orang sabah begini kah?

masa di sabah. semuanya indah. kecuali satu. sikap semasa masuk tandas awam. pada awalnya aku masuk tandas, ok la rm0.30 sekali masuk. tak mengapa. di depan ku ade 2 gadis sedang menunggu giliran. aku memerhati sekeliling. bersih. sungguh selesa.


siap ade tv lagi tuhh..... siyes..ade kelas la tandas2 di sabah ini. haha. kalah tandas kat kl nih.. berlumuih aje! tapi bukan nak kongsi pasal tandas, sebenarnye nak kongsi pasal sikap orang yang masuk tandas. perkara ni hanya berlaku terhadap diriku yang ketika itu berada di SABAH.

tengah dok Q ni, ade la makcik ngan budak kecik..ok la..dia masuk, terus beratur belakang aku, kira tunggu giliran la...ok la kan. tapi yang menyakitkan hati adalah seorang gadis yang pada aku cukup sifat dan akalnya, terus melulu masuk ke dalam tandas yang pintunya baru sahaja dibuka, orang yang dalam tandas tu baru je nak keluar, ok, ko tak boleh nak tahan dah, sekurang2 nye berbudi bahasa lah sedikit. kata lah, sori, boleh saya masuk dulu? tak tahan dah ni.... ke ape ke... dah la masuk toilet tu, dekat 10 minit baru nak keluar. nak kate tayyamum, ade air dalam tu... ish! aku masuk toilet tu hanya menunggu, belum guna lagi dah 20 minit. orang yang gune sebelum aku tak keluar2 lagi dari toilet....berak batu atau sakit buasir???

last2 aku berlalu pergi tanpa menggunakan toilet. abes selera nak membuang. sakit hati. mula2 nak mintak bali rm.30 aku tuh..tapi, malas nak jadik kekwat kat situ. aku blah!

keesokkanya, di ranau, di petrol station, aku beratur lagi. kali ini aku orang kedua dalam barisan. mase tu cume ade aku dan kakak ina. jadi, aku pun ke belakang sedikit, membetulkan kaki seluar, takut terkena air di dalam toilet, siap saja, aku lihat ade 3 orang budak perempuan dah potong line aku...eh???? muat pulak dorang masuk celah2 ni.... dalam hati..geramnye aku!!!!!! apsal eh, tiap kali aku masuk tandas je kene camni...?? hoho..sangat bengang.

aku sound direct, dik, tak nampak ke saye beratur? orang lain pun nak buang jugak. bukan ko sorang je. haha. biarlah dia nak pk ape. aku rase tak puas hati sangat2. bila dah masuk dalam toilet, pintu dah kene ketuk. what the hell?

keluar je dari toilet aku sound selambe je. biar mak pak dia yang tengah beratur tu dengar. ajar sikit anak kamu. aku tahu lah sabah ni sejuk. buat tangki masing2 penuh, tapi  bersabar lah. jangan pentingkan diri sendiri.

tapi, bukan la aku nak kate orang sabah begitu begini, tidak. kat mane2 same je kot. cume, aku tak pernah alami pengalaman ni masa kat semenanjung. aku cube positif la. tanak la gaduh2 bende2 tah pape ni kan...

malam tu, masa dinner, ade sorang akak komplen kat aku,

" eh, akak pon perasan lah, orang sabah ni memang jenis tak reti bersabar eh...?"

terkedu aku.

p/s~ orang sabah yang bace jangan marah naaa~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?