Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Ahad, Mac 16, 2014

Hanya hujung minggu masa kami bersama

Dengan akid mokmok cayang!

Hujung minggu memang dinantikan oleh kami satu keluarga.
Hujung minggu ni lah, suami akan kemas rumah, basuhkan baju, lipat baju dan setelkan semua kerja rumah yang tak termampu aku buat lagi...

Cuma, bahagian memasak masih menjadi tugas hakiki aku.
Bab anak, ya, semua suami siapkan!

Alhamdulillah.
Syukur
Bahagian aku yang Allah beri begini.
Terasa lebih dari cukup.

Rasa kerdil
Sebab apa yang aku buat sebagai hambaNya
Masih tak mencukupi dengan nikmat yang aku terima
Syukur ya Allah

Siang tadi
Tanda menghargai kasih dan penat lelah 'hujung minggu'
Kami anak beranak makan2 hujung minggu di secret resepi.

Ala....secret resepi je punnnnn...

Belikan adam akid mainan lego, yang mana, akhirnye papa dan mama jugak yang excited pasang. Hihihi.
Boleh jadi acara wajib bulanan ni. Menarik jugak. Plus, adam pun ada ambil bahagian, cuma dia pegang2 je la, nak memasang dia tak pandai lagi...

Masuk minggu ke 33, dah mula terasa penat mengasuh adam akid. Ada jugak la sehari dalam seminggu aku mengelat, hantar ke taska, adam akid masih belum mandi. Hehehe.. Tapi bukan selalu. Tak elok kot. Kalau boleh, hantar adam akid dah setel mandi, makan dan susu, mudahkan kerja pengasuh mereka. Anak sendiri lain, kasih sayang tu semula jadi.... Ini, nak harapkan orang duk membela anak kite.... Pandai2 lah ambil hati kan.....

Yang penting,
Ikhlas

Dah lewat malam.
Esok mungkin nak minum pagi kat mamak.
Suke beno ngan mamak aku ni,
Keluar baby, berwajah mamak baru tau!

Tepek sket gambo..kihkih


Posted via Blogaway

Selasa, Februari 18, 2014

terima kasih sayang

hai semua!

berlalu satu hari yang sangat indah.
hehe..
seronok, gembira, bahagia terharu semuanya ada hari ini.

17 februari 2014 sungguh buat aku terharu
terharu dek macam-macam.

terima kasih sayang.

akan adinda kenang sampai lah ke akhir hayat.

terima kasih!

Ahad, Disember 26, 2010

gelagat penonton di rumah~

haihh...
dengan air kopi putihnye.. (maklom la kat ipoh kan?)
aku sorang je yang tak menjerit..

penyokong paling fanatik kat rumah ni..

MAK aku..
Laki aku..
Adik pempuan aku.. (doctor pon minat bola rupenye..)
adik-adik lelaki aku~~~~

anak aku dalam perut nampaknye dah tido kot.. senyap aje..
siang tadi dah pegi shopping bagai..
sampai merajuk si buah hati kerana kelaparan.. hehe.
maafkan daku sayang!

buat adikku cayang~ thanks bebanyak sebab belanja banyak baju tuk maternity.. fuhhh~ gile kau.. sampai 5 helai baju dia belikan.. bertuah sungguh dapat adik macam ini... mungkin ini yang dikatakan what u give u"ll get back~ hehehe.. jangan jelos ye... =)

bila bola habis ni, mahu berangkat pulang ke kl semula.. doakan perjalanan kami selamat yea..
result bola malam ni tatau lah~

penyokong pulak sibuk main lazer... ntah pape..
dah name penyokong, dok diam-diam je laaaaa~

Isnin, Julai 12, 2010

entry pagi buta, buta ke?


mukadimah ye. tengok. eratkan hubungan kucing kucing aku. ini baru kucing aku. belum lagi aku, ceh. berbaur riak disitu. istighfar banyak banyak ok.

hanya mahu berkongsi cerita hari ini. kisah biasa biasa saja. menulis sementara menunggu siaran piala dunia. aku menonton di ipoh. suami pula di sane. tapi, boleh dikatakan sama sama menonton lah ye. kan..kan.. senyum. :)

sempena kepulangan adik perempuan ku, dan sempena jualan nasi lemak ayam juga hari ulang tahun pernikahan aku. kami makan bersama sama di kedai. alah, kedai biasa biasa saja. tidak hebat. janji kenyang.

