Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 18, 2012

salam aidilfitri!

Yeay!
Esok hari raya!
Esok hari raya!

Mertua minta aku buat ketupat palas...
Aku bukan tahu pun..tapi, alhamdulillah... Ade lah ghupe juge..hehehe... Gambar kat atas tu haaaaa...

Hikhikhik...rasa pun ok je la.. Aku pun tatau rasa dia camne..buat time puasa kan?

Baju raya sume dah sedia...

Sedikit tak seronok bila husband tiba-tiba je demam teruk... Teruk tu dalam erti kata, dia langsung tak boleh bangun....!
Kesian sangat tengok... Huhuhuhu...
Jenuh jugak aku dok memanjat tangga hari ni...dok pikir pasal dapur, pastu bergegas naik ke atas tengok suami....

Mau terberanak awal neh!

Dan, yang paling best, ramadhan ini aku berjaya puasa penuh dengan sepenuh2 nya... :-) yeay!  Alhamdulillah! Teringat  kat cikgu cina kat sekolah...dia kata dia salute kat aku sebab nampak bertenaga je! Macam tak puasa! Ehehehe... Syukur...Allah kurniakan tubuh badan yang sihat...

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf sekiranya ada terkasar bahasa, salah silap tutur kata dalam blog picisan ini... Ye la, kekadang kite meluah, tapi orang tidak melihat dari sudut itu....

Moga aidilfitri tahun ini lebih indah dari sebelumnya...

Jom main bunga api!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, September 07, 2010

cermin itu pecah kerana batu atau memang ade orang sengaja pecahkan?

salam.

kesihatan diri sedikit terganggu sejak sabtu lalu. mungkin alahan sedang menghampiri aku? hehe. alhamdulillah.. dapat aku merasa nikmat ibu mengandung. ye, memang sakit. walaupun hanya mual-mual. tapi aku bersyukur...=)

demam teruk sejak sabtu, melarang aku dari berpuasa. jadi, tak penuh la puasa aku tahun ni..3 hari tak puasa. adoi..jenuh mengganti la nanti..harap2 takde la masalah ye.

oh. tadi petang sebelum berbuka. ade berita sedih. kereta kene pecah. cermin tingkap sebelah pemandu dihentam sampai lebur. banyak serpihan kaca di tempat duduk sebelah pemandu. yang peliknya, satu barang pun tidak tercuit. sah! orang tu bukan nak curi barang, dia nak pecahkan cermin tingkap je. lantak kau lah sialan (oppsss..terlebey sudaaaa..)

marah pun bukan dapat apa kan. jadi amik jalan tengah. redha. pegi bengkel, repair. dah siap pun kereta aku. lepas ni kalau pecah lagi....tak tahu nak cakap ape... dan yang penting, aku doa, moga si polan ni dapat balasan yang setimpal. mane tahu lepas ni orang pecah anak dara dia ke...eh...mane boleh pecah anak dara..rogol boleh la..haha!

hanya beberapa hari lagi nak sambut Syawal. meriah tahun ni. raya dengan keluarga suami pulak. aku nak carik burasak ni. hehe.

buat korang sume, hati-hati memandu. kalau penat, rehat dan rawat dulu ok.

jumpa lagi nanti. =)

Ahad, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

dikesempatan ini, molie n hubby nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin...tahun ni beraya kat ipoh...raye ke 3 baru bertolak balik ke JB...harap2 semuanya berjalan lancar....semoga tahun ini memberi seribu kemanisan di hari raya..cecewahhh! semua dah siap tinggal nak masak rendang je...seronot....!

okeh~ gudnite!

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...