang memang kadang-kadang aku kompius dia ni bangun ke tak ni?

aku : ca, bangun la. nak makan nasi ke tak?

adik : terkebil-kebil biji mata

aku : kalau nak nasi, kakli masakkan

adik : patient makan nasi tak?

aku : aaaaaa.........?

tengok, betapa seorang doktor itu "care" pada pesakitnya. walhal dia dah kat rumah dari petang dah. huhuhu. kesian pada adik. tapi apa boleh buat. siapa suruh belajar pandai-pandai! 

Isnin, Jun 06, 2011

ini bukan cobaan!





okay. ni dapat resepi dari ibu comel nuyul, jadi boleh la kalau korang nak try resepi dia. ai belom rase lagi. baru je siap tadi. esok tetamu nak datang rumah. kalau tak cedap, sorry ye tetamu!

Jumaat, Jun 03, 2011

saya 2 bulan!

Alhamdulillah.
adam dah masuk 2 bulan. fuh. sekejap je. bermakna aku ada sebulan lagi cuti! ah! sangat lah tak best! tadi dah bincang-bincang dengan sepupu aku. nak bayar berapa. lagi pun bukan orang lain. dia tolong aku..aku tolong dia.. what goes around comes around kan?

*encem tak caye?*

oh, nak cerita, tadi pagi pergi inject adam. dan hari ini hari pertama aku drive kereta sejak lahirkan adam. maknanya dah 2 bulan tak drive kereta! wah! memang mem besar la kau~ asek duduk kat belakang, pintu pun orang bukak tutup..hebat ah! tak rase kekok. macam biasa je la. laju tak laju sebab adam ada kat belakang. bahaya tau laju-laju!

tadi doc ukur lilit kepala dan panjang adam. kepala 39 cm, panjang 59 cm. hehe. comel je adam nih! dia duduk diam-diam je. kemudian sengih kat doc. doc pun apa lagi. terus la puji, comelnye awak ni! mane tak comel kan! anak mama~ hehehe..
gambar adam kene cucuk tak dapat snap sebab doc tu dia biasa cucuk budak, ibu kene pegang budak tu.sempat rakam suara adam jerit je lah!

*budak tecit tido dalam stroller*


berat adam dah 5.5kg, naik 1.4kg dari bulan lepas. Alhamdulillah. mane tak naik..beraknye kadang-kadang aje.malam pulak memang kuat menyusu. :) sedap jugak la mama dok bayar tadi. cucuk adam je dah rm101.00. takpe lah, melabur lebih sikit untuk adam. malas nak menunggu di klinik kesihatan. :)

*cekci tak caye?*


lepas inject bawak adam pergi mines, saja jalan-jalan. bukan nak cari apa pun. adam pulak tidur je lah sepanjang jalan-jalan. dapat la mama sambar sehelai romper untuk adam. beli coolblog untuk papa. tapi mama minum sikit! hehe :) then singgah pet lover, belikan makanan gegirl. ok semua orang dah dapat bahagian masing-masing! mama je tak shopping! :(

jalan-jalan, lepas tu bila nak balik, baru perasan tiket parking hilang! OMG! alahai. kene pergi control room report kat dorang. Alhamdulillah. setel je, balik rumah. adam tido je manjang!

*nasib baik ade cermin!*

esok mungkin nak jalan-jalan lagi. kalau jalan-jalan lagi maknanya duit pun keluar lagi. T_T

ADAB MENEGUR

Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga t...