* ini lah adik perempuan aku *

makan makan sebagai satu famili sangat menyeronokkan. budak perempuan di atas ini dah hilang momen yang best dalam hidup dia. mungkin lah. itu lah. sape suruh pandai sangat. kan dah kena belajar jauh jauh.

mari bergambar ye adik adik semua...!
*spek gedabak beso*

biase lah, aku co-pilot. map ade dalam kepala otak. takkan sesat punye, jadi, haruslah duduk di sebelah driver. masa ni tunggu si Alang kolang hantar gitar masuk ward. budak budak zaman sekarang banyak duit, bela gitar dah berapa habis tu... aku minat jugak seketul dua main gitar, tapi jari selalu sakit bila nak goreng beberapa cord yang memang hampeh, mungkin kene berguru dengan fida aishah?

selalunya bila pegang gitar, ade lah sebarang dua minit. lepas tu minta Alang kolang gorengkan. aku macam biasalah. vokalis ya. suara tak sedap pun, tapi cukup lah untuk menang sebiji radio dulu. hahahaha.

ok. balik ke cerita asal. maaf, makanan tidak sempat di ambil gambarnya, semua dalam keadaan lapar, sampai je makanan, terus baca doa, kunyah kunyah, telan, ulang perkara yang sama kecuali doa tadi.

setelah kenyang, berjalan sebentar. kemudian ibu ajak balik. dia mengantuk. haha. konon-konon nya sebab tengok bola. mana ada dia tengok, bermulanya sepak bola, dia dah tertidur. dia terjaga dari tidur pun bila jerman memang sudah menang ke atas uruguay. haha. ape la ibu ni. jadi dia tengok balik siaran ulangan pagi tadi. ibu...ibu..

duduk di rumah ibu, sekejap saja berat meningkat, muka pun bulat. aiseh! kene balik ke pangkuan suami. jangan anda sangkakan bahawa suami aku tidak menjaga makan pakai ku, oh...tidak. cuma rumah terlalu tinggi untuk didaki. itu sebab aku masih begini. mahu mencari rumah yang berpasak di atas tanah. sudah penat dan letih melihat keluarga aku dan keluarga mertua mendaki tangga buruk itu.. kasihan mereka..



kenapa lah piala dunia tak buat kat malaysia? tak payah nak bersengkang mata. mengantuk oi~

nota hati : disini merindu disana. daku akan segera kembali. tunggu daku dimuka pintu. hehehe.


Isnin, Julai 05, 2010

terpaksa berpisah

hehe. jahat je tajuk.

sementara ni, duduk jauh jauh dengan encik suami...

balik rumah ibu, lepaskan rindu..hehe..=)

adik pun baru pulang. jadi mahu habiskan masa bersama.

tadi, masa nak tinggalkan encik suami, aku peluk dan cium beliau. huh. jarang aku tinggalkan beliau. selalunya beliau yang tinggalkan aku atas urusan kerja.

harap makan minum encik suami terjaga. baru beberapa jam, dah mula rindukan encik suami.
tadi pun beliau mengadu sakit sakit perut. saje lah tu. mahu bermanja.

sudah lewat, mahu tidur.\
mahu mimpi yang indah indah.

selamat malam sayangku.

Jumaat, Julai 02, 2010

seronoknya di rumah tok wan!


itu mog. dia lonely sejak mama dia kene culik. kesian mog. dia sangat pemalu. siang siang tak lekat kat rumah. hilang je. malam baru balik. nama pun anak jantan!

pagi pagi dah keluar main kat laman rumah. seronok sangat jumpe tanah, rumput! sampai hari hujan pun dia tak nak masuk rumah!

rumah tok wan ada ayam...anak ayam..ada cendawan besar, hehehe....

muke ape tah ni. muke kucing la kot. hehe. hai, saya gegirl!
adik tah kemana hilang. asik beronggeng sahaja. time perut lapar baru tahu nak balik rumah~ elok elok adik, kamu tu mengandung!

