cerita ini sebenarnye dah lame dah. 2 minggu yang lepas. aku tak tahu nak panggil apa yang berada di pintu kereta, yang mengelakkan cahaya matahari terus masuk ke dalam. mengelakan silau matahari. jadi aku mudahkan, aku panggil bulu mata.
*gambar incik gugel*
masa mula mula aku dapat kereta ni, aku pergi la ke kedai aksesori kereta tampal tampal ape yang patut. bukan berlebihan lah. aku buat ape yang patut sahaja memandangkan beg duit sangat nipis ketika itu.
alkisahnya begini, encik suami harus ke Ipoh, ada kerja di sana, memandangkan aku masih tiada kerja, banyak masa lapang, jadi haruslah aku mengikut sekali. kan Ipoh rumah ibu aku. memang menumpang di sanalah kami suami isteri. sangat seronok. bertolak ke ipoh pun lewat, pukul 10 malam.
semasa dalam perjalanan, masa tu dah hampir sampai di simpang keluar tol, tiba tiba encik suami baru teringat akan baju kerjanya. Ya Allah.. macam mana lah boleh terlupa. jadi, terpaksalah kami pulang ke rumah semula untuk mengambil pakaian. satu jam dibazirkan di situ. adehhh..
perjalanan diteruskan, jalan tidak sibuk, memandangkan kami berdua bertolak pada malam hari dan hari bekerja, memang sunyi sahaja. masa itu, aku yang memandu, kerana encik suami sudah penat bekerja seharian.
di depan aku, ada sebuah lori besar, jadi aku membuat keputusan mahu memotong lori tersebut. memang selalunya begitu. ada je lori besar, aku potong, takut sebenarnya bila berdekatan dengan lori. semasa memotong lori, tiba tiba ada bunyi kuat, seperti bunyi benda jatuh! sangat suspen ketika itu.
apa yang jatuh, aku tak pasti, setelah encik suami periksa, rupanya, bulu mata kereta aku yang tercabut! aduh. sudah tidak cantik. bulu mata pintu belakang, sebelah kiri yang hilang semasa di highway. nasib baik masa bulu mata tercabut, tiada kenderaan di belakang kami. kalau tidak.......
jadi, aku terpaksalah mencari bulu mata palsu untuk encik ramos. nama encik, tapi pakai bulu mata palsu! haha. nasib lah kamu~
hai bulu mata, muncul lah~!!
2 ulasan:
alahai kesiannye cikgu..
Jersi Baru Arsenal Musim 2010/2011
hehe...fulus keluar lagi...=)
Catat Ulasan