Memaparkan catatan dengan label kedai 100 yen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai 100 yen. Papar semua catatan

Isnin, November 15, 2010

macam mana nak ke 100 yen

Salam semua!
okay... aku update ni sebab ade yang bertanye macam mane nak ke 100 yen ni.. jadi.. korang tahu tak JJ equine park? dekat area seri kembangan/puchong..
nak mudahkan korang, aku dah google maps, dah tanda macam mana nak ke sana..
 ingat tak kedai yang jual baju rm10 sehelai tu? aku pergi lagi keesokkan harinya.. jadi aku mula memilih dan belanja adik ku..=)
 ni baju aku...buat pakai mase perut dah boyot nanti..=)
 ni pun sama..baju ni adik aku pun amik satu..kualiti memang ada lah!
ni aku belanja adik aku...kirenye dia dapat 2 helai lah! hehehe.. comel2 je..=) kalau korang nak pegi, masih sempat tau...akhir bulan november dia tutup kedai...jadi ada seminggu lebih lagi...=)

Jumaat, November 12, 2010

kedai 100 yen yang memang menawan hati saya!

macam biase....bila ada masa terluang, dan ada benda yang nak ditambah, aku akan ke 100 yen ni...sebab barang-barangnya hanya rm4.90 untuk satu item. kira berbaloi lah...bende alah tu pun boleh tahan kualitinya..takde lah kite nak pakai sampai mati kan..tapi setiap yang idop pasti mati...eh...ke situ pulak...hehehe...

 bende warna hijau ni boleh digune kan untuk toss kan mee,sayur, apa-apa yang dibasuh, nak buang air yang tidak dikehendaki....apa-apa yang korang nak buat lah...hehe.. aku beli ni sebab memang takde kat rumah..maklom lah baru kawen kan... harta baru nak kumpul sikit2..tak berani nak dapatkan duit secara tidak halal macam sesetengah orang... sampai sanggup makan rasuah gitu....perghhh...mintak jauh la dari aku dan keluarga ku....
 ni buat menggoreng...al maklomlah..si suami suke sangat makan nugget, keropok..apa yang digoreng (risau aku bende yang berminyak nihhh~~) tapi sebab sayang, aku pun memang akan goreng sekali sekala...ikot perot dia lah...=)
 sejak kawen ni...antara buah kegemaran aku adalah pisang...dan pisang bagus buat perkembangan otak bayi okay..jadi, makan lah banyak-banyak~! selalu beli pisang, kalau tali tak dipotong, boleh la sangkut, tapi tali asek kene potong oleh si penjual, maka terpaksalah beli penyangkut pisang ni...kiut tak? hehe..(pisang tu beli asing ye...)
dan yang terakhir...aku beli lagi satu bende alah ni...satu yang kecik boleh lipat tu dah hilang ke mana dah..kecik sanagt..mudah la terselit sana sini situ siti...hehehe.. sume item ni rm4.90 satu barang.. memang berbaloi..hehe..kalau beli kat pasaraya...dah botak sikit kot? hehehe.. saje je promote 100 yen lebih..mane tahu owner dia bace kan??? haha..


ni lah kedai nya. sweet je kan?

Sabtu, Julai 31, 2010

kedai 100 yen di equin

setelah sekian lama berjanji dengan Hana, akhirnya berjaya juga tanpa dirancang. bukan apa. selalu jadi macam tu. kalau rancang, ada saja halangan. jadi, buat on the spot. hehe.
puas berpusing-pusing, maka berjumpalah aku dengan kedai 100 yen ini. mungkin idea kedai ni dari orang yang meminati barangan jepun, atau memang kedai ini sudah popular di jepun. ya kah? hehehe

*lupa nak ambil gambar kedai 100 yen itu*
tapi aku boleh gambarkan je lah ye. kedainya berwarna merah, ada tulisan 100 yen berdakwat putih di tiang kedai. papan tanda pun begitu. latar merah, tulisan putih. memang nampak dari jauh.

sementara menunggu Hana sampai, aku masuk ke dalam kedai, memesan ais-salji perisa coklat. sebab itu tujuan utama aku datang ke kedai 100 yen. ada label halal disitu. ais-salji ni adalah sejenis ais yang berperisa, dikisar oleh pengisar seperti pengisar ABC. tapi lebih halus.

dekorasi dalam kedai macam kedai 5 ringgit. cuma barang-barang semuanya dari jepun. satu habuk aku tak faham apa yang ditulis. cuma boleh teka apa kegunaan barangan tersebut. memang orang jepun sangat kreatif dan sukakan benda yang comel.
lepas tengok-tengok barang, aku keluar dan menikmati ais-salji coklat itu.

*ensem encik suami*


*cepat makan, malaysia panas, nanti cair*

bagi aku sedikit muak. kalau cuba perisa buah-buahan rasanya lebih baik. pada aku lah. tapi sebab encik suami penggemar coklat tegar. jadi, wajiblah patuh. hehe
habis semangkuk ais-salji ni, Hana dan buah hati juga kawan aku, sampai.
jadi, masa untuk order ais-sajli yang baru. hehehehe


jadi aku pesan mangga. nyumnyum. Hana pesan green tea dan untuk buah hati dia, maui perisa kiwi. perisa kiwi je aku tak boleh nak merasa. lain kali lah.


*si tembam dan buah hati*


* muka puas hati, sebab dari khamis dah mengidam*


*green tea ataupun teh hijau*
bila makan green tea ni, rasa neutral tau. elok kalo tengah mual-mual tu. nak pegi cari serbuk atau daun teh hijau. nak amalkan minum teh hijau lah.
*nampak? sudah gemok >_<
dalam beg hitam itu ada makhluk berbulu dan boleh terbang.

Hana dan Kyo

ok. sebenarnya nak tunjuk gambar ini. sudah puas memilih apa yang mahu dibeli, akhir sekali aku pilih penyangkut serbaguna ini.


ok. puas hati. semua boleh sangkut kat sini.
semua barang harga rm5. jadi pandai-pandai lah pilih.

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...