Sabtu, Julai 31, 2010

kedai 100 yen di equin

setelah sekian lama berjanji dengan Hana, akhirnya berjaya juga tanpa dirancang. bukan apa. selalu jadi macam tu. kalau rancang, ada saja halangan. jadi, buat on the spot. hehe.
puas berpusing-pusing, maka berjumpalah aku dengan kedai 100 yen ini. mungkin idea kedai ni dari orang yang meminati barangan jepun, atau memang kedai ini sudah popular di jepun. ya kah? hehehe

*lupa nak ambil gambar kedai 100 yen itu*
tapi aku boleh gambarkan je lah ye. kedainya berwarna merah, ada tulisan 100 yen berdakwat putih di tiang kedai. papan tanda pun begitu. latar merah, tulisan putih. memang nampak dari jauh.

sementara menunggu Hana sampai, aku masuk ke dalam kedai, memesan ais-salji perisa coklat. sebab itu tujuan utama aku datang ke kedai 100 yen. ada label halal disitu. ais-salji ni adalah sejenis ais yang berperisa, dikisar oleh pengisar seperti pengisar ABC. tapi lebih halus.

dekorasi dalam kedai macam kedai 5 ringgit. cuma barang-barang semuanya dari jepun. satu habuk aku tak faham apa yang ditulis. cuma boleh teka apa kegunaan barangan tersebut. memang orang jepun sangat kreatif dan sukakan benda yang comel.
lepas tengok-tengok barang, aku keluar dan menikmati ais-salji coklat itu.

*ensem encik suami*


*cepat makan, malaysia panas, nanti cair*

bagi aku sedikit muak. kalau cuba perisa buah-buahan rasanya lebih baik. pada aku lah. tapi sebab encik suami penggemar coklat tegar. jadi, wajiblah patuh. hehe
habis semangkuk ais-salji ni, Hana dan buah hati juga kawan aku, sampai.
jadi, masa untuk order ais-sajli yang baru. hehehehe


jadi aku pesan mangga. nyumnyum. Hana pesan green tea dan untuk buah hati dia, maui perisa kiwi. perisa kiwi je aku tak boleh nak merasa. lain kali lah.


*si tembam dan buah hati*


* muka puas hati, sebab dari khamis dah mengidam*


*green tea ataupun teh hijau*
bila makan green tea ni, rasa neutral tau. elok kalo tengah mual-mual tu. nak pegi cari serbuk atau daun teh hijau. nak amalkan minum teh hijau lah.
*nampak? sudah gemok >_<
dalam beg hitam itu ada makhluk berbulu dan boleh terbang.

Hana dan Kyo

ok. sebenarnya nak tunjuk gambar ini. sudah puas memilih apa yang mahu dibeli, akhir sekali aku pilih penyangkut serbaguna ini.


ok. puas hati. semua boleh sangkut kat sini.
semua barang harga rm5. jadi pandai-pandai lah pilih.

Jumaat, Julai 30, 2010

Juara Imam Muda 2010

tahniah!

memang kamu best wahai Imam Muda Asyraf. =)
friendly dengan masyarakat. bekas guru pula tu. memang menarik.
tapi Imam muda Hizbur best jugak. dia nampak cool. nampak seorang yang tegas. ade aura sendiri.

apa-apa pun, bagi aku program ni adalah yang terbaik untuk tahun ni. sudah bosan dengan aksi melalak, oh, tensi...tensi...

isteri-isteri kedua-dua imam ni memang sungguh manis dilihat. malau-malu. sejuk hati aku tengok.

imam muda Hizbur, isteri kamu sangat cantik!
isteri Imam Muda Asyraf pun takde kurangnya!

yang tak boleh belah, hadiah yang semua Imam muda dapat. Ya Allah...bestnye..=)






Khamis, Julai 29, 2010

cik, sila jangan buat macam ini

salam 1 malaysia buat semua. :)

hari yang sepatutnya indah sudah dicemari oleh sedikit insiden yang tidak best! usai berjumpa kawan-kawan di fakulti tempat aku belajar dulu, aku bergerak pulang ke rumah. kena lah balik sebelum suami sampai. tak manis la kan. melainkan ada hal yang perlu disiapkan. ok lah kan. ;)

dalam perjalanan, aku singgah di kedai binatang peliharaan. beli pasir dan biskut untuk gegirl dan adik. lame tak beli makanan yang sedap sikit. hehe. comel betul kucing-kucing kat kedai. untuk dijual semuanya. ada seekor kucing putih, bermata biru mengiau-ngiau. nasib baik duit tak de. hehe.

sebelum balik, ternampak kedai menjual barangan bayi. kebetulan, ada benda yang dicari. berhenti kejap. pilih pilih. dah jumpa. bayar dan sampai di kereta......


baikkkk punya parking. ok. sabar. aku pun periksa kat dalam kereta, ada budak lelaki, masih disekolah rendah, dia menunjukkan tanda tunggu. aku lihat ada beg tangan, ya, perempuan yang memandu kereta itu. tak mengapa. aku tunggu...

sudah 10 minit berlalu, akhirnya datanglah seorang wanita, 10 tahun tua dari aku mungkin. tiada respon dari wanita itu. aku menghampiri wanita itu,

aku : hai, izit your car?
wanita : yes, y?
aku : u should park at parking lot, u can't simply park here.
wanita : i  tatau
aku : ???

sekurang-kurangnya cakaplah "sorry". berbudi bahasalah. aku tunggu 10 minit, aku boleh cakap elok-elok lagi. dia boleh buat tatau~tatau. kalau dengan ibu aku, mahu kena sound sedas dua. aku ini berhati lembut, mahu memaki berfikir dua kali. -_-"

sudah lah dia tinggalkan anak di dalam kereta dengan enjin kereta masih hidup. tak serik dengan berita yang dipaparkan kah?

note for safiyya amani, auntie dah jumpe hadiah untuk kamu. yeaaaa~~~~~ suke suke.

cubaan anak dara melarikan diri

satu malam yang hening. ada cubaan melarikan diri di sebuah kawasan bandar. nasib baik orang kampung (tadi kata bandar, ni kampung pulak?) perasan akan aktiviti itu. jadi, tidak berjaya lah cubaan dua anak dara untuk melarikan diri. hehehehe~

kantoi. haha. aduh. ni lah bahana apabila pantang jumpa anak kucing. mahu dikutip kesemuanya. lepas ni tak akan kutip lagi. cukup lah dua ekor ini, salah seekor sedang bunting. ^_^

tahniah! tahniah! tahniah!

nama : safiyya amani binti muhammad hafidz

tahniah buat sahabat baik ku, Puan Amatullah sebab dah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel ini pada  25 Julai 2010. baby safiyya degil, tak mahu keluar dari perut ibunya, jadi terpaksa dibedah. Alhamdulillah, tak ada masalah. semuanya selamat!

buat kawan dating zaman muda-muda dulu, hahahaha. encik Hafiz dan kakak Yanti, tahniah dengan kehadiran bayi lelaki. nama tak tahu sangat, Iqram kot. tarikhlahir sama dengan baby safiyya amani..:) tahniah, tahniah.

buat sahabat baik semasa di sekolah menengah dulu, Encik Fazri a.k.a Teli dan pasangannya merupakan sahabat sekelas, Puan Fazura yang sudah selamat melahirkan bayi perempuan juga pada 28 Julai 2010, nama tak tahu langsung. hehehe. beberapa hari lewat dari tarikh jangkaan baby lahir. tahniah kamu berdua!

semoga kegembiraan ini berkekalan. jadi ibubapa yang baik ye kawan-kawan. doakan kehadiran cahaya mata untuk aku pula.
*sori, gambar baby satu je..hehe*

Rabu, Julai 28, 2010

terima kasih kawan-kawan!


terima kasih ye buat kawan-kawan sudi datang melawat di sini. terima kasih juga buat anasir-anasir jahat yang pernah singgah sehingga membuatkan aku sedikit tergugat.

terima kasih kepada 61 orang ini. harap ianya bertambah ye!

kat sini nak kredit kat abg ben ashaari sebab beliau banyak bagi peluang. ikut segmen beliau. best-best! thanks ya! :)


baru 61 orang pun nak kecoh. bukan kecoh. nak hargai. :)

Selasa, Julai 27, 2010

akhirnya ia menjadi milikku

hari ni masuk dua hari. tiba-tiba terasa teringin bila tengok gambar milik kawan. pau panas. aduh. memang mengecurkan air mukus. hehehe.

sepatutnya semalam sudah berjumpa dengan pau panas. malangnya tidak berjaya. :(
semalam encik suami belanja makan KFC untuk mengubat lara di hati. macam mengidam pulak ye. haha

tadddaa~~~


ada empat biji pau. suke! suke! tadi encik suami boleh pulak buat lawak.

aku: dah balik dah...:)
suami: a'ah..eh..lupe beli pau!
aku: erm..takpe lah..(dalam hati nak menangis)

hehehe..saje je.suke buat aku kekwat. haha. thanks sayang~!

jelajah blog ramadhan '1431 lauk best cenderahati comel!

kat sini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al mubarak. semoga tahun ini kita semua mendapat barakah ye. semoga tahun ini dapat melenyapkan sedikit rasa gundah, rasa sedih. jom sama-sama buat amal dan jelajah blog. :) semoga (banyak perkataan semoga) kita semua dapat merapatkan ukwah sesama kawan-kawan blogger. terima kasih buat abang ben (bodek bodek) sebab sudi jelajah.cukup lagi tak kata-kata ucapan ni? tehehe~

oleh kerana kawan-kawan sudi menjenguk, aku hidangkan lauk ini buat tatapan korang suma. maklumlah. jelajah ramadhan tak boleh makan kan? tengok dulu, kemudian masak la kat rumah. udang berlumur kunyit panggang!!! =) resepi peribadi ni...




nak bagi buah tangan, tapi iklan kat abang ben terhad sikit. jadi aku pilih nak bagi buah tangan ni. comel kan? kan? hehe.. buah tangan comel

ok, tu saje. thanks datang lawat blog aku ye. sekian. :)

Isnin, Julai 26, 2010

faktor orang suka mengumpat

aku rasa korang semua pun setuju dengan ayat ni kan. diam itu lebih baik. bukan bermakna kita diam, kita ni boleh ditendang tendang seperti bola kan? diam bukan bererti kalah, bukan bermakna kita salah. bagi aku, diam banyak mengajar erti sabar. sabar menerima kutukan orang, sabar dengan ujian, sabar dengan kerja yang membeban. jadi diam dimulut, dalam hati berzikirlah. sebab dengan zikir, hati jadi tenang. tak mudah nak mengata itu ini kepada orang. tak mudah melenting, tak mudah untuk mula memaki hamun.

jadi, salah satu faktor orang yang suka atau kuat memaki, mengumpat ni, adalah tidak cukup sabar dalam diri. contoh disini, si A tahu keburukan si B. satu hari, si C bercerita keburukan si B pada si A, sekiranya si A sabar, dan ada otak, si A takkan mudah menokok cerita si C. jadilah si C bercerita sendiri. hampalah si C. hehehe..aku rasa lah. sebab, kalau dah tambah itu ini, sampai bila pun tak habis. dan yang dok mengumpat itu sampai sudah takkan puas hati.

oh, satu faktor lagi, adalah sikap dengki. ya lah. bila dengki, macam-macam cerekarama lah dia akan bercerita. habis mitos, lagenda riwayat hidup akan diselongkar. aduh. kesian.

sebenarnya, bukan kesian kat orang yang kene tu, kesian pada yang dengki dan sibuk mengumpat hal orang. hehe..apa pula kata kawan-kawan blogger?

kucing sujud?

ha...selalu dengar atau kecoh kecoh pasal sejadah sujud lah kan... sekarang aku nak kongsi kisah kucing aku pulak. ehehe..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

hehehehehhe...dia tidur ni. hujan pulak diluar. lagi la syok layan tidur. =)

Ahad, Julai 25, 2010

siapa yang bersiul tadi?

tadi dinner di luar. dah lama tak makan kat kedai. tapi nak makan menu ni. memang harus ke kedai ni. sebab nak masak leceh. encik suami tidak makan. tekak tiba tiba mahu menjamah laksa penang. oh sedapnya.

usai menjamah, kami beredar pulang. esok hari isnin. encik suami mahu berehat. tidur awal. :) dalam kereta hanya kami berdua dan radio dibuka perlahan. sesampai di kawasan rumah, aku terdengar siulan. hampir betul dengan telinga. aku lihat suami. aku tanya, bersiulkah tadi? encik suami menafikan.

sampai di rumah. aku tanya lagi. bersiul kah tadi? jawapan sama juga. tidak. jadi, siapa yang bersiul?

muzik seram~~~~~

baby kiko

fuyyooooo~~

seronoknye jadi  artis kat malaysia ni ye. dah la kaya-raya (tak semua lah) lepas tu ada peluang masuk peraduan. hadiah yang bakal dimenangi pula mak aiiihh...besar juga amaun tu. rm30 ribu. kaya betul!

tadi tertengok cerita Baby Kiko, Amazing Baby (kot) kejap kejap je tengok. selang seli dengan bola di chanel 801. boleh tahan malaysia main. 1-0 dengan korea. :)

oh, baby kiko tadi ye. artis yang aku tengok tadi Erra Fazera dengan anaknya Aleesya. comel sungguh anak erra ni. macam mak dia jugak. hehe.

pertandingan baby kiko ni...mak mak kene hias anak mengikut tema yang mak mak dah pilih dalam sampul surat berwarna. erra dapat tema Paris. dan wang saku rm150 diberikan kepada erra untuk membeli segala keperluan mengikut tema tersebut. aku pon syok la tengok. suka tengok baby ni. tenang rasa hati. lepas dah beli, jadi pakaikan lah pada si anak, kemudian sesi fotografi. masa diberikan selama 1 jam 30 minit. bersusah payah erra nak buat anak dia beraksi. ye lah, baby kan susah nak jangka mood dia. tapi end up, hasilnya comel sangat! dengan background yang sangat cantik. maklumlah, Paris!

ada slot dimana, erra perlu nyatakan, kalau dia menang, apa yang akan dia buat dengan duit tu. katanya 1/3 dari rm30k tu akan jadi simpanan Aleesya, 2/3 akan digunakan dalam kerja amal dan jalan-jalan. :)

ni gambar yang sempat aku snap tadi. hehe. comel betul anak erra!

aku belum ada anak lagi. tapi kadang-kadang nak juga menghias anak. anak kucing boleh? hehe

vidiyo gegirl dan adik menyebok duduk kat katil...:)

persiapan untuk melahirkan. ada cadangan?

sejak aku kecil. aku tak dibenarkan untuk mempunyai binatang peliharaan. aku sakit. lelah. nama glamor. asthma. sejak kecil sakit aku teruk. ibu kata macam kain buruk. sampai aku kurus keding. oh ya. untuk mengubati aku, macam macam cara ibu guna dan amalkan. yang peliknya minum air kencing. entah lah. tapi aku pernah baca, di China memang popular begini.

alhamdulillah. aku dah sihat. bila buat pemeriksaan kesihatan, doktor pun kata aku sihat. cuma ada sejarah lelah semasa kanak kanak. aku rasa, lelah boleh diubati. sebab aku boleh sihat. padahal dulu, sikit sikit tak boleh bernafas. cuma pesakit perlu tenang, tak boleh stress. mesti hidup cergas. kene positif!

ok. balik pada cerita sebenar. kucing aku, si Adik (adik lagi) sedang sarat. due dia minggu depan. ada 14 hari lagi rasanya. semalam dia buat buat macam nak beranak. kecut perut aku.

sebelum ni kucing ibu pernah beranak, tapi aku tak sempat jadi bidan. kali ni, memang nak atau tidak aku memang kene jadi bidan. aku takde lah takut atau geli, cuma takut aku terkedu je nanti. kalau setakat hamster beranak, aku okay lagi.

sekarang ni aku berjaga jaga dengan kelakuan Adik. aku dah sediakan kotak. kain buruk pun ada. kertas surat khabar. untuk buat alas nanti. hmmm.. apa lagi yang aku perlukan ye? kucing ni takpe ke kalo kite tengok dia beranak? ke dia nak privasi? ah...macam macam aku pikirkan sebenarnya...

kalo kawan kawan ada cadangan. kongsi lah sikit ye. =)

harap Adik dapat anak comel dan sihat. tak sabar nak tengok anak anak Adik!

Jumaat, Julai 23, 2010

lagu itu memang tak boleh belah!

baru aku tahu, rupanya lagu yang mempunyai bait seperti ini... hey baby whats your name..bla bla bla tu lagu buatan anak malaysia! wah. aku puji lagu itu. sedap bunyi nya. tapi tidak berkenan dengan lirik lagu yang entah apa apa. kalau lagu itu dinyanyikan oleh si isteri dan sang suami. aku rasa masih boleh tahan. tapi kalau dah macam ni. naik meremang bulu roma.

baru semalam aku tengok kat TV, pelancaran lagu itu. nama penyanyinya aku ingat ingat lupa. misz nina rasanya. sungguh tak updated aku ini. -__-"

bukan apa..sekarang ini dah susah nak bezakan anak melayu dengan lain lain. bukan mahu racist di sini ya. cuma, kalau dulu, sebut melayu je islam. memang kompem. tapi sekarang? sangat menyedihkan. takut aku. lagi lagi video klip yang aku tengok semalam, gabungan dengan penyanyi lelaki, bukan melayu. wah. aku ingat memang lagu itu bukan made in malaysia lah! sebelum ni dengar kat radio je.. huhu

Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for
Baby I never seen someone with your body

You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for
It’s your birthday so tell me what you wanna do
It’s my birthday I really wanna get with you
Drop the beat now and baby we can get it started
We’ll go insane and take it to the after party

So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah
Sexy’s my name
Yeah sexy is my name
Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game
Ok I like to play
I I like to play ay

Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur
Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor
I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP
And if I ask nice can I take you home with me

Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol
We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh
I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low
Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for

ini bait bait lirik lagu penyanyi itu. sungguh sangat menggelikan bagi aku. mungkin bagi sesetengah orang, bende ni tak de apa apa musibah. tapi, kita kene berjaga jaga. perkara macam ini lah yang boleh merosakkan akidah, akhlak kita.

ala..nyanyi je..bukan buat pun..tapi kene ingat, bila benda yang sentiasa disebut sebut, ibarat doa tau. jadi, hati hati lah pilih lagu. yang buat satu hal lah. kita ni kena bijak. =)

teringat lagu lady gaga. terlalu banyak unsur yang tidak baik. tengok sajalah video klip dia. *mengeluh panjang*

Khamis, Julai 22, 2010

sedih atau gembira?

kalau ditanya. aku akan jawab atau kot. susah sebenarnya. biarlah masa yang tentukan ye. aku harap bukan macam dulu. kesian dia nanti. akan rasa macam aku adik beradik rasa. entahlah. semoga apa yang berlaku akan ada hikmahnya.


lepas satu, satu menimpa. adakah aku setabah itu. berlakon seolah anak sulung. hmm.. kuatkah semangat aku.

dalam ketawa ada duka. aku ingat aku dah takkan lalui perkara macam ni lagi. air mata pun tak sudi untuk menitis. mungkin kolam air mata tu dah kering. atau hati aku yang kering? entah lah.

buat suami, terima kasih memahami. nanti belanja jersi sehelai. hehe.

kata seorang kawan. aku ni, bila menangis, masih mampu membuat lawak. padahal hingus penuh dihidung!

terima kasih kakak manis!

seminggu yang lepas. adik datang ke rumah banyak pulak cerita pasal adik kali ini. bukan apa. sebab memang aku rapat sangat dengan adik. ada yang menganggap kami ini kembar. iya kah? kadang kadang aku malas, aku iyakan saja bila mereka tanya "kembarkah?"

adik mahu mendaftar di MMC dan KKM. aku pun tahu sikit sikit je. dia perlu mendaftar untuk dapat kerja. ah, banyak sebenarnya yang perlu diselesaikan. aku yang melihat pun sedikit serabut. dengan borang itu yang patut di isi, malah perlu disahkan. nasib baik suami ada kuasa untuk mengesahkan sijil sijil itu.

ke hulu ke hilir kami dok berjalan di parcel E tersebut. itu belum lagi cerita pasal parking! si kawan adik pula memberi info yang tidak lengkap. memang tak boleh belah lah! memang kami bernasib baik, semua berjalan dengan baik sehinggalah....

"borang ni ko kene cop tau, yang layak cop orang sekian sekian.." kata kawan adik..

"alamak, mana nak cop?" adik dah terkial kial

" ko pegi je jabatan mane mane.." yakin si kawan

jadi kami pun ke bangunan berdekatan, bangunan Kementerian Pelajaran Tinggi, ke pejabat khidmat pelanggan. ada seorang kakak, hitam manis. senyum kepada kami.

"Assalamualaikum kak, saya nak tanya, boleh tak sahkan borang ni?" sambil menunjukkan borang.

"erm..akak bukan pegawai, tapi takpe..akak call jap eh.." sambil mendail nombor di telefon.

" dik...semua pegawai meeting..macam mana ye..aaa..panjang umur..encik sabri..boleh tak encik sahkan borang ni?" kakak manis tu bertanya pada seorang lelaki gempal, juga hitam manis.

"okay.boleh. ni borang untuk apa?" tanya lelaki itu

" borang ini untuk dapatkan sijil sementara.." gugup adik menjawab

"ooo...doktor ya..." sambil memandang adik..kemudian memandang aku..
"awak pun...?" aku cepat cepat geleng kepala.

lelaki itu berlalu, kemudian muncul kembali

"saya rasa, saya tak berani nak sahkan dulu, pegawai iktisas ni siapa?"

kami berdua pun tercengang. haha. dah dapat pegawai begini pula.

tapi, aku sangat kagum dengan sikap kerjasama kakak yang bekerja disitu. sangat mahu membantu walaupun tak berjaya. terima kasih kakak! kamu sangat best!

selepas ke bahagian sumber manusia, pegawai iktisas itu, sama seperti mana mana pegawai 41. jadi, lelaki tadi memang boleh sahkan. tak mengapalah. bukan rezeki kami...

kami balik semula ke rumah, cop dan kembali semula ke putrajaya..
bila semua dah setel, kami kembali ke MMC untuk hantar borang tersebut, tetapi.....

"dik, surat ni tak salah dah, cuma yang sahkan ni, alamat pejabat dia tak penuh. tak tahu risda negeri mana..adik cop semula lah ye..." kata kakak tu..

adoi...rumit lah

Rabu, Julai 21, 2010

kirim salam maut

hai.
tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe.

tiba tiba adik keluarkan satu ayat yang sangat popular waktu persekolahan dulu.

"kirim salam maut".

tak tahu lah zaman zaman korang macam mane. tapi ayat ni memang femes abes bila si polan tak suka pada si polan itu, lepas tu adalah tukang menyampaikan.

biasanya kalau kita rindu, teringat, akan cakap " eh, kirim salam sayang ye kat orang ini"...

tapi ayat tu di tukar bila ada perasaan tak suka, tak gemar dan sebagainya. hehe..

macam ni.." kirim salam maut kat bedah ye!".... si bedah yang terima berdebar je. panas je hati. haha.

macam macam lah zaman sekolah dulu!

Selasa, Julai 20, 2010

kenangan ramadhan aku dan adik



bagus lah bro ben ni. beliau memang mengeratkah hubungan kawan kawan kat blog ni. bagus! tahniah bro ben! hehe. jom kawan kawan join kenangan ramadhan bersama ben ashaari

ceritakan kenangan ramadhan anda:

satu kisah ramadhan yang memang terpahat di minda aku. kisah adik beradik. begini kisahnya....(bunyi muzik flashback)

jam menunjukkan lagi 30 minit mahu berbuka puasa. aku bersiap-siap menyediakan hidangan untuk berbuka. maklumlah, aku anak perempuan sulung. kebetulan hanya aku yang biasa bermain di dapur. kiranya tidak kekok lah. bukan tiada adik, cuma adik jarang berada di rumah. beliau biasanya balik hanya cuti sekolah.

sedang bersiap menyediakan juadah, rupanya sudah hampir waktu berbuka, jadi ku minta pertolongan adik. malangnya dia menolak. katanya aku boleh selesaikan sendiri. aku apa lagi, melenting lah. berlaku lah sedikit perebutan kuasa di mana akau mahu menggunakan kuasa sebagai kakak. malangnya tidak berjaya. -_-"  jadi aku terus khabarkan kepada ibu. ibu minta adik menolong dan sedikit membebel kepada adik. terus merajuk hati si adik.

waktu berbuka tiba, si adik berada di luar rumah. duduk di tepi longkang. protes mungkin. azan berkumandang, kami berbuka dan adik masih diluar. aku lihat, hujan turun dengan lebat. adik masih di situ. basah. lalu, aku rendahkan ego ku, menapak keluar rumah. aku peluk adik. ajak berbuka. adik mengikut tanpa bersuara. aku senyum.
kenangan ramadhan bersama adik yang tak akan aku lupa. kini adik sudah dewasa. mungkin dia ketawa bila membaca kisah ini.

dari mana aku tahu aktiviti ni:
aku dapat mesej kat inbox FB, thanks bro ben! updated sangat! tapi aku memang selalu follow kisah bro ben. hehe. stalker kah aku?

sori, sebab aku sebenarnya tak reti nak menulis dan bercerita. macam kekok pon ada. hehe..

cerita hantu korea

ada lah minggu lepas. duduk depan tv, makan keropok sikit sikit. tengok siaran di televisyen semuanya membosankan. tak ada cerita yang menarik. jadi, aku pun tekan tekan je, ada satu cerita hantu. cerita korea. alamak, tajuk sudah dilupakan.eh, sudah teringat. tajuknya The Evil Twin.

kisah mengenai dua beradik perempuan. kembar seiras. si kakak kesayangan ibu, yang adik kesayangan ayah. dalam cerita watak si ayah tak pernah muncul. aku pulak tak serius menonton. bukan takut.ada hal. hal menggoreng keropok ke apa masa tu *tutup muka separuh dengan bantal* bila keduanya diasuh begitu, maka timbul perasaan iri hati si kakak kepada si adik. oh ya. untuk membezakan keduanya, si kakak memakai rantai tangan berbatu. itu lah tanda pengenalannya.

si kakak suka merampas segala kepunyaan adik. kebetulan si adik punya kekasih. ala, lelaki ni selalu berlakon jadi hero. aduh. lupa tajuk lagi. ni sebab makan semut hitam la ni. hehe.

nak jadi cerita, si adik meninggal dunia, lemas dalam sungai. si ibu hanya berjaya selamatkan kakak sahaja. maka, bermuram durja lah si kekasih. meruntun pemergian kekasih hati. sebelum si adik mati. sepatutnya kekasih dan si adik berkahwin. jadi, perkahwinan itu diteruskan dengan kekasih berkahwin dengan si kakak. kesian. kahwin paksa lah ni.

dalam kekalutan itu, muncul lah seekor hantu. hantu dia agak menakutkan juga, sebab tak kelihatan mukanya. hanya ketinggian. sangat tinggi~~ memang meremang lah. cet.penakot cakap je la kan!
hantu ni bunuh beberapa orang kampung. tapi si kakak yang dituduh. kesian si kakak. satu lagi part yang thrill bila si ibu tengah menyisir rambut, tiba tiba tersangkut. perghhh!! terkejut juga seminit dua.

tapi di akhir cerita barulah terungkap kisah sebenarnya. maknanya, cerita ni, jangan berkelip langsung masa tayangan tu. korang tengok je. kalau korang berkelip. maka, tak faham lah jalan cerita tersebut. masa aku tengok ni. encik suami dah didalam alam mimpi. dia tak faham. dan tak sanggup nak tunggu sampai habis. kira macho lah. aku tengok sorang diri. haha

tapi, aku suka jalan cerita dia. ade imbas kembali. lepas itu ini. balik semula. buat otak aku berfikir. entry tak de letak gambar. kang berhantu pula blog aku. haha~

:: ade orang kata, bila kita tengok cerita hantu, sebenarnya ada hantu join tengok sekali. wuuuu~~~~::

Isnin, Julai 19, 2010

siapa?

aduh.
pening ketika.
pusing pusing.

mahu ketawa.
ketawa kuat kuat.
ketawa sampai rabak.

sudah gila.
mahu buat buat gila.
jangan bersandiwara

hey kamu.
nah seringgit.
beli cermin.
bukan untuk aku.
untuk kamu..

hey.
sudahlah menyalak.
buat telinga pekak.
buat sakit tekak.

nurse yang garang

alamak, ni yang tak best ni. kepala asik teringat kanak kanak comel yang pernah aku jaga. sungguh, aku sayang budak berdua itu. ish. apa khabar ye?

teringat masa si adik dimasukkan ke wad, cirit birit rasanya. si kakak ada di nurseri, tiada siapa yang menjaganya, ayah pula sibuk bekerja mencari hasil yang halal. aku menawarkan diri tanpa dipinta. sungguh, tiada agenda lain selain mahu bertemu si riang dan si buat pasal itu.

sesampai di sana, kebetulan, pengasuh menghantar si kakak pulang. aku sudah dipesan. si kakak mungkin demam. bahaya. kerana dia punya epilepsi. iaitu sawan. aku goyah sebentar. aku tidak biasa menjaga kanak kanak di serang sawan. jadi, aku bergegas ke hospital di mana si adik dan ibu berada.

kurang beberapa jam. si kakak di tahan. demam. kesian. nasib baik tidak ada apa apa. semalaman kami berkampung di hospital. seronok, kebetulan aku membawa laptop. tidak lah bosan.

yang aku sedih, bila nurse di wad kanak kanak terlalu garang terhadap pesakit. bayangkan, budak tengah tidur, dikejutkan dengan kasar. komplen itu, komplen ini. sedih betul

aku harap bukan semua nurse atau jururawat kat dalam malaysia ni jenis macam ni. walaupun aku dah jumpe seorang macam tu. eh, termasuk yang membaca ini mungkin jadi ke dua dan seterusnya.

dah itu kerja kamu, buat lah, jangan lah komplen itu ini. rasanya gaji kamu pun setaraf dengan kerja kamu. jadi, berkerjalah sebaiknya.

psstt...aku rasa tak semua lah nurse macam ni, ade je yang baik. yang tak baik tu buang dalam loji tahi.haha. tahi lagi. adoi. malas nak berblog macam ni. selalu ada tahi.

hey ya ya~

pesanan penaja kepada pembaca blog yang buta IT dan buta hati itu.
nyah kau dari sini. sila jangan baca blog saye ok. rase jijik.

ok. kawan2 yang lain, saya minta maaf sebab tahi jatuh dari ******. hahahahaha~~

nota kaki busuk: orang itu tak kan sudah2 menyebok rasenye. bosan betul. lagi satu, anak itu anugerah Allah, bukan suka suka dia nak hidup atau mati disebabkan kata-kataku yang tidak setanding mu itu. harap maklum. eh, pergi jauh jauh la. syuhhhhh~ ~ waka waka eh eh~

aku cuba memulangkan buah keras

Antara bangang dan terlalu bangang. Itulah perkataan yang tak berapa nak tepat aku bayangkan bila terkenangkan mu. Oh, mungkin harus membuat pembedahan, membuang memori yang tersimpan kemas agar aku tidak teringat langsung perkara yang lepas. Blog menjadi medan. Ah, mencari peguam kah? Haha. Ketawa kuat kuat. Sungguh benar kata adik, jangan di layan penulis itu. Entah siapa siapa membaca tulisannya. Di tambah dengan gambar besar . mahu naik juling mata ini. Haha. Mencari peguam lagi. Ya, orang kaya. Bias membidas segalanya. Mentang berduit, bias menegakkan yang tidak benar. Ya, memang aku sudah memohon maaf. Mahu apa lagi? Kau juga mengherdik aku. Enghina aku dengan sakan lagi. Ada aku berbuat begitu? Kalau sekali pun aku ini anjing. Kau pun sama sama anjing. Aku tidak meminta balasan pun? Itu lah, bila kau berbuat dengan meminta balasan! Mengata dulang.




Ewah, bercakap biar berlapik. Berfikir dulu sebelum bermesej. Cewah.



Kata-kata saudara ku “malu nak mengaku ibu saudara, dengan anak saudara pun mahu bergaduh”

Alhamdulillah, adik memihak aku. Kau ada?

sungai Lepoh, hulu langat

hari minggu yang lalu, aku suami dan kawan kawan berkelah di daerah hulu langat. jalan yang di lalui seolah olah mahu ke cameron highland. kiri kanan orang kampung menjual hasil tanaman. ghairah sekejap bila melihat. durian, rambutan, duku, cempedak! banyak sungguh buah buahan tempatan. bau. tak usah cakap lah.

sudah jauh perjalanan, rupanya kami tersesat. patut lah sunyi saja jalan kiri kanan. tiada orang menjual seperti sebelumnya. yang ada abang abang motor besar dan pakcik pakcik berkereta tidak berbumbung. hebat! mereka bermain main dengan selekoh jalan di situ. jadi, berpatah balik kami ke simpang yang sebenarnya.

usai melalui jalan berliku itu, kami tiba di sungai yang di cari. sunyi saja. terpampang di batang pokok bayaran memakir kereta. berbisnes juga orang di kampung ini. ya, ada tujuannya meletakkan harga bayaran. aku pernah belajar dalam kelas Hutan Bandar dulu..

sampai sahaja, kami di datangi oleh penjaga gua tempat parkir kereta. RM 2 bertukar tangan. dari tangan aku ke tangan abang bubub, kemudian ke tangan penjaga gua  parkir tadi. sambil melihat sekeliling, aku terus bergegas ke tempat yang dekat dengan air. ada beberapa buah pondok yang sengaja di bina di gigi air. di belakang pondok siap siap tertulis, RM15. aku rasa kalian semua pun faham kan.

aku semua tidak sabar mahu turun ke dalam sungai. maklum lah. jakun. sudah lama tidak bertemu air sungai. sejuk. dingin. air gunung memang begitu kan. tidak berani aku untuk berendam. gila tahap kesejukan air sungai itu.

bermandi manda di sungai bagi aku merupakan salah satu terapi. boleh membuatkan hati senang. perkara gundah yang aku lalui tempoh hari terus lenyap. benar, ajaib juga sungai dan alam ini.


* breakfast sebelum bertolak*


* ni ahli muzik yang menghiburkan hati masa berkelah*


*abg bubub sebagai driver*


* ni kami berdua*

next time pegi lagi ye kawan kawan!

Ahad, Julai 18, 2010

slot peribahasa : Anjing Menyalak, Bukit Tak Runtuh

Alamak. semalam topik Anjing. hari ni Anjing lagi. entry pendek sahaja, maksud peribahasa di atas ialah. seseorang yang mulia, walau dikata, dikutuk apa pun, tetap mulia. tiada perubahan, tidak terjejas di situ. tak percaya? sila rujuk kamus ya~ kalau aku silap, betulkan!


* gambar yang diminta oleh encik suami, katanya, kasih sayang kami bukan dibomoh bomohkan ye*

haaa...satu lagi pesanan encik suami, "belum dibomohkan, sudah melekat begini, mungkin kau yang keji itu sangat envy dengan kami yang bahagia ini."

pasang lagu sorry sorry oleh Super Junior. layan~~~

Sabtu, Julai 17, 2010

Anjing pun makhluk Allah, kenapa salahkan Anjing?

kesian si Anjing.

Janganlah kerana marahkan manusia, Si Anjing yang terkena. itu lah, bila ada otak tidak mahu di guna. mungkin benar kamu sedikit bebal ya? oh. tidak baik. dalam blog harus berhemah ye. tidak boleh menggunakan perkataan yang kasar. caci maki sila lempar jauh jauh. ya, aku terima kekurangan diri. aku mohon kemaafan. harap kamu masih waras dan memberi kemaafan. aku pohon Ya Allah, ampuni aku.

oh ya, Si Batu Api atau apa layaknya aku panggil kamu? erm...mungkin orang tengah ya. aku mahu berpesan disini, bila menjadi orang di tengah harus kurus ya, kurus dengan perasaan hasad dengki. bukan aku mengeji kamu gemuk. tidak. gemuk kah, kurus kah, itu adalah ciptaan Allah. tidak baik mengeji disitu.

mungkin kamu hanya dengar sebelah pihak sahaja. atau kamu kah yang melaga laga kan kami berdua? oh, alangkah 'bagusnya' budi bahasa kamu. jangan lah laga laga kan kami lagi ya. cukup ya. (pohon maaf atas buruk sangka ku ini) pergi jauh jauh syaitan nirojimm..

sila lah dengar cerita kedua dua belah pihak. oh ya, aku sudah betulkan tulisan aku yang dulu. yang orang itu baca semalam. sebab aku rasa aku sudah buat silap, ya, aku silap. lelaki itu tiada salahnya pada aku. aku akan mohon maaf dari beliau nanti. *itulah bahana menulis dalam keadaan dikelilingi syaitan*

buat orang tengah itu, kat sini, aku mahu berpesan, ubah perangai menipu mu, ubah la sayang. berubah lah menjadi batu api. kerana aku bukan berniat menulis untuk dia membacanya,kerana aku tahu dia buta IT. buka facebook pun dia perlu bantuanku. sudah la si adik. kamu tidak tahu, betapa banyak keburukannya bila melaga lagakan orang.

Ya, aku seorang cikgu. InsyaAllah..akan aku didik anak murid ku sebaik mungkin...aku juga manusia. kadang kadang aku kalah dengan rasukan jiwa. terima kasih ya. oh ya, aku tidak membomohkan suami aku. potong jari lah aku tak bomohkan. senyum.

Anjing makhluk Allah. bila dia mati, tetap di masukkan ke syurga. cuma Anjing itu haram sahaja untuk orang Islam.


tulisan si  dia yang agak bangang bagi ku.
ini tulisan aku yang dah diubah. aku pohon maaf.

bulu mata tercabut!

cerita ini sebenarnye dah lame dah. 2 minggu yang lepas. aku tak tahu nak panggil apa yang berada di pintu kereta, yang mengelakkan cahaya matahari terus masuk ke dalam. mengelakan silau matahari. jadi aku mudahkan, aku panggil bulu mata.

*gambar incik gugel*

masa mula mula aku dapat kereta ni, aku pergi la ke kedai aksesori kereta tampal tampal ape yang patut. bukan berlebihan lah. aku buat ape yang patut sahaja memandangkan beg duit sangat nipis ketika itu.

alkisahnya begini, encik suami harus ke Ipoh, ada kerja di sana, memandangkan aku masih tiada kerja, banyak masa lapang, jadi haruslah aku mengikut sekali. kan Ipoh rumah ibu aku. memang menumpang di sanalah kami suami isteri. sangat seronok. bertolak ke ipoh pun lewat, pukul 10 malam.

semasa dalam perjalanan, masa tu dah hampir sampai di simpang keluar tol, tiba tiba encik suami baru teringat akan baju kerjanya. Ya Allah.. macam mana lah boleh terlupa. jadi, terpaksalah kami pulang ke rumah semula untuk mengambil pakaian. satu jam dibazirkan di situ. adehhh..

perjalanan diteruskan, jalan tidak sibuk, memandangkan kami berdua bertolak pada malam hari dan hari bekerja, memang sunyi sahaja. masa itu, aku yang memandu, kerana encik suami sudah penat bekerja seharian.

di depan aku, ada sebuah lori besar, jadi aku membuat keputusan mahu memotong lori tersebut. memang selalunya begitu. ada je lori besar, aku potong, takut sebenarnya bila berdekatan dengan lori. semasa memotong lori, tiba tiba ada bunyi kuat, seperti bunyi benda jatuh! sangat suspen ketika itu.

apa yang jatuh, aku tak pasti, setelah encik suami periksa, rupanya, bulu mata kereta aku yang tercabut! aduh. sudah tidak cantik. bulu mata pintu belakang, sebelah kiri yang hilang semasa di highway. nasib baik masa bulu mata tercabut, tiada kenderaan di belakang kami. kalau tidak.......

jadi, aku terpaksalah mencari bulu mata palsu untuk encik ramos. nama encik, tapi pakai bulu mata palsu! haha. nasib lah kamu~

hai bulu mata, muncul lah~!!

Jumaat, Julai 16, 2010

panggilan telefon itu sangat tidak patut

hello?
sangat tidak patut okey. tidak payah mengadu domba lagi boleh? sudah lah. aku tidak mahu mengungkit kisah lepas lepas. sudah. jangan mengadu. pergi jauh jauh dari hidup aku. pergi ya. aku tidak perlukan kamu lagi.

kata kata kamu dulu sangat perit untuk aku dan suami. benci? aku tidak benci kamu. sekian.

nota kaki: kamu umpama meludah ke langit, ludah jatuh ke muka mu kembali. tidak terkena aku. harap maklum.

keluar dengan wanita sarat mengandung

wah. tak jadi lah nak mengecop sijil2 si adik. ingatkan sekejap berjumpa wanita sarat mengandung itu. rupanya lama! hehe. begitu lah kalau berjumpa. berborak segala jenis topik yang ada. macam macam.

sekejap sekejap wanita itu menyuruh aku memegang perut bulatnya. wah! bayi di dalam menendang! hehe. eh, bukan menendang. yang aku rasa itu, adalah punggung bayi tersebut. haha. sangat comel.

kami berjalan jalan, melihat apa yang menarik perhatian. tidak ada aktiviti membeli pun. kerana ketiadaan wang ringgit. haha. ketawa pula. maklumlah. masih belum bergaji. tidak mahu menyusahkan suami memenuhi nafsu yang satu ini.

aku berkenan sebuah tas tangan. mahu membeli yang itu. mungkin akan memberi kata kata manis kepada si adik. mana tahu berjaya.


ini lukisan wanita sarat mengandung itu. comel juga. ok. mahu beradu sekejap. jumpa lagi.

Rabu, Julai 14, 2010

lemah jantung

hah! kenapa gegirl terkecing ni? air liur dia meleleh menitik ke lantai. kelihatan seketul tahi. gegirl duduk melepek di lantai. badan berombak ombak. kelihatan sukar bernafas!

aku dah takut. nak menangis pun ada. nasib baik ade si adik. dia doktor. walaupun bukan doktor haiwan, tapi sediki sebanyak dia tahu.

rupanya gegirl lemah semangat. dia terkejut. dia lemah jantung. kesian gegirl. kene sergah dengan Mog yang kecil sebelah matanya. hahaha~

itu lah. nasib baik mog sergah gegirl. kalau di sergahnya adik yang sedang sarat, mahu terberanak kucing aku.

macam macam lah kucing ni.

gegirl. get well soon ya. dia jalan perlahan je. sakit belum hilang. mog pulak buat muka tak bersalah. nasib lah!

Isnin, Julai 12, 2010

fesyen baju tidur sudah popular di kampung aku

*kalau baju tidur begini, masih sopan lagi...*

kalau korang perasan lah kan...zaman sekarang ni, memang pelik pelik fesyen yang dicipta. ada juga yang di ambil dari zaman zaman dahulu kala. contohnya baju flinston tu. di zaman sekarang masih lagi ada yang memakai...kan?

macam aku, perempuan, mesti lah berghairah mahu berfesyen. tapi fesyen aku tidak lah melampau sangat pelik nya. sebab aku bertudung. mahu tidak mahu, memang wajib menjaga adab berpakaian...bukan sopan semata mata. tapi lantak lah mereka yang mahu memakai fesyen yang pelik pelik, asalkan tidak memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling. aku bersyukur, kerana dari kecil ibu selalu menggunakan teknik 'reverse psychology'. jadi, sampai aku besar, aku tidak berani berpakaian yang tidak senonoh di depan atau di belakang ibu.

oh, tadi aku ke kedau runcit. hanya mengenakan t-shirt labuh, jeans dan tudung dan selipar pemberian suami. ringkas. ya, mahu ke kedai runcit. setiba aku di sana, aku terlihat 2 pasang baju tidur di kaunter bayaran. bila di amati dengan jelas, itu bukan hanya 2 pasang baju tidur. baju itu dipakai oleh 2 orang anak gadis. ya Allah..... sedih aku tengok...kalau Amir Izzat yang tengok ni. mesti berapi kepala dia kan..

kesian betul aku lihat. aku tahu, gadis itu bukan dari kawasan ini. mereka pekerja kilang di sini. yang rumahnya di atas kedai runcit tersebut. tapi, apa lah salahnya kau memakai elok elok wahai gadis. aku lihat, brader di kaunter itu pun malu malu mahu berinteraksi dengan kau. tapi brader, aku lagi malu. kerana itu kaum aku. kesian. kesian.

nota hati : kadang kadang aku terfikir, adakah tempat yang membentuk personaliti seseorang. sebab pernah ade seorang berkata. orang bandar berperangai lebih buruk dari orang kampung. setujukah? aku tidak.

entry pagi buta, buta ke?


mukadimah ye. tengok. eratkan hubungan kucing kucing aku. ini baru kucing aku. belum lagi aku, ceh. berbaur riak disitu. istighfar banyak banyak ok.

hanya mahu berkongsi cerita hari ini. kisah biasa biasa saja. menulis sementara menunggu siaran piala dunia. aku menonton di ipoh. suami pula di sane. tapi, boleh dikatakan sama sama menonton lah ye. kan..kan.. senyum. :)

sempena kepulangan adik perempuan ku, dan sempena jualan nasi lemak ayam juga hari ulang tahun pernikahan aku. kami makan bersama sama di kedai. alah, kedai biasa biasa saja. tidak hebat. janji kenyang.

