Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 17, 2012

rindu

Assalamualaikum....

Hari ni masuk hari ke 18 aku berpantang
Suami ke trolak, ada kursus di sana
Nasib baik suami tinggalkan aku di rumah ibu..

Kursusnya hanya 4 hari...
Hukhukhuk...
Sudah mula rindu pada hari pertama...

Cemane lah kalau kene transfer nanti.....

:(

Published with Blogger-droid v2.0.8

Jumaat, Mac 18, 2011

ada 5 hari lagi

macam biase lah..
lepas abes satu kelas,
suami akan call..
tanya perkembangan diri aku
sihat ke tidak..
ok ke..
baby ade buat hal tak dalam perut...
(cam kongsi gelap pulak kan!)

siriyes..
dia sungguh sibuk..
sampai nak reply mesej sangat susah..
tapi dia akan call aku..

huhuhu..
tadi..
aku tanye..
weekend ade mase free tak
agak-agak boleh ke jumpe kejap kan..
suami aku bagitau..
jadual tersangatlah padat..

terus jadik sedih..
tak sedar air mata mengalir..
tapi tahan je esakkan tu..
tak nak suami aku tahu..
nanti dia pun sedih..

ini baru bape hari tak jumpe..
kalau aku berpantang kat umah ibu nanti...
tak ke naya?
hari-hari dok menangis...

jadi..
aku memang kene pantang kat sini..
sendirian kat rumah sewa kami
sebab aku memang tak boleh jauh dengan suami aku..
biar la orang kate aku lemah ke ape ke..
memang dia semangat dan kekuatan aku..




*gambar tutt adam*

Adam sayang..
terima kasih sebab tak susahkan mama sementara ayah takde ni eh..
mama cayang Adam.

5 hari lagi ayah nak balik!
;'(


Rabu, Julai 07, 2010

pakai santan pun boleh!

hai semua. lama tak menulis. lama ke? boleh la.

hari ini hari yang agak sibuk. apa tak nye, dah bangun pagi pun tak berapa nak pagi dah. pesanan ibu agar aku membeli santan murah di pekan cina tidak aku laksanakan. haih. anak yang kureng baik disitu. *bukan selalu aku bangun lewat, kebiasaannyalah*

operasi membeli santan secara borong itu adalah disebabkan esok, ibu mahu berniaga di sekolah. jual nasi lemak ayam goreng! ada hari kokurikulum. hari pelajar menunjukkan bakat. hari mereka bersuka suka sedikit. tetapi, pembelajaran tetap berlaku samada, sebelum aktiviti koku, atau selepas. jadi, hari rabu adalah hari kokurikulum di sekolah ye anak anak. hehe~ jadi, ibu masak, anak muridnya jual. adalah upah yang menjual. bukan ibu kaut sorang sorang ye. tidak baik ye bersikap begitu. :)

jadi, tepat jam 1, aku ke kedai membeli santan. malangnya tiada. sudah kehabisan stok. kata abang kedai, santan kotak ada lah dik! ah, gawat ni. ibu mahu yang fresh and white! haaaaha~

jadi, aku meminta abang kedai memarut kelapa sebanyak 10 biji. banyak tu. dan aku katakan, aku mahu santan. jadi, bolehkah wahai abang kedai? jawabnya boleh! aku tersenyum. jiwa tidak kacau lagi.

selepas 15 minit menunggu di dalam kereta, aku ke kaunter bayaran. sudah siap semuanya. KELAPA PARUT dalam 10 beg plastik kecil. ah! mati aku!

lalu aku mesej ibu.
"bu, kakli terbeli kelapa parut, kakli perah la nanti ye..."

