Memaparkan catatan dengan label demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label demam. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 07, 2014

Demam melanda

Memang betul-betul demam ni,
Pengsan 6 jam lepas makan ubat.

Dasat,
Tak pernah demam tidur macam ni
Seingat aku,
Masa lahirkan adam dan akid pun aku steady je melayan tetamu datang visit,
Memang langsung tak tidur

Betul lah orang tua kata,
Bila dah anak ketiga ni,
Badan akan mula rasa lemah.

Itu la, degil kan,
Taknak dengar cakap orang tua
Konon serba tahu semua benda.

Insaf dah

Lepas ni,
Makan ubat, tidur balik.

Papa handle anak2 ya!


Posted via Blogaway

Sabtu, Ogos 20, 2011

bila demam tak kebah

penangan demam bermula jumaat lalu. sakit tekak dah jadi batuk berkahak. mula-mula hingus keras sekarang bersin tak henti henti. virus lah tu! hmmmm...

isnin dah mc. jumaat pun mc. patutnya doktor terus bagi 5 hari mc. haccccccummmmm! bersin macam nak tercabut hidung. batuk? kahak? ptuihhhh! ketul ketul hijau.

alhamdulillah. adam sihat saja. syukur. ada juga dia batuk sikit sikit, tapi tak teruk. risau juga. dah dua kali ke klinik. doc kata adam sihat aja. alah, adam tu kalau dia sakit pun tetap senyum. alahai anak mama.

mungkin cuaca buruk ni buat badan pun teruk. lemah. adik kata tu pun boleh jadi virus. sebab sakit sendi. lemah lemah badan. jadi jangan makan ubat sangat. nanti buat bakteria baik dalam badan jadi jahat. oh.. bakteria pun ade baik jahat tau. macam manusia juga. tapi kalau manusia. memang jahat tak guna lah~

lagi seminggu persekolahan. minggu depan tak sibuk sebab semua exam. jadi akan sibuk selepas itu. hai....cuti raya pun tak best. teringat nak isi markah SAPS. aduhai~ kene cepat-cepat tanda dan masukkan markah. baru enjoy lebaran nanti~

insyaAllah, beraya di rumah ibu kat ipoh. kalau ada yang pertikaikan kenapa aku tak balik kampung nu di terengganu. jawapan aku mudah. suami yang suruh. aku mengikut, bukan tidak pandai memujuk suami untuk pulang jenguk saudara yang buang saudara itu, tapi aku mahu jadi isteri yang dengar kata suami. lagi pun aku lebih suka di rumah ibu. aman. tak payah dengar ucapan jahat dari mulut longkang.

seronok. rumah makin complete walaupun menyewa je. tak sabar nak ada rumah sendiri. tak apa...kumpul duit dulu lah~

eh, kan dah melalut bila demam ni.. verangan je la mama adam nih! oh, tadi berbuka kat jm beriani bangi. makan ape tah. adam macam biase lah. good boy~ adam suka senyum, tapi takde lah sampai suke senyum tak bertempat.

kenkadang menyampah gak bace komen atau status riak manusia ni. tulun lah~ ok tata~

Ahad, Jun 27, 2010

apa itu shingles?

hai semua.
hari ini masuk hari ke 4 aku demam. bebintik merah berair masih ada di badan, malah makin bertambah. kat sini aku nak kongsi sedikit info untuk pengetahuan korang.

chicken pox biasanya menyerang kita waktu kecil. virus yang dikenali sebagai varicella zoster virus. ok. hal kecil-kecil dulu rasenye tak payah nak kupas la kot. sebab korang boleh carik sendiri info. lagipun banyak kat google. jadi, mari berajin sedikit!

aku pertama kali diserang chicken pox ketika di usia 9 tahun, rasenye lah.

jadi, readers semua yang pernah diserang chicken pox ni, beware ok. korang akan ada peluang nak kene shingles macam yang aku kene~! hoh. ini amaran!

*bukan shingles aku*

herpes zoster virus satu virus yang akan menyerang bila immune dalam badan rendah. ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku selain dari immune rendah, keadaan stress juga boleh mengakibatkan virus ini aktif.

virus ini sebenarnye adalah virus transformed yang ada semasa kita diserang chicken pox dulu. virus ini sukar untuk mati. jadi, ia akan tinggal lama di nerve ganglia. (sila google kalo tidak tahu). setelah berubah, virus ini menyerang orang itu pabila dewasa kelak, dengan syarat, immune mesti rendah!

shingles ni boleh diibaratkan chicken pox senior la. sebab ianya hanya menyerang orang yang pernah diserang chicken pox semasa di awal usia dulu. biasenya keadaan boleh menjadi teruk berdasarkan umur. maknenye orang tua, kalo kene shingles ni, bahaya lah sikit.

bentuk atapun pattern shingles tumbuh di badan juga boleh memberitahu samada yang terkena jangkitan ini adalah biasa biasa, ataupun yang serius. alhamdulillah, shingles aku jenis yang scatered, maksudnye dia tumbuh merata, bukan berkelompok setompok setompok macam dalam gambar kat atas tu. phewww~

jangkamasa serangan ini akan berkurangan dan terus baik dalam 2 hingga 3 minggu. aku baru hari ke 3 ditumbuhi shingles. ada beberapa hari lagi. ya Allah, bantulah hambaMu ini.

ok, shingles ni sangat gatal. kalo yang jenis main makan je ape saja, korang telan je lah. tapi amalkan makan sayur, pemakanan yang seimbang mungkin. oh, tadi sebut pasal gatal. mungkin akan tergaru, maka terpecah la bebiji shingles tu, jangan risau, virus tu sangat tidak boleh terdedah diluar badan manusia. jadi ianya cepat mati, namun, elakkan diri korang untuk dekat dengan orang lain. sebab, melalui pernafasan, ia akan berjangkit. malah, melaui cecair yang pecah tu pun ada kemungkinan.

jadi, jaga pemakanan, amalkan pengambilan vitamin, minum air masak dengan banyaknya. hehe...

doakan aku cepat sembuh. gatal weyh. tidoku tidak setenang dulu

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...