Ahad, April 10, 2011

luahan hati seorang bergelar ibu

Assalamualaikum dan salam satu malaysia!

seminggu daku menyepi..
hanya sempat berfb sahaja...

Alhamdulillah..
buat pengetahuan kawan-kawan semua, aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada 3 april yang lalu... ya Allah... hanya Allah sahaja tahu perasaan aku.. seronok kerana sudah bergelar seorang ibu! ada masa nak update blog, jadi aku kongsikan sedikit pengalaman bersalin..pergh!

2 april 2011, 5 pagi
aku terjaga dari tidur sebab rasa lenguh-lenguh di belakang..cuba untuk tidur, tapi tidak berjaya..aku kejutkan suami.. urutkan belakang badan.. setelah satu jam bertahan dengan kesakitan tu..aku ke toilet, ade sedikit 'show' iaitu lendir berwarna pink..masa tu aku sangat gembira..sebab aku tahu.. ini lah saat yang aku tunggu selama ni.. sampai di hospital, aku masuk ke dewan bersalin... ada seorang doktor lelaki datang... "haaa..kakak nisa yer..." sambil senyum pada aku.. dalam kepala otak, alamak! ni mesti kawan adik nih! ala,,,tanak doktor lelaki! nasib baik dia memahami...so, dia tak check bukaan ke ape ke..fuhh! (tapi ada la sorang nurse ni datang marah-marah aku..katanye kalau nak pilih doktor pergi hospital swasta!) oh hello~ gurau-gurau dengan kawan adik kot? ~
itulah salah satu sikap nurse kat gomen...bajet bagos abes lah! dah orang tengah sakit, datang datang jer nak marah.. -_-"

setelah di periksa, bukaan hanya 1 cm sahaja..jadi kene lah balik rumah semula. berehat kat rumah sementara tunggu bukaan lebih besar. ibu dan mertua semua on the way datang. maklumlah cucu sulung..dorang sangat excited!

di rumah, aku sapu sampah sambil menahan kontraksi yang datang sekali sekala.. boleh tahan sakit..tapi takde lah sakit sangat, hehe...

malamnye, sakit makin menyengat. pergh! suami pulak boleh ke kedai. huhu.. sakit oi~ hehe.. ibu buatkan air glukos, dan sediakan nasi. masa sakit tu, selera masih ada tau! makan memang tak skip! hehe..sempat balun air kelapa 2 bungkus!

10.30 malam aku ke hospital. oh ya, petang tu pukul 5 petang, "show" datang lagi..lebih pekat. fuyyooo...makin la aku berdebar-debar.. masuk je kat bilik untuk check bukaan dan check heartbeat baby.. bukaan hanya 3 cm jer.. bayangkan, selama beberapa jam, hanya 3 cm?? waaaa...bile nak bersalin ni... :( doktor beri kebenaran aku keluar, sebab dia hanya akan check aku balik pada 2.30 pagi..empat jam selepas check up pertama.. huhu..

lepak-lepak dengan ibu, adik dan suami.. gelak-gelak walopon kontraksi datang kerap jugak. amik gambo beberapa keping. maklumlah, dah pakai baju pink kan! lepas dah borak, aku suruh ibu balik, sebab lambat lagi aku nak bersalin. adik pulak esoknye kerja. biar suami je yang temankan aku. :)

tetibe perut rasa sakit. lepas minum air selusuh. tak boleh nak jalan. uwaaaa! sakit! masuk ke bilik aku minta doktor chek lagi bukaan...haaaa? 3 cm lagi? waaaaa...sakit nye~ doktor kata dia try buat bukaan jadi 4 cm..huhu..

siriyes..sakit!

to be continue~ eheheheee~

3 ulasan:

hannan ghazalli berkata...

assalammualaikum k. molly..
wah!!mabruk!! selamat sudah melahirkan seorg umat Muhammad.
kalu ada di Kedah or Mlk leh jumpa tgk baby kn.
k, take care ya!happy confinement day~
p/s :cpt2 recontinue story.xsbr2 ni.hehehe

.::aDa::. berkata...

tak sempat lagi nk pegi tengok adam!!

rasanya this week balik perak lagi..so jenguk adam dekat ipoh lah ye :)

molliesa berkata...

hanan...:) hehe..tq.. moga dia menjadi umat Muhammad yang baik..yang soleh..okey..kakmolie sambung! ahehee

ada..sabtu hubby anta ke ipoh...jom dtg umah...:)

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...