Rabu, Ogos 04, 2010

5 ekor semuanya!

"papa....papa buat ape kat adik???!!" terkejut aku bila terdengar adik mengiau pelik.
"papa tak buat ape-ape lah, adik datang sini mengiau..." kesian encik suami kene marah.

adik macam tak keruan. ke sana ke sini. datang kearah ku, dia mengiau. aku ikut. adik menguis kotak. sah! dia nak beranak!

pagi, pukul 6.30 masih mamai lagi, aku dan suami cepat-cepat sediakan kotak untuk dia beranak. adik tak mahu. dia mahu kotak tv yang nipis dan dalam itu. parah. nak tak nak memang kena bagi juga. adik....adik...

sejam berlalu, adik masih meneran, kesian adik, mengiau, pusing sana, pusing sini, bertenggek macam burung pun ada. kejap kejap bunyi dia berdehem...nampak adik macam sakit sangat. mata dia pandang aku. mengiau lagi.. aku usap perut adik. urut belakang dia...

nah...berjaya keluar satu! kehulu kehilir adik bawak baby dia. kesian pulak tengok. nak buat apa pun tak tahu. cuma tunjuk itu ini untuk ajar adik. maklum lah, dia kucing rumah. tak tahu apa sangat. hehe. mula-mula, adik biarkan je baby dia. tapi bila baby mengiau, adik datang, jilat, bersihkan, makan uri yang ada tu. adik dah pandai. :)

selang 30 minit keluar anak kedua. adik dah pandai teran. kejap je baby dah keluar. yang sulung tadi sibuk menyusu. tengok, binatang pun pandai tau. bukan tahu buat anak je! seterusnya keluar yang ketiga, bertompok macam adik. ke empat dan kelima lain sedikit warnanya. tapi masih kekalkan patern yang sama. hehe.

alhamdulillah, adik dah selamat bersalin. gegirl ada juga jenguk-jenguk. tapi dia macam tak suka. biasa lah, dia kan anak sulung, mesti degil sikit.

enjoy lah gambar anak-anak adik. sambil-sambil tu boleh bagi cadangan nama.. =)


*yang tompok-tompok banyak tu sulung, dan putih kelabu dot-dot nombor 2*

*adik keletihan lepas keluarkan 5 anak, tahniah adik!*


*5 buah hati baru*

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eksaited kan bila dpt baby baru..hehe..

mcm tula kitorang anak-beranak kt umah termasuk opah/atuk..mengalahkan dpt cucu sulong.. :)

molliesa berkata...

makdara...hehehe.. abes satu rumah seronok...seronok sangat2...tak sabar nak gomol2 anak2 kucing tu. hehe :)

kasha + ajie.. berkata...

wah2~~~ sonoknye molie...btmbh ahli kluarge...heheh~~ :D
btol2...kucen pown syg anak dia...x mcm sstgh org yg x bpe mcm org~~~
btw,thniah taw!!!ee~~~ gewam tgk sekor2... :D

molliesa berkata...

thanks kasha!!!

Shahrum Sha berkata...

comel2x la ank2x adik...Molly nk bela semuanya ke??

Shahrum Sha berkata...

comel2x la molly...Gerammmnya tgk...

Eyka Imanie berkata...

huhu.branak da kucing sis...cute

molliesa berkata...

kaksha~ setakat ni bela, sayang nak buang.huhu..lagipun cepat kesian..

eyka~ tu la..dah beranak..hehe..

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...