aku baru lepas balas komen di facebook. kawan aku nak 2 ekor dari 5 ekor anak kucing yang Puan Adik lahirkan.. dia mahu Puyol dan Copot.
pada pendapat aku, memang tepat la dia pilih 2 ekor ni. sebab memang cerdik dan keletah 2 ekor ni memang kelakar. memang menjadi kesayangan aku dan suami aku.
Puyol, dilahirkan bawah kerusi, jauh sedikit dari adik-adik yang lain. dia ni lambat sikit nak keluar. Adik ke hulu ke hilir baru dapat keluarkan Puyol. kenapa nama Puyol?? sebab bulu dia panjang sikit dari yang lain. macam rambut Puyol lah. hehehehe.. Suami aku yang namakan.
Copot dilahirkan selepas Takgu. Copot ni spesel sedikit. sebab dia adalah perintis kepada adik beradik dia. buka mata, dialah yang pertama. berjalan kengkang-kengkang, dialah juga. ni pun dia baru lepas menjamu selera. makan biskut. hehehe..mungkin dia tahu, lepas ni dia kene berdikari, bukan aku yang akan ada disisi...kenapa nama Copot? aku pun tak tahu..yang namakan dia kawan facebook aku. tersangatlah glamor didunia blog. Zack name dia. zack..lepas ni copot duduk muar...huhuhu...=(
masa aku dapat tahu kawan aku mahukan kedua ini. aku macam tak nak bagi. tapi, aku tak mampu nak bela 7 ekor kucing dalam satu rumah flat yang kecil ni. lagipun aku sedang mengandung. tak berapa baik untuk kandungan aku.
macam mak aku pernah kata, sayang kucing ke sayang diri sendiri. lepas berfikir (padahal tak fikir pun) sebab kalo aku fikir, mesti aku bela. hehehe.. aku rasa, baik aku let go je kucing ni. biarlah sayang macam mana. lepas ni. cube tanya orang nak tak Takgu, Mingming dan Seru (Seru mungkin aku jaga)..serta Adik..Adik akan aku mandulkan, dan lepaskan......entah dimana... masih buntu lagi...
mungkin lepas raya ni, Puyol dan Copot tak bersama aku lagi. semoga Puyol dan Copot faham kenapa bukan aku yang jaga mereka. semoga Puyol dan Copot happy kat tempat baru. membesar dengan sihat.
hmmm..tak boleh olah panjang-panjang lagi. kan tak pasal-pasal air mata menitis.
ok. selamat berbuka,bersahur,berterawih..=)
jumpe lagi!
Selasa, Ogos 31, 2010
Merdeka!!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!!
tersentuh hati aku sejak beberapa hari lalu bila aku menonton filem mengenai kemerdekaan. bukan senang kita nak capai ape yang kita miliki hari ini.
sebagai anak Malaysia, aku bangga dengan apa yang negara aku capai hari ini. apa yang negara aku kecapi hari ini. sungguh aku bangga jadi anak Malaysia!!
sedih sebab ada yang sanggup/pernah membakar bendera keramat negara ini. tak punya akalkah mereka ini?
kepada bangsa Cina, India dan Melayu serta kaum-kaum lain yang aku sendiri tidak boleh hafal namanya, sama-samalah kita jaga keharmonian negara kita. jangan nila setitik, rosak susu sebelanga. kita seharusnya bangga, sebab dalam negara kita terdapat pelbagai kaum,pelbagai agama.
bersatu lah! jangan mudah rapuh dengan anasir luar yang sememangnya mahu menghancurkan keharmonian negara kita!
selamat hari kemerdekaan ke 53 Malaysia!

Isnin, Ogos 30, 2010
kerana aku keletihan. maaf ya?
salam semua!
sekarang ni, seminggu sekali aku baru update blog. banyak sebab tak update blog ni. salah satu adalah aku sangat-sangat penat. sekarang, mudah penat. bila penat, aku tidur lah. hehe. nak makan pun tak boleh kan, sebab bulan puasa.
okay, setakat hari ini, bayi dalam rahim aku dah 8 minggu 1 hari umur dia. masih belum punya roh. tapi apa yang aku discover hari ini, gusi aku mula berdarah tanpa sebab. rasanya normal kejadian ini. hehehe...
