Khamis, September 13, 2012

turning into 36 weeks

assalamualaikum!

ho! tajuk tak nak kalah kan? omputeh gittew..hehe
esok genap 36 minggu kandungan kedua aku ni... aduhai...bukan main aktif lagi si kecik ni.. perut bergelombang habis la kalau dia menedang, buat guling2 tu... senak jangan cakap la... sampai ade satu hari... masa aku nak reverse kereta, terlanggar divider longkang! nasib baik tak de kesan...alololooo...macam2 anak mama sorang ni....

next week, aku akan mulakan rutin check up seminggu sekali...sampailah anak ni dilahirkan... moga sihat2 lah semuanya... moga dapat bersalin normal macam anak sulung aku, si adam!

kali ni sama jugak lah, bersalin di hospital serdang, insyaAllah...

kepada kawan-kawan yang dah selamat bersalin, tahniah korang! selamat berpantang, selamat menyusukan anak secara eksklusif sampai 6 bulan.. yang takde susu dari awal, jangan down...usaha lagi..mesti ada punya! kalau awal2 dah negatif, memang hasilnya negatif!

semoga kerja di sekolah dapat disiapkan dengan jayanya sebelum baby dilahirkan....risau aku takot nanti menyusahkan kawan2 di sekolah...

semoga berjaya cikgu! hikhikhik

1 ulasan:

nur berkata...

hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Air ketuban bocor??

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi pengalaman bersalinkan anak yang keempat pada September 2016 yang lalu. Sepanjang proses mengand...