Happy birthday akid yang ke dua tahun!
Moga membesar jadi anak yang soleh.
Maaf takde hadiah.
Papa dah belikan superbike dah kannn
😝
Kami sayang akid.
mamaAdamAkidAdra
Happy birthday akid yang ke dua tahun!
Moga membesar jadi anak yang soleh.
Maaf takde hadiah.
Papa dah belikan superbike dah kannn
😝
Kami sayang akid.
Oh. Bukan saya. Kawan di sekolah. Cikgu and also my partner bila waktu kemahiran hidup.
Tahniah buat sahabat. Anak ke tiga in shaa Allah.
Kena promot dekat dia ni, ambil esp sepanjang kehamilan. Baru lah bertenaga!
Bila dengar kawan2 hamil, saya sangat teruja. Entah, rasa seronok sangat. Jeles pada yang beranak ramai.
Apakan daya,buat masa ini,proses penghasilan bayi comel terpaksa dihentikan buat sementara,kerana saya sangat takut nak menghadapi saat melahirkan...! Takut takut pun i dah 3 orang anak uols!
Hahaha..seram mak!
Ok. Saja nak promot tengah pagi buta ni.
Buat yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat,cuba ambil GLA complex shaklee. Mana tahu kan? Kita pun ada set kesuburan. Nak tahu,boleh roger tau.
Whats app pun boleh,sms pun bolehhhh..
0124698495
Nak ngorat je kite tak layan okay!
Lama tak menjiwang di blog. Ya, dia lah bantal peluk saya.
Tukang dengar segala bebelan saya. Pendengar setia apa sahaja yang saya nak luahkan. Sentiasa mendengar!paling best,cerita itu tak tersebar. Rahsia tetap menjadi rahsia!
Paling terbaik,bila he is around, saya bagaikan dipukau. Tak payah suruh lelap,mesti terlena sendiri. Memang tenang jiwa bila beliau di sisi.
Ada hikmah berjauhan begini barangkali.
We learned to listen to each other often. Kalau dulu, mungkin tak dan nak berkongsi.
Lima tahun bina mahligai. Lima tahun masih bertatih belajar memahami,berkongsi. Sedangkan lidah lagi tergigit.....
Kerja rumah macam jemur baju,lipat baju,susun baju,mop lantai,vakum rumah,kemas bilik anak2 semua beliau ambil alih! Hehe. Tugas saya, memasak sesedapnya. Walaupun tak pakar mana...hihi
September bulan kami bercinta.
Allah, panjangkan jodoh kami.
Suamiku sayang,
Kanda jauh,adinda kenang,
Kanda dekat, adinda sayang
Ahak ahak
Jiwang u ols :p
mamaAdamAkidAdra
Salam.
Macam biasa, wake up in the middle of the night. Hmmm. Berjaga ibarat burung owl. Hehe
Ok, malam ni nak share kaedah power pumping for those yang rasa breast milk dah makin merundum. Ya, ada banyak sebab BM kita kurang. Pertamanya, kekurangan cecair dalam badan! Paling penting sekali, tolong minum air dengan banyaknya ya! At least yang keluar tu kene ganti balik!
Kedua, mesti makan semua dah ke laut bila start kerja. Mana nak urus anak, nak kemas rumah,nak setelkan kerja hakiki di pejabat. Frankly speaking, saya sebagai guru, sangat cemburu dengan rakan2 yang bekerja sebagai pegawai selain guru. Berkejar dengan masa nak pump. In evening session, so sangat tidak membantu juga. But, saya punya semangat juang yang tinggi. So u mommies out there, JANGAN bagi alasan.....okay!
Sejak sebulan lebih masuk ke sekolah balik, rutin berubah, dan berkejar ke hulu ke hilir, jadi saya perlu kaedah power pumping ini. Please, RAJINKAN diri ya!
Biasanya saya buat power pumping pada waktu malam disebabkan malam ke awal pagi adalah waktu yang sangat optimum. Susu pun banyak masa tu. Cuma yang rabaknya ialah mata. Ha ha ha
Ya, saya tahu, ada sesetengah mommies, punya masalah kurang susu, tak apa, tapi keep on breast feeding ur baby. Bukan apa, cuba fikir jauh jauhhhhhh.. If there is no technology.. No formula milk,no breast pump,no jamu for stimulate the production of the milk, no shaklee...eh? ya....bagaimana dengan alasan kurang susu?
Bagi saya mudah. Gali lah ilmu menyusu ya mommies! Saya pun usaha, usaha dan usaha. Tak pernah berjaya seperti mommies yang lain,tapi saya punya minda yang terlampau positif!
Rajinkan diri. Buat kerana kita sayangkan amanah yang diberi. Ya,mahu yang terbaik,tapi kita tak usaha. Bagaimana?
Isu breast milk memang sesuatu yang sensitif. Terlampau sensitif untuk diperkatakan. Tepuk dada lah ya mommies.
Alaaa..kau banyak susu,boleh lah cakap. No..no..no..nehi..kabi nehii..
Saya pun kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.
Saya sendirian jaga anak2 without my husband, pjj disebabkan kerjaya. (oh,itu pun satu isu yang nak diperdebatkan juga) but, i am willing to sacrifice mine.
So, how about u?
Ingat, seorang islam, wajib percaya qada' dan qadar Allah. Ada ujian disetiap anugerah Allah. Maka,berusahalah untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan hadapi main tala jer. Untuk anak tu. Berilah yang terbaik!
Bangun lah malam2 tu, sekejap je. Boleh tahajjud sekali. Bukan tiap malam. Selang dua hari sekali pun tak pe. Ya mommies ya?
Saya ada kawan di sekolah, walaupun susu tak cukup,tapi dia usaha juga pam. Kadang ada juga hari dia tak bawa pam. Memang saya tegur lah. Bukan, saya tegur untuk kebaikan dia juga.
Pernah sepupu saya cakap, saya idola dia. Dia tengok saya gigih susukan anak.gigih buat stock. Hasilnya, sepupu saya berjaya susukan anaknya yang ketiga selama dua tahun! Bangga sungguh saya masa tu..Saya? Paling lama pun 11 bulan je. Dah mean off! Sedih tau!
Sesiapa yang terbaca posting ni,maka terkenit hati dengan tulisan saya,saya minta maaf banyak2.. Memang niat saya begitu. Mahu membangkitkan perasaan itu. Berubah jom. Saya pun masih belajar dan belajar.
Saya pernah dikecam dulu. Pasal breasmilk dan disebabkan tulisan saya yang tajam. Harap kali ini tulisan ini tidak setajam dulu.
Kadang2 saya menulis bila melihat di sekeliling saya. Jadi,ampunkan saya ya. Yang buruk dah tentu datang dari saya.
Harap mommies diluar sana bersemangat untuk susukan baby ya!
Baby sihat, mommy pun segak!
Salam.
Sementara nak tidur ni, nak berpesan-pesan. Ini bukan aku ni baik ke apa, tapi apa salahnya kita mengingatkan antara satu sama lain.
Tak de niat lain selain mahu berkongsi.
Jom lah sama-sama menjaga hati agar ia tidak mudah mati.
Bagaimana?
Basahkan lidah dengan istighfar.
Itulah supplemen hati.
Kalau awak-awak semua cari supplemen shaklee, boleh roger saya ya
Atau boleh je hq untuk pembelian dengan menggunakan id saya.
Id 959684
Hafidamolisa bt ngah
SID ANDA
Di sekolah, ade seorang kakak ni, suka cakap macam ni "molie, hang ni memang superwoman lah!"
Dak aih, aku orang biasa je. Sama macam orang lain. Cuma dalam keadaan terpaksa,aku kena selesakan diri.
Alhamdulillah,bagi aku,uruskan tiga anak sendirian cukup mudah namun memenatkan. Tapi, jangan risau sebab berat aku sama je. Tak susut pun! Huhu
Minggu ni, Allah uji aku, anak2 tak sihat. Walopon tak sihat,depa ni baik je. Makan ok,tidur lena. Aku je yang terlebih tidur.
Kadang aku tak boleh tidur sebab aku takut. Malam2 takut orang pecah rumah. Allah...itu lah perkara yang menakutkan aku.
Macam sekarang,aku nak tidur,tapi penat sangat,jadi aku tak boleh nak tidur. Ape punye penyakit laaaa.
Eh,tetibe rasa mengantuk.
Oh ya, kalau uols rasa penat,atau rasa nak makan tapi tak nak gedempol, apa kata cuba ESP SHAKLEE ni. Memang terbaik lah. Aku dah guna sejak mengandungkan adra lagi. Terasa ada perubahan. Kalau tak,aku je la yang perasannnnn..hihi
Ce try.
