Memaparkan catatan dengan label adra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adra. Papar semua catatan

Ahad, Mac 01, 2015

adra dah pandai berjalan

alhamdulillah..
adra dah pandai berjalan. tapi bukan sepenuhnya lah. dah boleh melangkah..paling jauh 13 langkah..dah agak stabil...

sekejap je dah pandai jalan..lepas ni mula nak bercakap pula...

syukur...

walaupun penat menjaga bebudak ni sendirian. alhamdulillah..Allah anugerahkan aku kekuatan.. kekuatan yang aku sendiri kadang-kadang tertanya mana datangnya...

seminggu ni..otot perut sebelah kiri sakit..jadi kene berehat sebaik mungkin..perlu bantuan ubat juga. bila sakit baru aku makan..kalau dah hilang sakit..lega sikit nak buat kerja..

dari mana datangnya sakit tu..sebab turun naik tangga cepat sangat. lepas ni kene be more relax...

:)

Khamis, Januari 08, 2015

hfmd lagi

salam...
lamanya tak menulis..pc ade virus, tab buat hal.henpon kene sailang. nyampahhhhh...

kali ni, hfmd menjelma lagi..anak nombor tiga pulak yang dijangkiti... kesian...sebab adra siap ada ulcer dalam mulut..kulit dah polkadot dah..macam apam polkadot..huuuu

alhamdulillah, sebab adra selera makan ok, menyusu ok..aktif aje.. legaaaa

ni tak boleh tido sebab cheq rindu..

sebenarnya banyak nak tulis..tapi tak syok nak menaip..hihihi..
ok..tata


Selasa, Ogos 19, 2014

Adra sudah 4 bulan

Syukur,
Alhamdulillah..
Adra dah masuk 4 bulan dah hari ni..

Ya Allah..terima kasih atas pinjaman sementara ini..

Kadang2 tengah malam,sayu aje lihat wajah kecil ini.. Tak tahu berapa lama Allah pinjamkan masa bersama..

Moga adra jadi anak yang baik..anak yang mendengar kata, anak solehah..

Aku kalau bab anak ni..mula lah nak menitis air mataaaa..

Esok nak blow candle lah kalau dan beli kek tuk anakanda seorang ni.

😘😍

Rabu, Mei 21, 2014

Berkhitan

Aduhai
Mata tak boleh lelap pulak
Mungkin sebab hot mocha yang aku minum petang tadi?

Agenda adra telah selamat dilaksanakan. Kebetulan pula suami sakit gigi. Jadi, aku pun menumpang ikut sekali. Maklumlah. Masih dalam bilangan hari berpantang. Padahal Aeon depan rumah (takde la depan rumab sangat) tu dah berapa kali aku lawat. Hihi.

Adra sebulan baru sempat kami khitankan. Alhamdulillah. Budak kecik kan.mana tahu sakit lagi. Doktor potong pun sikit sangat. Sebab apa aku kata sikit, sebab masa balik rumah,tak nampak pun kesan adra kene sunat. Hihi. Semuanya normal je.

Alhamdulillah. Lega.
Esok lusa dah boleh balik ipoh dengan tenang. Yeay!


mamaAdamAkidAdra

Selasa, Mei 20, 2014

Adra satu bulan

Dah satu bulan
Dah pandai demand nak tidur dengan mama
Tak nak tutup lampu
Tidur lebih lena meniarap

Esok bawak adra pergi berkhitan
Seram sejuk pulak mama nih

Hihi

Harap semuanya okay

Goodnite!


mamaAdamAkidAdra

Khamis, Mei 15, 2014

Coretan buat ibu

Ibu
Terima kasih sebab risaukan kakli di sini. Memang berpantang sendirian dengan anak2 yang baru menginjak usia tiga tahun dan seorang lagi baru setahun tujuh bulan dengan berjauhan dengan suami itu memang sesuatu yang sukar. Tapi aku percaya. Semuanya ini sudah tertulis kisah nya begini. Aku okay. Sebab aku rasa, setiap orang ada dugaan masing2.. Malah lagi susah dari aku.
Alhamdulillah.kesihatan aku pada keadaan yang paling terbaik.sebab aku tak rasa sakit yang teruk kecuali naik gatal pada badan pada hari ke 8 berpantang. Ekzema rupanya. Nasib baik semuanya dah baik.

