Rabu, Jun 30, 2010

tips bawak kucing balik kampung

ok. malam ni mahu pulang ke ipoh, perak. sudah lama tidak pulang ke ipoh. adik dan gegirl pun dah lame tak ikot balik kampung. jadi, mari kita balik kampung!

sebenarnya tidak susah untuk membawa yang tersayang balik ke kampung. ada segelintir menyenangi dengan mengurung kucing di dalam sangkar dan diletakkan di belakang seat. ada yang meletakkan kucing di dalam carier. ikut keselesaan anda dan kucing anda ye. jangan anda je yang selesa, kucing terseksa! berdosa ok.

macam aku, duduk di tingkat yang tinggi, tanpa lif, jadi aku akan letakkan kucing aku dalam carier seperti bag balik kampung. sebenarnya bag ini sudah tidak mampu menampung dua ekor kucing. namun, aku terpaksa. nak beli lagi, tak punya sebab.

* ni bag balik kampung adek n gegirl*
selepas itu, bukak bag balik kampung, lepaskan kedua ekor kucing bebas di dalam kereta. kalau jenis yang jarang naik kereta, kucing akan mengiau-ngiau. tapi sekejap je. ada jugak yang mabuk, dan akan muntah. hehe.. alhamdulillah, kucing aku jenis kaki jalan ni. pantang naik kereta. dia akan port tido baik punya~

kalau korang takot kucing tu berak, letak sekali litter box, harap  harap kucing tak de la melabur, busuk wooo~ kalau dia kencing ok lagi. hehehe...

macam aku, perjalanan ke ipoh memakan masa jugak, jadi aku siapkan bekal untuk kucing. ikut la, nak bagi biskut ke, nasi campur ikan rebus ke. ikut selera kucing. =)

* nampak kat belakang tu? banyak nye bantal*

haa...dah siap semua, boleh lah bawak kucing balik kampung. pukul berapa lah baru nak bergerak ni. encik suami belum pulang. aiseh. den da mengantuk ni... hehe...nak mengelat takmo drive. hehehe..

jom balik kampung~!! weeeehuuuuu~!!!!


* a few weeks preggy mommy*

baru aku faham perasaan mereka

setiap orang mesti mahu sedikit kelihatan lawa, elegan, cantik, menarik, tertarik kau memang debab! ooppss!

*anak sapa lah ni..lawanyer*

semua orang memang inginkan kecantikan bukan? makcik makcik tua pun kalau boleh nak kentalkan balik kulit mereka agar kelihatan cantik seperti di awal usia dulu. kita yang sedang meningkat usia ni, macam macam produk yang kita beli, nak tempek kat muka, agar kelihatan cantik. tapi aku tak eh. haha. tanak mengaku pulak kan. eh, tak percaya ke? seriuos, aku tak beli bende-bende alah ni. memang tak de duit nak beli pon. hehehe~




cube tengok anita sarawak, pergh! tegangkan kulit muka dia. bukan botox tau. dia letak pelampung dalam pipi dia, tu yang gelembung lebih. opss~ tak baik mengata orang. dia buat senaman muka dan amalkan pemakanan yang baik. itu yang kulit dia cantik tu.. adui. sungguh mulus kan! cube bandingkan dengan gambar yang lama dulu. mana yang korang akan pilih? hehe..aku pilih yang belah atas..rambut lebih kemas...hehehe~


ok, pernah tak korang ditumbuhi jerawat batu? mesti malu kan bila nak keluar untuk bersosial. haih. aku pernah rasa bende begini sejak dijangkiti shingles tempoh hari. rasa malas nak keluar dar rumah, nak pegi makan pun tak ada selera. takot orang ngeri bila tengok muka aku. padahal orang bukan noticed pon aku ni sape. tapi itulah perasaan yang aku lalui selama muka ini secara ganas diterokai oleh geng shingles. malu yang teramat malu. macam aku sorang je muka tak berapa nak siap kat khalayak itu.

sekarang aku kene pulihkan kembali kulit muka seperti asal. itu adalah operasi yang akan dilakukan buat masa ini. oh, macam macam info yang aku dapat daripada kawan, katanya pakai serbuk mutiara, pakai daun bambu, buluh rotan pun ade. mau gatal mengeyam kulit muka aku. hahaha. ada gak yang pesan letak kapur masak. terima kasih kawan kawan. akan dicube kelak. buat sementara, aku kene tunggu shingles2 ini mengecut dulu.

proses nak kecut pun amik masa. dush! dush! lambat nye. belakang aku punye lah sakit sebab shingles ni. dia makan dalam tau. nak baring pun susah. malam malam mintak encik suami gosokkan belakang, tak tahan sakit belakang. terima kasih sayang. jasamu dikenang.

ade sedikit tips untuk korang:

kalau mahu kulit mulus, amalkan perkara ini~
  • basahkan badan, lumurkan dengan beras yang dah dikisar halus
  • biarkan kering
  • bilas dengan air bersih
  • amalkan setiap kali mandi,
lepas ni kulit anda mesti best, cube lah, nanti bagitau aku ape result korang!

Isnin, Jun 28, 2010

teringin sangat

teringin sangat untuk menulis,
apakan daya, badan terlalu lemah.
duduk sudah terasa lemah, lagikan mahu berjalan.
ya Allah, sembuhkan lah hambaMu ini.

akan menulis semula, bila sudah sembuh.

readers, jaga kesihatan ya!

Imam Muda Menarik Bagi Aku - bab memberi nasihat

Assalamualaikum.

Jumaat yang lepas menonton Iman Muda di Oasis. Program ni sebenarnya dah menarik minat aku masa sesi pencarian Imam Muda, masa mula-mula diiklankan dalam tv. tapi aku sebenarnya nak usik encik suami, konon-kononnya aku ingin dia menyertai program tersebut. tapi rasanya belum cukup ilmu didada. hehehe.. masih dalam proses pemantapan lagi. alhamdulillah.

aku tertarik dengan slot sesi praktikal, dimana, peserta Imam Muda harus mengikut Jabatan Agama Islam Selangor untuk operasi mencegah maksiat. sebelum mereka menyertai operasi tersebut, adalah sedikit sebanyak imam muda tunjuk bagaimana persiapan peserta untuk operasi cegah maksiat. memang kelakar tengok mereka semua berlakon, memang tulus. cakap bro bro pun nampak baik lagi. hehehe..

dalam operasi cegah maksiat, ada beberapa pasangan yang berjaya ditangkap. samada di dalam kereta, di kawasan terbuka yang gelap, dan yang lain lain adalah di bilik hotel. sedih bila tengok ada yang bertudung, malah ada yang sudah berkahwin dan memiliki anak. kesian keluarga mereka...

setiap pasangan yang berjaya ditangkap kemudian di tarbi'yah oleh peserta Imam Muda ini. ada satu ucapan yang menarik perhatian aku. beliau mengatakan, untuk menegur dan menasihati seseorang, kita hendaklah menahan diri kita dari membenci atau tidak suka kepada pelaku maksiat atau kesalahan tersebut. sebab perkara yang kita benci adalah maksiat, bukan pelaku. malah, mungkin orang yang di tangkap hari ini, akan berubah menjadi lebih baik dari kita.

aku sangat bersetuju. dalam memberi nasihat. bukan dengan kekasaran. bukan dengan perasaan tidak puas hati. bukan dipenuhi benci. biarlah nasihat kerana kita bertanggungjawab dan mahu dia berubah.

