isnin dah mc. jumaat pun mc. patutnya doktor terus bagi 5 hari mc. haccccccummmmm! bersin macam nak tercabut hidung. batuk? kahak? ptuihhhh! ketul ketul hijau.
alhamdulillah. adam sihat saja. syukur. ada juga dia batuk sikit sikit, tapi tak teruk. risau juga. dah dua kali ke klinik. doc kata adam sihat aja. alah, adam tu kalau dia sakit pun tetap senyum. alahai anak mama.
mungkin cuaca buruk ni buat badan pun teruk. lemah. adik kata tu pun boleh jadi virus. sebab sakit sendi. lemah lemah badan. jadi jangan makan ubat sangat. nanti buat bakteria baik dalam badan jadi jahat. oh.. bakteria pun ade baik jahat tau. macam manusia juga. tapi kalau manusia. memang jahat tak guna lah~
lagi seminggu persekolahan. minggu depan tak sibuk sebab semua exam. jadi akan sibuk selepas itu. hai....cuti raya pun tak best. teringat nak isi markah SAPS. aduhai~ kene cepat-cepat tanda dan masukkan markah. baru enjoy lebaran nanti~
insyaAllah, beraya di rumah ibu kat ipoh. kalau ada yang pertikaikan kenapa aku tak balik kampung nu di terengganu. jawapan aku mudah. suami yang suruh. aku mengikut, bukan tidak pandai memujuk suami untuk pulang jenguk saudara
seronok. rumah makin complete walaupun menyewa je. tak sabar nak ada rumah sendiri. tak apa...kumpul duit dulu lah~
eh, kan dah melalut bila demam ni.. verangan je la mama adam nih! oh, tadi berbuka kat jm beriani bangi. makan ape tah. adam macam biase lah. good boy~ adam suka senyum, tapi takde lah sampai suke senyum tak bertempat.
kenkadang menyampah gak bace komen atau status riak manusia ni. tulun lah~ ok tata~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan