nama : safiyya amani binti muhammad hafidz
tahniah buat sahabat baik ku, Puan Amatullah sebab dah selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel ini pada 25 Julai 2010. baby safiyya degil, tak mahu keluar dari perut ibunya, jadi terpaksa dibedah. Alhamdulillah, tak ada masalah. semuanya selamat!
buat kawan dating zaman muda-muda dulu, hahahaha. encik Hafiz dan kakak Yanti, tahniah dengan kehadiran bayi lelaki. nama tak tahu sangat, Iqram kot. tarikhlahir sama dengan baby safiyya amani..:) tahniah, tahniah.
buat sahabat baik semasa di sekolah menengah dulu, Encik Fazri a.k.a Teli dan pasangannya merupakan sahabat sekelas, Puan Fazura yang sudah selamat melahirkan bayi perempuan juga pada 28 Julai 2010, nama tak tahu langsung. hehehe. beberapa hari lewat dari tarikh jangkaan baby lahir. tahniah kamu berdua!
semoga kegembiraan ini berkekalan. jadi ibubapa yang baik ye kawan-kawan. doakan kehadiran cahaya mata untuk aku pula.
*sori, gambar baby satu je..hehe*
2 ulasan:
tahniah jgk kat kawan kamu!!comel2
hentakberlipat~ terima kasih! hehe.
Catat Ulasan