ya, sekarang, ramai blogger yang melakukan aktiviti seperti ini, sama-sama memberi nasihat dan teguran. tak perlu jadi imam segala untuk menasihati orang. sekiranya kita bertanggungjawab untuk menegur atau menasihati si polan si polan itu, berbuatlah demikian.

tahniah buat mereka yang sentiasa mengamalkan amar makruh nahi mungkar.

p/s: kadang-kadang takut nak beri nasihat pada orang, takut dipulangkan nasihat dengan kata-kata herdikan. *sigh*

Ahad, Jun 27, 2010

apa itu shingles?

hai semua.
hari ini masuk hari ke 4 aku demam. bebintik merah berair masih ada di badan, malah makin bertambah. kat sini aku nak kongsi sedikit info untuk pengetahuan korang.

chicken pox biasanya menyerang kita waktu kecil. virus yang dikenali sebagai varicella zoster virus. ok. hal kecil-kecil dulu rasenye tak payah nak kupas la kot. sebab korang boleh carik sendiri info. lagipun banyak kat google. jadi, mari berajin sedikit!

aku pertama kali diserang chicken pox ketika di usia 9 tahun, rasenye lah.

jadi, readers semua yang pernah diserang chicken pox ni, beware ok. korang akan ada peluang nak kene shingles macam yang aku kene~! hoh. ini amaran!

*bukan shingles aku*

herpes zoster virus satu virus yang akan menyerang bila immune dalam badan rendah. ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku selain dari immune rendah, keadaan stress juga boleh mengakibatkan virus ini aktif.

virus ini sebenarnye adalah virus transformed yang ada semasa kita diserang chicken pox dulu. virus ini sukar untuk mati. jadi, ia akan tinggal lama di nerve ganglia. (sila google kalo tidak tahu). setelah berubah, virus ini menyerang orang itu pabila dewasa kelak, dengan syarat, immune mesti rendah!

shingles ni boleh diibaratkan chicken pox senior la. sebab ianya hanya menyerang orang yang pernah diserang chicken pox semasa di awal usia dulu. biasenya keadaan boleh menjadi teruk berdasarkan umur. maknenye orang tua, kalo kene shingles ni, bahaya lah sikit.

bentuk atapun pattern shingles tumbuh di badan juga boleh memberitahu samada yang terkena jangkitan ini adalah biasa biasa, ataupun yang serius. alhamdulillah, shingles aku jenis yang scatered, maksudnye dia tumbuh merata, bukan berkelompok setompok setompok macam dalam gambar kat atas tu. phewww~

jangkamasa serangan ini akan berkurangan dan terus baik dalam 2 hingga 3 minggu. aku baru hari ke 3 ditumbuhi shingles. ada beberapa hari lagi. ya Allah, bantulah hambaMu ini.

ok, shingles ni sangat gatal. kalo yang jenis main makan je ape saja, korang telan je lah. tapi amalkan makan sayur, pemakanan yang seimbang mungkin. oh, tadi sebut pasal gatal. mungkin akan tergaru, maka terpecah la bebiji shingles tu, jangan risau, virus tu sangat tidak boleh terdedah diluar badan manusia. jadi ianya cepat mati, namun, elakkan diri korang untuk dekat dengan orang lain. sebab, melalui pernafasan, ia akan berjangkit. malah, melaui cecair yang pecah tu pun ada kemungkinan.

jadi, jaga pemakanan, amalkan pengambilan vitamin, minum air masak dengan banyaknya. hehe...

doakan aku cepat sembuh. gatal weyh. tidoku tidak setenang dulu

Jumaat, Jun 25, 2010

semalam demam..hari ni pulak...




ish ish ish... sudah jatuh ditimpa tangga ye.kemudian pasu pulak jatuh atas kepala.

virus melanda diri ini.

bebintik merah berair mula memenuhi ruang kulit badan.

sungguh, aku geli.

gatal, rimas, macam-macam lagi.

sang suami, cepatlah kembali.......

=(


Khamis, Jun 24, 2010

sikit sikit nak demam

atas alasan tidak boleh tidur, walopon status Fb mengatakan aku sudah mahu tidur, jadi aku menulis lagi. ya. aku rasa aku sedikit lemah. walaupun sudah menelan panadol solubel. (tak sedap!) badan sedikit ok. harap2 esok akan baik. sebab esok mahu balik ke rumah mertua. *maklumlah...keluarga sudah menjadi besar~*

sebenarnye, dari zaman bercinta, aku tidak dimanja2 oleh encik suami. semua perkara aku buat sendiri kecuali perkara yang terpaksa meminta bantuan dia. sejak mula kenal, encik suami ajar berdikari. telefon aku hanya sekali sehari, mungkin tiada. zaman bercinta sangat tak best bagi aku. sebab aku dilayan seperti kawan2 sahaja. tak terasa special mana. makan kadang kadang sendirian. kawan baik tiada di U yang sama. personaliti aku pun berubah disebabkan encik suami. ah~ masih rindukan zaman itu.

sebenarnya, aku tidak punya kawan yang sangat rapat dengan aku. aku cuma punya 2 mungkin 3 orang sahabat yang mungkin sejati bagi aku (tatau lah kalo mereka tak pikir seperti aku). aku cuma punya encik suami. yang banyak mendorong aku dalam mencapai apa yang aku ada hari ini. *sambil lihat sekeliling..ok..ade kereta.*

sekarang, bila sudah berubah status, antibodi seperti sudah pandai pandai menukar siaran. terus menjadi lemah. ingat lagi. aku jatuh sakit, demam teruk beberapa minggu selepas nikah. aku dikuarantinkan seminggu dirumah, takut aku terkena jankitan H1N1 itu. kesian, semua bende encik suami yang buat. fyi, baju kotor, kami basuh pakai tangan. semua dia yang cuci. masak nasik, dan beli lauk. menjaga aku sebaik mungkin. bertuah aku!

tiap bulan, pasti aku sakit perut, dan akan melawat ke tandas lebih 5 kali sehari. sampai aku fobia untuk makan. kerana, bila aku makan, aku pasti ke tandas! pernah aku muntah teruk. ingatkan mengandung, rupanya perut masuk angin. mood makan tidak menentu. badan mudah sakit. demam sangat kerap.
hormon pun terbabit sama menukar arus. ceh~

baru sehari encik suami tiada, ada pulak tangan gatal yang mengetuk pintu. selalunya, tiga kali bagi salam, tuan rumah tak jawab. silalah beredar. ini tidak. main ketuk macam nak pecah pintu rumah. dengan lohgat seberang. buat aku makin cuak. aku bukan bias, tetapi berhati-hati. sungguh. tadi sangat thrill~!

tadi, tengok balik gambar kawen. sangat rindu encik suami. dialah buah hati. huhu.. ok..gegirl sekali. tu dia buat muke poyo. =)

bermasalahkah aku?

soalan ni berkali-kali dah memenuhi mindaku. kalau dijawab, akan ada balasan soalan seterusnya. sekiranya tidak dijawab, takut diri ini dikatakan sombong tiada berlokasi. bermasalahkah aku?

setiap pasangan yang bercinta, pasti mau akhiri ke ikatan yang lebih tulus, yang menghalalkan perkara yang haram selama ini. jadi, alhamdulillah...kami sudah disatukan dengan ijab dan qabul. =) masih teringat momen indah semasa encik suami menggenggam tangan ayahku. disitu lafaz yang selama ini diniatkan terluah. aku lah wanita yang paling gembira dan bertuah ketika itu...dan kini. aku masih bahagia. aku benar2 sayang beliau.

kegembiraan kami kongsi dengan 2 ekor binatang peliharaan kami. ADEK dan GEGIRL.. dua bulan selepas kawin aku bertemu gegirl, kemudian adek. =) yup, memang lagi seronok keluarga kecil ini.

namun kegembbiraan ini dicemari denagn soalan orang yang sibuk bertanyekan aku pasal anak....
soalan yang positif aku amat hargai..tetapi bila soaln yang berbau sinis, seperti mengejek. layakkah dia nak bertanya soalan itu kepada aku..?

hei..aku baru setahun berkahwin. bila aku pegi jumpa doktor pun dia gelakkan aku. katanya normal. lagipun, aku alami perubahan hormon yang sangat drastik. siapa yang tak mahu anak? seolah soalan dia sengaja mengejek aku. ah, mungkin aku yang tersilap memahami bentuk dan arah soalan tersebut? entah.. tapi aku punya naluri. aku cukup kenal dengan mereka yang bangang untuk bertanya soalan seperti itu.

hormon masih tidak menentu. sakit hati. anak itu anugerah. ye, Allah memang dah sediakan pintu rezeki setiap anak yang lahir tu.. aku tahu. tapi adakah aku berlagak seperti tidak mahu mempunyai anak?

jadi, lelaki diluar sana.. tolong la jangan tanye soalan sensitip macam ni kepada perempuan yang memang terlalu menyayangi kanak2. fullstop. takde bercanda, bergurau senda kalau dalam bab begini.

p/s; serius, aku sedih~

blogwalking

harini aku mulakan sesi blogwalking. semalam tak sempat. bizi satu hari. hehe. jadik aku dah explore banyak-nye blog. lenguh punggung duduk lama2. pinggang pon sakit. ish.. tak boleh jadik ni. bukan ape.. aku tak boleh kalo tak baca sampai abes blog tu. maknenye abes entry aku baca. best. pandai dorang tulis. aku nih...

mungkin perlukan masa kot. haha. takpe la takde org bace pon. janji aku leh bercerita kat blog aku. kesian dia sorang2 takde orang lawat. ok. nak blogwalking lagi. tata~

Rabu, Jun 23, 2010

makhluk malaysia

*mengeluh*

lepas baca berita hari ini,perkara yang berlaku semalam, mungkin 2 hari yang lepas. menakutkan manusia zaman sekarang. macam sudah tidak bebas lagi. contohnye internet, nampak berkurung je dalam rumah, tapi sebenarnye dah merayap ke mana, shopping online lah. eh..itu aku..huhu

seorang suami menendang si isteri. amboi...bukan main..dolu-dolu zaman berchenta semuanya baik...pijak semut pon, semut pengsan kejap je...ish..ish..ish..

*******************************************************

pagi tadi, semasa hantar encik suami, di radio, sorang pakcik ni telepon la bagitahu, anak dia yang sulung, perempuan, baru aje berkahwin, tapi tak pernah balik ke rumah menjenguk mereka sekeluarga. asek balik ke rumah mertua je. kesian si ibu makan hati sebab rindukan  si anak. si anak...?
kesian, sampai ayah merayu2 suruh anak balik.nasib baik la dj 3 orang tu buat lawak..takde la jadik sedih sangat luahan hati ayah tadi..

kenapa ye? entah la..mungkin ade masalah dalaman..aku pon dengar sebelah pihak je..hehe

********************************************************

yang ini aku marah...

ape rakyat malaysia ni memang dah takde budi bahasa ye bila berada di jalan raya. patut la anak2 zaman sekarang dah tak boleh dibentuk. sebab acuan dah lame rosak.

apa salahnya, bila dah lambat tu, beratur lah..tunggu turn kita. jangan la pikir kau sorang je yang lambat nak ke opis. orang lain pun ade opis jugak.

kau nak potong line kat kawasan traffic light. dah tu, kalo hijau je kau terus potong, habis tu, yang dah lama tercongok depan tiang lampu tu bila pulak nak bergerak..? tak boleh la mcm tu.. aku tahu aku pakai kereta malaysia, siap ade tampal huruf P lagi kat depan dan belakang. tapi tak bermakna kau boleh buat dan layan aku serta pemandu yang lain begitu. beratur lah. amik masa, bersabar lah. jangan satu hari nanti, time ko tengah sakit ke, nazak mungkin, mungkin family ko bawak kete atau naik ambulans, lepas tu kalo orang tak nak bagi laluan untuk kereta kau/ambulans tu lalu. masa itu, memang padan lah muke kau~

p/s; aku ingat nombot plat dan jenis kereta kau. jangan sampai aku pegi cari. (gengster abes lah ni~)

Selasa, Jun 22, 2010

ehem2 dia kene bedah

tadi dapat email dari walid.

oh. sape walid? dia bapa kedua ku. panjang kisahnye.

ayep dah selamat di bedah pagi tadi.

dia sakit ehem2.

rasanya sebab dia selalu menangis dan meneran. itu yang jadi macam itu.

sedih pulak tengok gamba dia tengah tido a.k.a pengsan.





semoga cepat sihat ye ayep.

kakli rindu ayep.
nanti kakli balik lawat ayep neh.
jangan kuat nagis lagi.
ayep dah besar lah!

Isnin, Jun 21, 2010

dia akan pulang tidak lama lagi

hanya 12 hari lagi. lepas ni dia akan kembali menetap di malaysia. dah 5 tahun dia di sana. banyak yang tidak best katenye. hmmm... banyak bende yang best2 aku dah termissed (rojak punye ayat) nak buat dengan dia. dulu dia lah bestfren aku. ape yang aku buat sume dia buat. eh, bukan..ape yang dia buat sume aku nak tiru..haha..
orang sangka aku dengan dia kembar. walhal (cewah penanda wacana) kami tidak seiras langsung. mungkin saiz badan dan ketinggian buat kami kelihatan seperti sama.
dia ni aku rasakan lebih matang dari aku. ya. hehe. sebab selalunye aku yang dapat nasihat. bukan beri. ish3..sabo je lah.
tak sabar nak pegi klia dan amik dia bawak pulang ke rumah. sume orang sudah rindukan kamu. cepatla pulang.
oh. hari ini dia ade interview. harap2 lulus. balik malaysia terus bekerja.

siyesly. bangga ada adik seperti kamu. harap kamu pon bangga punya kakak seperti aku.

dia mestilah yang tidak memakai baju pengantin itu. itu dia~ hehe. hugs n kisses~

saja nak mengomel sedikit

musim kawin dah berlalu.. sebab sekolah pun dah bukak hari ni. aik.. sekolah dengan aktiviti nikah kawin ni berkaitan ke ape? hehe.

aku pun dah kawen. cume aku pelik sedikit.

kalo time nikah kat masjid, atau surau atau kat rumah, kemain bertudung...
bila masuk bab sanding abes terbukak semuanya.

sang suami kelihatan bangge je sang bini tayang free kat orang kampung. hehe. suke lah kot. bini aku cantik!

so, tudung ni ibarat fesyen je lah kan.

oh, tak boleh ngomel banyak2.

tata~

Ahad, Jun 20, 2010

thank u Bro Ben...hehehe

thanks kepada bro ben sebab sudi listkan blog aku dalam listnye. bak kate bro ben, berada dalam list bukan batu loncatan ok..mungkin boleh jadi batu api..erk~~ salah2..
pada aku, berkongsi link ni ibaratnye berkongsi pendapat.. ape yang patut dikongsi, kongsikan lah. selain tu boleh tambah kawan.. =)

oh, sebenarnye nak tunjuk video ni, mahapkan la, aku pakai camera je rakam video ni.

encik suami ade sukan harini. mula2 kalah untuk acara peberet. kesian aku tengok. last pulak tu.. ade kesilapan amse starting. mungkin bukan rezeki beliau nak dapat emas.

susah gak nak pulihkan semangat dia. hish!

last, bila time 4x100m, dorang menang!! yeyeh!!

sila lah tgk video ni. encik suami runner ke2. nampak dia speeding aku terus jadik tak tentu arah, terus rakaman ke mana, hehehe...



hehehehe... si bini dak eksaited nak tengok betul ke laki dia yang dok lari tuh...jadi bergegar lah camera ditangan..

ape2 pun, nice run!

award from my student named najah



oh, thank  u najah dear sebab bagi cikgu award ni. lame dah cikgu tak main bagi2 award ni. thanks ya.
tapi cikgu tatau nak bagi kat sape lah. so i keep it for myself k. hehehehe..

oh ye..kene puji tuan blog yang bagi award ni kan..
hehe...

najah student yang baik..
comel
dengar kata
but always get confused bile cikgu ajar..



thanks my dear!
happy back to school!

abah....

selamat hari abah....abah..
tukar lah.. semua nak cakap hari bapa. padahal panggil ayoh, abah, pak, bapak..hehe..
yang kaye maye sikit panggil lah papa atau daddy..eh..mane ade, tak bape kaye pun panggil macam tu... hiks~

tanggal 20 jun 2010, hari ini lah kan.
hari bapa sedunia disambut oleh semua...
yang masih ada ayah, mesti buat surprise kan..
atau pun phone call...tak kisah lah..

yang sudah tiada, pastinya sedekahkan Al-fatihah untuk arwah..
takmo sedih2 k.. kite happy happy je.

sape takde abah kat sini angkat tangan??!!

opkos, kita yang dilahirkan ini pasti ade abah.
aku pon ade. abah aku ensem waktu muda2...macam rosyam nor. lantak la kalo korang kate rosyam nor tak hensem~ hehehe

abah aku jauh..nun....kat terengganu..

aku ingat mase aku kecil, aku sangat rapat dengan abah. selalu malam2 aku ikut abah pegi main badminton. kadang2 pegi main bola sepak. abah aku terer main bola sepak. dia striker. hehe.

bila sesuatu berlaku dalam keluarga kami..
abah mula diam..tak banyak cakap...(sebelum ni ok sikit lah)
aku pun tak duduk sekali dengan abah..
aku duduk dengan ibu..
ibu yang bela aku..
adik beradik..
cume abang yang sulong yang duduk dengan abah..

aku mula tak rapat dengan abah bila abah mula kawin dengan umi..
abah dah ade famili baru..
ada anak2 baru yang lebih memerlukan perhatian abah...

seingat aku..
aku dah jarang bertemu abah.
telefon pun begitu.

masa aku di tingkatan 5, ada sekali abah lawat aku di asrama.
itu je. sekali.

teringat ketika aku menunggu untuk beratur naik ke pentas pada hari konvokesyen,
aku dapat mesej,

"abah mintak maaf sebab tak dapat bersama li pada hari ni"

terus laju air mataku mengalir...
aku ingat abah sudah lupakan aku...
maklumlah. abah busy dengan keluarga baru...

waktu aku ingin menikah, abah hadir
cuma menjadi wali dan nikahkan aku..
majlis sanding aku, abah tiada...

aku bukan tidak suka keluarga baru abah..
cume aku tidak selesa..
layanan umi bukan seperti masa dia mula2 kawin dengan abah..

sampai ade yang mengatakan aku buang abah sendiri
disebabkan aku dah jarang hubungi abah...

aku harap abah faham..

abah...li bukan tanak tepon abah tau..
li cume tak tahu nak cakap ape... u_u

selamat hari abah....abah~

lelaki pendek kurang hensem?



teringat waktu bercinta dulu, encik suami selalu bertanya mengenai ketinggian. pada aku ketinggian tak beri apa2 makna pun, sebab, masih ada bangku kuda2 kalo aku nak amik barang yang ada kat atas almari. rasenye tak perlu tinggi2 sebab aku pon petit sahaja.
aku ingatkan soalan hanya terhenti disitu, rupe2nye lepas kawin lagi banyak dia soal aku~~~~!!! waaa~~

hahahaha~ lawak je aku lukis. tapi memang aku pendek dari encik suami. cume encik suami aku tak berapa nak tinggi macam lain2 lelaki. tapi bagi aku, dia tak pendek pon. sedang2 saje. kire bagai pinang dibelah dua lah dengan aku, keh keh keh.

beberapa bulan sebelum kawin, aku search kat google, pasal nak tinggi. fuhhh~~ memang ade tau. macam2 cara nak tinggi. cakap je cara ape..sume ade...namun, setiap keinginan tu pasti ade pengorbanan yang akan dilakukan. cewah!

cara yang menyakitkan pun ade. hishh~!!


haaa... betul...bende ni mula cam hahahahah...gelakkan...tapi last2 aku cakap kat encik suami. ape kate kite try. lagipun rm60++ je. JE? bajet kaye lah. so, aku pon beli lah, hmmm.. lepas sebulan, nampak perubahan. naik 1 cm sebenarnye. tapi pakai bende ni kene ade pantang. kene jage makan, oh..macam pakai susuk pulak kan.

sepatutnye memang boleh naik lagi ketinggian tu. tapi tak jage makan. dan bende ni kene pakai a few minutes je. bukan main pakai macam encik suami pakai. haha.

ok. ade beberapa cara lain yang agak drastik.

satu cara ialah patahkan tulang, n bagi ubat, then biar tulang tu tumbuh balik. scary gile. tak caye? google lah!

dan ade gak yang suntik, tapi ade effect la lepas tu. tatau ape kesannye. tak amik tahu pulak.

alah...tinggi ke rendah, takde la bermakne sangat pon. takat nak hensem2, hati busuk buat ape? biarlah sedap amte memandang. aa..lagi satu..takde makne eh kalo bini lagi tinggi dari suami, murah rezeki. rezeki tu ALLAH yang bagi, bukan bini yang tinggi. ok.

tata

Sabtu, Jun 19, 2010

Dance India Dance L'il Masters

fuhhh...tengok budak2 kecik ni menari. sangat awesome! tapi budak2 ni sangat mudah di bentuk. lentur lah ikot kemahuan kita. tapi, kalau boleh, biarlah ke arah kebaikan. jangan katekan budak2 kecik. budak besar pun...kalo kita pandai tackle kemahuan dia, automatik dia akan ikot kemahuan kite. macam mane tu? oh..mudah, kita cuit saje hati mereka. tapi nak cuit hati tu bukan kerja senang... kene belajar lah macam mane...hehehe..
tengok DIDLM ni, teringat mak aku, dia suke tgk cite camni. agaknye dah malas nak layan drama melayu kat TV tu dah. bosan katenye.

oh..rindunye kat ibu.
kakli balik nanti ye.
tunggu kakli..
masak sedap2 tau.
kakli lapo~

malas nak drive.

oh. kejap lagi nak ke UKM, hantar encik suami ke sana. ada sukan staf. ish,
tak suke drive. hahaha.
esok pegi UKM lagi.

lari laju2 ye sayang!

Jumaat, Jun 18, 2010

Vita Cat, produk malaysia

macam best je. dalam berita jam 8 tadi ade bagitahu, tak banyak jelly dalam wetfood, jadi bagus lah. maknenye tak banyak bahan awet. banyak isi ikan. kalo tengok harga, macam lebih kurang je. wetfood yang dalam tin murah sedikit. rm3.50. nampaknye kene cube ni. try bagi kat gegirl dan adik. sekarang ni dah kurangkan beli wishkas. just belikan ikan, rebus kemudian gaulkan dengan nasik.berselera betul!

esok nak carik vita cat ni. harap2 mudah nak carik di pet shop!

orang sabah begini kah?

masa di sabah. semuanya indah. kecuali satu. sikap semasa masuk tandas awam. pada awalnya aku masuk tandas, ok la rm0.30 sekali masuk. tak mengapa. di depan ku ade 2 gadis sedang menunggu giliran. aku memerhati sekeliling. bersih. sungguh selesa.


siap ade tv lagi tuhh..... siyes..ade kelas la tandas2 di sabah ini. haha. kalah tandas kat kl nih.. berlumuih aje! tapi bukan nak kongsi pasal tandas, sebenarnye nak kongsi pasal sikap orang yang masuk tandas. perkara ni hanya berlaku terhadap diriku yang ketika itu berada di SABAH.

tengah dok Q ni, ade la makcik ngan budak kecik..ok la..dia masuk, terus beratur belakang aku, kira tunggu giliran la...ok la kan. tapi yang menyakitkan hati adalah seorang gadis yang pada aku cukup sifat dan akalnya, terus melulu masuk ke dalam tandas yang pintunya baru sahaja dibuka, orang yang dalam tandas tu baru je nak keluar, ok, ko tak boleh nak tahan dah, sekurang2 nye berbudi bahasa lah sedikit. kata lah, sori, boleh saya masuk dulu? tak tahan dah ni.... ke ape ke... dah la masuk toilet tu, dekat 10 minit baru nak keluar. nak kate tayyamum, ade air dalam tu... ish! aku masuk toilet tu hanya menunggu, belum guna lagi dah 20 minit. orang yang gune sebelum aku tak keluar2 lagi dari toilet....berak batu atau sakit buasir???

last2 aku berlalu pergi tanpa menggunakan toilet. abes selera nak membuang. sakit hati. mula2 nak mintak bali rm.30 aku tuh..tapi, malas nak jadik kekwat kat situ. aku blah!

keesokkanya, di ranau, di petrol station, aku beratur lagi. kali ini aku orang kedua dalam barisan. mase tu cume ade aku dan kakak ina. jadi, aku pun ke belakang sedikit, membetulkan kaki seluar, takut terkena air di dalam toilet, siap saja, aku lihat ade 3 orang budak perempuan dah potong line aku...eh???? muat pulak dorang masuk celah2 ni.... dalam hati..geramnye aku!!!!!! apsal eh, tiap kali aku masuk tandas je kene camni...?? hoho..sangat bengang.

aku sound direct, dik, tak nampak ke saye beratur? orang lain pun nak buang jugak. bukan ko sorang je. haha. biarlah dia nak pk ape. aku rase tak puas hati sangat2. bila dah masuk dalam toilet, pintu dah kene ketuk. what the hell?

keluar je dari toilet aku sound selambe je. biar mak pak dia yang tengah beratur tu dengar. ajar sikit anak kamu. aku tahu lah sabah ni sejuk. buat tangki masing2 penuh, tapi  bersabar lah. jangan pentingkan diri sendiri.

tapi, bukan la aku nak kate orang sabah begitu begini, tidak. kat mane2 same je kot. cume, aku tak pernah alami pengalaman ni masa kat semenanjung. aku cube positif la. tanak la gaduh2 bende2 tah pape ni kan...

malam tu, masa dinner, ade sorang akak komplen kat aku,

" eh, akak pon perasan lah, orang sabah ni memang jenis tak reti bersabar eh...?"

terkedu aku.

p/s~ orang sabah yang bace jangan marah naaa~~

Khamis, Jun 17, 2010

KK trip was awesome!!!!

10 jun 2010

perjalanan kami bermula dari Lcct, flight pukul 6.30. sharp kami terbang. pertama kali naik kapal yang boleh terbang. hehehe.. perasaan, ok je.. dalam kapal, perut terasa lapar sangat2, terpaksa lah membeli belah makanan di atas kapal itu. ala..beli roti je pon, harge kemain melambung, tapi logik la, dah memang di langit biru. melambung lah~
penerbangan memakan masa 2 jam 30 minit dari KL ke KK. sangat bosan di atas sana. jadik, korang bawak la psp ke, buku ke. ape2 lah. janji 2 jam 30 minit tu terisi. nak tido pun takpe. tapi tidak begitu selesa.
nampak? tak selesa kan. tapi tak pe lah. dah tambang pun murah. ape nak kate lagi. sepanjang perjalanan aku takley tido. dah la dok jauh ngan encik suami. kejap2 main sudoku yang ada dalam majalah air asia tu. kejap2 pramugari tak bape nak lawa tu lalu..sungguh. tak lawa. harap mekap je. pramugara ok sikit. haha.
beli air mineral 350ml bersamaan rm 3.00 ok. aduhhhh... nasib baik dalam kapal tak sakit perut ke, nak wee wee ke.. pheww~~
lepas sampai kat airport KK, kami terus ke hotel. menginap di Tune Hotel. nama pun Tune kan. jadi semuanya perlu diTune sebelum dapat services. kite hanya bayar bilik je. bilik ade kipas dan ekon, tapi kalo nak gune ekon, kene bayar. hoho..prepaid ok. TV pun begitu. memang tersembul satu tv 14 inci kat dinding. flat screen ok, tapi ape gunenye tv kalo takde siaran. boleh ON tv tu kalo dah bayar. so, kami bayar rm7 untuk 24 jam. kate prepaid, (bila iklan je tutup, hisham rahim, 2010)...hahaha..sangat bengong. sah2 aku tanak dok situ lagi len kali.
dari Tune hotel kami jalan kaki about 5 minit untuk ke kedai makan. hmm.. satu yang menarik ialah, hotel2 berdekatan bersambungan dengan mall kat situ. sangat best la. kirenya bende2 disekeliling dah membutakan mata kami untuk mengutuk Tune Hotel. jadi, Tune, jangan lah berkira sangat ok~

aku makan nasik goreng lalap. macam lalat je bunyiknye. lalap ni ayam goreng tepung. takde la spesel sangat pun. lepas makan tu aku mula sakit2 perut. entah la....=(



ini nasi ayam sinario. oh. kedai ini namanye Sinario. siap ade cafe kat bandar KK....ternampak hari tu. hehe. ok lah nasik ayam dia. biase gak. same cam kat semenanjung. cukup la untuk mengeyangkan perut dikala itu.

11 jun 201o, hari ke 2 di KK. Aktiviti utama kami ialah snokerling!!! sangat2 seronok. pukul 9 pagi kami berkumpul. kalo menginap di sini, ada shufle bus untuk ke bandar. so, naik je. dari bandar KK baru lah amik teksi untuk ke jeti Jesselton. tambang teksi lupe. kami bergerak ramai2. 10 orang sebenarnye, jadi, kos pengangkutan jadik sangat murah. =)

bot yang hantar kami ke pulau adalah boat yang sama. maknenye kite dah booked dia lah. yang bestnye abg boat tu bawak boat sangat laju!!! best gile!!

banyak gambar gegau mase dalam boat. hehe...pulau pertama Pulau Manukan. sampai2 je sakit perut. aduhh... aku kalo tak kene ceriveri ni tak sah. dalam sebulan wajibalghunnah kene. ish! sakit macam nak muntah2 kat situ jugak. tapi kene cover. berusaha carik toilet. fuhhh..

yang menyakitkan hati, masuk toilet je...toilet macam hareeemmmm!!
sebut pasal toilet. ade bende nak kongsi pasal sabahan kat blog ni. ape dia...? tungguu..dah letih taip entry ni. hehehe..=)

adiosss~~



sweet moment in Tanjung Aru

thanks abg jad sebab secara paksa disuruh snap gamba ini. hehe. sori, model tak biase ngan camera mahal2 ini. jadik begini lah gamba kami. huahuahua...



bijak, tapi malas

alhamdulillah....
semalam, adik aku, echa, dah berjaya abeskan final paper dia. alhamdulillah.. lepas 5 tahun duduk kat volgo.. teringat 5 tahun lepas, telefon kat ibu, menangis nak balik... sebabnye tak suke duduk sane... standed la..duduk negara orang, bukan negara islam..macam gitu lah.. sebab tu lah kakli tanak belajar pandai2..mesti kene fly juge...hik hik hik..alasan yang selalu aku gune kat ibu. ye, ibu selalu kate macam ni..

"kakli ni bijak, cume dia malas!"

hmmmm... tersenyum sendiri.. ibu, banyak pengorbanan ibu dah buat.. memang, orang masih kekal dok mengata ibu, persetankan mereka. ape mereka tahu?? ada mereka bagi duit nak suap anak2 ibu makan? oh tidak~~ jadik, kite buat2 tak tahu je lah pasal mereka. buang dalam tong sampah atau dalam loji tahi pun tak ape. hahahaha~~ mari gelak ramai2..

aku anak yang BANYAK buat pasal. banyak buat agenda.
alhamdulillah..lepas aku jumpa si dia. aku berubah. jadik anak yang baik. biarlah orang kata umpat pasal aku. itu dulu. sekarang aku dah lain...

banyak ibu dah buat untuk aku...

ok. tamo sedey sedey. patutnye cite yang hepi2 je. hehe

adik aku bakal doktor, 21 haribulan ni, beliau akan ada interview dengan orang mara (kot)... semoga beliau lulus. rasenye beliau akan berjaya. =)

alhamdulillah, adik2 aku tak banyak kerenah. sume dengar cakap. rasenye dorang lebih matang dari aku. hehe. aku kan mude lagi. kuang kuang kuang...

flashback....

molie!! jom makan!!...ibu jerit dari luar

jap!! jap..!! sahut aku

tak sedar rupenye ibu mengintai aku.

o....study ke....kate ibu lembut...sambil mendekati aku..

opsss...terjatuh pulak buku yang aku pegang...

laaa!!!! baca buku doremon??!! kua sekarang! pegi makan..! jerit ibu

hahahahahah~ selambe je muke turun dari katil pegi meja makan...

makan. makan.

banyak akal ini budak~ kata ibu...

**************************************************************

kalau aku belajar betul2 dan pandai2.. siapa nak tengok ibu? kalo anak2 sume duduk obesi?
alang pun hampir2 nak ke jepun, nasib baik budak tu pikir nanti makan tak sedap...blablabla..
last2 duduk UTP, sangat la dekat dengan rumah. jadi, tugas dia jaga dan tengokkan ibu..
aku? aku kan da kawen..tapi wajib tepon dan tengok ibu...hehe.. kadang2 pau ibu..haha..

bagus jugak tak belajar pepandai. kalo tak, mesti aku dah fly jauh2, lepas tu susah dapat pasangan, sebab aku mesti demand tak agak lah.. mesti jadik anak dara tak berapa nak tua.. keh keh keh..

ah, berangan lah.

yang penting, ibu aku kate aku masak sedap~ lalalala~~

Isnin, Jun 14, 2010

delayed

hmmm...baru je nak happy2 pulang ke semenanjung, cuaca pulak tak mengizinkan... jadi, flight terpaksa ditangguhkan. sebab kalo terbang pun mungkin tak sampai, ish~

perut sebenarnye lapar,...tapi takot plak kalo makan nanti terCeriBeri. susah la ade perut sensitip ni. sikit2 nak CeriBeri. ah~ payah sungguh nak berjalan. ni pun perut tengah berkeroncong ni. berdondang sayang pulak~ adoi~

10 jun hingga 14 jun di sabah, sangat best! erm.. so~so lah. sebab ade beberapa perkara yang tak bape nak best~  -_-"

nak cite satu2 pasal sabah ni, nanti lah aku cite... nak kene tenguk2 balik gamba2 yang dah diambik, buleh la reka cerita apa pun kan.. haha..

hoho~ laparnye aku~

cepatla cuaca ok. aku mau pulang~!!!

Jumaat, Jun 11, 2010

Kota Kinabalu!!

fuhhh~~
alhamdulillah. selamat sampai ke KK pukul 9 malam tadi. pramugari tak cantik sangat la air asia ni.. tapi pramugara hensem, pilot plak tua. haha. ke situ pulak ye.
penerbangan memakan masa 2jam 30 minit dari Lcct ke KK airport. aku dok jejauh ngan hubby. sangat menyakitkan hati ok. buhsan tahap gaban!!!
nak tengok awan pun kejap je dapat tengok.

ini adalah kali pertama dalam hidup aku naik kapal yang bole terbang. naif kan. hehe. sebelum ni tak berpeluang. jadi, sementara dah ada ni, aku naik lah. hmmm..macam2 orang cite, ade rase naik roller coaster lah... bagi aku biasa je, macam naik permainan yang ade kat fun fair tuh. rasenye DISCOVERY  kat funfair tuh lagi menakotkan.

hari ini, sampai, check in kat Tune Hotel. peh, sumenye nak kene tune. hampeh sungguh. korang bayangkan, tv dah ade sebijik melekat kat dinding, tapi kalo nak tengok siaran, sila bayar ye. siap macam prepaid plak tuh. gile budget sungguh ini hotel. mau kalo dia kate berak 2 kali je sehari. mau sembelit aku laki bini. ish ish ish.. aduh malaysia ku yang indah~~~

oh, semasa dalam kapal berterbangan itu, aku dan encik suami sangat2 lapar. jadi kami belilah makanan. aku mintak mineral water yang berisi 350ml air itu berharga rm3 ok. encik suami makan roti pizza, kalo kat kedai roti rm1.50 je. tapi di atas sane dah jadik rm7 kot. gile lah. hmm.. kaedahnye..makan atau tidak, turun je dari kapal tu perut berkeroncong jua. rm 13 tadi dibazirkan secara sukerela lah. -_-

kat hotel ni, ok lah, ade kedai makan "berdekatan". boleh tahan sedap lah jugak. kalo tak sedap akan ku bantai jua. lapar sangat2. hehe.

esok plannye nak pegi bercanda di tepian pantai. aku pon eksaited. lame tak jumpe air laut nih~ padahal aritu baru je g PD. hehe. ok. akan di update later. gambar2 pun. now nak tido, esok nak buang tenaga lagi.

p/s: ape la kisah adik n gegirl kat rumah ye...rindunye!!!

Khamis, Jun 10, 2010

kene tinggal

beberapa jam lagi nak terbang. sume dah kemas dalam bag. satu bag je. hmm. dalam dilema nak tinggalkan budak 2 ekor tuh. agak2 ok ke tinggalkan 3 hari ni. dorang pembersih sikit, kalo toliet dah penuh. sanggup dia tahan sakit perutnye itu. ish! harap2 oklah. makan pun tak berkira. hmmmm...

bukan ape, sebelum ni, gegirl dan adik suke makan wet food, jarang nak makan biskut. memang demand sikit. selalunya rebus ikan untuk dorang ni. suke sangat. sampai tulang pun tak tinggal! biasenye, kalo balik kampung, akan bawak dorang sekali. tapi kali ni nak jalan jauh..so, tak boleh la...

adik pulak jenis nak keluar rumah je.. risau kalau dia terkeluar dari rumah. dah la jenis tak tahu carik jalan balik. adik...adik...
macam pagi tadi, gegirl dok bising2. rupanya, adik dah keluar pegi jalan2 tah ke mana. bila aku panggil nama adik, dengar sayup2 suara dia. oh...nasib baik ada, cuma adik tak tahu jalan balik ke rumah. dia kompius rumah kat tingkat bape.. ehehe.. maklum lah ruamh flat. lebih kurang sama je kan. =)
kesian kat gegirl dok mengiau carik adik. baik sungguh si gegirl ni... -_-



gegirl suke kaco time2 ber FB, blogging~ dia memang pendengki...hehe...


alamak, gamba gegau (slanga melaka) pulak. hehe.. adik yang dulu gemok, sekarang kurus dah..siannn..


kepada adik dan gegirl, jaga diri kat rumah bebaik k. elok2 tau. kunci pintu. kalo ade stranger, jangan bukak pintu. avoid strangers tau. hehe. mama luv u!

ok. papai~

Rabu, Jun 09, 2010

dating dengan AZLAN ZAIDI

eh? sape AZLAN ZAIDI? hooo... hurup besar lagi ye. beliau adalah suami aku. hehe. insan yang bertakhta di hati selepas cinte berok makyeh. hahaha~ lelaki ini banyak mengajar aku erti kehidupan. erti kasih sayang. lelaki ini yang mengubah segala pemikiran aku yang dulu. thanks sayang!


eh, tu bukan beliau. tu adik lelaki aku. alang kolang nama panggilan manje beliau. solo lagi ni. sape berkenan. roger la. banyak kelebihan yang ade selain dapat kakak ipar yang cute miut. hahaha~




hah~ itulah beliau. sedang2 aje lah orang nye. sweet sour. hehe. umur beliau tahun ni 26 tahun 1 bulan 5 hari...hehe.. sayangnye kat si AZ ni!! ok.

sebenarnye tadi keluar dengan AZ ni, dating tengok wayang je pon. dah siap2 makan kat rumah, lepas lunch pegi the mines. sebab dekat aje. malas nak drive jejauh. dah lama sebenarnye tak keluar dating. dulu last, pegi melalak kat alamanda. erm..rasenye mcm dah tak best je dah. terlalu ramai remaja2 yang susah nak cite kat sini. ish!

mula mula nak tengok LBS, tapi penuh pulak, jadi setelah mendapat kata sepakat, kami pon tengok cite ni...

actually cite dia biase je...cume jadik seronok sebab kucher sangat comel dalam filem tu..hehe.. meh cite sikit cite dia camne..

pempuan tu, nama dia Jen, dia baru lepas kene dump kot, then ikot mak pak dia g bercuti dengan terpakserela lah. so kat Nice, dalam lif, Jen jumpe ngan Spencer. sweet la.. gitu gini.. then dorang kawen. 3 years later lah keadaan jadik huru hara. sebenarnye, sebelum kawin, spencer keje sebagai agen bunuh orang. hoho~ spencer dah gtau Jen, tapi jen tertido..stendet la jalan cite nih.

bila huru hara, ditambah pulak ngan jen dah pregnant mase tu. (cite dia cam cepat gile masa berlalu).. semua orang nak bunuh spencer ni, 20 juta kalo dapat bunuh spencer. jadi..mati ke spencer? sapa yang nak bunuh dia..? hangpa suma tengok la kat wayangggg~~ hehehe...

ok ok.. aku gtau..

rupe-rupenye jiran2 dorang yang nak bunuh spencer ni.. memang haru biru la keadaannya. orang yang kite anggap kawan, bule pegang pistol dan nak tembak kite. gitu le...

bla bla bla... akhirnye dapat la tahu, orang yang nak bunuh si spencer ni adalah ayah mertua dia, iaitu bapak jen. ape sebab nye? sebab dia (ayah mertua) ingat spencer akan bunuh dia kalo dia tak bunuh spencer. oh.. gitu la citenye. kemudian jen la yang leraikan, suh janji jangan bohong.

mesej cite ni adalah, kite share sume bende, jangan bohong2 atau selindung2.. begitulahhh...

cite nni funny sebab ade selingan watak2 yang memang spontan kelakar. =) kirenye gelak memang ikhlas lah!

bila dah abes tengok wayang, jalan2 kejap, beli shades..yang rm15 jer..tak mampu aku nak beli yang ratus2..gaji pun takde.. lepas tu jalan2 masuk kedai kamera.. usha2 sama itu dslr. hmmm...bro dalam kedai mmg bagi harapan betoi kat aku. takpe..tunggu aku bergaji. hehe.

kemudian, jalan2 masuk kedai kasut. yeh! dapat pau kasut baru! erm..sesuai ke nak bawak p sabah? ish~!
tapi bukan sebijik camni. tapak je. sangat kemaruk wegdes macam ni. potato wagdes. hehe. wagde tu baji. potongan baji kot~

okes. sekarang mahu simpan2 baju dalam beg beroda. esok mau terbang ke sabah. weehuuuu~~~ first time nak naik kapal terbang, selama ni tak pernah naik. sangat ketinggalan kan. hehe. takpe. ade orang tak pernah naik basikal. lagi sedih.

nak berjalan kucing sambil memakai cermin mata hitam baru yang murah itu~

babai!

xoxo~ haha.



Selasa, Jun 08, 2010

betul ke dalam hati ada taman?

tadi amik henset. lame tak mesej2 dengan kawan2. saje je lah.
tetibe dapat mesej dari anak murid. budak tingkatan 1, lelaki. nama abu *bukan nama sebenar*

"sLamAt Ary GuRu dRi Abu. ;-) SAYANG CIKGU MOLI. (jauh di dasar hatiku inginku teriak aq SLAMAT HARI GURU!!!!!)"

tersenyum aku seketika. teringat kisah si Abu ni. bukan seorang pelajar yang pintar, dan tidak terlalu lemah. ade potensi diri yang boleh di asah. namun bukan mudah nak mengasah potensi tersebut.

