sepanjang aku berblog, memang aku suka suka, tidak tahu sangat dengan dunia blog. tapi, aku suka membaca. biarlah tulisan si penulis itu teruk mana, aku tetap akan membaca, kadang-kadang aku akan membaca sehinggalah entrynya yang pertama. gila khusyuk aku membaca.
dari kecil, aku memang minat membaca, semua buku akan aku habiskan. lagi lagi kalau itu adalah buku komik. aku cukup sukakan doremon. memang tak makan pun tak mengapa. sekarang aku dah insaf. bukan apa, masa aku kemas rumah sebelum majlis perkahwinan, banyak komik lama aku jual, untungya tidak seberapa. betapa aku banyak melabur duit untuk membeli perkara yang agak sia-sia. tapi, aku rasa komik itu memberi hiburan padaku, bukan komik lucah ye adik adik. tak elok untuk mata dan hati ye.
eh, lari tajuk pulak. ok. ini nama blog baru ku. aku sayang blog aku. kerana kau boleh bercerita apa sahaja. bukan aku tidak boleh hanya berkongsi dengan suami, tetapi dia sedikit sibuk untuk mendengar celoteh ku. tapi aku tahu, diam diam, dia membaca blog comel ku ini. terima kasih sayang!
aku bubuh sekor katak sebab aku suka katak. nanti lah aku buat entry aku dan katak. tapi pernah aku ceritakan di sini kenapa katak menjadi pilihan hati. hehehehe.
saja mahu bergedik gedik. sila jeles ya!
* blushing blushing*
ok. selamat malam sayang!nota hati: hati kuat mahu pulang ke pangkuanmu sayang, tapi hati juga kuat meruntun mahu kekal di sini. kadang kadang aku lupa yang aku sudah dinikahi orang. mahapkan daku sayang, cewah!
2 ulasan:
eh! blog akak dh bertukar tjuk ke? wah! ape2pun blog akak mmg best! teruskab berblog ye kak! :)
nick irfan~ haah..hehe..saja suka suka. thanks ya sudi singgah lagi. baik! akan terus berblog! kamu pun sama yeh! :)
Catat Ulasan