Memaparkan catatan dengan label pernikahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pernikahan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 04, 2009

kenduri, pantai atau futsal?

hai kawan2!!
assalamualaikum semua!
erm..macam lame je tak update!
lame ke?
entah..hehehe
ehem...ehem...

betul la molie nak kawin, tak lame dah..pejam celik dah bulan Mac, ade beberapa bulan lagi..kiranya ngam2 la buat permohonan perkahwinan ni, terus je nikah nanti..semoga ape yang molie impikan ni direalitikan dan direstui Allah...:)

sekarang ni musim orang kawin kan..so, molie ada dapat beberapa jemputan, rata2 kawan sebaya, kawan mase sekolah dulu..wah! semua dah nak kawin..lagi la tak sabar rasanye..:)

ni la gambar pengantin baru (mestila baru kan...) Apies, kawan molie masa kat SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka. Dulu kawan sebab dia bf kawan molie...hikhik~ kisah lame...now masing2 bawak haluan masing2..Majlis ni kat Bagan Lalang, Sepang..wow!! pantai Bagan Lalang tu, just 3 minit je dari rumah dia! BEST!!molie p sane ngan membe dari skolah jugak, kawan dari form 2,hehe..dah lame dah kami berkawan rupanya..=) nama dia sheeda, dia bawak bf dia sekali si Tomet sesat~hahahaha, molie sorang2 je, tunang molie, si Benggo sedang bermain futsal~haha..sat g cite pasal futsal~

Patutnye, ada lagi rakan2 yang lain hadir sekali, ntah nape si mael (mintak mahap mael kutuk ko nih~) lambat pulak..kami dah sudah makan, dia kat bangi...adoiii~ so, sebolat suara, kami ke pantai..ape lagi..kebetulan membe bawak Dugong kesayangan mereka, main layang2 jap..kejap je..sebab lepas tu HUJAN!! hehe~

ini Nurul, kawan baik mase form 4..hehe..dia best!! dah lame tak jumpe..walopon dia duduk kat BTR je..tak pernah pun jumpe dia..hukhuk~


ahha~ snap la sekeping gambar molie di pantai tersebut..last time molie p sana, camping dengan makcik, perrghhhh~ ribut taufan malam tu..terangkat khemah!!!


disebabkan molie takde pasangan g kenduri~pantai~ molie pon feeling sensorang je lah..tulis nama molie pun sorang2 jek..hahaha..seronoknyer bermain di pantai!

~FUTSAL~

sabtu & ahad lepas, after balik kenduri dari sepang, molie terus ke padang (of coz la da tuka baju dah) nak sokong benggo main futsal..dia da tua ni nak main lagi, bagi je la..kang da sakit tak chance plak...itu gambar benggo sedang berusaha!!

beliau cedera parah~sebab..main dengan terlalu emosi..abes sume team player dia dok marah..bajet bagus sangat ka hangpa maen..? adoiii..sabo jek la..seb baik pas game dia mintak maaf balik..
muka sedey sbb dah nak kalah..takpe la..usaha lagi lenkali!! kalah kat semi kot..ke mmg tak sempat nak masuk semi..hikhik..dorang ni baru pas makan nasik, terus g main..padan muke, len kali jangan ikut perut pengurus..hehehe


molie sentiasa jadik pompom girl untuk dia~ dah 5 tahun dah!! semoga hubungan ni end up with ikatan yang sah..InsyaAllah~

Dan, keesokkan harinya, molie ke Pavilion bersama2 kawan2 yang best! wah..molie dah 80% settle bahagian hantaran..benggo baru satu jek beli..hehehe..nanti kite g shopping2 ek..:)

sampai jumpa lagi!

Ahad, Februari 22, 2009

Prosedur Perkahwinan

1. Kursus Pra Perkahwinan Modul BersepaduKursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPl)

Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.

2. Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

2.1. Pengesahan Permohonan Berkahwin
i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.
ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan.
iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon
iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.
V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

2.2. Kebenaran Permohonan Berkahwin
i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )
ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.
iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3. Proses Permohonan Perkahwinan Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah

3.1 Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:
a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
c) Perkahwinan itu secara poligami.
d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami
( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )

3.2. Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke Mahkamah.

3.3. Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar Mahkamah melalui pemohon.

3.4 Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah.

4. Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin

4.1. Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh ( 90 ) hari dari tarikh dikeluarkan.

4.2. Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.

4.3. Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.

4.4. Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.

4.5. Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.

5. Kebenaran Berkahwin Dengan Warga Asing

5.1 Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Malaysia.
i) Bagi perkahwinan warganegara asing dengan warganegara Malaysia, Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan pasport yang sah.
- Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon.
- Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.
ii) Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita, Pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.

5.2. Perkahwinan Warganegara Malaysia Dengan Warganegara Asing di Luar Negeri.
Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara Malaysia

6. Bayaran Surat Kebenaran Berkahwin

6.1 Pendaftar hanya boleh mengeluarkan surat kebenaran berkahwin setelah pemohon menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan.

6.2. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat rasmi bagi tiap-tiap bayaran yang diterima kepada pemohon.

7. Akad Nikah

7.1. Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin.

7.2 Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.

7.2. Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:
i. Wali di hadapan Pendaftar.
ii. Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
iii. Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
iv. Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau wali enggan.


psstt!
makin molie bace, makin pening..harharharrruuuuu~

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...