ok. malam ni mahu pulang ke ipoh, perak. sudah lama tidak pulang ke ipoh. adik dan gegirl pun dah lame tak ikot balik kampung. jadi, mari kita balik kampung!
sebenarnya tidak susah untuk membawa yang tersayang balik ke kampung. ada segelintir menyenangi dengan mengurung kucing di dalam sangkar dan diletakkan di belakang seat. ada yang meletakkan kucing di dalam carier. ikut keselesaan anda dan kucing anda ye. jangan anda je yang selesa, kucing terseksa! berdosa ok.
macam aku, duduk di tingkat yang tinggi, tanpa lif, jadi aku akan letakkan kucing aku dalam carier seperti bag balik kampung. sebenarnya bag ini sudah tidak mampu menampung dua ekor kucing. namun, aku terpaksa. nak beli lagi, tak punya sebab.
* ni bag balik kampung adek n gegirl*
selepas itu, bukak bag balik kampung, lepaskan kedua ekor kucing bebas di dalam kereta. kalau jenis yang jarang naik kereta, kucing akan mengiau-ngiau. tapi sekejap je. ada jugak yang mabuk, dan akan muntah. hehe.. alhamdulillah, kucing aku jenis kaki jalan ni. pantang naik kereta. dia akan port tido baik punya~
kalau korang takot kucing tu berak, letak sekali litter box, harap harap kucing tak de la melabur, busuk wooo~ kalau dia kencing ok lagi. hehehe...
macam aku, perjalanan ke ipoh memakan masa jugak, jadi aku siapkan bekal untuk kucing. ikut la, nak bagi biskut ke, nasi campur ikan rebus ke. ikut selera kucing. =)
* nampak kat belakang tu? banyak nye bantal*
haa...dah siap semua, boleh lah bawak kucing balik kampung. pukul berapa lah baru nak bergerak ni. encik suami belum pulang. aiseh. den da mengantuk ni... hehe...nak mengelat takmo drive. hehehe..
jom balik kampung~!! weeeehuuuuu~!!!!
* a few weeks preggy mommy*
8 ulasan:
hehe.. nice!
teyn bawak balik dengan cage dia. agak besar & susah. nanti nak beli lah bag satu. =D
huhuhu...aku tinggal kat sabah so ader tips tak dari kl ke sabah :P hehehe
Entry terkini :
teyn~ hehe..cage segi empat, dan tak boleh nak save space kan.. kat sunway piramid, ade pet lover, kat sana boleh dapat bag tuk kucing ni..hehe..comel2..=)
qiefly~ alamak..sabah? hoho..kene bawak naik belon lah kan? hehe.. nnt bila dah ada tips tu saye kongsi kat sini ye. tunggu adik bawak balik kucing dia dari rusia..hehe
ok2.. nanti nak gi beli.. hehe thanks! =D
teyn~ ok.dah bei nanti share lah eh. hehe..=)
aku ada nampak beg ni jual kat mid valey.. sebijik!! ahahaha..
crayon~ ade lagi eh bag ni...dah lame dah beli..hehe..harge bape? hehe..:p
Catat Ulasan