Boleh contact k.
Siang tadi, adam berak berak, kemudian muntah lepas minum susu. Keadaan agak kritikal dengan tiga anak. Mana nak susukan,nak mandi. Memang jadi ibu octopus pagi tadi.
Adam pulak cirit-birit, memang meleleh cair ke lantai. Ya Allah..kesian sangat. Nasib baik adam ni pandai tahan muntah..
Ke klinik,doc bagi ubat muntah dan garam untuk badan dia. Supaya tak kering sangat. Nanti tak bermaya.
Balik dari klinik,cepat2 aku masak bubur ayam, adam terliur,aku suapkan lah.elok je habis sepiring kecil,adam muntah lagi.
Kesian sangat.
Aku usap kepala adam,cakap kat dia,kita baca al fatihah ok.doa dengan Allah berikan kesihatan yang baik pada adam.
Adam ikut aku baca dalam pelatnya. Sikit2 dia dah boleh baca..
Petang sikit,aku terlena di sebelah adam. Dapat pejam sekejap pun dah cukup,bangun tidur adam minta air.dahaga sangat agaknya,banyak juga air dia minum. Tak lama lepas minum muntah balik,tapi kuantiti sedikit.
Berak pum nampak makin ok. Malam,adam dah tak muntah,dia minta bubur ayam.aku suapkan je la.sambil doa,jangan lah muntah lagi. Alhamdulillah,lepas makan ubat muntah,adam dah okay sikit dengan muntah tu. Perut dia pun tak sakit.
Susu memang aku boikot sekejap lah.adam mengamuk juga bila akid selamba minta susu dab menyusu depan dia. Puas aku explain kenapa dia tak boleh minum susu. Kesian anak mama!
So far he is getting better. Hoping for tomorrow. Harap esok dia dah baik,sihat walafiat.
Mencabar jugak lah hari ini. Berjaya aku puasa sunat hari ke 4. Dua hari lagi.
Pesanan buat ibu2, kalau anak muntah,cirit birit.stop kan dulu susu,atau beri anak susu FL iaitu susu free lactose. Tapi aku pilih untuk beri air yang dia nak minum. Pujuk bagi makan aiskrim. Hihi
At least ada liquid in and out. Jangan outtt aje. Nanti boleh mati organ dalaman anak sebab terlalu kurang air. Pantau suhu anak ya. Ambil lah cuti ke,mc ke,el ke untuk jaga anak. Nyawa mereka lebih berharga.
Please.
Syukur,
Alhamdulillah..
Adra dah masuk 4 bulan dah hari ni..
Ya Allah..terima kasih atas pinjaman sementara ini..
Kadang2 tengah malam,sayu aje lihat wajah kecil ini.. Tak tahu berapa lama Allah pinjamkan masa bersama..
Moga adra jadi anak yang baik..anak yang mendengar kata, anak solehah..
Aku kalau bab anak ni..mula lah nak menitis air mataaaa..
Esok nak blow candle lah kalau dan beli kek tuk anakanda seorang ni.
😘😍
Salam semua!
Hari ni nak kongsi kelebihan vitamin E shaklee.
Sebenarnya saya pun baru mula consume. Cuma cara pengambilan tidak secara konsisten. Cuma lepas bersalin saya berazam untuk konsisten dengan pengambilan vitamin E shaklee ini.
Nampak macam ada perubahan pada kulit. Tapi tak pasti lah kalau saya perasan sendiri.
Kalau nak tahu,kena lah cuba kan. Sebab lain orang,lain caranya.
Jangan risau.
Shaklee ini berstatus halal.
Dan ianya semula jadi.
Kat sini saya kongsi sekali kebaikan vitamin E ni. Biarkan gambar berbicara.
Aduhai
Mata tak boleh lelap pulak
Mungkin sebab hot mocha yang aku minum petang tadi?
Agenda adra telah selamat dilaksanakan. Kebetulan pula suami sakit gigi. Jadi, aku pun menumpang ikut sekali. Maklumlah. Masih dalam bilangan hari berpantang. Padahal Aeon depan rumah (takde la depan rumab sangat) tu dah berapa kali aku lawat. Hihi.
Adra sebulan baru sempat kami khitankan. Alhamdulillah. Budak kecik kan.mana tahu sakit lagi. Doktor potong pun sikit sangat. Sebab apa aku kata sikit, sebab masa balik rumah,tak nampak pun kesan adra kene sunat. Hihi. Semuanya normal je.