pengalaman setakat ni adalah sangat menyeronokkan. sebab encik suami bertukar! menjadi seorang yang lebih sensitif kepada perkara yang akan aku buat. contohnya ketika membuat kerja rumah. aku dilarang mengemop lantai. dia yang buat. =)
ah, semua lah dia buat. aku masak aje. =) tapi kadang-kadang aku rajin. aku basuh baju. tengok mood aku juga lah. hehehehe...
menurut laman sesawang ini. bayi aku sudah ada kelopak mata, tangan, perkembangan otak yang sempurna, lutut.. hehe.. seronoknye dalam perut ade budak kecik!
perkara yang tak berapa seronok masa ini adalah aku sering sakit di bahagian bawah perut. selalu kejang di situ. rasa macam mahu period, tapi bukan. cecair pula sering merembes. rasa tidak begitu selesa.
buat masa sekarang, tidur masih belum terganggu, tapi hanya dengan mengiring buat aku lena. aku ada terbaca, dalam majalah Pa&Ma mungkin, seeloknya tidur mengiring sebelah kiri. adalah sebab musabab dia. untuk kehamilan yang masih baru, aku rasa tak da la masalah sangat. sebab perut belum besar lagi. jadi..kepada ibu yang dah masuk trimester kedua rasanya patut cuba posisi ini. =)
ape lagi ye yang aku rasa time mengandung ni? sensitif tu dah wajib dah. tengok cerita sedih pun blh join menangis. kalo dengar orang mengaji rasa nak dengar sampai habis. semoga anak aku anak yang soleh besar nanti..=)
rasanye itu je la yang boleh aku kongsi. aku masih belum ada alahan. alhamdulillah.
segala aktiviti masih seperti dulu. cuma kekerapan perut cramp buat aku tak selesa.
ok. sampai jumpa lagi
selamat berbuka ya!

Isnin, Ogos 23, 2010
7 minggu 1 hari
alhamdulillah...setakat ni masih boleh berpuasa penuh. pengalaman 7 minggu ni, masih belum ada alahan. masih lagi macam biasa. ada sikit kelainan pada emosi dan fizikal. sedikit lah pada fizikal. hehe. cuma sekarang cepat penat dan mengantuk. selalu tidur lepas subuh. sangat tidak bagus ye.
setakat aku mengandung ini, Alhamdulillah, belum ada apa-apa alahan. harap sampai bersalin lah. seronok mengandung ni sebenarnya. suami lebih beri perhatian. maknanya, aku buat apa, dia akan mula offer diri, bukan dulu tak offer..sekarang ni lebih banyak la dia offer diri. kalau beli barang, memang dari dulu dia pegang semuanya, aku melenggang macam biasa.
(jangan sebab statement ini pandai-pandai kamu fitnah aku bomohkan suami aku ya! nahas kamu!)
sungguh, suami aku seorang yang sempurna pada aku. hehe. mesti la puji, suami sendiri beb! aku tak tahu lah kalo orang jenis suka kutuk suami sendiri. suka hati ko lah kan.~ emo pulak aku ni. istighfar...

gambar ni aku amik kat website pasal tumbesaran bayi. seronok baca bende ni. =)
p/s: benar kata seseorang kepada aku, jangan nila setitik, rosak susu sebelanga. yeahh! thanks ye mak sedara sebab beri satu pendapat yang buat saya sangat hepi. =)
korang kalo dipanggil anjing...adakah korang akan maafkan dan berbaik semula dengan si pemanggil tu...? pada aku, takkan sesekali aku berbaik semula. memaafkan? sudah pasti. kerana kemaafan adalah penawar mujarab buat dendam dan sakit hati. =)
nak berbuka apa ye petang nanti. berfikir~
Jumaat, Ogos 20, 2010
Rabu, Ogos 18, 2010
manik manik manik
bulan ni, alhamdulillah, dapat tempahan jahit manik. seronok sangat2. at least dapat jugak duit poket. gaji guru ganti hari tu pun dah masuk. syukur Ya Allah.
baju kak sawal dengan anak2 dia..
ni haaaa baju aku. gile gempak dok menjahit. hehe.. tak siap lagi. nak kene siapkan baju datin dulu. hehehe.
orait,dah siap aku tayang kat korang neh.
=)
dah nak masuk 8 hari berpuasa ye. Alhamdulillah, belum ada alahan..harap kekal sampai ke akhir lah. =)
Isnin, Ogos 16, 2010
suspen!
tadi, dok sibuk sangat menjahit manik. memang kalau menjahit manik tekun. tak tengok kiri kanan. facebook pun malas nak bukak bila mengadap manik ni. bila siap satu bahagian baru angkat punggung. rasa nak jenguk anak-anak kucing tu. sampai je, mula kira, 1, 2, 3,4....hah? 4 je???
dah mula cuak. riuh satu rumah. anak adik hilang. si copot!
aku dah keluar masuk keluar masuk. tak jumpe jugak. adik mengiau-ngiau. tanya adik, adik mengiau lagi. aku dan adik aku keluar ke porch, meniarap, intai bawah kereta. bawah kereta ibu, clear! bawah kereta aku ada bulu kucing!
hati tak sedap dah ni... banyak bulu kucing terabur kat lantai porch. aku macam nak nangis macam tanak. kenapa amik copot? kenapa tak amik Takgu? jahat betul hati ni.
tiba-tiba, adik aku menjerit "kakli!! ni kesan darah la kakli!!"
ahhh.. makin kaget aku...!
mana lah mayat copot. kalau ye pun kene makan dengan kucing lain...tinggalkan lah kepala ke..apa-apa saja yang boleh jadi bukto copot mati.
takde jugak. mayat copot tak jumpe jugak.
masuk dalam rumah, adik mengiau macam biasa. hmm..pagi tadi dia bawak takgu masuk abwah katil. cube cek lagi sekali.
aku hendap bawah katil,
katil tu ada katil lagi satu dibawahnya. jenis yang tarik bila nak guna.
aku tarik comforter adik aku, nah!!!
copot tengah tidur dengan nyenyaknye!!!!!
terus aku menangis. ibu gelakkan aku. aku rasa adik aku pun menangis gak.
copot ni memang lah!
ni mesti adik yang dukung, lepas tu dia dah penat, dia tinggalkan. hampeh punye adik!
pengajaran: cari betul-betul dulu baru nak cuak ye. hehehe.

Selasa, Ogos 10, 2010
salam ramadhan buat semua!
salam ramadhan buat semua ya.
maafkan segala kesilapan diri semasa berblog ini.
semoga kita semua mendapat keberkatan ramadhan kali ini.
seronok sangat sambut ramadhan.
esok akan balik ipoh, terpaksa berjauhan dengan suami.
balik sekejap je, sayang jaga diri ye. syahdu pula rasanye. =(
Khamis, Ogos 05, 2010
double the happiness!!
baru semalam adik selamat beranak, kini aku dapat berita gembira lagi. Ya Allah, sangat menggembirakan. bukan untuk aku dan suami, untuk keluarga aku, keluarga mertua... terngiang suara gembira mereka....
terima kasih. syukur Alhamdulillah. akhirnya, selepas setahun memadu kasih, akhirnya benih cinta tersemai jua....
kiranya macam hadiah anniversary lah ni. hehe.
untuk yang pertama kali mengandung, macam aku, aku nak kongsi pengalaman aku ke klinik kerajaan dan klinik swasta. berbeza ok.
klinik kerajaan, memang bayaran murah, tapi prosedur macam nak lepasi kawasan kastam. banyak prosedur. lepas tu, doktor hanya kata "positif". siap. dah la kita duk menunggu sangat-sangat lama. lapar tahu!
klinik swasta, dia tanya kita, berborak, kongsi pengalaman, tanya nak scan ke tak, bila scan, bercerita pasal rahim, baby, banyak sangat info.. seronok! banyak benda kita selesa bertanya dengan dia. tanya lah pasal apa pun!
mungkin orang lain ada pandangan sendiri, maklum lah, kerajaan bayaran murah. jadi setimpal dengan layanannya. iya kah?
swasta pula, dah bayaran mahal, apa kamu mahu, kamu minta lah, asalkan ada bayarannya.
pada aku, untuk pengalaman ini. aku pilih klinik swasta.
kawan-kawan blog, doakan aku dan baby sihat ye. ada apa-apa tips, kongsi lah.
sangat seronok sebenarnya, mahu aku kompangkan satu kampung, tapi, sudah dipesan awal-awal, jangan terlalu seronok.
ok.duduk diam-diam. minum susu panas. :)

Rabu, Ogos 04, 2010
5 ekor semuanya!
"papa....papa buat ape kat adik???!!" terkejut aku bila terdengar adik mengiau pelik.