" ibu cuma takut nasi cepat basi..." balasan sms dari ibu.

hish. macam mana ni. tak mengapalah. dah di bayar. takkan mahu dipulangkan. banyak tu. nanti mesti abang kedai kekwat di situ. gawat di musim gawat.

malamnya, aku bertungkus lumus memerah santan dengan kaki tangan comelku. gila penat. naik semut semut tanganku keletihan. padan muka. selesai memerah selama 15 minit jugak (aku genapkan lah minit tu, supaya senang pembacaan kalian). ibu katakan padaku, masa ibu kecil, dia dikecualikan memerah santan, rugi, kerana tapak tangannya tidak gemuk gebu. aku mengangguk faham. kalian faham kah?

usai memerah susu santan aku perasan, jari dan tangan terasa lembut. mulus gitu. wah! ini sudah baik. wajah bercahaya seketika. seronok pula.
aku bandingkan tangan kanan dengan tangan kiri. disebelah kanan kelihatan lebih menawan. cantik!

jadi, untuk memuluskan kulit kalian semua, pakai santan pun boleh!

nota hati:
rindu pada sidia di sana. apa khabar dirimu. sudah kahwin ka belom? eh. salah nota lah!

Isnin, Julai 05, 2010

terpaksa berpisah

hehe. jahat je tajuk.

sementara ni, duduk jauh jauh dengan encik suami...

balik rumah ibu, lepaskan rindu..hehe..=)

adik pun baru pulang. jadi mahu habiskan masa bersama.

tadi, masa nak tinggalkan encik suami, aku peluk dan cium beliau. huh. jarang aku tinggalkan beliau. selalunya beliau yang tinggalkan aku atas urusan kerja.

harap makan minum encik suami terjaga. baru beberapa jam, dah mula rindukan encik suami.
tadi pun beliau mengadu sakit sakit perut. saje lah tu. mahu bermanja.

sudah lewat, mahu tidur.\
mahu mimpi yang indah indah.

selamat malam sayangku.

Khamis, Jun 24, 2010

sikit sikit nak demam

atas alasan tidak boleh tidur, walopon status Fb mengatakan aku sudah mahu tidur, jadi aku menulis lagi. ya. aku rasa aku sedikit lemah. walaupun sudah menelan panadol solubel. (tak sedap!) badan sedikit ok. harap2 esok akan baik. sebab esok mahu balik ke rumah mertua. *maklumlah...keluarga sudah menjadi besar~*

sebenarnye, dari zaman bercinta, aku tidak dimanja2 oleh encik suami. semua perkara aku buat sendiri kecuali perkara yang terpaksa meminta bantuan dia. sejak mula kenal, encik suami ajar berdikari. telefon aku hanya sekali sehari, mungkin tiada. zaman bercinta sangat tak best bagi aku. sebab aku dilayan seperti kawan2 sahaja. tak terasa special mana. makan kadang kadang sendirian. kawan baik tiada di U yang sama. personaliti aku pun berubah disebabkan encik suami. ah~ masih rindukan zaman itu.

sebenarnya, aku tidak punya kawan yang sangat rapat dengan aku. aku cuma punya 2 mungkin 3 orang sahabat yang mungkin sejati bagi aku (tatau lah kalo mereka tak pikir seperti aku). aku cuma punya encik suami. yang banyak mendorong aku dalam mencapai apa yang aku ada hari ini. *sambil lihat sekeliling..ok..ade kereta.*

sekarang, bila sudah berubah status, antibodi seperti sudah pandai pandai menukar siaran. terus menjadi lemah. ingat lagi. aku jatuh sakit, demam teruk beberapa minggu selepas nikah. aku dikuarantinkan seminggu dirumah, takut aku terkena jankitan H1N1 itu. kesian, semua bende encik suami yang buat. fyi, baju kotor, kami basuh pakai tangan. semua dia yang cuci. masak nasik, dan beli lauk. menjaga aku sebaik mungkin. bertuah aku!

tiap bulan, pasti aku sakit perut, dan akan melawat ke tandas lebih 5 kali sehari. sampai aku fobia untuk makan. kerana, bila aku makan, aku pasti ke tandas! pernah aku muntah teruk. ingatkan mengandung, rupanya perut masuk angin. mood makan tidak menentu. badan mudah sakit. demam sangat kerap.
hormon pun terbabit sama menukar arus. ceh~

baru sehari encik suami tiada, ada pulak tangan gatal yang mengetuk pintu. selalunya, tiga kali bagi salam, tuan rumah tak jawab. silalah beredar. ini tidak. main ketuk macam nak pecah pintu rumah. dengan lohgat seberang. buat aku makin cuak. aku bukan bias, tetapi berhati-hati. sungguh. tadi sangat thrill~!