Alhamdulillah. Lega.
Esok lusa dah boleh balik ipoh dengan tenang. Yeay!
Dah satu bulan
Dah pandai demand nak tidur dengan mama
Tak nak tutup lampu
Tidur lebih lena meniarap
Esok bawak adra pergi berkhitan
Seram sejuk pulak mama nih
Hihi
Harap semuanya okay
Goodnite!
Ibu
Terima kasih sebab risaukan kakli di sini. Memang berpantang sendirian dengan anak2 yang baru menginjak usia tiga tahun dan seorang lagi baru setahun tujuh bulan dengan berjauhan dengan suami itu memang sesuatu yang sukar. Tapi aku percaya. Semuanya ini sudah tertulis kisah nya begini. Aku okay. Sebab aku rasa, setiap orang ada dugaan masing2.. Malah lagi susah dari aku.
Alhamdulillah.kesihatan aku pada keadaan yang paling terbaik.sebab aku tak rasa sakit yang teruk kecuali naik gatal pada badan pada hari ke 8 berpantang. Ekzema rupanya. Nasib baik semuanya dah baik.
Aku tahu ibu risau dengan keadaan aku. Yang masih dalam pantang. Tapi aku selesa di rumah sendiri. Aku tak mahu susahkan ibu. In shaa Allah aku boleh buat semuanya.
Aku dah boleh drive hantar anak ke taska. Sebelum ke taska, anak2 aku mandikan,suap makan dulu. Selepas tu baru aku berehat. Aku bertungku. Sebab ibu pesan kene kerap bertungku kalau nak cepat baik. Jam tujuh petang baru aku ambil anak2 di taska. Malam kalau suami ada,.suami uruskan semuanya.aku cuma masak dan suap satu keluarga. Adra memang 100% aku uruskan. Suami uruskan anak2 lelaki. Macam tak manis pulak ayah mandikan anak perempuan. Rasa pelik. Hihi
Aku bukan tak nak balik duduk di ipoh. Cuma.aku selesa sangat di sini. Aku nak tidur lama pun tak rasa susahkan sesiapa.
Nanti ye ibu.nanti kakli balik time cuti sekolah ya. Ibu mesti rindu dengan cucunya ni.
Nanti takut ibu tak.terlayan je.hihihi
Maafkan kakli kalau tindakan tak balik ipoh buat ibu terasa. Bukan. Kakli tak nak susahkan sesiapa.
Kakli sayang ibu
Terima kasih ibu!
Sebelum ni asyik update blog tak keluar gambar.kenapa ye?
Testing yang ini pulak.
Jeng jeng jeng
Lahir pada 19 april 2014
Jam 9.39 pagi
Normal deliver (induce)
Berat 2.84kg
Panjang 49cm
Hospital serdang
Alhamdulillah
Hari ini masuk hari ke 21
Lagi 9 hari adra genap sebulan
Ya Allah
Bersyukur sangat rasa dah selamat melahirkan. Aqiqah adra pun dah setel.
Buat masa sekarang aku berpantang sendirian di rumah sendiri. Anak2 aku uruskan sendiri. Cuma lepas tu adam dan akid aku hantar ke taska. Adra dan aku melepak di rumah
Tak sabar nak habis pantang!
Alhamdulillah...
Syukur ya Allah..
Kelahiran yang ketiga ni dipermudahkan dan diperkenankan seperti dalam doa mama setiap kali..setiap hari..
Masuk minggu ke 38..
Jumaat,18 april 2012
Jam 2petang
Aku mula rasa contraction yang sedang aje..dan kerap..sakit masih bileh ditahan..sebab aku sakit masa mula drive nak ke sekolah..aku kuatkan semangat untuk terus ke sekolah. Nekad tak mahu cuti lagi..
Sampai disekolah, masuk kelas dua waktu dan aku memang tak boleh mengajar..aku minta murid buat ulangkaji.
Sekejap sekejap sakit datang. Sampai tertutup mata aku menahan sakit. Tapi mampu tersenyum mesra..hihi
Student datang bertanyakan keadaan aku.katanya muka cikgu merah sangat. Cikgu sakit kepala ke? Cikgu nak minyak angin? Alahai..baik sangat anak murid aku...
