Memaparkan catatan dengan label kenangan ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan ramadhan. Papar semua catatan

Rabu, Jun 21, 2017

SELAMAT JALAN RAMADHAN :(

ASSALAMUALAIKUM...

Sekejap je rasa... Ramadhan dah nak tinggalkan kita,, serius rasa sekejap sangat sangat sangat... tapi apakan daya, memang Allah kasi sebulan aje kita ni berpuasa.. lepas ni boleh la agaknya puasa sunat every monday and thursday, jadikan amalan gitu~

paling best sekali part bangun sahur, 4.30 pagi dah bangun, masak lauk sahur simple aja, sahur pun sorang-sorang kan.. kemudian tunggu subuh, then buat la apa-apa aktiviti lain lepas subuh tu, sempat lah kemas rumah...lipat baju.. buat kerja sekolah mana yang dah lama delay..hihi..

pastu sempat update blog yang entah apa-apa dah ni..lols..

pagi siap-siapkan anak pergi sekolah, :) tahun depan lagi struggle..sebab anak sulung masuk darjah satu...sekarang ni tadika, boleh la ponteng atau lewat masuk,,,huhu..which is tak bagus ya mama mama sekaliannnn...

Allah uji lagi kami sekeluarga...aku masih kebal di negeri paling ramai umat manusia.. dan suami makin jauh ke negeri timur.. rezeki Ramadhan barangkali.. doakan aku dan suami tabah ye..ada orang lebihhhh jauh,,,lebihhhh susah dari aku,,

cuma, kesian kat anak-anak je la... role model ayahnya jarang dapat mereka lihat.. tapi takpe la kan.. sabtu ahad tu ada.. biar masa berkualiti gitu..

haha..kata-kata konon positip abes la ni.. dah tu nak buat macam mana.. hidup mesti diteruskan, kalau merungut pun apa dapat? buang masa je..lebih baik berdoa..

moga Ramadhan kali ini jadikan aku hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini. Moga Allah terima semua amalan kita.

moga bersua kembali~ tada~~~

Selasa, Julai 20, 2010

kenangan ramadhan aku dan adik



bagus lah bro ben ni. beliau memang mengeratkah hubungan kawan kawan kat blog ni. bagus! tahniah bro ben! hehe. jom kawan kawan join kenangan ramadhan bersama ben ashaari

ceritakan kenangan ramadhan anda:

satu kisah ramadhan yang memang terpahat di minda aku. kisah adik beradik. begini kisahnya....(bunyi muzik flashback)

jam menunjukkan lagi 30 minit mahu berbuka puasa. aku bersiap-siap menyediakan hidangan untuk berbuka. maklumlah, aku anak perempuan sulung. kebetulan hanya aku yang biasa bermain di dapur. kiranya tidak kekok lah. bukan tiada adik, cuma adik jarang berada di rumah. beliau biasanya balik hanya cuti sekolah.

sedang bersiap menyediakan juadah, rupanya sudah hampir waktu berbuka, jadi ku minta pertolongan adik. malangnya dia menolak. katanya aku boleh selesaikan sendiri. aku apa lagi, melenting lah. berlaku lah sedikit perebutan kuasa di mana akau mahu menggunakan kuasa sebagai kakak. malangnya tidak berjaya. -_-"  jadi aku terus khabarkan kepada ibu. ibu minta adik menolong dan sedikit membebel kepada adik. terus merajuk hati si adik.

waktu berbuka tiba, si adik berada di luar rumah. duduk di tepi longkang. protes mungkin. azan berkumandang, kami berbuka dan adik masih diluar. aku lihat, hujan turun dengan lebat. adik masih di situ. basah. lalu, aku rendahkan ego ku, menapak keluar rumah. aku peluk adik. ajak berbuka. adik mengikut tanpa bersuara. aku senyum.
kenangan ramadhan bersama adik yang tak akan aku lupa. kini adik sudah dewasa. mungkin dia ketawa bila membaca kisah ini.

dari mana aku tahu aktiviti ni:
aku dapat mesej kat inbox FB, thanks bro ben! updated sangat! tapi aku memang selalu follow kisah bro ben. hehe. stalker kah aku?

sori, sebab aku sebenarnya tak reti nak menulis dan bercerita. macam kekok pon ada. hehe..

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...