Memaparkan catatan dengan label raya 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya 2011. Papar semua catatan

Khamis, September 01, 2011

3 syawal

Salam lebaran ketiga.
Hari ini masuk hari ketiga syawal. Aku,suami dan adam comel sudah berada udi johor bahru. Kampung suami.tahun ini beraya dengan adam. Mesti meriah.
Semalam. Masa nak bertolak balik dari ipoh aku rasa sayu je. Tapi apakan daya. Tempatku disisi suami. Kemana dia asa. Disitu aku boleh ditemui.
Adam dah mula menyusur 1 syawal dan kemudian mula makan buah pada keesokan harinya. Cepatnya adam besar. Perangai pun makin cantik dan dah pandai mengaruk.

Alahai. Besar dengan sihat ye sayang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, Ogos 31, 2011

meragam

Salam lebaran. Adam mula kuat meragam sekarang ni.ingatkan kenapa,rupanya nak pandai menyusur.haha.comel betul!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sabtu, Ogos 27, 2011

selamat hari raya 2011

salam lebaran buat semua!
maaf zahir dan batin

tak boleh nak tulis banyak-banyak, kejap lagi nak bertolak balik ipoh. semoga perjalanan kami selamat.

adam dah pilih siap-siap baju raya dia tadi..haha comel sangat! :)




Selasa, Ogos 23, 2011

seminggu lagi nak raya.

ya, seminggu lagi. sekolah pun tinggal 3 hari lagi. tolak esok. tinggal dua hari. yeay!
sekarang students pun sibuk exam. jadi boleh save air liur. takde la rasa dahaga sangat kan. heheh

hmmm..baju raya adam dah ada, 4 pasang siap songkok lagi. baju raya daddy pun dah ada...baju raya mommy..hmmmm.. belum la gamaknya.
sebenarnya raya mommy tak excited sejak mommy usia 14 tahun. ah, kenangan lama. kalau dikenang kenang boleh menitis air mata ni. tak boleh belah memori lalu. sedih.

rasanya mommy pakai baju raya tahun lepas je kot. banyak bende mommy kene saving tahun ni.. lalalala~ padahal dah membazir beli bende lain. ah mommy ni.

tadi tokki datang rumah. berbuka sama-sama. lepas tu tkki balik tembangau balik. cian tokki. jauh jalan. adam pulak tahan mata sampai tertidur atas riba mommy. alahai anak mommy ni. suka betul menghormati tetamu. dan yang paling best siap dapat jumpe nyang saudara yang dah lama mommy cari. mana nak jumpe. tokkki kata namanya Embung...padahal nama dalam ic Ismail.haha.

tak sabar mommy nak raya. tapi tak boleh seronok sangat ye. ada orang sedang derita sedih. hmmm macam kakak ni. sedih mommy baca. al fathiah buat adik nia.. buat kakak ni, semoga tabah ye kak. dugaan buat kakak di bulan mulia ni..

http://alyn9479.blogspot.com/2011/08/akhirnya-adik-pergi-juga-tinggalkan-ibu.html


meh baca blog kakak ni...dan beri kata-kata semangat buat beliau. al fatihah.

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...