"papa tak buat ape-ape lah, adik datang sini mengiau..." kesian encik suami kene marah.
adik macam tak keruan. ke sana ke sini. datang kearah ku, dia mengiau. aku ikut. adik menguis kotak. sah! dia nak beranak!
pagi, pukul 6.30 masih mamai lagi, aku dan suami cepat-cepat sediakan kotak untuk dia beranak. adik tak mahu. dia mahu kotak tv yang nipis dan dalam itu. parah. nak tak nak memang kena bagi juga. adik....adik...
sejam berlalu, adik masih meneran, kesian adik, mengiau, pusing sana, pusing sini, bertenggek macam burung pun ada. kejap kejap bunyi dia berdehem...nampak adik macam sakit sangat. mata dia pandang aku. mengiau lagi.. aku usap perut adik. urut belakang dia...
nah...berjaya keluar satu! kehulu kehilir adik bawak baby dia. kesian pulak tengok. nak buat apa pun tak tahu. cuma tunjuk itu ini untuk ajar adik. maklum lah, dia kucing rumah. tak tahu apa sangat. hehe. mula-mula, adik biarkan je baby dia. tapi bila baby mengiau, adik datang, jilat, bersihkan, makan uri yang ada tu. adik dah pandai. :)
selang 30 minit keluar anak kedua. adik dah pandai teran. kejap je baby dah keluar. yang sulung tadi sibuk menyusu. tengok, binatang pun pandai tau. bukan tahu buat anak je! seterusnya keluar yang ketiga, bertompok macam adik. ke empat dan kelima lain sedikit warnanya. tapi masih kekalkan patern yang sama. hehe.
alhamdulillah, adik dah selamat bersalin. gegirl ada juga jenguk-jenguk. tapi dia macam tak suka. biasa lah, dia kan anak sulung, mesti degil sikit.
enjoy lah gambar anak-anak adik. sambil-sambil tu boleh bagi cadangan nama.. =)

*yang tompok-tompok banyak tu sulung, dan putih kelabu dot-dot nombor 2*
*adik keletihan lepas keluarkan 5 anak, tahniah adik!*
*5 buah hati baru*
murid pukul guru. salah siapa?
ok. pagi-pagi aku tengok video murid pukul guru. jelas perbualannya bukan orang semenanjung (maaf kalau aku silap). mungkin muridnya bukan orang semenanjung. sebelah timur malaysia.
mula-mula, aku tengok, ok, perang mulut. aku kata engkau, engkau kata aku. tapi yang aku tak sangka ialah pandai betul pelajar itu matikan kata-kata seorang guru. takut aku dibuatnya.siap tumbuk cikgu diakhir video tersebut!
tapi bila dikaji balik, murid tu ada benarnya. seorang tenaga pengajar tidak boleh memperlekehkan seseorang murid dengan memalukan dia. jelas, yang rakam video itu siapa? bukan dipihak guru? wanita sihat yang duduk dikerusi itu siapa? yang menjadi subjek video adalah lempias kemarahan seorang murid kepada guru. jeritan kurang ajar murid kepada guru. apa yang guru itu lakukan? provokasi. ya, menggalakkan lagi tingkah murid tersebut. api dengan api. bila akan padam?
menjadi guru memang bukan tugas yang mudah. sebab produk yang mahu dihasilkan adalah benda hidup, yang punya perasaan, keinginan, mahu kasih sayang. aku seorang guru. walaupun hanya setengah tahun menjadi guru, aku berusaha untuk faham keinginan murid.
"cikgu marah saya, cikgu tak tanya apa masalah saya!" jelas, murid tu nak gurunya tahu keadaan dia. ambil tahu kenapa dia buat perkara yang gurunya tak suka.
masa pelajar tu menjerit-jerit, dia menangis, buktinya, guru lelaki tersebut ada sebut
"menangis"
kemudian dibalas pelajar "saya pun ada perasaan"
kenapa dirakam? bukankah pertemuan guru dan pelajar adalah perkara pada pendapat aku sulit. macam berjumpa dengan guru kaunseling, bercerita, berkongsi masalah. kenapa perlu diedarkan? kalau macam tu, sama saja lah guru dan murid kan? hanya menggunakan teknologi ke arah yang tidak sihat. malu aku pada mereka yang tidak berfikir!
jangan ingat kamu sudah menggenggam segulung sijil yang melayakkan orang memanggil kamu guru, tapi kamu sedikitpun tidak berkelakuan seperti guru. ada satu pepatah, aku lupa, tengok anak, tengok ibubapanya, baik anak, baiklah ibubapa. jadi situasi ini boleh dijadikan panduan.
ini sekadar pendapat aku. murid itu wajar bersikap kurang ajar kerana dia masih bergelar murid. masih perlu diajar banyak perkara..jadi, didiklah dia. ajarlah dia. bukan berkata-kata buruk pada dia. bukan menggelarkan dia. kasihani lah dia.