Rabu, Jun 30, 2010

tips bawak kucing balik kampung

ok. malam ni mahu pulang ke ipoh, perak. sudah lama tidak pulang ke ipoh. adik dan gegirl pun dah lame tak ikot balik kampung. jadi, mari kita balik kampung!

sebenarnya tidak susah untuk membawa yang tersayang balik ke kampung. ada segelintir menyenangi dengan mengurung kucing di dalam sangkar dan diletakkan di belakang seat. ada yang meletakkan kucing di dalam carier. ikut keselesaan anda dan kucing anda ye. jangan anda je yang selesa, kucing terseksa! berdosa ok.

macam aku, duduk di tingkat yang tinggi, tanpa lif, jadi aku akan letakkan kucing aku dalam carier seperti bag balik kampung. sebenarnya bag ini sudah tidak mampu menampung dua ekor kucing. namun, aku terpaksa. nak beli lagi, tak punya sebab.

* ni bag balik kampung adek n gegirl*
selepas itu, bukak bag balik kampung, lepaskan kedua ekor kucing bebas di dalam kereta. kalau jenis yang jarang naik kereta, kucing akan mengiau-ngiau. tapi sekejap je. ada jugak yang mabuk, dan akan muntah. hehe.. alhamdulillah, kucing aku jenis kaki jalan ni. pantang naik kereta. dia akan port tido baik punya~

kalau korang takot kucing tu berak, letak sekali litter box, harap  harap kucing tak de la melabur, busuk wooo~ kalau dia kencing ok lagi. hehehe...

macam aku, perjalanan ke ipoh memakan masa jugak, jadi aku siapkan bekal untuk kucing. ikut la, nak bagi biskut ke, nasi campur ikan rebus ke. ikut selera kucing. =)

* nampak kat belakang tu? banyak nye bantal*

haa...dah siap semua, boleh lah bawak kucing balik kampung. pukul berapa lah baru nak bergerak ni. encik suami belum pulang. aiseh. den da mengantuk ni... hehe...nak mengelat takmo drive. hehehe..

jom balik kampung~!! weeeehuuuuu~!!!!


* a few weeks preggy mommy*

Khamis, Jun 24, 2010

sikit sikit nak demam

atas alasan tidak boleh tidur, walopon status Fb mengatakan aku sudah mahu tidur, jadi aku menulis lagi. ya. aku rasa aku sedikit lemah. walaupun sudah menelan panadol solubel. (tak sedap!) badan sedikit ok. harap2 esok akan baik. sebab esok mahu balik ke rumah mertua. *maklumlah...keluarga sudah menjadi besar~*

sebenarnye, dari zaman bercinta, aku tidak dimanja2 oleh encik suami. semua perkara aku buat sendiri kecuali perkara yang terpaksa meminta bantuan dia. sejak mula kenal, encik suami ajar berdikari. telefon aku hanya sekali sehari, mungkin tiada. zaman bercinta sangat tak best bagi aku. sebab aku dilayan seperti kawan2 sahaja. tak terasa special mana. makan kadang kadang sendirian. kawan baik tiada di U yang sama. personaliti aku pun berubah disebabkan encik suami. ah~ masih rindukan zaman itu.

sebenarnya, aku tidak punya kawan yang sangat rapat dengan aku. aku cuma punya 2 mungkin 3 orang sahabat yang mungkin sejati bagi aku (tatau lah kalo mereka tak pikir seperti aku). aku cuma punya encik suami. yang banyak mendorong aku dalam mencapai apa yang aku ada hari ini. *sambil lihat sekeliling..ok..ade kereta.*

sekarang, bila sudah berubah status, antibodi seperti sudah pandai pandai menukar siaran. terus menjadi lemah. ingat lagi. aku jatuh sakit, demam teruk beberapa minggu selepas nikah. aku dikuarantinkan seminggu dirumah, takut aku terkena jankitan H1N1 itu. kesian, semua bende encik suami yang buat. fyi, baju kotor, kami basuh pakai tangan. semua dia yang cuci. masak nasik, dan beli lauk. menjaga aku sebaik mungkin. bertuah aku!

