Ahad, Mac 31, 2013

akid 6 bulan

Salam!

Alhamdulillah...
Akid sudah pun masuk 6 bulan...
Sekarang galak nak berdiri memapah..
Selalu aje jatuh bergolek..
Kepala hempas ke lantai...

Walaupun aku ada disisi,
Tetap tak sempat nak sambut akid jatuh...
Hmmmm...

Suka buat bubble...
Sebut mamamma, tatattaa..
Pandai gelak..
Dah mula kenal orang..

Paling best...
Akid tak kisah pun dia duduk dengan siapa...
Dan akid boleh tidur hanya bila dihenjut, di ayun-ayun...
Alahaiiii...

Jenuh!

Layankan gambar akid!
Mama dengan abang adam pun sibuk jugak..hehe

Muhammad akid arman,
Moga anak mama jadi anak yang soleh...
Anak yang baik...
Anak yang pandai...
Anak yang mudah dijaga...
Sihat selalu ye sayang...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, Mac 12, 2013

Papa ke Mekah

hai~

lewat malam, awal pagi aku menulis..
semalam aku tak berkerja, cuti, ke KLIA menghantar papa mertua, beliau akan menziarah Mekah selama 2 minggu atau ertikata lain, buat umrah...

aku, suami dan anak-anak sahaja yang ada, keluarga di Johor hanya hantar papa naik bas dengan rombongan lain..

sebenarnya, suami sepatutnya ikut sekali... tetapi, bukan rezeki suami aku... terpaksa dahulukan aku dan anak-anak dahulu... jadi, aku niat...aku berazam.. duit gaji aku..aku akan simpan untuk ganti balik dan juga sebagai hadiah buat suami... :) aminnnn... moga-moga ada sinar untuk kami sekeluarga ke sana...

aku lihat, riak suami sedih.. ya lah.. ayah kesayangan tu.. aku, aku lain..aku tak membesar bersama ayah.. jangan keliru.. ayah aku masih sihat.. cuma ibu yang membesarkan aku..ayah juga terlibat dalam proses pembesaran aku... cuma ayah aku jauh.. tapi ayah aku tetap ayah yang bertanggung jawab..

masa di klia, aku cool saja.. nangis pun tidak... suami pun aku lihat ok saja.. mungkin dia simpan sendiri.. ya lah..lelaki.. tak kan nak menangis in public kot? hehe...

papa mertua aku sangat baik. aku bertuah punya papa mertua seperti beliau. aku ingat saat aku mengandungkan adam dan juga akid, apa saja yang aku sebut, aku teringin nak makan, papa akan sediakan.. beliau akan cari...

aku doakan, papa selamat pergi dan kembali...
aku tahu, dia kalau boleh nak aman di sana....
aku pesan... "papa...lain kali lah..."

macam lah ajal tu boleh tunggu kan?

dan sekarang aku rasa sebak pulak... hmmmm...
lagi 2 minggu papa mertua aku akan balik... hai...sampai ke sana pun belum, dah minta suruh balik pulak.. hehe

moga amal ibadat papa di sana, dapat dibuat dengan banyak,sempurna
mana tahu, lepas ni rezeki tunaikan haji pulak..

:)

Sabtu, Mac 09, 2013

MAA2 DAH BOLEH MERANGKAK!

Yeayyyy!!

Tepuk! Tepuk! Tepuk!

Akid dah mula merangkak dengan lajunya... Hehehe...
Lepas ni aku tak boleh leka lah...
Kene alert kat mana akid akan selalu round...

Umur 5 bulan 1 minggu

Hisap jari
Dah pandai grab barang, bawa masuk mulut
Kalau aku hulur tangan, akid akan sambut

Adam pulak, setahun 11bulan, 1 minggu

Dah mula bercakap, walau aku tak faham kesemuanya...
Dah cam semua family members...
Pandai buat lawak
Sangat hebat bila menyepak bola..ada bakat...
Tinggi 90cm..
Nampak muke nakal..
Orang kata, nakal ni bijak...
Yeeelaahhhh tuuuu~~~

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, Mac 08, 2013

sepetang bersama adam!

asyik-asyik, adam je aku sebut kan?bukan ape..memang banyak aktiviti aku buat dengan adam... akid aktivitinya tido je la...

ok, tak nak cakap banyak...errr..tulis banyak-banyak...

layan video dan gambar adam ni ye uolsss~

video
# budak adam kalau mandi macam ini lah, apa dia buat semua yang mama buat sebelum mandikan dia.. alahai..



