Sabtu, Oktober 23, 2010

letih woi~

ini siriyes!

minggu yang sangat hectic okay.

waaaa.. rase nak nangis bila ingat kat sekolah berlambak kene relief, pastu sorang dua tanak bagi kerjasama bila waktu jaga kelas dah abes... saya tahu saya guru baru.. tapi sekarang ni saya kuat ke tandas.. kalo saya duduk selama 120 minit dalam kelas, kesian pundi kencing saya tau~~

minggu depan budak tingkatan 1 dan 2 akan mula peperiksaan akhir tahun. lepas itu akan ada aktiviti selepas exam. mesti kecoh semacam budak-budak ni bersuka ria ye.

seronok lah korang!

Tahniah buat sahabat aku yang sudah melahirkan.. weee~~ dah dapat baby dah.. lepas ni turn aku pulak..perghh.. ini buat aku mula ngilu ni~~~ =)

esok ada Hi-tea di Residen Hotel. wawawa... kene jadi juruacara aktiviti. kene plan games, bayangkan, ade 70 hadiah untuk games.. gile lah! sume sponsor.. aku cuma akan dapat door gift dan cabutan bertuah je.. hadiah games tak dapat...ah~ tak best betul~!!
dah la esok pukul 9 dah kene tercongok kat sane... habis weekend ku~!

takpe, tahun depan aku tak yah involve dah.. yeayea!

habis cerita mengarut je kan. hehe.. nasib lah eh korang.. oh, aku dah pindah rumah baru.. yeayea!

Selasa, Oktober 19, 2010

semalam ke Port Dickson

minggu ni tersangat-sangat lah pack jadual aku. kesana ke mari mengangkat barang pindah rumah.. Alhamdulillah...sudah 5 hari aku di rumah baru. dan hari-hari makan di luar, sebab barang-barang masak masih di sana. hehehe...

kebetulan adik aku, si doktor itu ada induksi di Port Dickson. dan kebetulan juga ibu mahu ke sini. melihat rumah baru dan datang membeli belah. jadi semua berkampung dirumah aku yang baru disewa ini. haha.. takpe, sewa dulu..lagi 5 tahun beli rumah kaw-kaw punya...tak sabarnye aku!

selepas pulang dari sekolah, aku terus solat zuhur dan bergerak ke PD. suami yang memandu ke sana. aku hanya duduk bersenang lenang di sebelah. sampai di tol persimpang port dickson..ini yang kami bertiga nampak..

huh~~ tengok! sampai camtu ha...(padahal memang kepala lori bleh je jadik camni)... tapi ade lah kesan darah kat lantai jalan tu...meremang jugak la aku tengok... entah apa-apa lah!

jadi, hati-hati okeyh!

Alhamdulillah..adik aku sudah tahu tempat posting!

Khamis, Oktober 14, 2010

katak paling kecil ditemui

katak ni ditemui di Taman Negara Kubah, Matang, Kuching. saiz dia amatlah kecik aje.. 10.6mm ke 12.88mm. nama saintifik dia ialah microhyla nepenthicola.

tengok je la gambar tu...memang katak ni kecik je kan?? hehe
nanti anak aku dah selamat keluar dari perut nanti..aku nak ajar dia tak takut dengan binatang, tak geli dengan serangga macam aku geli dengan lipas!

macam best je katak ni. kalau boleh bela kan best! =) haha. takde keje pulak bela katak. adeh =_=

skirt saiz ibu mengandung. mahu?

salam.

di sekolah tidak sempat mahu berFB ni..bagus juga...sebab fikiran tertumpu pada task yang diberi...tapi hari ini malas-malas ke kelas..budak-budak semuanya mood bercuti bergumbiraaa~~~

sempat juga aku ke bengkel, belajar sendiri bagaimana menjahit skirt. aku dan Azan.. tergelak-gelak aku mengajar Azan menggunakan mesin jahit tepi...=)
hehehe...tak susah pun nak buat skirt ni...=)

haaaa... saiz ibu mengandung ya...hehehe..
tapi bukan saiz aku..saiz kawan ku, Azan..
dia dah sarat dah..lagi 6 hari mahu bersalin...
bila Puan Ngiam datang, Azan tunjukkan hasil ini.
dia kata bagus..
^_^
sah, aku memang warisi kepakaran ibu..=)

esok kalau sempat, aku mahu buat onde-onde pula..itu senang saja.
harap menjadi lah.
hehe.
nanti aku tunjuk hasilnye ya?

sampai jumpe lagi~~

Ahad, Oktober 10, 2010

Jumaat, Oktober 08, 2010

minggu ke 13 dan dia sudah pandai berhiphop..

salam 1 malaysia...!

hai semua~ seminggu aku tidak sempat nak upload cerita.
sangat sibuk dengan urusan di sekolah..sempat online sekejap-sekejap je..
itu pun malam mudah sangat mengantuk..mungkin sebab mudah terasa penat sejak kebelakangan ini...

okey.
hal sekolah. masih tak sempat nak snap pintu masuk yang beralamat itu. hehe
masih sibuk dengan urusan borang yang mahu dihantar supaya gaji cepat masuk..
permulaan, gaji aku hanya P1T4 dengan elaun sara hidup dan perumahan (mungkin).
aku masih belajar bab begini

anak murid
ada yang baik
ada yang kurang baik
biasa lah.
sekolah satu malaysia kan.
macam-macam lah karenah mereka

cikgu dan staff?
ya Allah..
bersyukur sangat-sangat
semua baik-baik
sume bagi keje sama yang sangat superb!

sudah lah cerita pasal sekolah ye..hehehe

4 oktober lepas,
aku check up seperti biasa
di private clinic...

baby sihat sahaja
macam magik
sebab bulan lepas nampak bulat je
sekarang nampak kepala, tangan, kaki..tulang belakang
siap lompat-lompat dalam rahim..

doktor ambil darah
aku pening
hehehe
padahal penakut!

kalo ikutkan, aku mahu saja upload gambar-gambar dan video sikecil ini
tapi suami tidak mengizinkan
lagipun aku tidak mahu ada orang yang jahat hati dengan aku melihat kecintaan aku..

biarlah jadi rahsia aku ,suami dan beberapa orang sahaja..
buat sesiapa yang share, takpe lah..hak masing-masing kan?
aku pun tumpang gembira melihat bayi mereka..hehe..sangat comel!

kat sekolah ada anak cikgu tu, mixed, malay dan mat saleh
emak melayu, ayah berdarah inggeris
Ya Allah, hensemnye budak tu
masih kecil
lelaki, namanya Idris
aku selalu usik dia
bila dipanggil. senyum meleret aje..
moga anak aku semanis dia..hehehe

okey.sampai sini sahaja.
maaf ye tiada gambar
nanti aku letak la..hehehe

ADAB MENEGUR

Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga t...