tiap bulan, pasti aku sakit perut, dan akan melawat ke tandas lebih 5 kali sehari. sampai aku fobia untuk makan. kerana, bila aku makan, aku pasti ke tandas! pernah aku muntah teruk. ingatkan mengandung, rupanya perut masuk angin. mood makan tidak menentu. badan mudah sakit. demam sangat kerap.
hormon pun terbabit sama menukar arus. ceh~

baru sehari encik suami tiada, ada pulak tangan gatal yang mengetuk pintu. selalunya, tiga kali bagi salam, tuan rumah tak jawab. silalah beredar. ini tidak. main ketuk macam nak pecah pintu rumah. dengan lohgat seberang. buat aku makin cuak. aku bukan bias, tetapi berhati-hati. sungguh. tadi sangat thrill~!

tadi, tengok balik gambar kawen. sangat rindu encik suami. dialah buah hati. huhu.. ok..gegirl sekali. tu dia buat muke poyo. =)

bermasalahkah aku?

soalan ni berkali-kali dah memenuhi mindaku. kalau dijawab, akan ada balasan soalan seterusnya. sekiranya tidak dijawab, takut diri ini dikatakan sombong tiada berlokasi. bermasalahkah aku?

setiap pasangan yang bercinta, pasti mau akhiri ke ikatan yang lebih tulus, yang menghalalkan perkara yang haram selama ini. jadi, alhamdulillah...kami sudah disatukan dengan ijab dan qabul. =) masih teringat momen indah semasa encik suami menggenggam tangan ayahku. disitu lafaz yang selama ini diniatkan terluah. aku lah wanita yang paling gembira dan bertuah ketika itu...dan kini. aku masih bahagia. aku benar2 sayang beliau.

kegembiraan kami kongsi dengan 2 ekor binatang peliharaan kami. ADEK dan GEGIRL.. dua bulan selepas kawin aku bertemu gegirl, kemudian adek. =) yup, memang lagi seronok keluarga kecil ini.

namun kegembbiraan ini dicemari denagn soalan orang yang sibuk bertanyekan aku pasal anak....
soalan yang positif aku amat hargai..tetapi bila soaln yang berbau sinis, seperti mengejek. layakkah dia nak bertanya soalan itu kepada aku..?

hei..aku baru setahun berkahwin. bila aku pegi jumpa doktor pun dia gelakkan aku. katanya normal. lagipun, aku alami perubahan hormon yang sangat drastik. siapa yang tak mahu anak? seolah soalan dia sengaja mengejek aku. ah, mungkin aku yang tersilap memahami bentuk dan arah soalan tersebut? entah.. tapi aku punya naluri. aku cukup kenal dengan mereka yang bangang untuk bertanya soalan seperti itu.

hormon masih tidak menentu. sakit hati. anak itu anugerah. ye, Allah memang dah sediakan pintu rezeki setiap anak yang lahir tu.. aku tahu. tapi adakah aku berlagak seperti tidak mahu mempunyai anak?

jadi, lelaki diluar sana.. tolong la jangan tanye soalan sensitip macam ni kepada perempuan yang memang terlalu menyayangi kanak2. fullstop. takde bercanda, bergurau senda kalau dalam bab begini.

p/s; serius, aku sedih~

Selasa, Jun 22, 2010

ehem2 dia kene bedah

tadi dapat email dari walid.

oh. sape walid? dia bapa kedua ku. panjang kisahnye.

ayep dah selamat di bedah pagi tadi.

dia sakit ehem2.

rasanya sebab dia selalu menangis dan meneran. itu yang jadi macam itu.

sedih pulak tengok gamba dia tengah tido a.k.a pengsan.





semoga cepat sihat ye ayep.

kakli rindu ayep.
nanti kakli balik lawat ayep neh.
jangan kuat nagis lagi.
ayep dah besar lah!

