Selasa, Mac 18, 2014

Projek katil baby A

Hamboiiiii!
Bukan main tau mama ni...
Nak jugak ada katil putih untuk this coming soon baby A
Sampai sanggup duduk bersimpuh mengecat katil baby
Tapi paling lama sejam je la mama nya sanggup...
Lepas tu berhenti rehat beberapa hari..

Hahahha..
Dah tau perut sendat,
Masih jugak nak mengecat bagai
Tak nak husband tolong
Sebab nak buat semuanya sendiri..

Baby A punye pasal tau!

Harap mama berjaya siapkan katil ni.
Berjaya cat sampai cantik.

Mama rajin, baby A pun akan rajin...kan?
Heeeeeeee


Posted via Blogaway

Ahad, Mac 16, 2014

Hanya hujung minggu masa kami bersama

Dengan akid mokmok cayang!

Hujung minggu memang dinantikan oleh kami satu keluarga.
Hujung minggu ni lah, suami akan kemas rumah, basuhkan baju, lipat baju dan setelkan semua kerja rumah yang tak termampu aku buat lagi...

Cuma, bahagian memasak masih menjadi tugas hakiki aku.
Bab anak, ya, semua suami siapkan!

Alhamdulillah.
Syukur
Bahagian aku yang Allah beri begini.
Terasa lebih dari cukup.

Rasa kerdil
Sebab apa yang aku buat sebagai hambaNya
Masih tak mencukupi dengan nikmat yang aku terima
Syukur ya Allah

Siang tadi
Tanda menghargai kasih dan penat lelah 'hujung minggu'
Kami anak beranak makan2 hujung minggu di secret resepi.

Ala....secret resepi je punnnnn...

Belikan adam akid mainan lego, yang mana, akhirnye papa dan mama jugak yang excited pasang. Hihihi.
Boleh jadi acara wajib bulanan ni. Menarik jugak. Plus, adam pun ada ambil bahagian, cuma dia pegang2 je la, nak memasang dia tak pandai lagi...

Masuk minggu ke 33, dah mula terasa penat mengasuh adam akid. Ada jugak la sehari dalam seminggu aku mengelat, hantar ke taska, adam akid masih belum mandi. Hehehe.. Tapi bukan selalu. Tak elok kot. Kalau boleh, hantar adam akid dah setel mandi, makan dan susu, mudahkan kerja pengasuh mereka. Anak sendiri lain, kasih sayang tu semula jadi.... Ini, nak harapkan orang duk membela anak kite.... Pandai2 lah ambil hati kan.....

Yang penting,
Ikhlas

Dah lewat malam.
Esok mungkin nak minum pagi kat mamak.
Suke beno ngan mamak aku ni,
Keluar baby, berwajah mamak baru tau!

Tepek sket gambo..kihkih


Posted via Blogaway

Rabu, Mac 12, 2014

Projek pin hijab kembali beraksi!

Lewat malam ni aku tidur, biase jam 12 malam dah terlena dah, tapi mata terpaku dengan projek lama yang aku dah beberapa bulan tinggalkan...hehehhee.. Stock habis, maka, memang tak dapat nak berprojek lah aku ni.,

Bukan lah projek besar mana, hanya buat handmade pin buat peminat shawl. Aku buat biasenye aku jual offline je, ada gak member lama beli ambik hati...hehhehee...

Tak kisah lah.,
Kalau korang berminat,
Boleh lah ye jenguk2 kat instagram aku
Tapi, gambar tak sedahsyat seller lain la,
Sebab biasenye aku buat satu tu, tak sama dengan yang lain
Kira macam eksklusif jugak lah. Hehehe

Aku kongsikan beberapa gambar pin yang aku buat tadi..
Simple je
Harga pun murah
Kalau beli lebih dari satu.

Kalau beli satu je,
Macam mahal gak lah.
Upah buat tu..

Lama gak nak siapkan 20 batang pin.. Hihi

Okay lah
Nak beradu
Mata pun dah kuyu
Esok nak kongsi satu lagi cerita

Salam semua

#prayformh370


Posted via Blogaway

Sabtu, Mac 08, 2014

Alhamdulillah! Saya sudah beransur pulih!

