Selasa, Ogos 31, 2010

mampukah air mata ini tertahan?

aku baru lepas balas komen di facebook. kawan aku nak 2 ekor dari 5 ekor anak kucing yang Puan Adik lahirkan.. dia mahu Puyol dan Copot.

pada pendapat aku, memang tepat la dia pilih 2 ekor ni. sebab memang cerdik dan keletah 2 ekor ni memang kelakar. memang menjadi kesayangan aku dan suami aku.

Puyol, dilahirkan bawah kerusi, jauh sedikit dari adik-adik yang lain. dia ni lambat sikit nak keluar. Adik ke hulu ke hilir baru dapat keluarkan Puyol. kenapa nama Puyol?? sebab bulu dia panjang sikit dari yang lain. macam rambut Puyol lah. hehehehe.. Suami aku yang namakan.

Copot dilahirkan selepas Takgu. Copot ni spesel sedikit. sebab dia adalah perintis kepada adik beradik dia. buka mata, dialah yang pertama. berjalan kengkang-kengkang, dialah juga. ni pun dia baru lepas menjamu selera. makan biskut. hehehe..mungkin dia tahu, lepas ni dia kene berdikari, bukan aku yang akan ada disisi...kenapa nama Copot? aku pun tak tahu..yang namakan dia kawan facebook aku. tersangatlah glamor didunia blog. Zack name dia. zack..lepas ni copot duduk muar...huhuhu...=(

masa aku dapat tahu kawan aku mahukan kedua ini. aku macam tak nak bagi. tapi, aku tak mampu nak bela 7 ekor kucing dalam satu rumah flat yang kecil ni. lagipun aku sedang mengandung. tak berapa baik untuk kandungan aku.

macam mak aku pernah kata, sayang kucing ke sayang diri sendiri. lepas berfikir (padahal tak fikir pun) sebab kalo aku fikir, mesti aku bela. hehehe.. aku rasa, baik aku let go je kucing ni. biarlah sayang macam mana. lepas ni. cube tanya orang nak tak Takgu, Mingming dan Seru (Seru mungkin aku jaga)..serta Adik..Adik akan aku mandulkan, dan lepaskan......entah dimana... masih buntu lagi...

mungkin lepas raya ni, Puyol dan Copot tak bersama aku lagi. semoga Puyol dan Copot faham kenapa bukan aku yang jaga mereka. semoga Puyol dan Copot happy kat tempat baru. membesar dengan sihat.

hmmm..tak boleh olah panjang-panjang lagi. kan tak pasal-pasal air mata menitis.

ok. selamat berbuka,bersahur,berterawih..=)

jumpe lagi!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermmm..bukan senang nak melepaskan ape yg kita syg..tp nak jaga byk2 pun x seswai dgn keadaan diri & bakal baby yg lahir..semoga anak2 kucing2 tu dibela & dijaga dgn baik oleh tuan baru mereka..jgn sedih2 ye.. :)

.::aDa::. berkata...

mana boogee? dh tukar nama? hehe

Yam berkata...

hye molie..selamat berpuasa..
baby mcm mane sehat ?
just nak share sumting since ur pregnant rite now kan ;p
let ur hubby bersihkan litter tray/najis kucing2 tu tau cayunk..
just precaution untuk pregnant women, sebab dikhuatiri dlm najis kucing ade parasite yg boleh ganggu baby dlm perut.
take care !muaxxs

molliesa berkata...

makdara~ tu lah...sedih...tapi untuk kebaikan mereka..huhuhu..harap membesar dengan sihat...=)

ada~ boogee tu kitorg panggil mingming..hubby molie letak..hehe..kdg2 geram panggil boogee gak..hehe..=)

yam..erm..husband molie muntah2 kalo bersihkan. tapi molie pakai mask dan basuh tangan bersih2 lepas molie bersihkan najis tu. hmm..ok tak? ke tak jugak?okay. i will. tq my dear! =)

Tanpa Nama berkata...

sori. sebab nak bagi komen tak relevan. just nak bagitau semua orang yang blog-ayie.com plagiat 10 entry blog kawan aku ijaicool.blogspot.com. semua penjelasan ada kat blog tersebut.

adam

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

macam pemain spin poyol

molliesa berkata...

tanpa nama..okay..nanti saya jengah ye..=)

brutalsolo...haah..nama pemain spain..PUYOL..hehehee..yang rambut kerinting tu..=)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...