tadi, tengok balik gambar kawen. sangat rindu encik suami. dialah buah hati. huhu.. ok..gegirl sekali. tu dia buat muke poyo. =)

Jumaat, Januari 01, 2010

kenangan manis

salam semua..
semalam adalah hari terakhir hubby di UPM..
semalam juga, kali terakhir kami makan2 bersama keluarga opis di ZD..seronok..=)
ade pari asam pedas, ikan bakar, kuah asam, ayam panggang, kangkung goreng, tempoyak...semua best~!
that time..memang tak rase ape2 lagi..
rase nak melantak je..hehehee....

bila jam dah pukul 5.00petang...
masing2 dah nak balik...sorang2 wish goodbye, n goodluck..
yang tak rapat sangat memang tak kisah...sebab tak de perasaan sgt..
dengan orang yang selalu amik berat dan rapat tu yang buat kite rase sedih..
mula2 cikmat, dia banyak bagi pesanan kat hubby..kat molie pun..dia nasihat gak..dia memang bos yang baik..tak pernah jumpe bos sebaik dia..yang sangat ambil berat, dan jujur menjadi ketua...dan dia sangat happening~!!
cikmat ni suke wat keje2 yang best waktu masa rehat dalam pukul 1 -2 petang tu...
macam2 aktiviti, masak2 ade, kait buah pelam ade, kait buah durian..?, BBQ...aduhai...ade aje...=)
yang seronok, dia la tukang buat semua tu...kami ni hantam masuk mulut je...
dan, dengan beliau lah molie belajar buat kerabu mangga...serius~!! sedap gilos~!!!
cikmat...molie n hubby akan rindukan cikmat..
selesai berborak dan segala macam pesanan terakhir, beliau berlalu...
kami berdua memerhati dari belakang, molie lihat ade air mata bergenang dimata hubby..
molie tau..dia sayang sangat2 kat cikmat....=)
walaupun hubby keje kerani kat opis tu, tapi cikmat tak pernah layan dia sebagai kerani...cikmat latih hubby sebagai officer sebab beliau tau, hubby degree holder..bukan hanya ade SPM...=)
alhamdulillah..tunjuk ajar cikmat...terima aksih cikmat...jasa dia bukan kat hubby je..molie pun terasa..mana taknya, masa sem 1, molie kene tanam jagung,sayur dan ternak ayam...cikmat gak yang beri buku lama yang dia ada..walopon dia sayang sangat2 dengan buku tu...dia still bagi molie guna...sampai sekarang pun dia masih nak bagi buku yang berkenaan dengan ape yang molie akan gunakan untuk mengajar suatu hari nanti....terima kasih cikmat...
ada 2 orang kakak yang buat opis hubby huru hara...sorang kak shawal dan sorang lagi kak ayu..
time makan, dorang ni mesti duduk sebelah menyebelah..sebab senang nak berebut makanan...hehe...gelagat dorang selalu buat opis tu ceria...
molie selalu lepak opis sebelum dan selepas kelas...jadi, dah selalu sangat ngan dorang..
last person yang kami jumpe semalam kak ayu...kak ayu lambai kami, tapi dia tak toleh kat kami langsung, katenye dia takley nak tgk muke kami...nanti dia sedih...mase tu air mata molie dah meleleh dah...lihat muke hubby pon sebak je...molie tau dia sedih....
lepas packing all stuffs...hubby kunci pintu opis kali terakhir...tiba saat meninggalkan opis yang best tu....kami berlalu meninggalkan UPM....kedua-duanya diam...tak bersuara...

lepas ni...dah takde orang nak amikkan galah yang dorang sembunyikan atas atap opis...
takde orang nak amikkan buah pelam yang jatuh dalam longkang..
takde orang yang panjat pagar dan tunggu buah pelam kat seberang jalan..
takde orang nak teman tunggu buah durian gugur...
tak dengar suara kakak2 yang suruh molie buat air...
suara cikmat mintak tolong rebuskan daging sampai blackout satu opis..
suara cikmat tanye soalan pelik2 pasal pertanian...

semuanya tinggal kenangan..
sebuah kenangan yang sangat manis....
semoga kite jumpe lagi satu hari nanti....(T.T)