Habis je waktu kedua. Rehat sekejap.tak dan makan sebab nak selesaikan kerja lain dulu sebab waktu keempat ada kelas lagi.. Masuk kelas 2A..kami berbincang soalan ulangkaji semalam. Yang aku beri. Habis 24 soalan..masa pun habis..masa tu sakit contraction takde dah..hilang dah..
Aku ke tandas.nak cek ada tanda ke tak.masih takde tanda. Hmmmm..aku nak bersalin dah ke ni?
Tak kompem sebab memang takde tanda..
Usai kerja. Aku makan makanan yang aku tapau. Sebelum ke sekolah aku singgah di aeon. Mengidam teppanyaki.hihi.dengan air cupbon.
Tengah makan,sakit contraction datang lagi..tapi mcm biase aku boleh tahan rasa sakit tu.cuma dah pesan kat suami beliau kene sampai rumah awal. Takut tiba-tiba aku bersalin!
Aku mohon balik awal dari sekolah. Pk petang benarkan. Drive sejauh 14km selama 45 minit. Disebabkan jem kan. Nasib baik sepanjang perjalanan sakit tak kuat. Masih ok..hehe
Lepak kejap.solat asar. Tunggu magrib dan kami keluar makan. Anak2 masih tinggalkan di taska sebab taknak kalut dengan dorang yang buas tu. Pengasuh pun kata takpe.bebudak tido dengan pengasuh pun takpe..
Masa kat kedai makan.ada datang sakit. Tapi kali ni terpejam mata sikit lah tahan sakit.hihi.sempat la makan lamb chop dan air durian belanda.nyumnyum...sedapppppp!
Kami decide terus ke hospital jam 10 malam. Cek jalan baru buka 2cm. Memang kompem akan bersalin lah. Tapi bacaan ctg tak berapa nak cun baby memain nak jengah lihat dunia.
Aku maklum pada doktor..biar aku balik berehat dulu. Nanti kalau sakit sangat atau turun darah atau pecah air ketuban. Aku datang balik.
Balik rumah.solat. Tidur.
Jam 3 pagi aku terjaga.rasa sensasi contraction. Tapi masih mampu tahan. Sambil tengok fb,baca berita,gosip nak bazir masa..tahan punya tahan dah jam 5 pagi..tapi masih tak ada tanda baby nak lahir.
Whatsapp group family..beritahu yang aku tengah sakit sakit ni. Tiba-tiba ada bunyi "pop"..
Eh,ape yang pecah tu??
Bila aku mengiring,rasa ada air keluar..dan aku bangun,masa tu air ketuban mencurah laju.apa lagi. Kalut la kejutkan suami yang sedang lena.
Suami mandi dan bersiap. Aku dah kalut dah.amik towel buat lapik dalam kereta. Masa bergerak ke hospital..azan subuh berkumandang. Sayu je rasa..
Aku beritahu suami yang aku lapar..kebetulan suami memang simpan coklat bar dalam kereta.aku makan separuh.sampai dihospital, check in, cek ctg,cek jalan, bukaab jalan baru 5 cm. Kedudukan baby jauh lagi dan bibir rahim masih tebal. Jadi..kene tunggu sampai lah contraction regular dan bukaan 10cm.
Menanti. Tangan dicucuk. Kanan tak jadi.kiri pulak.jonah sungguh. Huhu. Jam 7 aku ditolak masuk ke labor room. Ramai doc dan ho datang. Kes aku, baby dah terberak. Jadi ade beberapa plan lah untuk aku yang mana plan akhirnya pembedahan. Aku akur je. Janji baby selamat keluar. Kesian baby.
Ctg baby cantik.cuma contraction tak regular dan tak kuat. Jadi aku di induce. Tak pernah kena induce kan.pergh! Menggigil badan. Dengan laparnya. Aduhai. Jam 8 kene jnduce jam 9.39 baby selamat dilahirkan. Alhamdulillah.terasa proses bersalin sangat cepat. Tiga kali teran. Badan baby keluar! Alhamdulillah!!!!!!
Jam 9.39 pagi
Berat 2.84kg
Baby girl
Nurse kasi minum milo.suami suap roti. Lapar sangat. Baby penuh dengan tahi. Tapi bau tetap wangi. Maklum lah.baby girl kan,keluar dengan masker.haha
Tapi part jahit yang aku paling takut. Sampai bebila pun aku takut!
Hari ni suami gi daftar nama baby. Suka lah tuuuu...
Macam biase. Aku berpantang sendiri.
