Assalamualaikum.
Jumaat yang lepas menonton Iman Muda di Oasis. Program ni sebenarnya dah menarik minat aku masa sesi pencarian Imam Muda, masa mula-mula diiklankan dalam tv. tapi aku sebenarnya nak usik encik suami, konon-kononnya aku ingin dia menyertai program tersebut. tapi rasanya belum cukup ilmu didada. hehehe.. masih dalam proses pemantapan lagi. alhamdulillah.
aku tertarik dengan slot sesi praktikal, dimana, peserta Imam Muda harus mengikut Jabatan Agama Islam Selangor untuk operasi mencegah maksiat. sebelum mereka menyertai operasi tersebut, adalah sedikit sebanyak imam muda tunjuk bagaimana persiapan peserta untuk operasi cegah maksiat. memang kelakar tengok mereka semua berlakon, memang tulus. cakap bro bro pun nampak baik lagi. hehehe..
dalam operasi cegah maksiat, ada beberapa pasangan yang berjaya ditangkap. samada di dalam kereta, di kawasan terbuka yang gelap, dan yang lain lain adalah di bilik hotel. sedih bila tengok ada yang bertudung, malah ada yang sudah berkahwin dan memiliki anak. kesian keluarga mereka...
setiap pasangan yang berjaya ditangkap kemudian di tarbi'yah oleh peserta Imam Muda ini. ada satu ucapan yang menarik perhatian aku. beliau mengatakan, untuk menegur dan menasihati seseorang, kita hendaklah menahan diri kita dari membenci atau tidak suka kepada pelaku maksiat atau kesalahan tersebut. sebab perkara yang kita benci adalah maksiat, bukan pelaku. malah, mungkin orang yang di tangkap hari ini, akan berubah menjadi lebih baik dari kita.
aku sangat bersetuju. dalam memberi nasihat. bukan dengan kekasaran. bukan dengan perasaan tidak puas hati. bukan dipenuhi benci. biarlah nasihat kerana kita bertanggungjawab dan mahu dia berubah.
ya, sekarang, ramai blogger yang melakukan aktiviti seperti ini, sama-sama memberi nasihat dan teguran. tak perlu jadi imam segala untuk menasihati orang. sekiranya kita bertanggungjawab untuk menegur atau menasihati si polan si polan itu, berbuatlah demikian.
tahniah buat mereka yang sentiasa mengamalkan amar makruh nahi mungkar.
p/s: kadang-kadang takut nak beri nasihat pada orang, takut dipulangkan nasihat dengan kata-kata herdikan. *sigh*
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:) majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan