Khamis, April 14, 2011

seminggu bergelar ibu

Alhamdulillah... sudah lebih seminggu aku bergelar ibu... syukur aku masih kekal positif dengan perubahan ini.. ya, mungkin aku sudah bersedia kot? ehehee~ sudah lama ingin menjadi seorang ibu..baru dimakbul Allah.. syukur.. :)
Adam anak yang baik.tak meragam. kalau lapar merengek sekali dua, susukan, lepas kenyang tido je la sampai la lampin dia basah atau dia berak.kadang-kadang dia berak pun aku tak perasan sebab dia tido nyenyak! kesian anak mama ni kan.... selepas aku keluar dari ward, Adam sedikit meragam...setiap sejam dia bangun menangis.. masa tu badan aku lemah lagi. dengan luka jahitan yang teramat lah sakitnya, memang tak larat sangat-sangat. nasib baik mertua banyak membantu..bila adam menangis, mertua yang bangun, bawa adam untuk aku susukan.. :)
hari ke 2, aku dibawa balik ke JB. korang bayangkan perjalanan 4 jam dan aku masih lagi lemah dengan sakit jahit..huhuhu...memang tabah dan sabarkan diri je la.. takkan aku nak duduk rumah sendiri sorang-sorang kan? nak tanak kene ikot. padahal mak aku ade ajak balik ipoh..tapi aku tak mampu nak ikut sebab sakit nak duduk lama-lama..
sampai di JB, aku dilayan macam tuan puteri.. tugas aku susukan adam je.. adam pulak tak kuat meragam macam malam pertama dia di dunia ni.. rutin aku di jb, sarapan pagi, mandi, berurut, bertungku, makan lagi,susukan adam dan tido. hehe..memang heaven ok. makan pantang pulak sangat superb! tak pernah aku makan salmon panggang, nah..amik kau sekeping rm10 hanya untuk makan tengahari aku.. belum campur dengan sup ikan siakap! hehe..
hari ke 5, kami buat kenduri akikah di jb, anak lelaki dua bahagian kan. jadi kami buat keputusan seekor di jb, seekor di ipoh. baru adil dan saksama.. hehe.. masa cukur rambut, adam liat sikit..kepala tak berenti nak menoleh.. sian ustaz tu.. hehehe... alhamdulillah, masa marhaban, adam tido je sepanjang masa.. baik anak mama ni.. :)
sekarang anak mama dah botak..hehe.. suami pun ikot botak sekali..tapi bukan la selicin kepala dak Adam ni..hehe.. aku decide, nak fully breastfeeding kat adam..Alhamdulillah...dapat jugak walaupun sikit-sikit. lepas mengurut, melimpah ruah jugak la susu untuk adam..kadang-kadang sampai membazir pun ade... huhuhu..
hari ni aku berjaya mermat susu sebanyak 3 oz. perah pakai jari je.. nak pakai pump sakit la.. boleh la buat adam kenyang sekali.. boleh kosongkan B..kalo bengkak sakit tuuuu...
Adam jenis tido sepanjang malam..esok pagi dalam pukul 5 atau pukul 6 dia akan bangun untuk menyusu..risau jugak sebenarnye. takot dia lapar.tapi aku ada baca, baby tahu bila dia lapar..jadi jangan risau...
sekarang nampak adam dah bulat-bulat sikit. jari dah montok sikit, maklum la...keluar dari perut mama, keding jer..hehehe.. tapi keding-keding pun kuat menyusu kau~ ni dapat la online sebab dia dah tido tadi.. saja peluk dia lama-lama.. geram nak gigit!

ai...dah ade anak dah aku ni~
eheheheee~

note: tahniah buat sahabat blog aku, mommy nad yang sudah selamat bersalin. dapat baby boi katanya. tahniah babe...happy for u! :)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

crtla psl berurut pula :)

chekgu Moe berkata...

:)

Air ketuban bocor??

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi pengalaman bersalinkan anak yang keempat pada September 2016 yang lalu. Sepanjang proses mengand...