Selasa, Disember 29, 2009

Jumaat, Disember 18, 2009

10 things i love about him



erm...sorry..update blog terus menerus...
oh...saYe betUL2 rEndU kan dia..
kenaPe..?

kalaU diRumah
beLiau sangaT KuaT menyaKaT saya:~
bila dok sorang2 ni..terfikir..,macam mana satu hari nanti..bila tiba saat PERPISAHAN ABADI itu...adakah kuat saye menghadapinya..
aaa..tanak pk...tanak pk...~

beberapa perkara yang saya rendukan dia...(padahal baru 12 jam berpisah ni)

1) suke geletek saye, bila saye kate tak suke, sebab geli (ade satu sampai menangis) dia akan cakap, setiap sentuhan itu ibadah..dapat pahala...,
2) bila sudah selesai breakfast@lunch@dinner@supper dia akan kemaskan sisa2 dan basuh pinggan mangkuk~
3) bila magrib, kalau pulang awal ke rumah, solat jemaah same2, kalau lewat sedikit, dia akan ingatkan waktu solat pada saya..erm..
4) saya basuh baju, dia jemurkan, da kering dia angkat, saya lipat dan same2 simpan elok2...huhu..saye sudah RenDu..
5) dia suka menyanyi..haa..dia guna melodi lagu dangdut ape tah..blablabla...tapi liriknya tukar kan ke.."mama yang cantik, papa yang gebu...blablabla.."...
6) satu lagi..baru perasan minggu ni...kalo dia penat sangat dan tido, dia boleh sleep walking...huhu..bahaye nih..bahaye..sekali malam2 tengah tidur boley plak keluar pegi dangdut..haha~ joking2..jauhkan la Ya Allah....
7) kalau saye memasak didapur yang cinonet tu..dia akan pura2 tanya..."mama buat ape tu...?" padahal dia tahu saye sedang masak untuk dia...(~ __ ^)
8) sekali dia mengadap main football manager (saye tatau game ape sebenarnye) boleh sampai tak makan...huhu..saye pon layan main ps2 sorang2..pastu bosan..ngadap FB pulak..hehehe..:p
9) dia suke curik selimut saya~!!!!!
10) kerana dia adalah DIA sejak 5 tahun yang lepas..sayang sangat2 kat dia...ohhh~

air mata nak menitis ni...baru tahu apa itu perasaan bila berjauhan..wahh...boleh ke dok jauh2 lepas ni?? erm...haihhhh~

sayanG..
jage diRi diSana ye..
kalo bOleh..carik la Line maxis tu..huahuahua..
ape daa UPM...anta g kursUs kat cerUk takde linE..
kang i g pasang Line 7 baru tau~!
cepat2 Balik~!

missing u...waaaaaaaaa~~~

Ahad, Mei 31, 2009

its hard..yes..it is..;'(

sekarang dah masuk subuh kot....hmmm...
cant sleep...:'(

ya Allah...nape lah mcm ni...
let it go je lah..
nape nak ngs2 lagi...
it happened..takley nak turning back dah..

mmg...mudah untuk other peoples tuk kate let it go...
tapi..bagi molie..it was hard..
SANGAT SUSAH..

sikit2 nak nangis..sikit2 nangis..
banyak sangat kenangan..
banyak sangat kasih sayang..
banyak sangat ragam...
banyak sangat yang dah terakam...

kuatkan hati...
kuatkan semangat..

macam molie tak redha jek ape yang berlaku..
pasal kawan2... molie boleh konsider..
tapi..
bila bab2 pet ni...
meleleh hingus...
mate bengkak...
sakit perut..
rase nak muntah..

unhappy..

tatau sampai bile...

may b lame...
amik masa...

susah..
molie susah hati..

sangat susah hati..:'(

*sambung nangis lagi.......mama sayang kamu, tomokcik!

