Selasa, Ogos 31, 2010

mampukah air mata ini tertahan?

aku baru lepas balas komen di facebook. kawan aku nak 2 ekor dari 5 ekor anak kucing yang Puan Adik lahirkan.. dia mahu Puyol dan Copot.

pada pendapat aku, memang tepat la dia pilih 2 ekor ni. sebab memang cerdik dan keletah 2 ekor ni memang kelakar. memang menjadi kesayangan aku dan suami aku.

Puyol, dilahirkan bawah kerusi, jauh sedikit dari adik-adik yang lain. dia ni lambat sikit nak keluar. Adik ke hulu ke hilir baru dapat keluarkan Puyol. kenapa nama Puyol?? sebab bulu dia panjang sikit dari yang lain. macam rambut Puyol lah. hehehehe.. Suami aku yang namakan.

Copot dilahirkan selepas Takgu. Copot ni spesel sedikit. sebab dia adalah perintis kepada adik beradik dia. buka mata, dialah yang pertama. berjalan kengkang-kengkang, dialah juga. ni pun dia baru lepas menjamu selera. makan biskut. hehehe..mungkin dia tahu, lepas ni dia kene berdikari, bukan aku yang akan ada disisi...kenapa nama Copot? aku pun tak tahu..yang namakan dia kawan facebook aku. tersangatlah glamor didunia blog. Zack name dia. zack..lepas ni copot duduk muar...huhuhu...=(

masa aku dapat tahu kawan aku mahukan kedua ini. aku macam tak nak bagi. tapi, aku tak mampu nak bela 7 ekor kucing dalam satu rumah flat yang kecil ni. lagipun aku sedang mengandung. tak berapa baik untuk kandungan aku.

macam mak aku pernah kata, sayang kucing ke sayang diri sendiri. lepas berfikir (padahal tak fikir pun) sebab kalo aku fikir, mesti aku bela. hehehe.. aku rasa, baik aku let go je kucing ni. biarlah sayang macam mana. lepas ni. cube tanya orang nak tak Takgu, Mingming dan Seru (Seru mungkin aku jaga)..serta Adik..Adik akan aku mandulkan, dan lepaskan......entah dimana... masih buntu lagi...

mungkin lepas raya ni, Puyol dan Copot tak bersama aku lagi. semoga Puyol dan Copot faham kenapa bukan aku yang jaga mereka. semoga Puyol dan Copot happy kat tempat baru. membesar dengan sihat.

hmmm..tak boleh olah panjang-panjang lagi. kan tak pasal-pasal air mata menitis.

ok. selamat berbuka,bersahur,berterawih..=)

jumpe lagi!

Merdeka!!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!!

tersentuh hati aku sejak beberapa hari lalu bila aku menonton filem mengenai kemerdekaan. bukan senang kita nak capai ape yang kita miliki hari ini.

sebagai anak Malaysia, aku bangga dengan apa yang negara aku capai hari ini. apa yang negara aku kecapi hari ini. sungguh aku bangga jadi anak Malaysia!!

sedih sebab ada yang sanggup/pernah membakar bendera keramat negara ini. tak punya akalkah mereka ini?
kepada bangsa Cina, India dan Melayu serta kaum-kaum lain yang aku sendiri tidak boleh hafal namanya, sama-samalah kita jaga keharmonian negara kita. jangan nila setitik, rosak susu sebelanga. kita seharusnya bangga, sebab dalam negara kita terdapat pelbagai kaum,pelbagai agama.

bersatu lah! jangan mudah rapuh dengan anasir luar yang sememangnya mahu menghancurkan keharmonian negara kita!

selamat hari kemerdekaan ke 53 Malaysia!

Isnin, Ogos 30, 2010

kerana aku keletihan. maaf ya?

salam semua!
sekarang ni, seminggu sekali aku baru update blog. banyak sebab tak update blog ni. salah satu adalah aku sangat-sangat penat. sekarang, mudah penat. bila penat, aku tidur lah. hehe. nak makan pun tak boleh kan, sebab bulan puasa.

okay, setakat hari ini, bayi dalam rahim aku dah 8 minggu 1 hari umur dia. masih belum punya roh. tapi apa yang aku discover hari ini, gusi aku mula berdarah tanpa sebab. rasanya normal kejadian ini. hehehe...

pengalaman setakat ni adalah sangat menyeronokkan. sebab encik suami bertukar! menjadi seorang yang lebih sensitif kepada perkara yang akan aku buat. contohnya ketika membuat kerja rumah. aku dilarang mengemop lantai. dia yang buat. =)
ah, semua lah dia buat. aku masak aje. =) tapi kadang-kadang aku rajin. aku basuh baju. tengok mood aku juga lah. hehehehe...
menurut laman sesawang ini. bayi aku sudah ada kelopak mata, tangan, perkembangan otak yang sempurna, lutut.. hehe.. seronoknye dalam perut ade budak kecik!

perkara yang tak berapa seronok masa ini adalah aku sering sakit di bahagian bawah perut. selalu kejang di situ. rasa macam mahu period, tapi bukan. cecair pula sering merembes. rasa tidak begitu selesa.

buat masa sekarang, tidur masih belum terganggu, tapi hanya dengan mengiring buat aku lena. aku ada terbaca, dalam majalah Pa&Ma mungkin, seeloknya tidur mengiring sebelah kiri. adalah sebab musabab dia. untuk kehamilan yang masih baru, aku rasa tak da la masalah sangat. sebab perut belum besar lagi. jadi..kepada ibu yang dah masuk trimester kedua rasanya patut cuba posisi ini. =)

ape lagi ye yang aku rasa time mengandung ni? sensitif tu dah wajib dah. tengok cerita sedih pun blh join menangis. kalo dengar orang mengaji rasa nak dengar sampai habis. semoga anak aku anak yang soleh besar nanti..=)

rasanye itu je la yang boleh aku kongsi. aku masih belum ada alahan. alhamdulillah.
segala aktiviti masih seperti dulu. cuma kekerapan perut cramp buat aku tak selesa.

ok. sampai jumpa lagi
selamat berbuka ya!

Isnin, Ogos 23, 2010

7 minggu 1 hari

alhamdulillah...setakat ni masih boleh berpuasa penuh. pengalaman 7 minggu ni, masih belum ada alahan. masih lagi macam biasa. ada sikit kelainan pada emosi dan fizikal. sedikit lah pada fizikal. hehe. cuma sekarang cepat penat dan mengantuk. selalu tidur lepas subuh. sangat tidak bagus ye.

setakat aku mengandung ini, Alhamdulillah, belum ada apa-apa alahan. harap sampai bersalin lah. seronok mengandung ni sebenarnya. suami lebih beri perhatian. maknanya, aku buat apa, dia akan mula offer diri, bukan dulu tak offer..sekarang ni lebih banyak la dia offer diri. kalau beli barang, memang dari dulu dia pegang semuanya, aku melenggang macam biasa.

(jangan sebab statement ini pandai-pandai kamu fitnah aku bomohkan suami aku ya! nahas kamu!)

sungguh, suami aku seorang yang sempurna pada aku. hehe. mesti la puji, suami sendiri beb! aku tak tahu lah kalo orang jenis suka kutuk suami sendiri. suka hati ko lah kan.~ emo pulak aku ni. istighfar...

gambar ni aku amik kat website pasal tumbesaran bayi. seronok baca bende ni. =)

p/s: benar kata seseorang kepada aku, jangan nila setitik, rosak susu sebelanga. yeahh! thanks ye mak sedara sebab beri satu pendapat yang buat saya sangat hepi. =)

korang kalo dipanggil anjing...adakah korang akan maafkan dan berbaik semula dengan si pemanggil tu...? pada aku, takkan sesekali aku berbaik semula. memaafkan? sudah pasti. kerana kemaafan adalah penawar mujarab buat dendam dan sakit hati. =)

nak berbuka apa ye petang nanti. berfikir~




Jumaat, Ogos 20, 2010

Rabu, Ogos 18, 2010

manik manik manik

bulan ni, alhamdulillah, dapat tempahan jahit manik. seronok sangat2. at least dapat jugak duit poket. gaji guru ganti hari tu pun dah masuk. syukur Ya Allah.



baju kak sawal dengan anak2 dia..




ni haaaa baju aku. gile gempak dok menjahit. hehe.. tak siap lagi. nak kene siapkan baju datin dulu. hehehe.
orait,dah siap aku tayang kat korang neh.

=)
dah nak masuk 8 hari berpuasa ye. Alhamdulillah, belum ada alahan..harap kekal sampai ke akhir lah. =)

Isnin, Ogos 16, 2010

suspen!

tadi, dok sibuk sangat menjahit manik. memang kalau menjahit manik tekun. tak tengok kiri kanan. facebook pun malas nak bukak bila mengadap manik ni. bila siap satu bahagian baru angkat punggung. rasa nak jenguk anak-anak kucing tu. sampai je, mula kira, 1, 2, 3,4....hah? 4 je???
dah mula cuak. riuh satu rumah. anak adik hilang. si copot!

aku dah keluar masuk keluar masuk. tak jumpe jugak. adik mengiau-ngiau. tanya adik, adik mengiau lagi. aku dan adik aku keluar ke porch, meniarap, intai bawah kereta. bawah kereta ibu, clear! bawah kereta aku ada bulu kucing!

hati tak sedap dah ni... banyak bulu kucing terabur kat lantai porch. aku macam nak nangis macam tanak. kenapa amik copot? kenapa tak amik Takgu? jahat betul hati ni.

tiba-tiba, adik aku menjerit "kakli!! ni kesan darah la kakli!!"
ahhh.. makin kaget aku...!

mana lah mayat copot. kalau ye pun kene makan dengan kucing lain...tinggalkan lah kepala ke..apa-apa saja yang boleh jadi bukto copot mati.

takde jugak. mayat copot tak jumpe jugak.

masuk dalam rumah, adik mengiau macam biasa. hmm..pagi tadi dia bawak takgu masuk abwah katil. cube cek lagi sekali.

aku hendap bawah katil,
katil tu ada katil lagi satu dibawahnya. jenis yang tarik bila nak guna.

aku tarik comforter adik aku, nah!!!
copot tengah tidur dengan nyenyaknye!!!!!

terus aku menangis. ibu gelakkan aku. aku rasa adik aku pun menangis gak.
copot ni memang lah!

ni mesti adik yang dukung, lepas tu dia dah penat, dia tinggalkan. hampeh punye adik!

pengajaran: cari betul-betul dulu baru nak cuak ye. hehehe.

SMK Hang Kasturi 2018

Alhamdulillah, dah hampir 5 hari menjadi warga SMKHK, Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan juga doa. terima kasih buat keluarga, dan juga...