Memaparkan catatan dengan label tahun baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahun baru. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 04, 2013

tahun baru tiba lagi! 2013, syukur!

salam tahun baru 2013!

hari ke 4 baru dapat update blog..hehehe.. sibuk sangat di sekolah..
memang tak sempat duduk..kecuali solat dan pam susu untuk akid.. :)

syukur..masih diberi kesempatan untuk menggalas tugas sebagai segala-galanya..

azam tahun baru? biasa saja..  berdoa agar dapat buat yang terbaik sepanjang tahun 2013 pula..

tahun baru sangat kalut dengan pelbagai tugas di sekolah!
tapi, bila balik rumah..aku pulang sebagai isteri dan ibu..hehehe..

no homework ok! :)

selamat tahun baru semua! :)

Sabtu, Januari 01, 2011

ada apa dengan 1.1.11?

01.01.2011. (birthday mama!)

lagi 15 minit nak masuk

02.01.2011

eh, birthday ayahanda ku.. kene telipon esok nih! WAJIB!

actually tak de la ape ape yang spesel sangat pada awal tahun ni.. same je macam biasa.. kebetulan hari sabtu.. jadi duduk dirumah sahaje.

kemudian, black out. terpaksa keluar rumah (maksud: berjalan-jalan)
makan di kedai mama di puchong perdana, dah kenyang terus ke giant seri kembangan.
asalnya nak beli tangga. tapi duit tak kuakan dengan secukupnye... jadi, letak balik lah tangga..beli makanan lagi bagos! haiyaaa~

kemudian jalan-jalan lagi. nampak tempat untuk beradu suara.. hehe.. nak ke idak.. nak ke idak.. tengok suasana kat situ macam okay je.. testing la suara selama 60 minit! hahaha... puas hati.. (tapi kami karoks secara berhemah, takot baby runsing dalam tummy)

dah habes, terserempak dengan cikgu suamiku.. borak-borak.. salam-salam.. balik rumah.. =)
balik rumah, makan-makan lagi.. adehhh.. pergi timbang berat.. ok. masih ideal. hehehe.. paranoid betul dengan berat badan!

jadi, itu sahajalah 01.01.2011 saye pada hari ini. sekian~
* jom tido dengan gegirl*

Khamis, Disember 17, 2009

Salam Maal Hijrah



::..Doa Akhir Tahun..::




Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah..


semoga apa yang sudah dilakukan sepanjang tahun ini akan diperbaharui dengan yang lebih baik..:)


maka, setelah itu, kita sebaik-baiknya membaca doa awal tahun pulak..hehehee..:p


::...Doa Awal Tahun....::

Maksudnya:~
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
apa yang baik datang dari Allah...yang buruk itu dari molie jua...
P/S: main ps2 pon sedap gak nih..heheeheh..~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...