Selasa, Jun 01, 2010

jaga exam



 minggu exam. bukan hanya pelajar yang stress, cikgu cikgi lagi lah. macam macam hal boleh timbul masa exam ni. yang baik jadik tak berapa nak baik. ye, ikot kepala sendiri. susah lah. kalo aku, malas kecoh2, aku diam kan aje. buat je semua bende. tapi. itulah. orang takkan perasan pulak pengorbanan aku. hei. aku bukan nak bagitau satu donia ni yang aku dah buat kebajikan. tapi, kite pegang la kata kata ni. biar orang buat kite, jangan kite buat pada orang.. apekah?

ah, payah nak eksplen cara baik budi bicara ni. lantak kau lah. emo di sini seketika. aku tahu, aku ni baru sekangkang kera? setahun jagung menjadik cikgu ni. baru lagi. malah aku ini boleh dipijak2 oleh kau yang berbadan besar itu sudah lama menjadi cikgu. eh, kau belum kompem ok. belum. no no no. kau masih GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih. aku besarkan perkataan Tidak itu. aku bukan nak besar kepala. aku cuma mahu kerjasama. bukan niat untuk menindas kaum kau yang Tidak Terlatih itu. bukan ape. sejak dulu lagi aku dah nampak macam tu. -_-"

aku ni pun, baru saje masuk dalam perkhidmatan begini. aku rase, ape yang tak salah untuk dibuat, harus la, wajib buat. kenapa nak tolak? hmmm...katakanlah bos bagi kerja pada kulinye. ade ke patut kulinye tolak keje tu? tapi situasi kat sini, takde bos bos. cume perintah dari aku. hahaha.. perintah? ape la aku dok mengkarutkan cerita nihhhh!!!!

ah. aku malas la. kesian blog aku ni dah buruk rekod dia. dah tulis cerita ngumpat2 bodoh ni. ahhh!! tensi aku~!!!  alolololorhhh.... sambil membelai2 lid laptop aku. bajet belai blog la. camne nak belai blog eh..? ooo...susah gak nak pikir tuhhh...

tugas SUP, Setiausaha Unit Peperiksaan sangat mencabar bagi aku. TUGAS? bukan. KERJASAMA rakan2 guru ku sekelian. payah ok. aku ingat mudah. jadi, sila lah gelakkan aku.
aku rase, dorang patut tengok cerita WonderPets sekali sekala. dua kali dua kala.
semalam aku jage exam banyak kali, tak sekecoh kau pun. wah~ ayat berani mati aku bagi nih. sementara gantikan guru jaga exam, aku bukak tafsir Al-Quran.

tenang jiwa aku.

aku terbaca surah al Humazah. mungkin Allah nak sedarkan aku kot.
baru baca ayat 1, dah terkesima.

kemudian, baca kat belakang tafsir tu, pasal manusia yang berselisih.
surah Hud, ayat 118
"Dan jika Tuhanmu mengkehendaki
Nescaya dijadikanNya manusia menjadi satu umat (agama) tetapi mereka sentiasa berselisih."

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengikut ajaranMu


Tiada ulasan:

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...