"2 tahun saya dendam dengan cikgu, tapi cikgu tak pernah berubah" kata-kata murid tu.
hmmmmm... ambil iktibar. buat pedoman dan panduan. aku harap, selama mana aku menjadi guru, akan aku didik anak-anak murid ku supaya tiada perkara begini berlaku.
buat guru-guru, muhasabah diri. jangan jawatan guru itu disalah ertikan.

Selasa, Ogos 03, 2010
maaf ye
okey. mahu cepat. maaf sekiranya ada perbuatan aku (sedikit macam kanak-kanak) yang buat segelintir manusia tidak berpuas hati. tapi, aku amat hargai pendapat dan pandangan kamu semua.
ok. entry sangat ringkas.
pendek.
ok. entry sangat ringkas.
pendek.
sedikit kabur, apa maknanya?
haih... ade ke? line T tu sangat pudar. sangat. sangat. sangat.
doakan ye.
abaikan warna kuning tu, jenis susah nak minum air. macam gitu lah.
:)
Isnin, Ogos 02, 2010
Al-Fatihah buatmu sayang....
pinjam ye gambar ini.
aku tak mengajar di kelas arwah, aku cuma relief sahaja. kadang-kadang jaga peperiksaan di kelas arwah.
saat ajal tiba, dimana, bila, takkan ada halangan lagi.
terkejut sedikit tadi, mendapat khabar bahawa anak murid yang bakal menghadapi PMR tidak lama lagi sudah pergi menghadap ILAHI.
arwah seorang yang kuat mengusik. bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun diusiknya tanpa ragu.
masih teringat mesej arwah.
tengok. memang nakal kan? suka mengusik, tapi diakhir sekali arwah mesti minta maaf. memang anak murid yang baik. cume biasalah, sekolah mengasingkan lelaki dan perempuan jadi memang ini yang berlaku bila pelajar perempuan berjumpa pelajar lelaki. macam tak suka. tapi sebenarnya mereka boleh saja berkerjasama. :)
ini tulisan arwah sebulan yang lepas. mungkin kebetulan kan..
arwah seorang yang memang banyak bertanya. apa sahaja. maklumlah, kelas semuanya lelaki, bila ada guru perempuan, bukan main lah sukanya. semua rajin nak buat kerja sekolah. kan.... ;)
pernah chat di facebook, arwah minta maaf dan minta aku doakan kejaayaan PMR nanti. sayangnya, arwah tidak sempat... hanya semangat arwah je yang tinggal.
arwah meninggal di dalam kelas, menurut yang aku tahu, masa itu waktu seorang guru perempuan mengajar, beliau meminta arwah menjawab soalan. arwah bangun untuk menjawab, tiba-tiba pengsan, terhantuk di lantai, mulut berdarah dan terus meninggal....
kata kawan-kawan, arwah ada beritahu, jantung bergerak perlahan dan tidak sedap badan..
Al-Fatihah buatmu sayang~
Ahad, Ogos 01, 2010
bahana facebook
berkenalan di facebook, dirogol dan dibunuh.
mangsa diumpan dengan gambar lelaki kacak, tubuh yang mantap.
jadi, awas ye semua. jangan mudah terpedaya. mentang-mentang ada yang ingin berkenalan, mudah saja nak tergedik-gedik. dalam dunia maya begini, macam-macam boleh berlaku.
jaga diri, hiasi peribadi.
*sumber suratkhabar hari ini*
Langgan:
Catatan (Atom)
SMK Hang Kasturi 2018
Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...
-
haa... ingatkan susah sangat nak ganti balik bende alah yang rosak ni... rupenye sekacang tanah jerr~ ini lah penangan bila tak tahu nak bu...
-
hai. tadi berjalan-jalan di pasar malam. tapi aku pergi waktu petang. bergelak ketawa sambil berjalan. tapi masih sopan. hehe. tiba tiba ...
-
Ya..Syukur..semuanya berjalan lancar..walaupun pihak lelaki sampai awal sket..:) majlis pertunangan berjalan lancar..semua orang kelihatan ...