Memaparkan catatan dengan label suka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 24, 2011

pelita raya

salam.

dah seminggu lebih rasanya nak pasang pelita. tak pasang-pasang. sebabnya tak jumpe cari kat mana orang jual minyak tanah. minyak tanah la kan? hish. ade ke pakcik kat kedai hardware tu kata pakai minyak diesel? ayoyo.. macam takot je nak beli diesel.

petang sebelum bertolak balik dari sekolah. call si sayang. tak berangkat. tak sampai seminit kemudian dia call balik.


si sayang : mama kat mana ni?



aku : baru keluar sekolah

si sayang : lewat juga ye

aku : a'ah..erm..papa dah beli diesel atau minyak tanah?

si sayang : erkk...belum la sayang..sorry.....

aku : *mood terus sedih..* ok la..babai..tgh drive ni

terus letak handphone. matikan macam tu je, kecewa kot. sebab aku jenis tak mintak-mintak.. teringin sangat nak bunge. tapi jangan nak harap la. bunga tak boleh makan. jadi, bunga perkara last yang suami akan beri. -_-



balik rumah. buka pintu pagar sendiri. konon mogok nak buat muke toye. rupenye suami tak sihat. dia tertidur depan tv. tak ape lah. tak nak kejut. kesian pulak. tapi ego kene jaga. sebab tak dapat pasang pelita!

masa berbuka pun lewat sebab susukan adam dulu. sibuk sungguh budak kecik tu. mengalahkan orang berpuasa dia. padahal kat rumah sepupu dah minum 3 oz. adam..adam...macam biasa, dah susukan, tertidur la aku.

suami kejut ajak berbuka. suami pegang tangan. beri bantuan untuk aku bangun dari tilam. akur je. tapi buat muke seposen habis lah! makan kuih pun gitu gitu aje. haha. nak gelak. tapi tahan ok. kang tak jadi program merajuk ari ni.

5 minit lepas berbuka suami ajak pasang pelita...! cet! aku kene tipu lagi lah ni! suke beno dia ni buat surprise lah! jadi. kami pun dok memasang pelita dengan menggunakan turpertin sebagai bahan bakar. ok.

terima kasih sayang sebab suka sangat buat perasaan ni up side down~ haha. lebiu soooo much~

Jumaat, Julai 09, 2010

tiba tiba........

aku rasa nak tukar nama blog aku. walopon tidak sefemes bro ben, amirah amir,cewah, atau si kacak zack zukhairi (amboi, puji sakan nampak?) atau siapa siapa saja...tapi untuk kepuasan dalam menulis, aku ubah nama blog ini untuk diriku..

sepanjang aku berblog, memang aku suka suka, tidak tahu sangat dengan dunia blog. tapi, aku suka membaca. biarlah tulisan si penulis itu teruk mana, aku tetap akan membaca, kadang-kadang aku akan membaca sehinggalah entrynya yang pertama. gila khusyuk aku membaca.

dari kecil, aku memang minat membaca, semua buku akan aku habiskan. lagi lagi kalau itu adalah buku komik. aku cukup sukakan doremon. memang tak makan pun tak mengapa. sekarang aku dah insaf. bukan apa, masa aku kemas rumah sebelum majlis perkahwinan, banyak komik lama aku jual, untungya tidak seberapa. betapa aku banyak melabur duit untuk membeli perkara yang agak sia-sia. tapi, aku rasa komik itu memberi hiburan padaku, bukan komik lucah ye adik adik. tak elok untuk mata dan hati ye.

eh, lari tajuk pulak. ok. ini nama blog baru ku. aku sayang blog aku. kerana kau boleh bercerita apa sahaja. bukan aku tidak boleh hanya berkongsi dengan suami, tetapi dia sedikit sibuk untuk mendengar celoteh ku. tapi aku tahu, diam diam, dia membaca blog comel ku ini. terima kasih sayang!

aku bubuh sekor katak sebab aku suka katak. nanti lah aku buat entry aku dan katak. tapi pernah aku ceritakan di sini kenapa katak menjadi pilihan hati. hehehehe.


semoga kalian semua enjoy ya baca tulisan aku. kalau di baca dari awal, ada perubahan dari segi penulisan. ye lah. dulu sedikit tidak matang. hehehe. oklah kalian semua. sudah lewat malam. mahu beradu dan mimpikan ynag indah indah. oh, tadi berYM dengan suami. maklum lah berjauhan.

saja mahu bergedik gedik. sila jeles ya!
* blushing blushing*
ok. selamat malam sayang!

nota hati: hati kuat mahu pulang ke pangkuanmu sayang, tapi hati juga kuat meruntun mahu kekal di sini. kadang kadang aku lupa yang aku sudah dinikahi orang. mahapkan daku sayang, cewah!

Jumaat, Jun 19, 2009

ALHAMDULILLAH AGAIN AND AGAIN

OPPSS..i nak update blog guna english gak ke?
hehehe..just joking sheeda~

alhamdulillah,,ini org kate rezeki kalo nak dirikan masjid...alhamdulillah...walopon hanya dapat dpli tu je..(belambak lagi yg berjaya dapat dpli tu cik molie oii)..molie happy sgt..dan sangat2 bersyukur..

at least, tak payah nak pk nak carik keje ape lagi...:)

tadi dah booked baju and all stuffs..:) just simple dress for my big day soon!
tatau nak tulis ape..hmm..

seronok, sebab gune duit sendiri for my wedding..1/4 je okay..lain2 sume ibu tersayang yang cover..:)

love ya ibu!


SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...