Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Ahad, Julai 28, 2013

minggu sibuk

aduh. tak dapat nak menulis lagi. banyak yang aku nak tulis, tapi perkasam aja dalam kepala. otak jadi beku. heh. otak beku tu bukan bijak ke?

hari ni pengalaman istimewa. jumpa insan yang dah lama kenal. tapi tak pernah jumpa.

jumpa lagi sayang!

Isnin, Ogos 02, 2010

Al-Fatihah buatmu sayang....



pinjam ye gambar ini.
aku tak mengajar di kelas arwah, aku cuma relief sahaja. kadang-kadang jaga peperiksaan di kelas arwah.

saat ajal tiba, dimana, bila, takkan ada halangan lagi.
terkejut sedikit tadi, mendapat khabar bahawa anak murid yang bakal menghadapi PMR tidak lama lagi sudah pergi menghadap ILAHI.

arwah seorang yang kuat mengusik. bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun diusiknya tanpa ragu.
masih teringat mesej arwah.




tengok. memang nakal kan? suka mengusik, tapi diakhir sekali arwah mesti minta maaf. memang anak murid yang baik. cume biasalah, sekolah mengasingkan lelaki dan perempuan jadi memang ini yang berlaku bila pelajar perempuan berjumpa pelajar lelaki. macam tak suka. tapi sebenarnya mereka boleh saja berkerjasama. :)

ini tulisan arwah sebulan yang lepas. mungkin kebetulan kan..


arwah seorang yang memang banyak bertanya. apa sahaja. maklumlah, kelas semuanya lelaki, bila ada guru perempuan, bukan main lah sukanya. semua rajin nak buat kerja sekolah. kan.... ;)

pernah chat di facebook, arwah minta maaf dan minta aku doakan kejaayaan PMR nanti. sayangnya, arwah tidak sempat... hanya semangat arwah je yang tinggal.

arwah meninggal di dalam kelas, menurut yang aku tahu, masa itu waktu seorang guru perempuan mengajar, beliau meminta arwah menjawab soalan. arwah bangun untuk menjawab, tiba-tiba pengsan, terhantuk di lantai, mulut berdarah dan terus meninggal....
kata kawan-kawan, arwah ada beritahu, jantung bergerak perlahan dan tidak sedap badan..

Al-Fatihah buatmu sayang~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...