Tadi masak sup sayur.terhangit pulak.hahaha
Kene masak lagi sekali.
Ok
Kenangan terindah ni
Mungkin kenangan terakhir
Selamat menjengah dunia sayang
Semoga adam jadi anak yang membahagiakan mama dan papa!
Happy birthday adam!
Adam dah masuk tiga tahun!
Nak tambah adik lagi.
Yeayyyyyy!
Hamboiiiii!
Bukan main tau mama ni...
Nak jugak ada katil putih untuk this coming soon baby A
Sampai sanggup duduk bersimpuh mengecat katil baby
Tapi paling lama sejam je la mama nya sanggup...
Lepas tu berhenti rehat beberapa hari..
Hahahha..
Dah tau perut sendat,
Masih jugak nak mengecat bagai
Tak nak husband tolong
Sebab nak buat semuanya sendiri..
Baby A punye pasal tau!
Harap mama berjaya siapkan katil ni.
Berjaya cat sampai cantik.
Mama rajin, baby A pun akan rajin...kan?
Heeeeeeee
Hujung minggu memang dinantikan oleh kami satu keluarga.
Hujung minggu ni lah, suami akan kemas rumah, basuhkan baju, lipat baju dan setelkan semua kerja rumah yang tak termampu aku buat lagi...
Cuma, bahagian memasak masih menjadi tugas hakiki aku.
Bab anak, ya, semua suami siapkan!
Alhamdulillah.
Syukur
Bahagian aku yang Allah beri begini.
Terasa lebih dari cukup.
Rasa kerdil
Sebab apa yang aku buat sebagai hambaNya
Masih tak mencukupi dengan nikmat yang aku terima
Syukur ya Allah
Siang tadi
Tanda menghargai kasih dan penat lelah 'hujung minggu'
Kami anak beranak makan2 hujung minggu di secret resepi.
Ala....secret resepi je punnnnn...
Belikan adam akid mainan lego, yang mana, akhirnye papa dan mama jugak yang excited pasang. Hihihi.
Boleh jadi acara wajib bulanan ni. Menarik jugak. Plus, adam pun ada ambil bahagian, cuma dia pegang2 je la, nak memasang dia tak pandai lagi...
Masuk minggu ke 33, dah mula terasa penat mengasuh adam akid. Ada jugak la sehari dalam seminggu aku mengelat, hantar ke taska, adam akid masih belum mandi. Hehehe.. Tapi bukan selalu. Tak elok kot. Kalau boleh, hantar adam akid dah setel mandi, makan dan susu, mudahkan kerja pengasuh mereka. Anak sendiri lain, kasih sayang tu semula jadi.... Ini, nak harapkan orang duk membela anak kite.... Pandai2 lah ambil hati kan.....
Yang penting,
Ikhlas
Dah lewat malam.
Esok mungkin nak minum pagi kat mamak.
Suke beno ngan mamak aku ni,
Keluar baby, berwajah mamak baru tau!
Tepek sket gambo..kihkih
Lewat malam ni aku tidur, biase jam 12 malam dah terlena dah, tapi mata terpaku dengan projek lama yang aku dah beberapa bulan tinggalkan...hehehhee.. Stock habis, maka, memang tak dapat nak berprojek lah aku ni.,
Bukan lah projek besar mana, hanya buat handmade pin buat peminat shawl. Aku buat biasenye aku jual offline je, ada gak member lama beli ambik hati...hehhehee...
Tak kisah lah.,
Kalau korang berminat,
Boleh lah ye jenguk2 kat instagram aku
Tapi, gambar tak sedahsyat seller lain la,
Sebab biasenye aku buat satu tu, tak sama dengan yang lain
Kira macam eksklusif jugak lah. Hehehe
Aku kongsikan beberapa gambar pin yang aku buat tadi..
Simple je
Harga pun murah
Kalau beli lebih dari satu.
Kalau beli satu je,
Macam mahal gak lah.
Upah buat tu..
Lama gak nak siapkan 20 batang pin.. Hihi
Okay lah
Nak beradu
Mata pun dah kuyu
Esok nak kongsi satu lagi cerita
Salam semua
#prayformh370
Alhamdulillah...
Saya makin sihat,
Siang tadi suhu badan 38.4 degree celcius,
Tadi check balik, suhu dah turun jadi 37.4 degree celcius
Rasa seronok dah mula boleh bangun,
Selera makan pun dah mula positif,
Boleh bergurau dengan anak2..
