tadi amik henset. lame tak mesej2 dengan kawan2. saje je lah.
tetibe dapat mesej dari anak murid. budak tingkatan 1, lelaki. nama abu *bukan nama sebenar*
"sLamAt Ary GuRu dRi Abu. ;-) SAYANG CIKGU MOLI. (jauh di dasar hatiku inginku teriak aq SLAMAT HARI GURU!!!!!)"
tersenyum aku seketika. teringat kisah si Abu ni. bukan seorang pelajar yang pintar, dan tidak terlalu lemah. ade potensi diri yang boleh di asah. namun bukan mudah nak mengasah potensi tersebut.
*******************************************************************************
"ok, kite dah belajar cara cara nak pasang lampu ye. apa yang perlu awak buat kalo lampu kat rumah tak menyala. dah tahu mana yang rosak...so, kite sambung topik baru minggu depan. ok kelas. terima kasih"
"bangun semua...terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu, doakan kami cikgu!" jelas suara faiz, si ketua kelas yang sedikit pasif.
"ok, sapa nak tolong cikgu ni?"
"saya! saya!" abu melulu ke depan, nak tolong cikgu.
aku tersenyum. bagus abu. jarang yang rajin nak bawak buku cikgu. kenapa awak tolong cikgu? tanye ku pada abu.
" em... saya memang suke tolong cikgu...cume kadang2 cikgu tak bagi saya tolong..tak pun asek suruh orang yang sama je tolong dia..." jelas abu sambil memandang ke lantai.
ok.takpe. jom ikot cikgu. kate aku tersenyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ye, abu ni bukan budak yang membantu dalam proses P&P. ape itu P&P? pengajaran dan pembelajaran. betul... yang dia tahu, kacau orang sebelah sana.. cuit orang sebelah sini.. memang kelas akan hingar bingar sebab abu ni. tapi dia bukan budak jahat.
yang paling aku ingat, masa pensyarah datang untuk menilai proses p&p aku. abu berlakon dengan baik sekali. dia menjawab soalan walaupun salah. dan aku sebagai guru, tak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menjawab soalan.
pernah aku memarahi abu dengan niat untuk membuatkan dia insaf. abu menangis bila aku herdik sikapnya. bila aku kaitkan betapa sedihnya ibu bapa dia sekiranya tahu perangai abu di sekolah. sungguh, sedih aku melihat air mata itu, tapi, untuk menyedarkan dia, aku sanggup! cewah!
aku dapat rasakan dia akan berubah, mungkin setahun dua, atau lebih.
abu, cikgu harap, abu boleh survive di sekolah. bersaing dengan rakan rakan lain. dapat markah yang baik. tidak terlalu cemerlang tak apa. asalkan abu nak belajar.
ada beberapa murid aku yang masih ketinggalan. tapi apakan daya. aku tidak lama di situ. aku harap setiap pesanan, kata kata ku, akan diingati mereka.
buat abu, cikgu tahu, cikgu yakin dengan kamu.
kamu boleh buat, cume kamu perlukan bimbingan. carilah mana mana cikgu. bukan cikgu seorang je. ada cikgu lain yang lebih best. lebih seronok!
cikgu harap, 6 tahun lagi, cikgu jumpe kamu, kamu di antara orang yang berjaya! tak cemerlang dalam akademik pun takpe, asalkan akhlak kamu baik. =)
amin!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:) majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan ...
3 ulasan:
mcm sedih plak...nih la power of teacher....
erm..skang baru terasa. ape kite buat, kite cakap. akan ade sebab dan akibat dia..=)
Guru adalah org kedua yang berpengaruh lepas ibu dan ayah..m0ga2 abu berjaya..^_^
Catat Ulasan