* ini lah adik perempuan aku *

makan makan sebagai satu famili sangat menyeronokkan. budak perempuan di atas ini dah hilang momen yang best dalam hidup dia. mungkin lah. itu lah. sape suruh pandai sangat. kan dah kena belajar jauh jauh.

mari bergambar ye adik adik semua...!
*spek gedabak beso*

biase lah, aku co-pilot. map ade dalam kepala otak. takkan sesat punye, jadi, haruslah duduk di sebelah driver. masa ni tunggu si Alang kolang hantar gitar masuk ward. budak budak zaman sekarang banyak duit, bela gitar dah berapa habis tu... aku minat jugak seketul dua main gitar, tapi jari selalu sakit bila nak goreng beberapa cord yang memang hampeh, mungkin kene berguru dengan fida aishah?

selalunya bila pegang gitar, ade lah sebarang dua minit. lepas tu minta Alang kolang gorengkan. aku macam biasalah. vokalis ya. suara tak sedap pun, tapi cukup lah untuk menang sebiji radio dulu. hahahaha.

ok. balik ke cerita asal. maaf, makanan tidak sempat di ambil gambarnya, semua dalam keadaan lapar, sampai je makanan, terus baca doa, kunyah kunyah, telan, ulang perkara yang sama kecuali doa tadi.

setelah kenyang, berjalan sebentar. kemudian ibu ajak balik. dia mengantuk. haha. konon-konon nya sebab tengok bola. mana ada dia tengok, bermulanya sepak bola, dia dah tertidur. dia terjaga dari tidur pun bila jerman memang sudah menang ke atas uruguay. haha. ape la ibu ni. jadi dia tengok balik siaran ulangan pagi tadi. ibu...ibu..

duduk di rumah ibu, sekejap saja berat meningkat, muka pun bulat. aiseh! kene balik ke pangkuan suami. jangan anda sangkakan bahawa suami aku tidak menjaga makan pakai ku, oh...tidak. cuma rumah terlalu tinggi untuk didaki. itu sebab aku masih begini. mahu mencari rumah yang berpasak di atas tanah. sudah penat dan letih melihat keluarga aku dan keluarga mertua mendaki tangga buruk itu.. kasihan mereka..



kenapa lah piala dunia tak buat kat malaysia? tak payah nak bersengkang mata. mengantuk oi~

nota hati : disini merindu disana. daku akan segera kembali. tunggu daku dimuka pintu. hehehe.


Ahad, Julai 11, 2010

satu tahun yang indah!


sayang..

ingatkah lagi akan kamu waktu mula mula kamu terlihat aku?
di atas pentas itu,
diterangi lampu yang suram,
ya,
aku yang bertudung biru, bertoncang palsu itu...

watakku hanya biasa biasa,
hanya mendengar suara,
kamu mahu mengenali aku,
kamu tertanya tanya siapa aku,
kamu tidak kisah paras rupaku,

mungkin ini yang dikatakan jodoh,
kita bertemu,
kita berjanji setia,
aku akan kamu sunting bila tiba masanya,


dan kini,
genap setahun pernikahan kita,
aku bahagia menjadi suri mu
berasa yakin dipimpin suami sepertimu,

kala ini,
kita berjauhan,
hanya doa mampu aku titipkan,
agar hubungan ini dirahmati selalu,
agar kita gembira selalu,
agar bahtera berkemudi selalu,

sayang,
terima kasih kerana,
dari awal pertemuan,
kamu memilih aku,
kamu bangga memiliki aku,
kamu sanggup dibebani aku...

selamat ulang tahun yang pertama.

11 julai 2009

*sangat rindukan perkara begini*


*honeymoon*


*hasil nukilan dalam telefon bimbit baru, cool*



* kamu cinta aku *


* kek ulang tahun pertama *

selamat ulang tahun sayang~

nota hati: maaf sayang, kita berjauhan seketika. nanti kan kepulangan aku. sambut salam cinta dari kejauhan. aku sayang kamu.

Sabtu, Julai 10, 2010

tak sabar tunggu tengah malam ini

jeng jeng jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


nota hati : hati ini merindu. ah, payah begini!

Jumaat, Julai 09, 2010

main snake puzzle cube bersama chegu moe~

hai kawan kawan~~~~

selamat hari jumaat. eh, dah masuk malam sabtu dah ye? hehe..dah seminggu berada di rumah ibu. sangat menyeronokkan. bukan hanya aku. kucing kucing aku pun seronok duduk di sini. bebas ke masa sahaja. pandai pula ia berjalan-jalan. dan tahu bila mahu pulang ke rumah. ada sekali, adik mengiau ngiau. rupanya adik di atas bumbung rumah. dia tidak tahu bagaimana mahu turun ke bawah. memang kucing begitu. jangan katakan kucing, singa pun begitu. tak percaya? sila lah tengok national geographic.

oh. sebenarnya mahu mengajak adik adik semua bermain puzzle. apa kelebihan main puzzle ini? puzzle sebenarnye membuatkan kita berfikir. macam main sudoku. permainan itu pun salah satu permainan puzzle. bila bermain, otak terasa lebih ringan. tapi nak siapkan satu satu puzzle, memang pening kepala dan sakit hati. tapi, kelebihan bermain puzzle adalah mengajar kita erti kesabaran. yeh. benar. aku sangat bersabar ketika bermain puzzle.

sebenarnya banyak jenis puzzle. rubik cube adalah antara yang popular. pernah aku aplikasikan permainan ini semasa sesi pengajaran. saja aku mahu menarik minat pelajar, jadi, aku adakan pertandingan. sangat dahsyat mereka semua. kerana kurang dari 1 minit. rubik cube berjaya diselesaikan. hebat! cikgu sangat kagum!

* ini rubik cube*

* ini snake cube*

* sudoku*

sila layan video ini. hehe. tahniah untuk diri sendiri. setelah dikutuk oleh adik, aku berjaya selesai kan!

ok lah. mahu sambung menjahit manik lagi. sampai jumpe lagi ya semua!

tiba tiba........

aku rasa nak tukar nama blog aku. walopon tidak sefemes bro ben, amirah amir,cewah, atau si kacak zack zukhairi (amboi, puji sakan nampak?) atau siapa siapa saja...tapi untuk kepuasan dalam menulis, aku ubah nama blog ini untuk diriku..

sepanjang aku berblog, memang aku suka suka, tidak tahu sangat dengan dunia blog. tapi, aku suka membaca. biarlah tulisan si penulis itu teruk mana, aku tetap akan membaca, kadang-kadang aku akan membaca sehinggalah entrynya yang pertama. gila khusyuk aku membaca.

dari kecil, aku memang minat membaca, semua buku akan aku habiskan. lagi lagi kalau itu adalah buku komik. aku cukup sukakan doremon. memang tak makan pun tak mengapa. sekarang aku dah insaf. bukan apa, masa aku kemas rumah sebelum majlis perkahwinan, banyak komik lama aku jual, untungya tidak seberapa. betapa aku banyak melabur duit untuk membeli perkara yang agak sia-sia. tapi, aku rasa komik itu memberi hiburan padaku, bukan komik lucah ye adik adik. tak elok untuk mata dan hati ye.

eh, lari tajuk pulak. ok. ini nama blog baru ku. aku sayang blog aku. kerana kau boleh bercerita apa sahaja. bukan aku tidak boleh hanya berkongsi dengan suami, tetapi dia sedikit sibuk untuk mendengar celoteh ku. tapi aku tahu, diam diam, dia membaca blog comel ku ini. terima kasih sayang!

aku bubuh sekor katak sebab aku suka katak. nanti lah aku buat entry aku dan katak. tapi pernah aku ceritakan di sini kenapa katak menjadi pilihan hati. hehehehe.


semoga kalian semua enjoy ya baca tulisan aku. kalau di baca dari awal, ada perubahan dari segi penulisan. ye lah. dulu sedikit tidak matang. hehehe. oklah kalian semua. sudah lewat malam. mahu beradu dan mimpikan ynag indah indah. oh, tadi berYM dengan suami. maklum lah berjauhan.

saja mahu bergedik gedik. sila jeles ya!
* blushing blushing*
ok. selamat malam sayang!

nota hati: hati kuat mahu pulang ke pangkuanmu sayang, tapi hati juga kuat meruntun mahu kekal di sini. kadang kadang aku lupa yang aku sudah dinikahi orang. mahapkan daku sayang, cewah!

hasil terbaru. jom tengok!


perghh.. nak memikirkan corak pun sudah memeningkan kepala. sudah beberapa kali ku jahit dan ku buka semula jahitannya. aku mula menjahit sedari jam 4 petang, tambah tolak rehat seketika, jam 8 tadi baru siap. dah berkematu punggungku. sila jangan membayangkan ye.

alamak. gambar pula kurang kualiti. adeh.
jadi, dapat la pendapatan pada hari ini. hehe. rm40 je pun. agak2 murah ke mahal aku caj ni? hmmm.. tapi selalu je orang tempah dan tak cakap pun mahal. harap2 tidak berbunyi di belakang lah.

kepada sesiapa yang berminat, boleh la tempah denganku. hehe. =)

Rabu, Julai 07, 2010

pakai santan pun boleh!

hai semua. lama tak menulis. lama ke? boleh la.

hari ini hari yang agak sibuk. apa tak nye, dah bangun pagi pun tak berapa nak pagi dah. pesanan ibu agar aku membeli santan murah di pekan cina tidak aku laksanakan. haih. anak yang kureng baik disitu. *bukan selalu aku bangun lewat, kebiasaannyalah*

operasi membeli santan secara borong itu adalah disebabkan esok, ibu mahu berniaga di sekolah. jual nasi lemak ayam goreng! ada hari kokurikulum. hari pelajar menunjukkan bakat. hari mereka bersuka suka sedikit. tetapi, pembelajaran tetap berlaku samada, sebelum aktiviti koku, atau selepas. jadi, hari rabu adalah hari kokurikulum di sekolah ye anak anak. hehe~ jadi, ibu masak, anak muridnya jual. adalah upah yang menjual. bukan ibu kaut sorang sorang ye. tidak baik ye bersikap begitu. :)

jadi, tepat jam 1, aku ke kedai membeli santan. malangnya tiada. sudah kehabisan stok. kata abang kedai, santan kotak ada lah dik! ah, gawat ni. ibu mahu yang fresh and white! haaaaha~

jadi, aku meminta abang kedai memarut kelapa sebanyak 10 biji. banyak tu. dan aku katakan, aku mahu santan. jadi, bolehkah wahai abang kedai? jawabnya boleh! aku tersenyum. jiwa tidak kacau lagi.

selepas 15 minit menunggu di dalam kereta, aku ke kaunter bayaran. sudah siap semuanya. KELAPA PARUT dalam 10 beg plastik kecil. ah! mati aku!

lalu aku mesej ibu.
"bu, kakli terbeli kelapa parut, kakli perah la nanti ye..."

" ibu cuma takut nasi cepat basi..." balasan sms dari ibu.

hish. macam mana ni. tak mengapalah. dah di bayar. takkan mahu dipulangkan. banyak tu. nanti mesti abang kedai kekwat di situ. gawat di musim gawat.

malamnya, aku bertungkus lumus memerah santan dengan kaki tangan comelku. gila penat. naik semut semut tanganku keletihan. padan muka. selesai memerah selama 15 minit jugak (aku genapkan lah minit tu, supaya senang pembacaan kalian). ibu katakan padaku, masa ibu kecil, dia dikecualikan memerah santan, rugi, kerana tapak tangannya tidak gemuk gebu. aku mengangguk faham. kalian faham kah?

usai memerah susu santan aku perasan, jari dan tangan terasa lembut. mulus gitu. wah! ini sudah baik. wajah bercahaya seketika. seronok pula.
aku bandingkan tangan kanan dengan tangan kiri. disebelah kanan kelihatan lebih menawan. cantik!

jadi, untuk memuluskan kulit kalian semua, pakai santan pun boleh!

nota hati:
rindu pada sidia di sana. apa khabar dirimu. sudah kahwin ka belom? eh. salah nota lah!

Isnin, Julai 05, 2010

terpaksa berpisah

hehe. jahat je tajuk.

sementara ni, duduk jauh jauh dengan encik suami...

balik rumah ibu, lepaskan rindu..hehe..=)

adik pun baru pulang. jadi mahu habiskan masa bersama.

tadi, masa nak tinggalkan encik suami, aku peluk dan cium beliau. huh. jarang aku tinggalkan beliau. selalunya beliau yang tinggalkan aku atas urusan kerja.

harap makan minum encik suami terjaga. baru beberapa jam, dah mula rindukan encik suami.
tadi pun beliau mengadu sakit sakit perut. saje lah tu. mahu bermanja.

sudah lewat, mahu tidur.\
mahu mimpi yang indah indah.

selamat malam sayangku.

Jumaat, Julai 02, 2010

sebab bola

patutnya malam ni gerak balik ke kl. mahu ambil adik di klia esok hari. tapi mungkin bertolak pagi sebelum subuh sebab ibu mahu menonton bola malam ini, di risau tak dapat tengok bola kalau gerak ke kl hari ini juga.

p/s ingatkan encik suami yang gilakan bola. ibu pun terlibat sama. haih~
aku lah driver pagi esok ni. T_T

seronoknya di rumah tok wan!


itu mog. dia lonely sejak mama dia kene culik. kesian mog. dia sangat pemalu. siang siang tak lekat kat rumah. hilang je. malam baru balik. nama pun anak jantan!

pagi pagi dah keluar main kat laman rumah. seronok sangat jumpe tanah, rumput! sampai hari hujan pun dia tak nak masuk rumah!

rumah tok wan ada ayam...anak ayam..ada cendawan besar, hehehe....

muke ape tah ni. muke kucing la kot. hehe. hai, saya gegirl!
adik tah kemana hilang. asik beronggeng sahaja. time perut lapar baru tahu nak balik rumah~ elok elok adik, kamu tu mengandung!

ADAB MENEGUR

Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga t...