Isnin, Jun 21, 2010

dia akan pulang tidak lama lagi

hanya 12 hari lagi. lepas ni dia akan kembali menetap di malaysia. dah 5 tahun dia di sana. banyak yang tidak best katenye. hmmm... banyak bende yang best2 aku dah termissed (rojak punye ayat) nak buat dengan dia. dulu dia lah bestfren aku. ape yang aku buat sume dia buat. eh, bukan..ape yang dia buat sume aku nak tiru..haha..
orang sangka aku dengan dia kembar. walhal (cewah penanda wacana) kami tidak seiras langsung. mungkin saiz badan dan ketinggian buat kami kelihatan seperti sama.
dia ni aku rasakan lebih matang dari aku. ya. hehe. sebab selalunye aku yang dapat nasihat. bukan beri. ish3..sabo je lah.
tak sabar nak pegi klia dan amik dia bawak pulang ke rumah. sume orang sudah rindukan kamu. cepatla pulang.
oh. hari ini dia ade interview. harap2 lulus. balik malaysia terus bekerja.

siyesly. bangga ada adik seperti kamu. harap kamu pon bangga punya kakak seperti aku.

dia mestilah yang tidak memakai baju pengantin itu. itu dia~ hehe. hugs n kisses~

Ahad, Jun 20, 2010

abah....

selamat hari abah....abah..
tukar lah.. semua nak cakap hari bapa. padahal panggil ayoh, abah, pak, bapak..hehe..
yang kaye maye sikit panggil lah papa atau daddy..eh..mane ade, tak bape kaye pun panggil macam tu... hiks~

tanggal 20 jun 2010, hari ini lah kan.
hari bapa sedunia disambut oleh semua...
yang masih ada ayah, mesti buat surprise kan..
atau pun phone call...tak kisah lah..

yang sudah tiada, pastinya sedekahkan Al-fatihah untuk arwah..
takmo sedih2 k.. kite happy happy je.

sape takde abah kat sini angkat tangan??!!

opkos, kita yang dilahirkan ini pasti ade abah.
aku pon ade. abah aku ensem waktu muda2...macam rosyam nor. lantak la kalo korang kate rosyam nor tak hensem~ hehehe

abah aku jauh..nun....kat terengganu..

aku ingat mase aku kecil, aku sangat rapat dengan abah. selalu malam2 aku ikut abah pegi main badminton. kadang2 pegi main bola sepak. abah aku terer main bola sepak. dia striker. hehe.

bila sesuatu berlaku dalam keluarga kami..
abah mula diam..tak banyak cakap...(sebelum ni ok sikit lah)
aku pun tak duduk sekali dengan abah..
aku duduk dengan ibu..
ibu yang bela aku..
adik beradik..
cume abang yang sulong yang duduk dengan abah..

aku mula tak rapat dengan abah bila abah mula kawin dengan umi..
abah dah ade famili baru..
ada anak2 baru yang lebih memerlukan perhatian abah...

seingat aku..
aku dah jarang bertemu abah.
telefon pun begitu.

masa aku di tingkatan 5, ada sekali abah lawat aku di asrama.
itu je. sekali.

teringat ketika aku menunggu untuk beratur naik ke pentas pada hari konvokesyen,
aku dapat mesej,

"abah mintak maaf sebab tak dapat bersama li pada hari ni"

terus laju air mataku mengalir...
aku ingat abah sudah lupakan aku...
maklumlah. abah busy dengan keluarga baru...

waktu aku ingin menikah, abah hadir
cuma menjadi wali dan nikahkan aku..
majlis sanding aku, abah tiada...

aku bukan tidak suka keluarga baru abah..
cume aku tidak selesa..
layanan umi bukan seperti masa dia mula2 kawin dengan abah..

sampai ade yang mengatakan aku buang abah sendiri
disebabkan aku dah jarang hubungi abah...

aku harap abah faham..

abah...li bukan tanak tepon abah tau..
li cume tak tahu nak cakap ape... u_u

selamat hari abah....abah~

Sabtu, Jun 19, 2010

Dance India Dance L'il Masters

fuhhh...tengok budak2 kecik ni menari. sangat awesome! tapi budak2 ni sangat mudah di bentuk. lentur lah ikot kemahuan kita. tapi, kalau boleh, biarlah ke arah kebaikan. jangan katekan budak2 kecik. budak besar pun...kalo kita pandai tackle kemahuan dia, automatik dia akan ikot kemahuan kite. macam mane tu? oh..mudah, kita cuit saje hati mereka. tapi nak cuit hati tu bukan kerja senang... kene belajar lah macam mane...hehehe..
tengok DIDLM ni, teringat mak aku, dia suke tgk cite camni. agaknye dah malas nak layan drama melayu kat TV tu dah. bosan katenye.

oh..rindunye kat ibu.
kakli balik nanti ye.
tunggu kakli..
masak sedap2 tau.
kakli lapo~

malas nak drive.

oh. kejap lagi nak ke UKM, hantar encik suami ke sana. ada sukan staf. ish,
tak suke drive. hahaha.
esok pegi UKM lagi.

lari laju2 ye sayang!

Khamis, Jun 17, 2010

KK trip was awesome!!!!

10 jun 2010

perjalanan kami bermula dari Lcct, flight pukul 6.30. sharp kami terbang. pertama kali naik kapal yang boleh terbang. hehehe.. perasaan, ok je.. dalam kapal, perut terasa lapar sangat2, terpaksa lah membeli belah makanan di atas kapal itu. ala..beli roti je pon, harge kemain melambung, tapi logik la, dah memang di langit biru. melambung lah~
penerbangan memakan masa 2 jam 30 minit dari KL ke KK. sangat bosan di atas sana. jadik, korang bawak la psp ke, buku ke. ape2 lah. janji 2 jam 30 minit tu terisi. nak tido pun takpe. tapi tidak begitu selesa.
nampak? tak selesa kan. tapi tak pe lah. dah tambang pun murah. ape nak kate lagi. sepanjang perjalanan aku takley tido. dah la dok jauh ngan encik suami. kejap2 main sudoku yang ada dalam majalah air asia tu. kejap2 pramugari tak bape nak lawa tu lalu..sungguh. tak lawa. harap mekap je. pramugara ok sikit. haha.
beli air mineral 350ml bersamaan rm 3.00 ok. aduhhhh... nasib baik dalam kapal tak sakit perut ke, nak wee wee ke.. pheww~~
lepas sampai kat airport KK, kami terus ke hotel. menginap di Tune Hotel. nama pun Tune kan. jadi semuanya perlu diTune sebelum dapat services. kite hanya bayar bilik je. bilik ade kipas dan ekon, tapi kalo nak gune ekon, kene bayar. hoho..prepaid ok. TV pun begitu. memang tersembul satu tv 14 inci kat dinding. flat screen ok, tapi ape gunenye tv kalo takde siaran. boleh ON tv tu kalo dah bayar. so, kami bayar rm7 untuk 24 jam. kate prepaid, (bila iklan je tutup, hisham rahim, 2010)...hahaha..sangat bengong. sah2 aku tanak dok situ lagi len kali.
dari Tune hotel kami jalan kaki about 5 minit untuk ke kedai makan. hmm.. satu yang menarik ialah, hotel2 berdekatan bersambungan dengan mall kat situ. sangat best la. kirenya bende2 disekeliling dah membutakan mata kami untuk mengutuk Tune Hotel. jadi, Tune, jangan lah berkira sangat ok~

aku makan nasik goreng lalap. macam lalat je bunyiknye. lalap ni ayam goreng tepung. takde la spesel sangat pun. lepas makan tu aku mula sakit2 perut. entah la....=(



ini nasi ayam sinario. oh. kedai ini namanye Sinario. siap ade cafe kat bandar KK....ternampak hari tu. hehe. ok lah nasik ayam dia. biase gak. same cam kat semenanjung. cukup la untuk mengeyangkan perut dikala itu.

