Lama tak menjiwang di blog. Ya, dia lah bantal peluk saya.
Tukang dengar segala bebelan saya. Pendengar setia apa sahaja yang saya nak luahkan. Sentiasa mendengar!paling best,cerita itu tak tersebar. Rahsia tetap menjadi rahsia!
Paling terbaik,bila he is around, saya bagaikan dipukau. Tak payah suruh lelap,mesti terlena sendiri. Memang tenang jiwa bila beliau di sisi.
Ada hikmah berjauhan begini barangkali.
We learned to listen to each other often. Kalau dulu, mungkin tak dan nak berkongsi.
Lima tahun bina mahligai. Lima tahun masih bertatih belajar memahami,berkongsi. Sedangkan lidah lagi tergigit.....
Kerja rumah macam jemur baju,lipat baju,susun baju,mop lantai,vakum rumah,kemas bilik anak2 semua beliau ambil alih! Hehe. Tugas saya, memasak sesedapnya. Walaupun tak pakar mana...hihi
September bulan kami bercinta.
Allah, panjangkan jodoh kami.
Suamiku sayang,
Kanda jauh,adinda kenang,
Kanda dekat, adinda sayang
Ahak ahak
Jiwang u ols :p
mamaAdamAkidAdra
mamaAdamAkidAdra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan