ok. pagi-pagi aku tengok video murid pukul guru. jelas perbualannya bukan orang semenanjung (maaf kalau aku silap). mungkin muridnya bukan orang semenanjung. sebelah timur malaysia.
mula-mula, aku tengok, ok, perang mulut. aku kata engkau, engkau kata aku. tapi yang aku tak sangka ialah pandai betul pelajar itu matikan kata-kata seorang guru. takut aku dibuatnya.siap tumbuk cikgu diakhir video tersebut!
tapi bila dikaji balik, murid tu ada benarnya. seorang tenaga pengajar tidak boleh memperlekehkan seseorang murid dengan memalukan dia. jelas, yang rakam video itu siapa? bukan dipihak guru? wanita sihat yang duduk dikerusi itu siapa? yang menjadi subjek video adalah lempias kemarahan seorang murid kepada guru. jeritan kurang ajar murid kepada guru. apa yang guru itu lakukan? provokasi. ya, menggalakkan lagi tingkah murid tersebut. api dengan api. bila akan padam?
menjadi guru memang bukan tugas yang mudah. sebab produk yang mahu dihasilkan adalah benda hidup, yang punya perasaan, keinginan, mahu kasih sayang. aku seorang guru. walaupun hanya setengah tahun menjadi guru, aku berusaha untuk faham keinginan murid.
"cikgu marah saya, cikgu tak tanya apa masalah saya!" jelas, murid tu nak gurunya tahu keadaan dia. ambil tahu kenapa dia buat perkara yang gurunya tak suka.
masa pelajar tu menjerit-jerit, dia menangis, buktinya, guru lelaki tersebut ada sebut
"menangis"
kemudian dibalas pelajar "saya pun ada perasaan"
kenapa dirakam? bukankah pertemuan guru dan pelajar adalah perkara pada pendapat aku sulit. macam berjumpa dengan guru kaunseling, bercerita, berkongsi masalah. kenapa perlu diedarkan? kalau macam tu, sama saja lah guru dan murid kan? hanya menggunakan teknologi ke arah yang tidak sihat. malu aku pada mereka yang tidak berfikir!
jangan ingat kamu sudah menggenggam segulung sijil yang melayakkan orang memanggil kamu guru, tapi kamu sedikitpun tidak berkelakuan seperti guru. ada satu pepatah, aku lupa, tengok anak, tengok ibubapanya, baik anak, baiklah ibubapa. jadi situasi ini boleh dijadikan panduan.
ini sekadar pendapat aku. murid itu wajar bersikap kurang ajar kerana dia masih bergelar murid. masih perlu diajar banyak perkara..jadi, didiklah dia. ajarlah dia. bukan berkata-kata buruk pada dia. bukan menggelarkan dia. kasihani lah dia.
"2 tahun saya dendam dengan cikgu, tapi cikgu tak pernah berubah" kata-kata murid tu.
hmmmmm... ambil iktibar. buat pedoman dan panduan. aku harap, selama mana aku menjadi guru, akan aku didik anak-anak murid ku supaya tiada perkara begini berlaku.
buat guru-guru, muhasabah diri. jangan jawatan guru itu disalah ertikan.
Memaparkan catatan dengan label ego guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ego guru. Papar semua catatan
Rabu, Ogos 04, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
Assalamualaikum! Lama sungguh tak mengadap blog. memang bersawang betul lah! sampai kerajaan pun dah bertukar tampuk kepimpinan... blog ...
-
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:) majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan ...