Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Khamis, Januari 02, 2014

selamat datang tahun 2014!

Salam!
Selamat sejantera!

Ok. Takde azam baru kot sebab tahun lepas punye pun tak tercapai..acane?

Hehehe...

Selamat tahu baru semua!
Semoga kita semua berlumba-lumba untuk menjadi manusia yang lebih baik..
Mana yang perangai jenis nak tengok buruk orang, lebih orang dia dengki tu, maka, sikit-sikit lah kita berubah jadi baik k..

Mana perangai jenis mengata tu, kurangkan lah mengata, banyakkan bersangka baik k..

Bukan mudah nak jadi lebih baik ni, sebab syaitan dah janji nak sesatkan anak cucu cicit Nabi Adam. Maka, marilah berubah k!

Hari ni birthday abah saya! Selamat hari jadi abah!moga abah sentiasa dalam lindunganNya..
Hari ni juga dah mula sesi persekolahan. Maknanya dah mula masuk kerja balik!

Weeeew~

Selamat semuanya ya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, Januari 15, 2011

terharu bila..........

semalam, mengajar di kelas tingkatan 1 Gemilang. hoh~ mulut yang paling bising adalah dikalangan pelajar lelaki melayu.. memang tewas tanpa bertanding pelajar lain. sungguh!
sampai baby dalam perut tak habis menendang bermula sesi pengajaran sampai lah habis waktu.
Ya Allah... bising sungguh!

aku ajar sejarah.
pertama sekali ajar sejarah.
ajar dikelas pandai.
jadi kene buat revision dulu.

tak boleh main hentam kromo.

semasa sesi pengajaran memang sangat seronok..
sebab aku boleh tanya macam-macam dan dapatkan jawapan yang pelik-pelik..
boleh la buat lepaskan tekanan dengan bebanan kerja lain..=)

usai mengajar. loceng berbunyi
ucapan terima kasih dari mereka semua.

macam biasa, aku memang tunggu mereka keluar dahulu.
sambil berdiri (bukan sengaja) di depan pintu..
aku perhatikan mereka keluar dari kelas.

pelajar perempuan melayu bersalaman dengan aku
ada juga pelajar lelaki..juga melayu..

dan buat aku terharu bila pelajar berbangsa cina dan india
tak kira lelaki atau perempuan..

juga bersalaman dengan aku
mencium tangan aku..

moga kamu semua terus menjadi generasi yang baik, hormat pada guru, cemerlang dalam hidup kamu!

p/s: ni yang buat den semangat nak mengajar! hehehehe

Jumaat, Januari 14, 2011

lemak dari babi

hai sume!

okay. update blog pagi buta.
alang-alang dah tak tido tu, baik update walaupun sepintas lalu ye!

semalam, sudah khatam beberapa kelas..
aku dah mula mengajar dari minggu lepas sebenarnya.

Alhamdulillah
mudah nak kemas kini buku rekod sebab apa yang aku ajar dalam seminggu lebih kurang sama.
sebab aku hanya ajar KH dan Sejarah
jadi, memang tak perlu study dan buat ulangkaji banyak-banyak..

memandangkan disekolah, majoriti pelajarnya cina,
aku tak boleh gunakan konsep membebel dalam kelas.

percaya atau tidak.
aku terpaksa guna cara menekel (baca:tackle) hati mereka.
ya, ada yang memang degil sangat-sangat.
kita dah marah, dia main cakap bahasa dia depan hidung kita.
yang kita ni pulak tak faham.
entah-entah kene maki depan muka tuh!
(bukan rasist ya!)

Alhamdulillah, hanya beberapa orang murid je yang ade buat onar
itupun aku dah sound direct kat dia.
berubah juga lah air muka budak tu sekejap.
then, dia dah bagi respon yang baik...
thank U Allah..=)

okey, aku ajar kh kan
bab masakan
bila sampai hal mengenai hidangan sepinggan lengkap
aku cuba menerangkan dengan bertanyakan pendapat/pandangan mereka dulu
so far okay je jawapan.

bila sampai pada keperluan nutrien.
mereka diam.
aku beritahu nutrien tu perkara yang wajib kamu ambil masa makan
untuk bekalkan tenaga.
contoh: karbohidrat, dari roti

okay.
jadi apa lagi nutrien yang diperlukan?

yang belakang jerit.
protein cikgu!

bagus! mesti puji~

lagi?

lemak cikgu...sayup jer suara

okay... lemak tu datang dari mana?

daging babi cikgu!

gulp!

kelas gamat dengan deraian tawa dorang.

adeeehhhhh~

Khamis, Januari 13, 2011

laaa...baru 2 minggu persekolahan okay!

*_____*

waaa.... rase terlalu penat.
macam nak cepat-cepat jer bersalin! huhu..

hari ni pun nak pergi sekolah awal.
nak uruskan apa yang tak sempat diuruskan.

jangan lupe mintak borang HPV dari semua form teacher ya cikgu Lisa! hehe

baru dua minggu persekolahan dah terasa keletihannya.
adoi~

kene bertabah nih.
tak lame dah.

10 april 2011
dapat rehat lagi ye.
bertabah!

adam sayang,
takmo nakal-nakal duduk dalam perut mama ye.
terima kasih sayang, sebab tak ganggu masa tidur mama..
lena sampai ke pagi mama tidur.. ^__^

ayah lagi la lena... hahahahaa~

ok. tata

Khamis, Januari 06, 2011

begini lah bila masuk kelas paling hujung!

hoh!
sungguh menguji kesabaran yang ada..
nasib baik aku ajar kh, dan dari 40 orang pelajar, akan aku ajar separuh saja..
Alhamdulillah...

ya Allah,
berikanlah kesabaran yang tetap pada hamba Mu ini..

tadi aku rase macam nak cekik-cekik je budak yang memekak dalam kelas..
tanya ape masalah dia menjawab dengan lagak yang aku rasa mahu saje aku hempuk dengan buku rekod mengajar..

terlintas dalam hati...

kesian..
bangsa aku sendiri dah rosak begini..
baru 14 tahun, dah bersikap begini..

sedih..

baik bangsa lain...
lebih hormat aku sebagai guru..

sian baby aku tendang2 dalam perut..
tak selesa dengan suasana yang terlalu bising...

huhuhu....

Isnin, Januari 03, 2011

cikgu cik atau puan?

salam semua...!

fuhhh... hari pertama persekolahan memang sangat best!! sebab ape ye? sebab kelas belum bermula.. tadi hanya guru kelas yang banyak terlibat.. (ape punye cikgu daaaa~)

tapi, aku sempat jugak masuk kelas dan beramah mesra dengan pelajar ku. ya Allah.. mulut masing-masing memang tak boleh diam... ini tidak adil~!

terus aku buat undang-undang. dalam kelas, hanya aku yang bercakap. kalo mereka nak jugak, datang ke depan.. buat pengucapan awam. semua terdiam. angguk. hehehe.. berkuasa sebentar!

selesai berurusan dengan mereka...lihat jam.. okey.. terlalu banyak masa. maklumlah, aku ajar KH, 3 masa berderet.. jadi aku minta mereka buat kerja masing-masing sementara aku berurusan dengan ketua kelas..

sambil berborak dengan sesetengah pelajar, aku round satu meja ke satu meja, bertanya kan nama..
sampai di hujung kelas, seorang pelajar melayu, perempuan, mengangkat tangan dan bertanya...

"cikgu.....cikgu ni pangkat cik ke puan? ".....

semua mata tertumpu dan menanti jawapan dari aku...

"hmmm...perut cikgu yang macam ni nampak macam cikgu kuat makan ke?"....aku berseloroh..

semua ketawa...dan pelahan je suara pelajar perempuan tu.."oooo..cikgu dah kawen rupenye..."

aduhhh... perut oh perut... kehulu dan kehilir dah aku bawa, masih ada yang tidak perasan ketonjolannye (abes BM aku)...

okey, lepas ni memang kene pakai baju mengandung.. cepat carik atau siapa yang jual online? saye malas nak beli kat outlet...malas nak jalan-jalan lagi...hehehe..

=)

Rabu, Julai 21, 2010

kirim salam maut

hai.
tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe.

tiba tiba adik keluarkan satu ayat yang sangat popular waktu persekolahan dulu.

"kirim salam maut".

tak tahu lah zaman zaman korang macam mane. tapi ayat ni memang femes abes bila si polan tak suka pada si polan itu, lepas tu adalah tukang menyampaikan.

biasanya kalau kita rindu, teringat, akan cakap " eh, kirim salam sayang ye kat orang ini"...

tapi ayat tu di tukar bila ada perasaan tak suka, tak gemar dan sebagainya. hehe..

macam ni.." kirim salam maut kat bedah ye!".... si bedah yang terima berdebar je. panas je hati. haha.

macam macam lah zaman sekolah dulu!

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...