Rabu, Ogos 04, 2010

murid pukul guru. salah siapa?

ok. pagi-pagi aku tengok video murid pukul guru. jelas perbualannya bukan orang semenanjung (maaf kalau aku silap). mungkin muridnya bukan orang semenanjung. sebelah timur malaysia.

mula-mula, aku tengok, ok, perang mulut. aku kata engkau, engkau kata aku. tapi yang aku tak sangka ialah pandai betul pelajar itu matikan kata-kata seorang guru. takut aku dibuatnya.siap tumbuk cikgu diakhir video tersebut!

tapi bila dikaji balik, murid tu ada benarnya. seorang tenaga pengajar tidak boleh memperlekehkan seseorang murid dengan memalukan dia. jelas, yang rakam video itu siapa? bukan dipihak guru? wanita sihat yang duduk dikerusi itu siapa? yang menjadi subjek video adalah lempias kemarahan seorang murid kepada guru. jeritan kurang ajar murid kepada guru. apa yang guru itu lakukan? provokasi. ya, menggalakkan lagi tingkah murid tersebut. api dengan api. bila akan padam?

menjadi guru memang bukan tugas yang mudah. sebab produk yang mahu dihasilkan adalah benda hidup, yang punya perasaan, keinginan, mahu kasih sayang. aku seorang guru. walaupun hanya setengah tahun menjadi guru, aku berusaha untuk faham keinginan murid.

"cikgu marah saya, cikgu tak tanya apa masalah saya!" jelas, murid tu nak gurunya tahu keadaan dia. ambil tahu kenapa dia buat perkara yang gurunya tak suka.

masa pelajar tu menjerit-jerit, dia menangis, buktinya, guru lelaki tersebut ada sebut

"menangis"

kemudian dibalas pelajar "saya pun ada perasaan"

kenapa dirakam? bukankah pertemuan guru dan pelajar adalah perkara pada pendapat aku sulit. macam berjumpa dengan guru kaunseling, bercerita, berkongsi masalah. kenapa perlu diedarkan? kalau macam tu, sama saja lah guru dan murid kan? hanya menggunakan teknologi ke arah yang tidak sihat. malu aku pada mereka yang tidak berfikir!

jangan ingat kamu sudah menggenggam segulung sijil yang melayakkan orang memanggil kamu guru, tapi kamu sedikitpun tidak berkelakuan seperti guru. ada satu pepatah, aku lupa, tengok anak, tengok ibubapanya, baik anak, baiklah ibubapa. jadi situasi ini boleh dijadikan panduan.

ini sekadar pendapat aku. murid itu wajar bersikap kurang ajar kerana dia masih bergelar murid. masih perlu diajar banyak perkara..jadi, didiklah dia. ajarlah dia. bukan berkata-kata buruk pada dia. bukan menggelarkan dia. kasihani lah dia.

"2 tahun saya dendam dengan cikgu, tapi cikgu tak pernah berubah" kata-kata murid tu.

hmmmmm... ambil iktibar. buat pedoman dan panduan. aku harap, selama mana aku menjadi guru, akan aku didik anak-anak murid ku supaya tiada perkara begini berlaku.

buat guru-guru, muhasabah diri. jangan jawatan guru itu disalah ertikan.

5 ulasan:

Ben Ashaari berkata...

guru adalah segalanya .. dialah kawan , sahabat , ayah/ibu , dan dia jugalah pembimbing ..

molliesa berkata...

abg ben~ yupp..benar...jadilah seperti seorang guru..=)

Wanie-san berkata...

kalau sekali tengok kita pikir murid tu kurang ajar..ckp nak tengking2..tp bila di fikir secara dalam, betul jugak..kalau murid yg kurang ajar n xhormat guru takkan dia menangis..mesti dia buat muka kerek b'lagak..pastu ugut2..my bro seorg cikgu..dia memang baran..tp dia tak pernah marah kat students dia..dia juz marah kat adik2 je..kalau students bising, dia suruh student tu duk depan n b'cerita.kalau students tu suke jalan2 kaco2 org dlm kelas dia suruh student tu belajar sambil b'diri..hehe

Tanpa Nama berkata...

tak semua guru tu x bagus..

mase dulu2, tak berani nak repot kat mak bila kena denda/marah dgn cikgu sebab mak mesti marah kita balik..cuba tengok sekarang??

tp saya harap sgt2 anak2 saya tak menjadi murid yg derhaka dan semoga cikgu2 mereka cikgu yg baek :)

molliesa berkata...

wanie-san~ itu lah... menjadi guru perlu kreatif, mendenda, mengajar,mendidik. memang sukar, tapi tak mustahil.=)

makdara~ zaman saya dulu pun kalau cikgu marah, balik rumah diam2 je..hehe.. tak berani..insyaAllah anak makdara dapat guru yang baik2...=)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...