Isnin, Julai 12, 2010

entry pagi buta, buta ke?


mukadimah ye. tengok. eratkan hubungan kucing kucing aku. ini baru kucing aku. belum lagi aku, ceh. berbaur riak disitu. istighfar banyak banyak ok.

hanya mahu berkongsi cerita hari ini. kisah biasa biasa saja. menulis sementara menunggu siaran piala dunia. aku menonton di ipoh. suami pula di sane. tapi, boleh dikatakan sama sama menonton lah ye. kan..kan.. senyum. :)

sempena kepulangan adik perempuan ku, dan sempena jualan nasi lemak ayam juga hari ulang tahun pernikahan aku. kami makan bersama sama di kedai. alah, kedai biasa biasa saja. tidak hebat. janji kenyang.

* ini lah adik perempuan aku *

makan makan sebagai satu famili sangat menyeronokkan. budak perempuan di atas ini dah hilang momen yang best dalam hidup dia. mungkin lah. itu lah. sape suruh pandai sangat. kan dah kena belajar jauh jauh.

mari bergambar ye adik adik semua...!
*spek gedabak beso*

biase lah, aku co-pilot. map ade dalam kepala otak. takkan sesat punye, jadi, haruslah duduk di sebelah driver. masa ni tunggu si Alang kolang hantar gitar masuk ward. budak budak zaman sekarang banyak duit, bela gitar dah berapa habis tu... aku minat jugak seketul dua main gitar, tapi jari selalu sakit bila nak goreng beberapa cord yang memang hampeh, mungkin kene berguru dengan fida aishah?

selalunya bila pegang gitar, ade lah sebarang dua minit. lepas tu minta Alang kolang gorengkan. aku macam biasalah. vokalis ya. suara tak sedap pun, tapi cukup lah untuk menang sebiji radio dulu. hahahaha.

ok. balik ke cerita asal. maaf, makanan tidak sempat di ambil gambarnya, semua dalam keadaan lapar, sampai je makanan, terus baca doa, kunyah kunyah, telan, ulang perkara yang sama kecuali doa tadi.

setelah kenyang, berjalan sebentar. kemudian ibu ajak balik. dia mengantuk. haha. konon-konon nya sebab tengok bola. mana ada dia tengok, bermulanya sepak bola, dia dah tertidur. dia terjaga dari tidur pun bila jerman memang sudah menang ke atas uruguay. haha. ape la ibu ni. jadi dia tengok balik siaran ulangan pagi tadi. ibu...ibu..

duduk di rumah ibu, sekejap saja berat meningkat, muka pun bulat. aiseh! kene balik ke pangkuan suami. jangan anda sangkakan bahawa suami aku tidak menjaga makan pakai ku, oh...tidak. cuma rumah terlalu tinggi untuk didaki. itu sebab aku masih begini. mahu mencari rumah yang berpasak di atas tanah. sudah penat dan letih melihat keluarga aku dan keluarga mertua mendaki tangga buruk itu.. kasihan mereka..



kenapa lah piala dunia tak buat kat malaysia? tak payah nak bersengkang mata. mengantuk oi~

nota hati : disini merindu disana. daku akan segera kembali. tunggu daku dimuka pintu. hehehe.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adik cikgu belajar mane? macam kt afrika jauhnye

molliesa berkata...

@am:hehe...afrika jauh sikit la..dia belajar kat volgograd, russia...=)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...