*kalau baju tidur begini, masih sopan lagi...*
macam aku, perempuan, mesti lah berghairah mahu berfesyen. tapi fesyen aku tidak lah melampau sangat pelik nya. sebab aku bertudung. mahu tidak mahu, memang wajib menjaga adab berpakaian...bukan sopan semata mata. tapi lantak lah mereka yang mahu memakai fesyen yang pelik pelik, asalkan tidak memudaratkan diri sendiri dan orang di sekeliling. aku bersyukur, kerana dari kecil ibu selalu menggunakan teknik 'reverse psychology'. jadi, sampai aku besar, aku tidak berani berpakaian yang tidak senonoh di depan atau di belakang ibu.
oh, tadi aku ke kedau runcit. hanya mengenakan t-shirt labuh, jeans dan tudung dan selipar pemberian suami. ringkas. ya, mahu ke kedai runcit. setiba aku di sana, aku terlihat 2 pasang baju tidur di kaunter bayaran. bila di amati dengan jelas, itu bukan hanya 2 pasang baju tidur. baju itu dipakai oleh 2 orang anak gadis. ya Allah..... sedih aku tengok...kalau Amir Izzat yang tengok ni. mesti berapi kepala dia kan..
kesian betul aku lihat. aku tahu, gadis itu bukan dari kawasan ini. mereka pekerja kilang di sini. yang rumahnya di atas kedai runcit tersebut. tapi, apa lah salahnya kau memakai elok elok wahai gadis. aku lihat, brader di kaunter itu pun malu malu mahu berinteraksi dengan kau. tapi brader, aku lagi malu. kerana itu kaum aku. kesian. kesian.
nota hati : kadang kadang aku terfikir, adakah tempat yang membentuk personaliti seseorang. sebab pernah ade seorang berkata. orang bandar berperangai lebih buruk dari orang kampung. setujukah? aku tidak.
