puas berpusing-pusing, maka berjumpalah aku dengan kedai 100 yen ini. mungkin idea kedai ni dari orang yang meminati barangan jepun, atau memang kedai ini sudah popular di jepun. ya kah? hehehe
*lupa nak ambil gambar kedai 100 yen itu*
tapi aku boleh gambarkan je lah ye. kedainya berwarna merah, ada tulisan 100 yen berdakwat putih di tiang kedai. papan tanda pun begitu. latar merah, tulisan putih. memang nampak dari jauh.
sementara menunggu Hana sampai, aku masuk ke dalam kedai, memesan ais-salji perisa coklat. sebab itu tujuan utama aku datang ke kedai 100 yen. ada label halal disitu. ais-salji ni adalah sejenis ais yang berperisa, dikisar oleh pengisar seperti pengisar ABC. tapi lebih halus.
dekorasi dalam kedai macam kedai 5 ringgit. cuma barang-barang semuanya dari jepun. satu habuk aku tak faham apa yang ditulis. cuma boleh teka apa kegunaan barangan tersebut. memang orang jepun sangat kreatif dan sukakan benda yang comel.
lepas tengok-tengok barang, aku keluar dan menikmati ais-salji coklat itu.
*ensem encik suami*
*cepat makan, malaysia panas, nanti cair*
habis semangkuk ais-salji ni, Hana dan buah hati juga kawan aku, sampai.
jadi, masa untuk order ais-sajli yang baru. hehehehe
jadi aku pesan mangga. nyumnyum. Hana pesan green tea dan untuk buah hati dia, maui perisa kiwi. perisa kiwi je aku tak boleh nak merasa. lain kali lah.
*si tembam dan buah hati*
* muka puas hati, sebab dari khamis dah mengidam*
*green tea ataupun teh hijau*
bila makan green tea ni, rasa neutral tau. elok kalo tengah mual-mual tu. nak pegi cari serbuk atau daun teh hijau. nak amalkan minum teh hijau lah.
*nampak? sudah gemok >_<
dalam beg hitam itu ada makhluk berbulu dan boleh terbang.
Hana dan Kyo
ok. sebenarnya nak tunjuk gambar ini. sudah puas memilih apa yang mahu dibeli, akhir sekali aku pilih penyangkut serbaguna ini.
ok. puas hati. semua boleh sangkut kat sini.
semua barang harga rm5. jadi pandai-pandai lah pilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan