Memaparkan catatan dengan label honeymoon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label honeymoon. Papar semua catatan

Ahad, Julai 11, 2010

satu tahun yang indah!


sayang..

ingatkah lagi akan kamu waktu mula mula kamu terlihat aku?
di atas pentas itu,
diterangi lampu yang suram,
ya,
aku yang bertudung biru, bertoncang palsu itu...

watakku hanya biasa biasa,
hanya mendengar suara,
kamu mahu mengenali aku,
kamu tertanya tanya siapa aku,
kamu tidak kisah paras rupaku,

mungkin ini yang dikatakan jodoh,
kita bertemu,
kita berjanji setia,
aku akan kamu sunting bila tiba masanya,


dan kini,
genap setahun pernikahan kita,
aku bahagia menjadi suri mu
berasa yakin dipimpin suami sepertimu,

kala ini,
kita berjauhan,
hanya doa mampu aku titipkan,
agar hubungan ini dirahmati selalu,
agar kita gembira selalu,
agar bahtera berkemudi selalu,

sayang,
terima kasih kerana,
dari awal pertemuan,
kamu memilih aku,
kamu bangga memiliki aku,
kamu sanggup dibebani aku...

selamat ulang tahun yang pertama.

11 julai 2009

*sangat rindukan perkara begini*


*honeymoon*


*hasil nukilan dalam telefon bimbit baru, cool*



* kamu cinta aku *


* kek ulang tahun pertama *

selamat ulang tahun sayang~

nota hati: maaf sayang, kita berjauhan seketika. nanti kan kepulangan aku. sambut salam cinta dari kejauhan. aku sayang kamu.

Khamis, Jun 17, 2010

KK trip was awesome!!!!

10 jun 2010

perjalanan kami bermula dari Lcct, flight pukul 6.30. sharp kami terbang. pertama kali naik kapal yang boleh terbang. hehehe.. perasaan, ok je.. dalam kapal, perut terasa lapar sangat2, terpaksa lah membeli belah makanan di atas kapal itu. ala..beli roti je pon, harge kemain melambung, tapi logik la, dah memang di langit biru. melambung lah~
penerbangan memakan masa 2 jam 30 minit dari KL ke KK. sangat bosan di atas sana. jadik, korang bawak la psp ke, buku ke. ape2 lah. janji 2 jam 30 minit tu terisi. nak tido pun takpe. tapi tidak begitu selesa.
nampak? tak selesa kan. tapi tak pe lah. dah tambang pun murah. ape nak kate lagi. sepanjang perjalanan aku takley tido. dah la dok jauh ngan encik suami. kejap2 main sudoku yang ada dalam majalah air asia tu. kejap2 pramugari tak bape nak lawa tu lalu..sungguh. tak lawa. harap mekap je. pramugara ok sikit. haha.
beli air mineral 350ml bersamaan rm 3.00 ok. aduhhhh... nasib baik dalam kapal tak sakit perut ke, nak wee wee ke.. pheww~~
lepas sampai kat airport KK, kami terus ke hotel. menginap di Tune Hotel. nama pun Tune kan. jadi semuanya perlu diTune sebelum dapat services. kite hanya bayar bilik je. bilik ade kipas dan ekon, tapi kalo nak gune ekon, kene bayar. hoho..prepaid ok. TV pun begitu. memang tersembul satu tv 14 inci kat dinding. flat screen ok, tapi ape gunenye tv kalo takde siaran. boleh ON tv tu kalo dah bayar. so, kami bayar rm7 untuk 24 jam. kate prepaid, (bila iklan je tutup, hisham rahim, 2010)...hahaha..sangat bengong. sah2 aku tanak dok situ lagi len kali.
dari Tune hotel kami jalan kaki about 5 minit untuk ke kedai makan. hmm.. satu yang menarik ialah, hotel2 berdekatan bersambungan dengan mall kat situ. sangat best la. kirenya bende2 disekeliling dah membutakan mata kami untuk mengutuk Tune Hotel. jadi, Tune, jangan lah berkira sangat ok~

aku makan nasik goreng lalap. macam lalat je bunyiknye. lalap ni ayam goreng tepung. takde la spesel sangat pun. lepas makan tu aku mula sakit2 perut. entah la....=(



ini nasi ayam sinario. oh. kedai ini namanye Sinario. siap ade cafe kat bandar KK....ternampak hari tu. hehe. ok lah nasik ayam dia. biase gak. same cam kat semenanjung. cukup la untuk mengeyangkan perut dikala itu.

11 jun 201o, hari ke 2 di KK. Aktiviti utama kami ialah snokerling!!! sangat2 seronok. pukul 9 pagi kami berkumpul. kalo menginap di sini, ada shufle bus untuk ke bandar. so, naik je. dari bandar KK baru lah amik teksi untuk ke jeti Jesselton. tambang teksi lupe. kami bergerak ramai2. 10 orang sebenarnye, jadi, kos pengangkutan jadik sangat murah. =)

bot yang hantar kami ke pulau adalah boat yang sama. maknenye kite dah booked dia lah. yang bestnye abg boat tu bawak boat sangat laju!!! best gile!!

banyak gambar gegau mase dalam boat. hehe...pulau pertama Pulau Manukan. sampai2 je sakit perut. aduhh... aku kalo tak kene ceriveri ni tak sah. dalam sebulan wajibalghunnah kene. ish! sakit macam nak muntah2 kat situ jugak. tapi kene cover. berusaha carik toilet. fuhhh..

yang menyakitkan hati, masuk toilet je...toilet macam hareeemmmm!!
sebut pasal toilet. ade bende nak kongsi pasal sabahan kat blog ni. ape dia...? tungguu..dah letih taip entry ni. hehehe..=)

adiosss~~



sweet moment in Tanjung Aru

thanks abg jad sebab secara paksa disuruh snap gamba ini. hehe. sori, model tak biase ngan camera mahal2 ini. jadik begini lah gamba kami. huahuahua...



Jumaat, Jun 11, 2010

Kota Kinabalu!!

fuhhh~~
alhamdulillah. selamat sampai ke KK pukul 9 malam tadi. pramugari tak cantik sangat la air asia ni.. tapi pramugara hensem, pilot plak tua. haha. ke situ pulak ye.
penerbangan memakan masa 2jam 30 minit dari Lcct ke KK airport. aku dok jejauh ngan hubby. sangat menyakitkan hati ok. buhsan tahap gaban!!!
nak tengok awan pun kejap je dapat tengok.

ini adalah kali pertama dalam hidup aku naik kapal yang bole terbang. naif kan. hehe. sebelum ni tak berpeluang. jadi, sementara dah ada ni, aku naik lah. hmmm..macam2 orang cite, ade rase naik roller coaster lah... bagi aku biasa je, macam naik permainan yang ade kat fun fair tuh. rasenye DISCOVERY  kat funfair tuh lagi menakotkan.

hari ini, sampai, check in kat Tune Hotel. peh, sumenye nak kene tune. hampeh sungguh. korang bayangkan, tv dah ade sebijik melekat kat dinding, tapi kalo nak tengok siaran, sila bayar ye. siap macam prepaid plak tuh. gile budget sungguh ini hotel. mau kalo dia kate berak 2 kali je sehari. mau sembelit aku laki bini. ish ish ish.. aduh malaysia ku yang indah~~~

oh, semasa dalam kapal berterbangan itu, aku dan encik suami sangat2 lapar. jadi kami belilah makanan. aku mintak mineral water yang berisi 350ml air itu berharga rm3 ok. encik suami makan roti pizza, kalo kat kedai roti rm1.50 je. tapi di atas sane dah jadik rm7 kot. gile lah. hmm.. kaedahnye..makan atau tidak, turun je dari kapal tu perut berkeroncong jua. rm 13 tadi dibazirkan secara sukerela lah. -_-

kat hotel ni, ok lah, ade kedai makan "berdekatan". boleh tahan sedap lah jugak. kalo tak sedap akan ku bantai jua. lapar sangat2. hehe.

esok plannye nak pegi bercanda di tepian pantai. aku pon eksaited. lame tak jumpe air laut nih~ padahal aritu baru je g PD. hehe. ok. akan di update later. gambar2 pun. now nak tido, esok nak buang tenaga lagi.

p/s: ape la kisah adik n gegirl kat rumah ye...rindunye!!!

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...