Aku tahu ibu risau dengan keadaan aku. Yang masih dalam pantang. Tapi aku selesa di rumah sendiri. Aku tak mahu susahkan ibu. In shaa Allah aku boleh buat semuanya.

Aku dah boleh drive hantar anak ke taska. Sebelum ke taska, anak2 aku mandikan,suap makan dulu. Selepas tu baru aku berehat. Aku bertungku. Sebab ibu pesan kene kerap bertungku kalau nak cepat baik. Jam tujuh petang baru aku ambil anak2 di taska. Malam kalau suami ada,.suami uruskan semuanya.aku cuma masak dan suap satu keluarga. Adra memang 100% aku uruskan. Suami uruskan anak2 lelaki. Macam tak manis pulak ayah mandikan anak perempuan. Rasa pelik. Hihi

Aku bukan tak nak balik duduk di ipoh. Cuma.aku selesa sangat di sini. Aku nak tidur lama pun tak rasa susahkan sesiapa.

Nanti ye ibu.nanti kakli balik time cuti sekolah ya. Ibu mesti rindu dengan cucunya ni.

Nanti takut ibu tak.terlayan je.hihihi

Maafkan kakli kalau tindakan tak balik ipoh buat ibu terasa. Bukan. Kakli tak nak susahkan sesiapa.

Kakli sayang ibu
Terima kasih ibu!


Posted via Blogaway

Jumaat, Mei 09, 2014

NUR ADRA ALYSHA

Lahir pada 19 april 2014
Jam 9.39 pagi
Normal deliver (induce)
Berat 2.84kg
Panjang 49cm
Hospital serdang

Alhamdulillah
Hari ini masuk hari ke 21
Lagi 9 hari adra genap sebulan
Ya Allah
Bersyukur sangat rasa dah selamat melahirkan. Aqiqah adra pun dah setel.

Buat masa sekarang aku berpantang sendirian di rumah sendiri. Anak2 aku uruskan sendiri. Cuma lepas tu adam dan akid aku hantar ke taska. Adra dan aku melepak di rumah

Tak sabar nak habis pantang!


Posted via Blogaway

Selasa, April 22, 2014

Baby menjengah keluar melihat dunia

Alhamdulillah...
Syukur ya Allah..
Kelahiran yang ketiga ni dipermudahkan dan diperkenankan seperti dalam doa mama setiap kali..setiap hari..

Masuk minggu ke 38..
Jumaat,18 april 2012
Jam 2petang

Aku mula rasa contraction yang sedang aje..dan kerap..sakit masih bileh ditahan..sebab aku sakit masa mula drive nak ke sekolah..aku kuatkan semangat untuk terus ke sekolah. Nekad tak mahu cuti lagi..
Sampai disekolah, masuk kelas dua waktu dan aku memang tak boleh mengajar..aku minta murid buat ulangkaji.
Sekejap sekejap sakit datang. Sampai tertutup mata aku menahan sakit. Tapi mampu tersenyum mesra..hihi

Student datang bertanyakan keadaan aku.katanya muka cikgu merah sangat. Cikgu sakit kepala ke? Cikgu nak minyak angin? Alahai..baik sangat anak murid aku...

Habis je waktu kedua. Rehat sekejap.tak dan makan sebab nak selesaikan kerja lain dulu sebab waktu keempat ada kelas lagi.. Masuk kelas 2A..kami berbincang soalan ulangkaji semalam. Yang aku beri. Habis 24 soalan..masa pun habis..masa tu sakit contraction takde dah..hilang dah..

Aku ke tandas.nak cek ada tanda ke tak.masih takde tanda. Hmmmm..aku nak bersalin dah ke ni?
Tak kompem sebab memang takde tanda..

Usai kerja. Aku makan makanan yang aku tapau. Sebelum ke sekolah aku singgah di aeon. Mengidam teppanyaki.hihi.dengan air cupbon.

Tengah makan,sakit contraction datang lagi..tapi mcm biase aku boleh tahan rasa sakit tu.cuma dah pesan kat suami beliau kene sampai rumah awal. Takut tiba-tiba aku bersalin!

Aku mohon balik awal dari sekolah. Pk petang benarkan. Drive sejauh 14km selama 45 minit. Disebabkan jem kan. Nasib baik sepanjang perjalanan sakit tak kuat. Masih ok..hehe

Lepak kejap.solat asar. Tunggu magrib dan kami keluar makan. Anak2 masih tinggalkan di taska sebab taknak kalut dengan dorang yang buas tu. Pengasuh pun kata takpe.bebudak tido dengan pengasuh pun takpe..

Masa kat kedai makan.ada datang sakit. Tapi kali ni terpejam mata sikit lah tahan sakit.hihi.sempat la makan lamb chop dan air durian belanda.nyumnyum...sedapppppp!

Kami decide terus ke hospital jam 10 malam. Cek jalan baru buka 2cm. Memang kompem akan bersalin lah. Tapi bacaan ctg tak berapa nak cun baby memain nak jengah lihat dunia.

Aku maklum pada doktor..biar aku balik berehat dulu. Nanti kalau sakit sangat atau turun darah atau pecah air ketuban. Aku datang balik.

Balik rumah.solat. Tidur.

Jam 3 pagi aku terjaga.rasa sensasi contraction. Tapi masih mampu tahan. Sambil tengok fb,baca berita,gosip nak bazir masa..tahan punya tahan dah jam 5 pagi..tapi masih tak ada tanda baby nak lahir.
Whatsapp group family..beritahu yang aku tengah sakit sakit ni. Tiba-tiba ada bunyi "pop"..
Eh,ape yang pecah tu??
Bila aku mengiring,rasa ada air keluar..dan aku bangun,masa tu air ketuban mencurah laju.apa lagi. Kalut la kejutkan suami yang sedang lena.
Suami mandi dan bersiap. Aku dah kalut dah.amik towel buat lapik dalam kereta. Masa bergerak ke hospital..azan subuh berkumandang. Sayu je rasa..
Aku beritahu suami yang aku lapar..kebetulan suami memang simpan coklat bar dalam kereta.aku makan separuh.sampai dihospital, check in, cek ctg,cek jalan, bukaab jalan baru 5 cm. Kedudukan baby jauh lagi dan bibir rahim masih tebal. Jadi..kene tunggu sampai lah contraction regular dan bukaan 10cm.
Menanti. Tangan dicucuk. Kanan tak jadi.kiri pulak.jonah sungguh. Huhu. Jam 7 aku ditolak masuk ke labor room. Ramai doc dan ho datang. Kes aku, baby dah terberak. Jadi ade beberapa plan lah untuk aku yang mana plan akhirnya pembedahan. Aku akur je. Janji baby selamat keluar. Kesian baby.

Ctg baby cantik.cuma contraction tak regular dan tak kuat. Jadi aku di induce. Tak pernah kena induce kan.pergh! Menggigil badan. Dengan laparnya. Aduhai. Jam 8 kene jnduce jam 9.39 baby selamat dilahirkan. Alhamdulillah.terasa proses bersalin sangat cepat. Tiga kali teran. Badan baby keluar! Alhamdulillah!!!!!!

Jam 9.39 pagi
Berat 2.84kg
Baby girl

Nurse kasi minum milo.suami suap roti. Lapar sangat. Baby penuh dengan tahi. Tapi bau tetap wangi. Maklum lah.baby girl kan,keluar dengan masker.haha

Tapi part jahit yang aku paling takut. Sampai bebila pun aku takut!

Hari ni suami gi daftar nama baby. Suka lah tuuuu...

Macam biase. Aku berpantang sendiri.
Tadi masak sup sayur.terhangit pulak.hahaha

Kene masak lagi sekali.
Ok
Kenangan terindah ni
Mungkin kenangan terakhir

Selamat menjengah dunia sayang


Posted via Blogaway

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...