11 jun 201o, hari ke 2 di KK. Aktiviti utama kami ialah snokerling!!! sangat2 seronok. pukul 9 pagi kami berkumpul. kalo menginap di sini, ada shufle bus untuk ke bandar. so, naik je. dari bandar KK baru lah amik teksi untuk ke jeti Jesselton. tambang teksi lupe. kami bergerak ramai2. 10 orang sebenarnye, jadi, kos pengangkutan jadik sangat murah. =)

bot yang hantar kami ke pulau adalah boat yang sama. maknenye kite dah booked dia lah. yang bestnye abg boat tu bawak boat sangat laju!!! best gile!!

banyak gambar gegau mase dalam boat. hehe...pulau pertama Pulau Manukan. sampai2 je sakit perut. aduhh... aku kalo tak kene ceriveri ni tak sah. dalam sebulan wajibalghunnah kene. ish! sakit macam nak muntah2 kat situ jugak. tapi kene cover. berusaha carik toilet. fuhhh..

yang menyakitkan hati, masuk toilet je...toilet macam hareeemmmm!!
sebut pasal toilet. ade bende nak kongsi pasal sabahan kat blog ni. ape dia...? tungguu..dah letih taip entry ni. hehehe..=)

adiosss~~



bijak, tapi malas

alhamdulillah....
semalam, adik aku, echa, dah berjaya abeskan final paper dia. alhamdulillah.. lepas 5 tahun duduk kat volgo.. teringat 5 tahun lepas, telefon kat ibu, menangis nak balik... sebabnye tak suke duduk sane... standed la..duduk negara orang, bukan negara islam..macam gitu lah.. sebab tu lah kakli tanak belajar pandai2..mesti kene fly juge...hik hik hik..alasan yang selalu aku gune kat ibu. ye, ibu selalu kate macam ni..

"kakli ni bijak, cume dia malas!"

hmmmm... tersenyum sendiri.. ibu, banyak pengorbanan ibu dah buat.. memang, orang masih kekal dok mengata ibu, persetankan mereka. ape mereka tahu?? ada mereka bagi duit nak suap anak2 ibu makan? oh tidak~~ jadik, kite buat2 tak tahu je lah pasal mereka. buang dalam tong sampah atau dalam loji tahi pun tak ape. hahahaha~~ mari gelak ramai2..

aku anak yang BANYAK buat pasal. banyak buat agenda.
alhamdulillah..lepas aku jumpa si dia. aku berubah. jadik anak yang baik. biarlah orang kata umpat pasal aku. itu dulu. sekarang aku dah lain...

banyak ibu dah buat untuk aku...

ok. tamo sedey sedey. patutnye cite yang hepi2 je. hehe

adik aku bakal doktor, 21 haribulan ni, beliau akan ada interview dengan orang mara (kot)... semoga beliau lulus. rasenye beliau akan berjaya. =)

alhamdulillah, adik2 aku tak banyak kerenah. sume dengar cakap. rasenye dorang lebih matang dari aku. hehe. aku kan mude lagi. kuang kuang kuang...

flashback....

molie!! jom makan!!...ibu jerit dari luar

jap!! jap..!! sahut aku

tak sedar rupenye ibu mengintai aku.

o....study ke....kate ibu lembut...sambil mendekati aku..

opsss...terjatuh pulak buku yang aku pegang...

laaa!!!! baca buku doremon??!! kua sekarang! pegi makan..! jerit ibu

hahahahahah~ selambe je muke turun dari katil pegi meja makan...

makan. makan.

banyak akal ini budak~ kata ibu...

**************************************************************

kalau aku belajar betul2 dan pandai2.. siapa nak tengok ibu? kalo anak2 sume duduk obesi?
alang pun hampir2 nak ke jepun, nasib baik budak tu pikir nanti makan tak sedap...blablabla..
last2 duduk UTP, sangat la dekat dengan rumah. jadi, tugas dia jaga dan tengokkan ibu..
aku? aku kan da kawen..tapi wajib tepon dan tengok ibu...hehe.. kadang2 pau ibu..haha..

bagus jugak tak belajar pepandai. kalo tak, mesti aku dah fly jauh2, lepas tu susah dapat pasangan, sebab aku mesti demand tak agak lah.. mesti jadik anak dara tak berapa nak tua.. keh keh keh..

ah, berangan lah.

yang penting, ibu aku kate aku masak sedap~ lalalala~~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...