Boleh tolong husband mana yang mampu buat..
Terima kasih suami,
Selama 3 hari ni,
Ambil alih 100% tugas saya sebagai mama..
Terima kasih banyak2..
Hanya Allah dapat balas balik semua kebaikan yang suami buat..
Malam ni,
Boleh la tidur lena satu keluarga
Sebab sebelum ni, kena tidur asing,
Takut jangkitkan kat anak2 pulak..
Alhamdulillah.
Syukur dah sihat
Esok boleh berjalan!
Memang betul-betul demam ni,
Pengsan 6 jam lepas makan ubat.
Dasat,
Tak pernah demam tidur macam ni
Seingat aku,
Masa lahirkan adam dan akid pun aku steady je melayan tetamu datang visit,
Memang langsung tak tidur
Betul lah orang tua kata,
Bila dah anak ketiga ni,
Badan akan mula rasa lemah.
Itu la, degil kan,
Taknak dengar cakap orang tua
Konon serba tahu semua benda.
Insaf dah
Lepas ni,
Makan ubat, tidur balik.
Papa handle anak2 ya!
Ya Allah....
Badan terasa terlalu penat, keletihan, bukan sebab menjaga budak berdua ni, mungkin disebabkan siang hari, cuaca terlalu terik, sampaikan habis semua sumber tenaga dalam badan diserut rakus!
Bangun pagi ni,
Masih terasa lenguh di belakang..
Nak minta tolong husband pun tak boleh dah....
Sedihnye pjj macam gini..
Kene cari motivasi untuk kuatkan semangat balik!
Berikan aku kekuatan ya Allah..
Berikan kudrat yang sedikit terbanyak untuk aku meneruskan hari mendatang
Adam dan akid,
Segera sembuh ye sayang...
Kesian dengar bebudak ni batuk2
Perit dan sakit kat perut kalau batuk gaya macam tu...
Nak tidur balik
Nak rehat kejap
Hari ni perlu sedikit awal untuk memulakan kerja.
Semoga semuanya dipermudahkan
Aminnnnn
Salammmmmm....
Seronoknya dengar berita kawan dah selamat bersalin! Dapat baby girl. Olololooo.. Comel macam ibunye jugak!
Hmmmm..
Aku, minggu ni baru nak masuk 32 minggu, huk aloh!
Doc pun cakap, lambat lagi tuuuu...
Uwaaaaaaa....
Memang tak larat sangat sebab sendirian jaga dua lagi anak yang sedang membesar, ditambah pulak dengan tak sihat... Ahdoiiiii!
Fuh...fuh...
Semoga aku kuat bertahan!
Semoga baby A cepat keluar sebelum due date.
Senang sikitttt
Seronok sikit bila badan dah ringan sikit ni..
Lepas ni, nak kene plan,
Nak ambil family planning apa pulak..kihkihkih
Kene plan elok2 dah lepas ni.
Hehehehehe....
Ohkaaayyyyyyy------
Maybe si tabby pecah ni dah tau dah nasib diri akan diganti kot.
Habis hilang semuaaaaa gambat, video anak2 selepas tabby ni ter reformat sendiri.
Mungkin virus agaknya.
Oh sedih.
Esok esok la cerita lagi.
Hari ni dah kehabisan tenaga.
Oppssss..
Dah jam dua rupanya..
Selamat lewat malam!
Have a great day ahead!
Salam!
Selamat sejantera!
Ok. Takde azam baru kot sebab tahun lepas punye pun tak tercapai..acane?
Hehehe...
Selamat tahu baru semua!
Semoga kita semua berlumba-lumba untuk menjadi manusia yang lebih baik..
Mana yang perangai jenis nak tengok buruk orang, lebih orang dia dengki tu, maka, sikit-sikit lah kita berubah jadi baik k..
Mana perangai jenis mengata tu, kurangkan lah mengata, banyakkan bersangka baik k..
Bukan mudah nak jadi lebih baik ni, sebab syaitan dah janji nak sesatkan anak cucu cicit Nabi Adam. Maka, marilah berubah k!
Hari ni birthday abah saya! Selamat hari jadi abah!moga abah sentiasa dalam lindunganNya..
Hari ni juga dah mula sesi persekolahan. Maknanya dah mula masuk kerja balik!
Weeeew~
Selamat semuanya ya!
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...