 #gigih mendukung si kopi


#hensem lah sangat~

tengok...betapa budak sekecil ini begitu cepat menyerap perlakuan orang disekeliling... semoga berjaya mendidik anak-anak ku ini...

#seronoknya duduk rumah, tak perlu kerja.. :) berangan lah kau~

Selasa, Mac 05, 2013

demam

Terjaga sebab adam panas sangat...
Dah sumbat ubat bontot...panas macam dah surut sikit...
Cepat sembuh anak anak mama...

Kalau dua dua sakit,
Payah mama nanti...

:(

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, Mac 03, 2013

adam is 1 years old and 11 months

tajuk tak agak-agak dalam bahasa inggeris gitu..

alhamdulillah..
sekejap je masa berlalu
adam dah nak masuk dua tahun...

sekarang progress adam ialah dia dah mula nak bercakap..
walaupun sekarang hanya beberapa patah perkataan je, tapi mama dengan papa faham apa yang adam nak..

contoh, macam mama tengah mengadap pc, adam mesti datang menyibuk dan cakap "tepiiiii..tepiiii" haha.. sangat menyibuk ok..macam mama jugak.. -_-"

adam dah mula luahkan apa yang selama ni mama dok sibuk cerita kat dia..
kalau tengok gambar..adam dah cam orang dalam gambar...
dan kalau dia nakal sket, aku mesti ugut dia dengan panggil nama papa atau pakteh nya..

untuk pengetahuan semua, pakteh adam ni suka sangat membuli..sebab itu lah adam takut sangat dengan pakteh..
dengan papa, mula dulu dia tak takut, sebab mama asyik tak bagi papa marah adam.. tapi sejak mama dah beri lampu hijau..adam nampak berdisiplin sikit..sikit jer la..budak lagi kan... :)

adam suka sangat dengan bola. dan dia tahu tengok game bola ok.. kalau dia tengok bola..dia akan jerit goal kalau bola dah dekat dengan gawang! kadang tu dia sokong pasukan yang papa nya tak sokong..hehehe...:)

nak mendidik anak ni, bukan mudah.. lagi-lagi zaman sekarang yang semuanya terdedah dengan semua hal yang tak boleh dibendung.. semua dihujung jari kan.. haih... risau sangat..

dulu...aku fikir, nak bela anak perempuan ni payah...kang orang lelaki buat jahat, rogol sana sini.. tapi anak lelaki pun payah..liwat sana sini... ya Allah...lindungi lah anak-anak ku...

*saja buh gambar lama, ni kat london*

*cuti CNY hari tu pegi lepak kat Sg. Palas minum teh bawa my mom*

dah jadi ibu kepada dua hero ni, sibuk sangat.. kepada yang sudi baca n komen, terima kasih daun senduduk..ada masa ke blog anda saya menjenguk..hehehe.. best tak pantun? :)

#stress dengan pbs.. how about you guys? hehe

Sabtu, Mac 02, 2013

bersawang weh!

Assalamualikum semuaaaaaa!!

Adoiyai...lame betul tak jengah blog...siriyes...sibukkkk sangat sangat!
Banyak cerita nak kongsi...tapi tak terkongsi...hehehhe

Last 17 februari, umur aku dah masuk 28 tahun...alhamdulillah...masih diberi peluang untuk bernafas.... Moga aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini....

Dah masuk bulan mac...maknanya dah sebulan suami bertugas di kuala kubu bharu..tapi yang bestnya, suami selalu je balik rumah, sebab meeting di shah alam... Takkan nak lojing kat hotel kot? Hehe...

Setakat ni, aku masih mampu uruskan dua anak yang semakin besar dan bijak tu...
Akid dah masuk 5 bulan...nampak macam nak merangkak dah... Adam pulak, dah boleh sebut perkataan, banyak benda yang diserap dah diluannya...pandai adam!

Disekolah, aku kalut sangat dengan pbs. Serius banyak kerja. Tapi, alhamdulillah..kawan kawan semua satu kepala...semua jenis yang menyokong satu sama lain...seronoK..:-)

Baaaaannyyyaaaakkk nak cite, tapi ini je mampu....ni pun curi curi menaip masa susukan akid..hehehe...

Moga dapat susukan akid ke bulan seterusnya! Go mama go!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Air ketuban bocor??

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi pengalaman bersalinkan anak yang keempat pada September 2016 yang lalu. Sepanjang proses mengand...