makhluk malaysia

*mengeluh*

lepas baca berita hari ini,perkara yang berlaku semalam, mungkin 2 hari yang lepas. menakutkan manusia zaman sekarang. macam sudah tidak bebas lagi. contohnye internet, nampak berkurung je dalam rumah, tapi sebenarnye dah merayap ke mana, shopping online lah. eh..itu aku..huhu

seorang suami menendang si isteri. amboi...bukan main..dolu-dolu zaman berchenta semuanya baik...pijak semut pon, semut pengsan kejap je...ish..ish..ish..

*******************************************************

pagi tadi, semasa hantar encik suami, di radio, sorang pakcik ni telepon la bagitahu, anak dia yang sulung, perempuan, baru aje berkahwin, tapi tak pernah balik ke rumah menjenguk mereka sekeluarga. asek balik ke rumah mertua je. kesian si ibu makan hati sebab rindukan  si anak. si anak...?
kesian, sampai ayah merayu2 suruh anak balik.nasib baik la dj 3 orang tu buat lawak..takde la jadik sedih sangat luahan hati ayah tadi..

kenapa ye? entah la..mungkin ade masalah dalaman..aku pon dengar sebelah pihak je..hehe

********************************************************

yang ini aku marah...

ape rakyat malaysia ni memang dah takde budi bahasa ye bila berada di jalan raya. patut la anak2 zaman sekarang dah tak boleh dibentuk. sebab acuan dah lame rosak.

apa salahnya, bila dah lambat tu, beratur lah..tunggu turn kita. jangan la pikir kau sorang je yang lambat nak ke opis. orang lain pun ade opis jugak.

kau nak potong line kat kawasan traffic light. dah tu, kalo hijau je kau terus potong, habis tu, yang dah lama tercongok depan tiang lampu tu bila pulak nak bergerak..? tak boleh la mcm tu.. aku tahu aku pakai kereta malaysia, siap ade tampal huruf P lagi kat depan dan belakang. tapi tak bermakna kau boleh buat dan layan aku serta pemandu yang lain begitu. beratur lah. amik masa, bersabar lah. jangan satu hari nanti, time ko tengah sakit ke, nazak mungkin, mungkin family ko bawak kete atau naik ambulans, lepas tu kalo orang tak nak bagi laluan untuk kereta kau/ambulans tu lalu. masa itu, memang padan lah muke kau~

p/s; aku ingat nombot plat dan jenis kereta kau. jangan sampai aku pegi cari. (gengster abes lah ni~)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?