Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan

Khamis, Mei 15, 2014

Coretan buat ibu

Ibu
Terima kasih sebab risaukan kakli di sini. Memang berpantang sendirian dengan anak2 yang baru menginjak usia tiga tahun dan seorang lagi baru setahun tujuh bulan dengan berjauhan dengan suami itu memang sesuatu yang sukar. Tapi aku percaya. Semuanya ini sudah tertulis kisah nya begini. Aku okay. Sebab aku rasa, setiap orang ada dugaan masing2.. Malah lagi susah dari aku.
Alhamdulillah.kesihatan aku pada keadaan yang paling terbaik.sebab aku tak rasa sakit yang teruk kecuali naik gatal pada badan pada hari ke 8 berpantang. Ekzema rupanya. Nasib baik semuanya dah baik.

Aku tahu ibu risau dengan keadaan aku. Yang masih dalam pantang. Tapi aku selesa di rumah sendiri. Aku tak mahu susahkan ibu. In shaa Allah aku boleh buat semuanya.

Aku dah boleh drive hantar anak ke taska. Sebelum ke taska, anak2 aku mandikan,suap makan dulu. Selepas tu baru aku berehat. Aku bertungku. Sebab ibu pesan kene kerap bertungku kalau nak cepat baik. Jam tujuh petang baru aku ambil anak2 di taska. Malam kalau suami ada,.suami uruskan semuanya.aku cuma masak dan suap satu keluarga. Adra memang 100% aku uruskan. Suami uruskan anak2 lelaki. Macam tak manis pulak ayah mandikan anak perempuan. Rasa pelik. Hihi

Aku bukan tak nak balik duduk di ipoh. Cuma.aku selesa sangat di sini. Aku nak tidur lama pun tak rasa susahkan sesiapa.

Nanti ye ibu.nanti kakli balik time cuti sekolah ya. Ibu mesti rindu dengan cucunya ni.

Nanti takut ibu tak.terlayan je.hihihi

Maafkan kakli kalau tindakan tak balik ipoh buat ibu terasa. Bukan. Kakli tak nak susahkan sesiapa.

Kakli sayang ibu
Terima kasih ibu!


Posted via Blogaway

Rabu, Julai 07, 2010

pakai santan pun boleh!

hai semua. lama tak menulis. lama ke? boleh la.

hari ini hari yang agak sibuk. apa tak nye, dah bangun pagi pun tak berapa nak pagi dah. pesanan ibu agar aku membeli santan murah di pekan cina tidak aku laksanakan. haih. anak yang kureng baik disitu. *bukan selalu aku bangun lewat, kebiasaannyalah*

operasi membeli santan secara borong itu adalah disebabkan esok, ibu mahu berniaga di sekolah. jual nasi lemak ayam goreng! ada hari kokurikulum. hari pelajar menunjukkan bakat. hari mereka bersuka suka sedikit. tetapi, pembelajaran tetap berlaku samada, sebelum aktiviti koku, atau selepas. jadi, hari rabu adalah hari kokurikulum di sekolah ye anak anak. hehe~ jadi, ibu masak, anak muridnya jual. adalah upah yang menjual. bukan ibu kaut sorang sorang ye. tidak baik ye bersikap begitu. :)

jadi, tepat jam 1, aku ke kedai membeli santan. malangnya tiada. sudah kehabisan stok. kata abang kedai, santan kotak ada lah dik! ah, gawat ni. ibu mahu yang fresh and white! haaaaha~

jadi, aku meminta abang kedai memarut kelapa sebanyak 10 biji. banyak tu. dan aku katakan, aku mahu santan. jadi, bolehkah wahai abang kedai? jawabnya boleh! aku tersenyum. jiwa tidak kacau lagi.

selepas 15 minit menunggu di dalam kereta, aku ke kaunter bayaran. sudah siap semuanya. KELAPA PARUT dalam 10 beg plastik kecil. ah! mati aku!

lalu aku mesej ibu.
"bu, kakli terbeli kelapa parut, kakli perah la nanti ye..."

" ibu cuma takut nasi cepat basi..." balasan sms dari ibu.

hish. macam mana ni. tak mengapalah. dah di bayar. takkan mahu dipulangkan. banyak tu. nanti mesti abang kedai kekwat di situ. gawat di musim gawat.

malamnya, aku bertungkus lumus memerah santan dengan kaki tangan comelku. gila penat. naik semut semut tanganku keletihan. padan muka. selesai memerah selama 15 minit jugak (aku genapkan lah minit tu, supaya senang pembacaan kalian). ibu katakan padaku, masa ibu kecil, dia dikecualikan memerah santan, rugi, kerana tapak tangannya tidak gemuk gebu. aku mengangguk faham. kalian faham kah?

usai memerah susu santan aku perasan, jari dan tangan terasa lembut. mulus gitu. wah! ini sudah baik. wajah bercahaya seketika. seronok pula.
aku bandingkan tangan kanan dengan tangan kiri. disebelah kanan kelihatan lebih menawan. cantik!

jadi, untuk memuluskan kulit kalian semua, pakai santan pun boleh!

nota hati:
rindu pada sidia di sana. apa khabar dirimu. sudah kahwin ka belom? eh. salah nota lah!

Sabtu, Jun 19, 2010

Dance India Dance L'il Masters

fuhhh...tengok budak2 kecik ni menari. sangat awesome! tapi budak2 ni sangat mudah di bentuk. lentur lah ikot kemahuan kita. tapi, kalau boleh, biarlah ke arah kebaikan. jangan katekan budak2 kecik. budak besar pun...kalo kita pandai tackle kemahuan dia, automatik dia akan ikot kemahuan kite. macam mane tu? oh..mudah, kita cuit saje hati mereka. tapi nak cuit hati tu bukan kerja senang... kene belajar lah macam mane...hehehe..
tengok DIDLM ni, teringat mak aku, dia suke tgk cite camni. agaknye dah malas nak layan drama melayu kat TV tu dah. bosan katenye.

oh..rindunye kat ibu.
kakli balik nanti ye.
tunggu kakli..
masak sedap2 tau.
kakli lapo~

Khamis, Jun 17, 2010

bijak, tapi malas

alhamdulillah....
semalam, adik aku, echa, dah berjaya abeskan final paper dia. alhamdulillah.. lepas 5 tahun duduk kat volgo.. teringat 5 tahun lepas, telefon kat ibu, menangis nak balik... sebabnye tak suke duduk sane... standed la..duduk negara orang, bukan negara islam..macam gitu lah.. sebab tu lah kakli tanak belajar pandai2..mesti kene fly juge...hik hik hik..alasan yang selalu aku gune kat ibu. ye, ibu selalu kate macam ni..

"kakli ni bijak, cume dia malas!"

hmmmm... tersenyum sendiri.. ibu, banyak pengorbanan ibu dah buat.. memang, orang masih kekal dok mengata ibu, persetankan mereka. ape mereka tahu?? ada mereka bagi duit nak suap anak2 ibu makan? oh tidak~~ jadik, kite buat2 tak tahu je lah pasal mereka. buang dalam tong sampah atau dalam loji tahi pun tak ape. hahahaha~~ mari gelak ramai2..

aku anak yang BANYAK buat pasal. banyak buat agenda.
alhamdulillah..lepas aku jumpa si dia. aku berubah. jadik anak yang baik. biarlah orang kata umpat pasal aku. itu dulu. sekarang aku dah lain...

banyak ibu dah buat untuk aku...

ok. tamo sedey sedey. patutnye cite yang hepi2 je. hehe

adik aku bakal doktor, 21 haribulan ni, beliau akan ada interview dengan orang mara (kot)... semoga beliau lulus. rasenye beliau akan berjaya. =)

alhamdulillah, adik2 aku tak banyak kerenah. sume dengar cakap. rasenye dorang lebih matang dari aku. hehe. aku kan mude lagi. kuang kuang kuang...

flashback....

molie!! jom makan!!...ibu jerit dari luar

jap!! jap..!! sahut aku

tak sedar rupenye ibu mengintai aku.

o....study ke....kate ibu lembut...sambil mendekati aku..

opsss...terjatuh pulak buku yang aku pegang...

laaa!!!! baca buku doremon??!! kua sekarang! pegi makan..! jerit ibu

hahahahahah~ selambe je muke turun dari katil pegi meja makan...

makan. makan.

banyak akal ini budak~ kata ibu...

**************************************************************

kalau aku belajar betul2 dan pandai2.. siapa nak tengok ibu? kalo anak2 sume duduk obesi?
alang pun hampir2 nak ke jepun, nasib baik budak tu pikir nanti makan tak sedap...blablabla..
last2 duduk UTP, sangat la dekat dengan rumah. jadi, tugas dia jaga dan tengokkan ibu..
aku? aku kan da kawen..tapi wajib tepon dan tengok ibu...hehe.. kadang2 pau ibu..haha..

bagus jugak tak belajar pepandai. kalo tak, mesti aku dah fly jauh2, lepas tu susah dapat pasangan, sebab aku mesti demand tak agak lah.. mesti jadik anak dara tak berapa nak tua.. keh keh keh..

ah, berangan lah.

yang penting, ibu aku kate aku masak sedap~ lalalala~~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...