Alhamdulillah...
Saya makin sihat,
Siang tadi suhu badan 38.4 degree celcius,
Tadi check balik, suhu dah turun jadi 37.4 degree celcius

Rasa seronok dah mula boleh bangun,
Selera makan pun dah mula positif,
Boleh bergurau dengan anak2..
Boleh tolong husband mana yang mampu buat..

Terima kasih suami,
Selama 3 hari ni,
Ambil alih 100% tugas saya sebagai mama..
Terima kasih banyak2..
Hanya Allah dapat balas balik semua kebaikan yang suami buat..

Malam ni,
Boleh la tidur lena satu keluarga
Sebab sebelum ni, kena tidur asing,
Takut jangkitkan kat anak2 pulak..

Alhamdulillah.
Syukur dah sihat
Esok boleh berjalan!


Posted via Blogaway

Jumaat, Mac 07, 2014

Demam melanda

Memang betul-betul demam ni,
Pengsan 6 jam lepas makan ubat.

Dasat,
Tak pernah demam tidur macam ni
Seingat aku,
Masa lahirkan adam dan akid pun aku steady je melayan tetamu datang visit,
Memang langsung tak tidur

Betul lah orang tua kata,
Bila dah anak ketiga ni,
Badan akan mula rasa lemah.

Itu la, degil kan,
Taknak dengar cakap orang tua
Konon serba tahu semua benda.

Insaf dah

Lepas ni,
Makan ubat, tidur balik.

Papa handle anak2 ya!


Posted via Blogaway

Khamis, Mac 06, 2014

Macam nak demam

Yup! Anak2, kamu segalanya!

Ya Allah....
Badan terasa terlalu penat, keletihan, bukan sebab menjaga budak berdua ni, mungkin disebabkan siang hari, cuaca terlalu terik, sampaikan habis semua sumber tenaga dalam badan diserut rakus!

Bangun pagi ni,
Masih terasa lenguh di belakang..
Nak minta tolong husband pun tak boleh dah....
Sedihnye pjj macam gini..

Kene cari motivasi untuk kuatkan semangat balik!
Berikan aku kekuatan ya Allah..
Berikan kudrat yang sedikit terbanyak untuk aku meneruskan hari mendatang

Adam dan akid,
Segera sembuh ye sayang...
Kesian dengar bebudak ni batuk2
Perit dan sakit kat perut kalau batuk gaya macam tu...

Nak tidur balik
Nak rehat kejap
Hari ni perlu sedikit awal untuk memulakan kerja.

Semoga semuanya dipermudahkan
Aminnnnn


Posted via Blogaway

Rabu, Mac 05, 2014

Rasa macam nak ambil cuti awal je!

Salammmmmm....

Seronoknya dengar berita kawan dah selamat bersalin! Dapat baby girl. Olololooo.. Comel macam ibunye jugak!
Hmmmm..

Aku, minggu ni baru nak masuk 32 minggu, huk aloh!
Doc pun cakap, lambat lagi tuuuu...

Uwaaaaaaa....
Memang tak larat sangat sebab sendirian jaga dua lagi anak yang sedang membesar, ditambah pulak dengan tak sihat... Ahdoiiiii!

Fuh...fuh...
Semoga aku kuat bertahan!
Semoga baby A cepat keluar sebelum due date.
Senang sikitttt
Seronok sikit bila badan dah ringan sikit ni..

Lepas ni, nak kene plan,
Nak ambil family planning apa pulak..kihkihkih

Kene plan elok2 dah lepas ni.
Hehehehehe....

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tabby asyik ter-reformat! Ishh!

Ohkaaayyyyyyy------

Maybe si tabby pecah ni dah tau dah nasib diri akan diganti kot.
Habis hilang semuaaaaa gambat, video anak2 selepas tabby ni ter reformat sendiri.

Mungkin virus agaknya.
Oh sedih.

Esok esok la cerita lagi.

Hari ni dah kehabisan tenaga.
Oppssss..

Dah jam dua rupanya..
Selamat lewat malam!
Have a great day ahead!


Posted via Blogaway

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...