Memaparkan catatan dengan label virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label virus. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 20, 2014

Adam tak sihat :(

Siang tadi, adam berak berak, kemudian muntah lepas minum susu. Keadaan agak kritikal dengan tiga anak. Mana nak susukan,nak mandi. Memang jadi ibu octopus pagi tadi.

Adam pulak cirit-birit, memang meleleh cair ke lantai. Ya Allah..kesian sangat. Nasib baik adam ni pandai tahan muntah..

Ke klinik,doc bagi ubat muntah dan garam untuk badan dia. Supaya tak kering sangat. Nanti tak bermaya.

Balik dari klinik,cepat2 aku masak bubur ayam, adam terliur,aku suapkan lah.elok je habis sepiring kecil,adam muntah lagi.

Kesian sangat.
Aku usap kepala adam,cakap kat dia,kita baca al fatihah ok.doa dengan Allah berikan kesihatan yang baik pada adam.
Adam ikut aku baca dalam pelatnya. Sikit2 dia dah boleh baca..

Petang sikit,aku terlena di sebelah adam. Dapat pejam sekejap pun dah cukup,bangun tidur adam minta air.dahaga sangat agaknya,banyak juga air dia minum. Tak lama lepas minum muntah balik,tapi kuantiti sedikit.

Berak pum nampak makin ok. Malam,adam dah tak muntah,dia minta bubur ayam.aku suapkan je la.sambil doa,jangan lah muntah lagi. Alhamdulillah,lepas makan ubat muntah,adam dah okay sikit dengan muntah tu. Perut dia pun tak sakit.

Susu memang aku boikot sekejap lah.adam mengamuk juga bila akid selamba minta susu dab menyusu depan dia. Puas aku explain kenapa dia tak boleh minum susu. Kesian anak mama!

So far he is getting better. Hoping for tomorrow. Harap esok dia dah baik,sihat walafiat.

Mencabar jugak lah hari ini. Berjaya aku puasa sunat hari ke 4. Dua hari lagi.

Pesanan buat ibu2, kalau anak muntah,cirit birit.stop kan dulu susu,atau beri anak susu FL iaitu susu free lactose. Tapi aku pilih untuk beri air yang dia  nak minum. Pujuk bagi makan aiskrim. Hihi

At least ada liquid in and out. Jangan outtt aje. Nanti boleh mati organ dalaman anak sebab terlalu kurang air. Pantau suhu anak ya. Ambil lah cuti ke,mc ke,el ke untuk jaga anak. Nyawa mereka lebih berharga.

Please.


mamaAdamAkidAdra

Ahad, Jun 27, 2010

apa itu shingles?

hai semua.
hari ini masuk hari ke 4 aku demam. bebintik merah berair masih ada di badan, malah makin bertambah. kat sini aku nak kongsi sedikit info untuk pengetahuan korang.

chicken pox biasanya menyerang kita waktu kecil. virus yang dikenali sebagai varicella zoster virus. ok. hal kecil-kecil dulu rasenye tak payah nak kupas la kot. sebab korang boleh carik sendiri info. lagipun banyak kat google. jadi, mari berajin sedikit!

aku pertama kali diserang chicken pox ketika di usia 9 tahun, rasenye lah.

jadi, readers semua yang pernah diserang chicken pox ni, beware ok. korang akan ada peluang nak kene shingles macam yang aku kene~! hoh. ini amaran!

*bukan shingles aku*

herpes zoster virus satu virus yang akan menyerang bila immune dalam badan rendah. ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku selain dari immune rendah, keadaan stress juga boleh mengakibatkan virus ini aktif.

virus ini sebenarnye adalah virus transformed yang ada semasa kita diserang chicken pox dulu. virus ini sukar untuk mati. jadi, ia akan tinggal lama di nerve ganglia. (sila google kalo tidak tahu). setelah berubah, virus ini menyerang orang itu pabila dewasa kelak, dengan syarat, immune mesti rendah!

shingles ni boleh diibaratkan chicken pox senior la. sebab ianya hanya menyerang orang yang pernah diserang chicken pox semasa di awal usia dulu. biasenya keadaan boleh menjadi teruk berdasarkan umur. maknenye orang tua, kalo kene shingles ni, bahaya lah sikit.

bentuk atapun pattern shingles tumbuh di badan juga boleh memberitahu samada yang terkena jangkitan ini adalah biasa biasa, ataupun yang serius. alhamdulillah, shingles aku jenis yang scatered, maksudnye dia tumbuh merata, bukan berkelompok setompok setompok macam dalam gambar kat atas tu. phewww~

jangkamasa serangan ini akan berkurangan dan terus baik dalam 2 hingga 3 minggu. aku baru hari ke 3 ditumbuhi shingles. ada beberapa hari lagi. ya Allah, bantulah hambaMu ini.

ok, shingles ni sangat gatal. kalo yang jenis main makan je ape saja, korang telan je lah. tapi amalkan makan sayur, pemakanan yang seimbang mungkin. oh, tadi sebut pasal gatal. mungkin akan tergaru, maka terpecah la bebiji shingles tu, jangan risau, virus tu sangat tidak boleh terdedah diluar badan manusia. jadi ianya cepat mati, namun, elakkan diri korang untuk dekat dengan orang lain. sebab, melalui pernafasan, ia akan berjangkit. malah, melaui cecair yang pecah tu pun ada kemungkinan.

jadi, jaga pemakanan, amalkan pengambilan vitamin, minum air masak dengan banyaknya. hehe...

doakan aku cepat sembuh. gatal weyh. tidoku tidak setenang dulu

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...