Rabu, Februari 29, 2012

siapa nama cikgu?

usai mengajar dua waktu,aku mahu mengemaskini folio pelajar.jadi aku minta mereka salin apa yang aku catat dipapan putih.
A, seorang pelajar yang aktif,memang dia sering bantu aku,suruh lah A buat apa,dia memang buat.tapi sedikit degil. huh! "cikgu, saya nak basuh tangan!"
aku angguk tanda izin. "eh,awak boleh basuh kat paip sana!"
aku tunjuk paip tempat basuh mop. kalau takut,bawa teman.
"cikgu! saya nampak benda putih!" nampak A gelisah. bernafas pun dah lain bunyinya. aku keluar sekejap,jumpa kaksila. dalam hati berdoa jangan ada benda pelik-pelik.
A tak mahu keluar dari bengkel. dia tolak tepis tangan kawan yang bantu dia. memang nampak sangat dia nak duduk je kat bengkel.
aku pujuk.kejap aku marah.aku tak nak benda berulang. payah nanti.
A nampak akur. tapi mata tetap menjeling ke arah bengkel. aku rasa mungkin ramai akan kata..
"ala...buat buat je tu..."
aku pasti dia tak buat buat..!
lama nak pujuk A ke pejabat. akhir sekali, aku pujuk dia.aku kata aku ikut dia. jom balik ke kelas! sambil berjalan,aku peluk bahu A, aku tak nak dia lari, aku tak larat nak kejar!
"A, awak nak ke mana ni?
saya nak balik kelas cikgu..A merayu..
ok,nak balik kelas,hm..tunjuk cikgu kelas awak kat mane?

terkedu aku bila A tunjuk ke arah bengkel!

aku dah meremang! otak ligat fikir,macam mana nak umpan A naik ke pejabat. aduh!

ok,A, awak tolong cikgu boleh?
boleh...
hantarkan buku cikgu kat meja?
tempat cikgu kat mane?
??

meremang lagi!

berjaya umpan naik ke bilik guru, A tak tahu kat mana meja aku. sah, A bukan diri dia lagi..

aku dalam hati tak berhenti berzikir.memang jadi amalan aku zikir dan ayat qursi..

A nak lari,aku sempat pegang dia. masa tu tak ramai cikgu kat bilik guru. ada yang pesan dan ingatkan keadaan aku yang berbadan dua..thanks korang!

puan PK minta aku bawa A masuk ke satu bilik. A dah tentu tak nak! kali ni aku pujuk. minta dia tolong aku buat kerja. A menurut.

dalam bilik,A disuruh duduk. A berkali kali merayu nak kembali ke kelas.

aku terus tanya A soalan.
"kalau awak dapat sebut nama cikgu,awak boleh balik"
diam.
"siapa nama cikgu?"
A tunduk. dia mengumam je. dia memang tak boleh sebut nama aku.sebab A bukan diri dia!

aku tegaskan kat dia, selagi tak tahu nama cikgu apa, awak duduk sini.

malangnya,aku bertugas untuk jaga koperasi.aku terpaksa tinggalkan A.

lepas rehat,aku naik jenguk A, kuat jugak penangan benda tu. dia hentam pintu,berdentum juga lah. aku tak nak menyibuk,aku tak membantu apa-apa pun..
bila semua dah selesai, nampak A dah ok,aku panggil dia.

perlahan aku tanya
"siapa nama cikgu?"
dengan senyuman..
"hafidamolisa"

kompem! itu dia, A!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, Februari 28, 2012

tinggal

hari ni hari ke 4 aku dan adam. oh, adik yang dalam tummy sekali..
nasib baik adik ade tinggal berdekatan...boleh lah menyusahkan...mintak tolong ape yang patut...

lagi 6 hari countdown. 6 hari bekerja ya..weekend papa adam balik...lega sikit lah.. :)

tadi adam batuk batuk..nampak dia tak selesa...macam orang tersedak...kan asek batuk sebab geli kat tekak gitu kan...lama dia batuk...dah letak minyak panas..kat dada, belakang badan dia... tak lama lepas tu dia muntah.. fuh....berlari aku sekejap! kesian adam.... takpe lah...anak mama nak besar..memang la gini kannnn...

abes kene tukar baju dia.. sebab dah kene muntah. boleh tahan banyak jugak.. lepas muntah..basuh muka dan tukar baju...baru lah adam boleh lena balik...menganga mulut tidur tu haaaaaa....

papa...lekas pulang ye! mama ingat mama boleh..mama kuat...rupenye masih belum bersedia lagi nak jauh ngan papa.... jangan pindah jauh dulu tau....

Isnin, Februari 27, 2012

kene tinggal!

assalamualaikum semua!

alhamdulillah...aku makin ssihat sejak kene demam masa mula-mula nak dapat rezeki tu...
keadaan dah kembali normal..cuma aku tak boleh la nak aktif sangat, baby pun masih baru...tak kuat lagi kan...

kelas aku mengajar semuanya di tingkat empat...nasib baik turun naik 2-3 kali je...kalau setiap kelas nak kene turun naik..mahu kojol aku!

hmm.. minggu ni, suami out stesen lagi. tinggallah aku dan adam.. sebab dah biasa..cuma rindu je lah yang tak biasa lagi! adam behave je..cuma pagi tadi dia bangun awal..mungkin dah tahu papa nak tinggal dia lama kali ni... *padahal adam berak, dia tak boleh nak lena balik! hehe.. dah basuh baru lena..

buat papa yang ke pahang tu....jaga diri okay... insyaAllah kita jumpe jumaat malam! kerja rajin-rajin! :)

miss you!

Selasa, Februari 21, 2012

aku mengandung lagi...ooyeahh!

alhamdulillah...

aku concieve lagi. baby masuk 4 minggu aku kene demam yang teruk... ke klinik, husband minta check air kencing..yup..aku positif lagi kali ini!

sama macam mengandungkan adam....kali ni aku takde alahan...mual pun takde... adakah baby boi lagi? hmmm...kalau boleh nak baby girl pulak...sebab mama pun nak melaram sekali dengan baby! hehe...

dijangka due 12.10.12..cantik jugak date ni.. tapi harap baby keluar awal..mama boleh cuti panjang! panjang la sikit~ hehe...

erm..doakan aku sihat saja k..baby pun sihat... harap dapat cergas sampai lah melahirkan! sama macam adam dulu! :)

ADAB MENEGUR

Baru-baru ini banyak perkara berlaku dan aku simpulkan sebagai satu perkara yang memberikan aku sebagai satu pengajaran, tauladan dan juga t...