*******************************************************************************

"ok, kite dah belajar cara cara nak pasang lampu ye. apa yang perlu awak buat kalo lampu kat rumah tak menyala. dah tahu mana yang rosak...so, kite sambung topik baru minggu depan. ok kelas. terima kasih"

"bangun semua...terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu, doakan kami cikgu!" jelas suara faiz, si ketua kelas yang sedikit pasif.

"ok, sapa nak tolong cikgu ni?"

"saya! saya!" abu melulu ke depan, nak tolong cikgu.

aku tersenyum. bagus abu. jarang yang rajin nak bawak buku cikgu. kenapa awak tolong cikgu? tanye ku pada abu.

" em... saya memang suke tolong cikgu...cume kadang2 cikgu tak bagi saya tolong..tak pun asek suruh orang yang sama je tolong dia..." jelas abu sambil memandang ke lantai.

ok.takpe. jom ikot cikgu. kate aku tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ye, abu ni bukan budak yang membantu dalam proses P&P. ape itu P&P? pengajaran dan pembelajaran. betul... yang dia tahu, kacau orang sebelah sana.. cuit orang sebelah sini.. memang kelas akan hingar bingar sebab abu ni. tapi dia bukan budak jahat.

yang paling aku ingat, masa pensyarah datang untuk menilai proses p&p aku. abu berlakon dengan baik sekali. dia menjawab soalan walaupun salah. dan aku sebagai guru, tak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menjawab soalan.

pernah aku memarahi abu dengan niat untuk membuatkan dia insaf. abu menangis bila aku herdik sikapnya. bila aku kaitkan betapa sedihnya ibu bapa dia sekiranya tahu perangai abu di sekolah. sungguh, sedih aku melihat air mata itu, tapi, untuk menyedarkan dia, aku sanggup! cewah!

aku dapat rasakan dia akan berubah, mungkin setahun dua, atau lebih.

abu, cikgu harap, abu boleh survive di sekolah. bersaing dengan rakan rakan lain. dapat markah yang baik. tidak terlalu cemerlang tak apa. asalkan abu nak belajar.

ada beberapa murid aku yang masih ketinggalan. tapi apakan daya. aku tidak lama di situ. aku harap setiap pesanan, kata kata ku, akan diingati mereka.

buat abu, cikgu tahu, cikgu yakin dengan kamu.
kamu boleh buat, cume kamu perlukan bimbingan. carilah mana mana cikgu. bukan cikgu seorang je. ada cikgu lain yang lebih best. lebih seronok!

cikgu harap, 6 tahun lagi, cikgu jumpe kamu, kamu di antara orang yang berjaya! tak cemerlang dalam akademik pun takpe, asalkan akhlak kamu baik. =)

amin!

adik gatal

okeh.
seminggu yang lalu, adik kelihatan miang sekali. beliau meliuk lentok, menggeselkan badannya ke lantai.
ah, malas nak layan adik ni. selalunye adik ni gedik aje. hari hari pun begitu. jadi sangat malas untuk melayan beliau.
bila dah tak layan. lagi agresif tindakan beliau. panjat tingkap. oh. kita ni rumah kat tingkat 5 adik oiiii!
dia boleh layan duduk kat tingkap tu sambil angin sepoi2 bahase melayu ke pipi beliau. sah adik dah gatal menggelenya nih!

******************************************************************************

miauuuuuuu....miauuuuu....miauuuuuuu!!

tu lah dialog dia. hanya itu. kejap masuk bilik air. termenung, miau miau.
kejap pegi kat dapur.miau miau... hidu hidu makanan. jamah sikit. kemudian miau miau...

*********************************************************************

satu pagi yang hening, aku nak ke sekolah la. siap2 tengok gegirl je yang ikot aku ke hulu dan ke hilir. adik mane? oh..tido lagi kot. selalunye macam tu lah.
cek bilik toilet dia, takde, kat tingkap pun takde. ish, mana adik ni...hati dah gelisah. jangan la dia ilang. dah la sayang sangat kat adik ni.
tengok jam di dinding, dah pukul 7 pagi, nak shoot ke nilai ni. hoh. tak bule jadi. kene pegi sekolah tanpe mencarik adik. takpe lah. tawakal je lah. adik mesti balik nanti.
baru je turun tingkat bawah, nampak adik! adik dengan si oren. si oren ni, kurap satu badan. suami kata, dulu si oren ni gemuk, sekarang sah kurus, kurap satu badan masih hidup bahagia...
aku nekad, adik perlu diselamatkan. tanak waris nanti berkurap satu badan macam bapak dia! jadi, dengan tangkasnya aku mengambil adik, tapi si oren juga pantas, tanpa membuang masa beliau juga menerkam adik seperti mana aku terkam. jadi, berlakulah perebutan hebat di situ. plus, aku geli ngan kurap dia!!!!
jadi, secara sengajanya, aku sepak si oren, tapi tak kuat, cukupla sebagai warning, jangan kacau anak dara aku!
setelah 3 minit pertarungan itu, si oren mengalah. beliau berlalu pergi tanpa menoleh kepada aku. timbul perasaan bersalah. tapi aku gagahkan jua semangatku nak selamatkan adik!

berpeluh aku!

baru lah rase lega bila dah selamatkan adik. =)

* adik yang tetompok tu, sebelah dia gegirl*

Sabtu, Jun 05, 2010

budak botak


semalam jumpe budak kecik nih. oh sangat geram.
 mama dia name irda, aku panggil kak irda lah. suaminye abg kimi.
happy couple dorang ni.
budak kecik yang botak ni, pegang macam mana pun, dia diam je.
tapi semalam tatau dia menangis sebab ape. lepas aku bisikan kata kata ini..
"laa ila ha illallah..muhammad rasulullah..."

mungkin aku nasyidkan mendayu2 kot. huhu~ -_-"

nama dia Fauzan Hafiy.
umur 4 bulan kot. tapi badan dah keras dah. pandai lak tuh. hehe.
minuman peberet, opkos la susu cap gantung kan. haha.

tu dia..
ni bukan budak kecik tadi, ni bapak budak. single lagi ni. sape nak leh roger i. hahahaha~
ya ampunnn..
jangan marah yeww~~

tu baju ijau, match maker aku n encik suami. =) tapi sayang seribu kali sayang.....~
nama dia abg jad.
baju merun tu, abg bub. keeper paling berjaya tau. susah nak bolos. tapi kadang2 bolos jugak beliau.

* yang pakai cap tu single gak*

kat belakang sana tu patutnye nampak, tapi dalam gamba ni tak nampak pulak, ade noraniza idris. kenai dak?
tak kenai...? lantak ang la... hak hak hak..

p/s; lawa gak noraniza idris tu secara live. tatau la kalo mate aku yang rabon ni.

* haaaii..manisnye laki aku*
sebelah beliau, abg cak own. dia aku tatau status. hehe.



* mende lah dok bincang tuuu*
thanks abg jad, i tau u snap gamba nih. sori aaa, camera i cabuk je. hik hik hik.


*  motip ape tah ni*

semalam tak makan ape pun, rase tak sedap dalam tekak ni. euuww..
lepas tu tengok ang bub makan laksa. dia kate sedap.
hoh~ nasib baik laksa tu tak sesedap kat Riang Riang.

ok. esok nak pegi kenduri kawen. nak balik ipoh. tapi...


-_-

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...