Jumaat, Mei 15, 2009

teman tidur

ni lah teman tidur molie...waa...ade ke dia bawak lipas malam tadi....eiiyuuu...tapi takpelah..sebab dia cantik,hensem bergaye..molie maapkan dia..pagi tadi molie lepak2 lagi atas katil...dia tetibe datang, naik atas katil n menyandar kat kaki molie..waaa...sayang gemok!! ini lah rupe dia tengah tdo...syokkk je...manje sangat2 lepas Sibun dah kene amik ngan orang lain..Sibun hilang tanpa kesan...kadang2, Gemok ni mencarik gak mane sibun...sian gak tengok dia..
hehehe..amik dari arah molie..:)


ni lah Gemok..dia jantan okay..kat belakang tu mama dia..Comel nama mama dia..dah makin gemuk n gebu skang mama dia tuh..:)

Jumaat, Mei 08, 2009

the late Lenie...:"(


....Lenie....
...dia dah takde...
...actually tatau sakit ape...
...tetibe dia lemah...
..longlai..
..pastu dia tak bagi respon ape2 pun..
...dia nyawa2 ikan...
...pastu molie tatau nak buat ape...
...molie nangis je...
...molie gosok n cium dia...
..molie just hug dia..
..and molie redha kalau dia nak pegi..
last, molie letak dia kat perut molie,
..molie tatau banyak mana air mata molie mengalir..
pastu...Lenie hembuskan nafas dia yang terakhir...
..perut dia dah stop denyut2..
..mulut dia terbuka sikit..
...Lenie senyap je...
..molie amik penyodok kecik, nak gali kubur Lenie..
..molie nangis lagi..
..abg benggo pon datang rumah makcik molie..
..dia tolong galikan kubur Lenie..
...masa tu air mata molie macam hujan...
...hingus leleh2 je...
dah siap gali,
..kami letak Lenie dalam tu..
...kambus...
...sunyi je suasana...
Lenie dah takde...
padahal, petang tu dia aktif giler..
tatau nape Lenie tetibe sakit..
..molie sayang Lenie..
..tak sampai pun seminggu molie jaga dia..
pada adik nina,
thanks sbb penah jagakan Lenie..
..mesti awak rindu bila dia bising2..
..pastu bila tengok plastik, mesti awak akan teringatkan dia..
..Lenie suka bunyi plastik..
..nak carik Lenie baru..
..tapi bukan sekarang..
..masih sedih..
.sedih.
20 april 2009 ~ 7 may 2009 *molie start bela dia~

Khamis, Februari 05, 2009

alam sekitar

now..mollie berada di fakulti alam sekitar..

punya 4 bos..huhu..

sedih..

keliru..

sepi...

sorang2..

yip ade, tapi segan nak borak2 slalu...


fak hutan tetap dalam hati...

*sedey*

Isnin, Februari 02, 2009

bebel part I

last weekend, lepak at my aunt's house in kepong..perghh!! seronok..sebab? (mesti tanye sebab kan..? haih~)



sebabnye:



pengangkutan dari upm ke kepong pergi balik = percuma!

penginapan 3 hari 3 malam di bilik kecil bersama 2 sepupu comel = percuma!!

makan minum (makan apa saja) = percuma!!!

pakej lawatan ke uptown danau kota & borong DVD pirate = percuma!!!!



sape tak suka kan? hehe..actually, ni lah aunty yang paling rapat ngan molie...jarak umur kami 6 tahun..:) mase molie kecik2 dulu, dia memang suka buli,tak sangka dah besar ni...kami jadik makin rapat..orang tgk kami ni macam best friend pon ade!



dulu, mase degree, molie selalu lepak rumah dia time cuti sem, jadik bibik anak2 dia...jaga anak dia yang masa tu berusia 2 tahun dan seorang lagi 3 bulan umurnya...memang molie ni bibik terlatih la (boleh la wat part time ni..)


sekarang ni, budak2 tu pun dah besar...kakak umur 5 tahun, si adik pulak baru 3 tahun setengah..tapi mulut...YA ALLAH....menjawab dengan perkataan sungguh hebat! budak2 zaman sekarang...lebey bijak dalam berdiskusi...kureng ajar pun ade gak kekadang..tapi sebab dorang budak2, so jadik kelaka la... (terpakse la terima..huhuhuhu)

3 hari lepak di kepong, bosan tu tak de la sangat, cume gerammmm sangat2 dengan keletah budak berdua..bibik dari indon tu asek kene marah je...kesian pulak kat bibik...dah macam hamba abdi dok layan kenakalan budak-budak tu...haii...nasib...nasib...kesian ko bibik...nak balik indon pasport hang kene blok lagi..macam kes kene tipu pon ade...tunggu la setahun lagi, nanti hang boleh la balik indon~

pagi tadi, pagi2 da balik UPM...mengantuk pun ade, sbb semalam dok giler lagi layan dvd..cite the midnight meat train...suke tgk citer pembunuhan kejam ni...haha..kejam2 pon takat cerita, berani lagi..tapi kalau yang real macam dalam youtube tu...berpikir jap nak tengok ke tak...itu memang tahap gaban kejam...manusia semakin kejam...

melalut~!

ok..next week macam nak ke kepong lagi...tapi, tatau lagi...rindunye kat budak2 tu...senakal2 mereka pun, sesayang pada mereka...bila time kesabaran tak boleh ditahan lagi...cubitan tetap singgah kat paha gebu dorang berdua!

pergh! kompem jadik ibu yang garang ni..huhu..sian anak2 ku nanti..:p


Selasa, Disember 30, 2008

kena balik UPM A.S.A.P!!

tadi..my tunang called..urusan pasal SGRA (Special Graduate Research Allowance) da settle..so skang kene balik UPM cepat2 sign agreement..huhuhu..baru je nak lepak umah sampai tahun baru....huwaaaaaaaa!

dah lame dok umah...entah...tak pernah rase bosan walopon tiap pagi, time bgn pagi asek kene bebel ngan mak pasal bgn lewat!

huhuhu...akan rindukan suara bingit mak kejutkan aku bgn dari tido~

harini..umah still dlm proses kemas2..byk bende tak setel lagik..penat gak..sbb yg tukang kemas 2 orang je..huhuhu...penat giler!

semalam lak sibuk pindah bilik..now my bilik changed! besa..mmg besa..tapi kaler oren..huhuh..oren pon oren lah...time tdo tutup mate gaks..hehe..

tadi usha friendster kawan2 yang da kawen..maklumla..nak melangkah ke alam seperti itu nanti...ade yg da pregnant..ade yg da bersalin...wahhh....seronoknye...tapi aku masih panjang liku yg perlu dilalui...tatau lagi camne...

2008 dah nak beransur pergi...

menanti tahun 2009...semoga tahun 2009 lebih banyak cabaran yang dapat mematangkan diri aku..n lebih punya banyak masa gembira..:) tamo sedih2...lebih banyak beribadat..huhu..:(

semoge dapat abiskan master ngan cemerlang..:)


guys! doakan mollie ok..:)



p/s: sekiranya saya lame menyepikan diri..saya di UPM..internet connection mcm *&%$@#...huhuhu..sampai jumpe lagi sume..i will miss u all!! tata~

Sabtu, Disember 27, 2008

Alhamdulillah


Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:)
majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan gembira..happy..seronok..lalalalala~

ini wajah tunang saye..i love him sooooo much!

kepada pembaca sume, doakan jodoh kami berkekalan yea..:)

amin..
Posted by Picasa

Rabu, September 24, 2008

R I N D U

lagi 6 hari tiba hari raya..kiranya aku sempat berpuasa di rumah selama 10 hari...peh..best juge ye..tapi, tadi..tibe2 teringatkan adik yang jauh di volgo...berbuke ape dia hari ni? rindunya kat adik aku yang sorang ni..
paling best bile dia ade kat umah, ade je kuih2 pelik yang dia nak buat..
sebab dia la aku tau buat kuih keria..hehe..padahal aku pun baru tahu name kuih tu...
kat sane (volgograd,rusia), tak banyak yang boleh dibeli utk makan camtu je..susah nak dapatkan yang halal..so, terpakse la masak..kadang2 dia buat kuih keria guna ubi kentang (sepatutnya pakai ubi keledek)....
lagi setahun lebih je dia akan menamatkan pelajarannya..pastu aku dah boleh berbangga dah...sbb adik aku ni doctor...hehe..hope dia jadik seorg doc yang bagus..

sangat rindukan dia..

selamat hari raya adikku..kakli rindu sama kamu!

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...