baru aku faham perasaan mereka

setiap orang mesti mahu sedikit kelihatan lawa, elegan, cantik, menarik, tertarik kau memang debab! ooppss!

*anak sapa lah ni..lawanyer*

semua orang memang inginkan kecantikan bukan? makcik makcik tua pun kalau boleh nak kentalkan balik kulit mereka agar kelihatan cantik seperti di awal usia dulu. kita yang sedang meningkat usia ni, macam macam produk yang kita beli, nak tempek kat muka, agar kelihatan cantik. tapi aku tak eh. haha. tanak mengaku pulak kan. eh, tak percaya ke? seriuos, aku tak beli bende-bende alah ni. memang tak de duit nak beli pon. hehehe~




cube tengok anita sarawak, pergh! tegangkan kulit muka dia. bukan botox tau. dia letak pelampung dalam pipi dia, tu yang gelembung lebih. opss~ tak baik mengata orang. dia buat senaman muka dan amalkan pemakanan yang baik. itu yang kulit dia cantik tu.. adui. sungguh mulus kan! cube bandingkan dengan gambar yang lama dulu. mana yang korang akan pilih? hehe..aku pilih yang belah atas..rambut lebih kemas...hehehe~


ok, pernah tak korang ditumbuhi jerawat batu? mesti malu kan bila nak keluar untuk bersosial. haih. aku pernah rasa bende begini sejak dijangkiti shingles tempoh hari. rasa malas nak keluar dar rumah, nak pegi makan pun tak ada selera. takot orang ngeri bila tengok muka aku. padahal orang bukan noticed pon aku ni sape. tapi itulah perasaan yang aku lalui selama muka ini secara ganas diterokai oleh geng shingles. malu yang teramat malu. macam aku sorang je muka tak berapa nak siap kat khalayak itu.

sekarang aku kene pulihkan kembali kulit muka seperti asal. itu adalah operasi yang akan dilakukan buat masa ini. oh, macam macam info yang aku dapat daripada kawan, katanya pakai serbuk mutiara, pakai daun bambu, buluh rotan pun ade. mau gatal mengeyam kulit muka aku. hahaha. ada gak yang pesan letak kapur masak. terima kasih kawan kawan. akan dicube kelak. buat sementara, aku kene tunggu shingles2 ini mengecut dulu.

proses nak kecut pun amik masa. dush! dush! lambat nye. belakang aku punye lah sakit sebab shingles ni. dia makan dalam tau. nak baring pun susah. malam malam mintak encik suami gosokkan belakang, tak tahan sakit belakang. terima kasih sayang. jasamu dikenang.

ade sedikit tips untuk korang:

kalau mahu kulit mulus, amalkan perkara ini~
  • basahkan badan, lumurkan dengan beras yang dah dikisar halus
  • biarkan kering
  • bilas dengan air bersih
  • amalkan setiap kali mandi,
lepas ni kulit anda mesti best, cube lah, nanti bagitau aku ape result korang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

mari ganti tempat pasang plug yang rosak.

TAMAN BURUNG DI MELAKA

apa itu shingles?